Bab 13

Romance Completed 11466

BAB 13

"Aduh.."

Umairah memegang kepalanya. Agak pening sedikit. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

Dia berada di dalam biliknya sendiri.

"Macam mana aku boleh ada kat sini? Siapa yang.."

Belum sempat dia bermonolog dengan hatinya, dia perasan ada orang di sisinya.

"Sakinah."

Tegur Akif. Dia terus bangun dan duduk di sebelah Sakinah. Risau dia melihat isterinya itu.

Umairah terkejut.

"Jadi dialah yang angkat aku tadi? Alamak."

Getusnya sambil menggigit bibir.Dia berpaling ke sisi.

"Sekejap, mana tudung aku? Hei, mesti dia yang buka. Memandai je dia ni."

Umairah perasan yang dia sudah tidak memakai tudung. Baru saja Umairah ingin memarahi Akif, muncul Nafisah sambil membawa peti pertolongan cemas.

"Dah sedar Mairah? Hurm, nasib baik ada Akif tadi kalau tak. Aku tak tahulah apa yang akan jadi lepas tu, mungkin kau dah jadi arwah kot."

Nafisah tersenyum ke arah Akif dan menghulurkan barang yang dia bawa tadi. Akif menyambut dan membalas senyuman Nafisah.

"Celupar juga mulut kawan Sakinah ni."

Akif kelucuan.

"Awak nak solat maghrib dulu?"

Tanya Akif. Dia memandang wajah isterinya yang dari tadi mencuka. Entah apalah yang dia fikirkan. Takkan dah benci sangat dengan suaminya ni.

"Sapu ubat terus Akif, dia tak solat tu. Uzur. Lepas sapu ubat, baru bawa dia makan. Okay?"

Nafisah menjawab pula bagi pihak Umairah. Dia tahu Umairah masih marahkan Akif.

Umairah membesarkan matanya ke arah Nafisah. Geram.

"Eii, Fisah ni kan. Kalau ya pun tak payahlah bagitahu aku uzur, cakap tak solat tu pun dah cukup. Buat malu aku je. Hish, awas kau nanti ye. Sabar jelah."

Umairah hanya menjeling ke arah kawannya itu. Akif yang melihat reaksi Umairah, menahan gelak.

"Alahai, comel pula dia buat muka begitu."

Sempat Akif memuji dalam diam. Nafisah tersenyum nakal. Seronok mengenakan Umairah.

"Aku turun dulu. Nak siapkan makanan."

Terus dia beredar. Akif hanya menggeleng melihat telatah Nafisah.

Suasana menjadi sepi setelah Nafisah meninggalkan mereka. Umairah hanya memandang ke sisinya.

Akif pula agak kekok ingin menyapu ubat di muka Sakinah.

"Hurm, awak. Saya bersihkan dulu luka kat muka awak erk? Baru saya sapu ubat."

Tanya Akif. Tetapi Umairah diam saja.

Akif tidak menunggu jawapan daripada Sakinah. Perlahan-lahan dia mendekati Sakinah dan membersihkan luka Sakinah.

Sakinah membiarkan saja Akif membersihkan mukanya tanpa memandang Akif. Sekali-sekala dia mengadu sakit.

"Tahan ye."

Ujar Akif lembut. Dia membersihkan muka isterinya dengan hati-hati.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Lepaskan isteri aku!"

Akif meluru ke arah mereka berdua. Sakinah sudah jatuh pengsan. Dia terus mendapatkan isterinya itu.

"Kau dah gila ke Diana? Apa kau buat ni? Kau cakap yang kau maafkan aku, tapi yang kau serang isteri aku ni apasal?"

Marah Akif. Diana hanya diam. Sakit hatinya kerana Akif membela perempuan itu.

"Huh, tapi saya takde cakapkan yang saya maafkan perempuan ni? Memang patut pun dia kena sebab dia yang rancang semuanya. Awak jangan nak belalah perempuan sundal tu."

Dengus Diana.

"Kurang ajar kau! Jangan sesekali panggil dia macam tu. Ini bukan salah dialah. Aku tak sangka yang kau sanggup buat begini. Aku bagi amaran dengan kau, jangan serang isteri aku lagi. Kalau nak marah pun, marah aku. Jangan marah kat dia. Sudah, berambus dari sini sebelum aku buat yang bukan-bukan dengan kau."

Akif menghalau Diana. Dia membaling tas tangan Diana kepadanya.

"Okey-okey. Kau tunggu perempuan!"

Diana menghentakkan kakinya dan menjeling ke arah perempuan yang sudah ada di pangkuan Akif.

"Arghhhh."

Waktu itu juga Nafisah sampai. Terus Akif mencempung Sakinah dan menceritakan semuanya kepada Nafisah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Kesian pula isteri aku ni. Dia pula yang jadi mangsa."

Prihatin Akif. Tanpa dia sedar, sempat dia mengusap pipi Sakinah tetapi terus dia menghentikan perbuatannya itu.

"Ada pula yang kena lempang karang."

Getusnya. Setelah membersihkan luka di muka Sakinah. Dia menyapu ubat pula.

"Awak tahan ya, mungkin pedih sikit."

Umairah terus menutup matanya saat Akif menyapu ubat di mukanya. Sedaya upaya dia cuba menahan sakit. Pedih tu.

"Okey, sudah."

Akif menyimpan kembali ubat itu di dalam peti pertolongan cemas. Dia mengemas apa yang patut.

Umairah membuka mata. Dia memandang Akif. Entah kenapa datang satu perasaan aneh di celah hatinya. Hurm, mungkin terharu je.

"Macam mana awak boleh ada kat sini?"

Tiba-tiba Umairah bersuara. Dia tertanya-tanya juga kenapa Akif boleh sampai ke rumah sewanya.

"Sebab saya nak jumpa awaklah."

Jawab Akif selamba. Mata mereka bertaut seketika tetapi cepat-cepat Umairah melarikan pandangan.

"Patut pun perempuan itu ada sekali. Memang awak yang suruh dia serang saya tadi kan?"

Sinis kata-kata Umairah.

"Apa awak cakap ni? Betullah, saya nak jumpa awak. Saya tahu rumah awak kat sini daripada Ina. Tapi sumpah, saya tak tahu macam mana dia tahu awak tinggal kat sini."

Terang Akif. Dia tidak mahu Umairah bersangka yang bukan-bukan. Umairah kembali diam.

"Awak jangan risau, saya dah bagi amaran kat Diana supaya dia tidak serang awak lagi."

Sambungnya lagi.

"Apa-apa jelah."

Umairah tidak pasti perlukah dia percaya cakap suaminya itu sebab mustahillah Akif sanggup buat begitu dengan kekasihnya itu.

"Aduh.."

Umairah cuba bangun untuk turun dari katil tapi dia terbaring semula. Punggungnya sakit. Baru dia ingat yang tadi dia jatuh terduduk di atas batu.

"Kenapa? Sakit kat mana lagi?"

Tanya Akif. Risau dibuatnya. Dia cuba membelek badan Sakinah.

"Tak de."

Dia menjauhkan badannya daripada Akif.

"Takkan nak bagitahu pula yang punggung aku sakit? Hish, tak naklah. Sudahlah malu tadi pun belum hilang lagi. Aduh."

Getusnya sambil menggigit bawah bibirnya.

"Memanglah Sakinah ni suka menggigit bawah bibirnya."

Satu sifat Sakinah yang baru Akif tahu.

"Betul ni?"

Akif meminta kepastian lagi.

"Ye."

Jawab Umairah acuh tak acuh.

"Kalau macam tu, awak tunggu sini. Tak payahlah awak turun, nanti saya bawa makanan kat sini. Okey?"

Akif sudah mengangkat punggung.

"Bagus juga tu. Tak payahlah aku susah-susah nak jalan. Sakit lagi punggung aku ni."

Umairah akhirnya mengangguk.

Akif senyum ke arah Umairah dan terus turun ke dapur untuk mengambil makanan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Terima kasih Akif. Nasib baik kau sampai pada tepat waktunya, kalau tak. Huhh."

Nafisah mengiringi Akif sampai ke pintu.

"Tak ada masalah pun. Dah tanggungjawab saya kan. Saya cuma tak sangka Diana sanggup buat begitu."

Kata Akif rasa bersalah.

"Dia kekasih kau ke?"

Tanya Nafisah tiba-tiba. Dia mahu tahu juga.

"Taklah, cuma kawan."

Macam tak sesuai pula jawapan yang dia cakap dengan Nafisah tu.

"Betul ke? Apapun, aku harap kau jagalah perasaan Mairah. Jangan sakiti dia lagi Akif, dia sudah serik terluka. Aku kesian tengok dia tu. Aku harap kau ingat apa yang aku cakap ni."

"Baiklah Fisah. Saya tahu saya ada banyak buat salah dengan dia selama ini. Saya bagi dia harapan palsu dan saya mainkan perasaan dia. Tapi setelah dia pergi dulu, baru saya sedar. Dia beerti dalam hidup saya, cinta dia suci untuk saya miliki. Saya menyesal Fisah."

Akif betul-betul menyesal. Dia akan ingat janji dia kepada Sakinah.

"Baguslah kalau macam tu, aku cuma tak nak kau menyesal kalau kau lepaskan peluang ini. Aku tahu, dia masih tak boleh terima kau tapi percayalah. Nanti hati dia akan terbuka lagi buat kau, aku pasti itu. Mairah tu lembut orangnya, hatinya juga lembut. Dia akan terima kau. Cuma kau kena bagi dia masa sikit je sebab dia masih terkejut dengan kejadian ini."

Terang Nafisah. Dia berasa lega kalau apa yang Akif cakap itu betul. Akif hanya perlu mengambil hati Umairah. Perempuan ni, keras macam kerak nasi sekalipun nanti akan lembut juga kalau sudah disirami air.

"Terima kasih Nafisah. Insyaallah, semoga Allah mempermudahkan segalanya. Tak rugi Sakinah dapat kawan macam awak ni. Dahlah baik, peramah lagi."

Puji Akif. Dia tersenyum ke arah Nafisah. Nafisah pula sudah malu dipuji. Kembang setaman gitu. Dahlah dipuji daripada mamat hensem.

"Astaghfirullah, Fisah. Suami orang tu."

Nafisah berhenti berkhayal. Dia terus membalas senyuman Akif.

"Takdelah, biasa je. Aku yang untung dapat kawan seperti Mairah."

Jawab Nafisah. Rendah diri.

"Mana-mana jelah. Sama saja korang berdua ni. Hurm, saya balik dululah. Kalau Diana datang lagi, bagitahu saya as soon as possible. Okey?"

Akif sudah menuju ke keretanya yang berada di luar rumah sewa mereka.

"Okey, insyaallah. Nanti aku bagitahu. Kau pun, jangan lupa misi menakluk hati Umairah. Hahah."

Sempat Nafisah bergurau. Dia tersenyum nakal.

"Hahah, alright bos. Saya pergi dulu. Assalammualaikum."

Akif ketawa mengekek. Dia mengangkat tangan hormat ke arah Nafisah dan terus masuk ke dalam perut kereta.

"Waalaikumsalam."

Nafisah melihat bayangan kereta Akif yang semakin hilang dari pandangannya.

"Ya Allah. Permudahkanlah segalanya. Bukakanlah hati Umairah untuk suaminya dan tetapkanlah hati Akif hanya untuk isterinya."

Doa Nafisah. Dia mengarapkan ada sinar bahagia yang akan datang di dalam pernikahan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience