Bab 12

Romance Completed 11466

BAB 12

"Nasib baik Ina bagi. Kalau aku yang cari sendiri, susahlah."

Omel Akif. Dia sudah baring di atas katilnya. Susah payah juga dia memujuk adiknya tadi.

"Hah, abang nak apa ni?"

Tanya Ina. Macam tahu-tahu je abang dia nakkan sesuatu. Heheh.

Ina tahu, kalau abangnya sudah datang ke bilik pasti adalah yang dia mahu daripadanya.

Akif tersenyum seperti kerang busuk memandang adiknya.

"Ina ada tak number phone Kak Sakinah?"

Tanya Akif.

"Ada, kenapa?"

"Boleh bagi abang nombor telefonnya?"

"Carilah sendiri. Abangkan terer bab begini."

Jawab Ina acuh tak acuh.

"Alah, macam mana abang nak cari? Ina je harapan abang. Kalau minta dengan kakak ipar Ina tu, memang tak dapatlah. Dia kan belum terima abang."

Pujuk Akif.

"Padan muka. Abang kenalah 'ayat' dia macam perempuan yang sebelum ni abang 'ayat' tu."

Sindir Ina. Dia tidak setuju sebenarnya abangnya itu disatukan dengan kak Mairah. Berat hatinya kerana dia tahu abang dia tu macam mana. Kak Mairah sesuai dengan lelaki yang lebih baik daripada Akif.

"Amboi, kutuk abang sendiri nampak."

Ujar kata hatinya. Memang betul pun.

"Ina tak nak ke rapatkan kami? Ina cakap dia tu baik, sesuai jadi isteri mithali. Abang nak juga kenal dia dengan lebih rapat. Abang tengok dia tu macam garang je, tak seperti perempuan yang abang kenal sebelum ni."

Mata Akif sudah terkebil-kebil.Dia merayu ke arah Ina. Macam-macam alasan dia cuba bagi.

"Hah, tahu pun. Kak Mairah memang bukan macam perempuan sebelum ni abang kenal, dia lain. Memang patut pun dia garang dengan abang yang buaya ni."

Marah Ina. Geram pula dengan abangnya ni. Sempat pula dia bandingkan kak Mairah dengan perempuan yang sebelum ini Akif 'ayat'.

"Okeylah Ina, abang mengaku. Dulu memang abang macam tu tetapi sekarang abang dah berubah. Percayalah, abang sudah berjanji dengan diri abang yang Sakinah adalah perempuan terakhir dalam hidup abang. Abang tahu, abang tak sesuai dengan dia. Tapi tolong, bantu abang untuk berubah. Tolong abang untuk menjadi seorang lelaki yang setia. Abang tahu bukan mudah untuk dia terima abang. Itulah abang tengah berusaha untuk memiliki hati kak Sakinah. Boleh ye?"

Terang Akif. Dia menceritakan juga isi hati dan janjinya terhadap Umairah kepada adiknya.

Ina kelu. Terharu pula dia dengar ucapan abangnya itu. Dia seolah-olah tidak percaya abangnya berkata begitu.

"Hurm, mungkin abang memang nak berubah. Takpelah, tolong je abang kau tu. Dia dah berjanji kan."

Getusnya. Ina terus mencapai telefon bimbitnya dan mencari nombor telefon kak Mairah.

"Nah."

Ina menghulurkan telefonnya ke arah Akif. Abangnya itu sudah tersenyum lebar.

"Thanks Ina sebab faham abang. Sayang adik abang seorang ni."

Akif terus mengusap kepala adiknya setelah mengembalikan telefon itu.

"Hurm, Ina ingat tau kata-kata abang tadi tu. Awas! Kalau abang tak buktikan."

Ujarnya sambil menjeling ke arah Akif yang sudah berada di depan pintu untuk keluar.

"InsyaAllah, doakan abang dan kak Sakinah."

Jawab Akif sambil mengenyitkan matanya kepada Ina.

"Semua orang boleh memberikan CINTA, tetapi tidak semua orang boleh memberikan SETIA. . ;)"

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Belum sempat Umairah menutup matanya, tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Terus dia mencapai telefonnya di sebelah bantal.

"Eh, nombor siapa ni?"

Ujar Umairah. Hairan tetapi terus dia membaca mesej yang dihantar oleh nombor itu.

Akif - Assalammualaikum, Sakinah. Dah tidur ke?

Umairah mengerutkan keningnya.

"Siapa pula ni?"

Umairah - Waalaikumsalam, siapa ni erk?

Lama Umairah menunggu balasan daripada nombor itu.

"Aik, lambat juga dia balas ni."

Beberapa minit kemudian barulah ada mesej masuk.

Akif - Erh, ini Akif...

Serta-merta Umairah melepaskan telefon dari tangannya. Dia terpaku sekejap.

"Akif? Dari mana pula dia dapat nombor aku ni?"

Soalan itu berligar di fikirannya. Cuba mencari tahu siapa yang boleh bagi nombor dia dengan mamat itu.

"Ina kot."

Lama Umairah memandang telefonnya. Dia bercadang untuk tidak membalas mesej Akif.

Saat itu juga mesej masuk lagi.

Akif - Sakinah, janganlah macam ni. Saya tahu saya banyak buat salah kat awak, maafkan saya. Please? Lupakanlah semua, kita mula dari awal? Tolonglah.

Sanggup Akif merendahkan egonya demi Sakinah. Dia tidak mahu mereka seperti itu. Dia ingin memulakan semuanya dari awal.

Umairah mencebik.

"Lupakan semua? Huhh. Dia cakap senanglah. Jangan harap."

Umairah masih belum dapat maafkan Akif lagi-lagi setelah kejadian itu berlaku. Hatinya sakit.

"Ya Allah, buangkanlah rasa cinta ini. Aku tak sanggup, ya Allah. Tolong luputkan dia dari ingatanku. Mengapa dia sanggup buat aku begini? Kenapa dia bagi harapan denganku. Aku pun bodoh kerana terpedaya dengan kata-katanya. Ya Allah, tolonglah."

Doa Umairah. Dia sudah menangis. Hatinya remuk. Sakit sangat, seolah-olah ada pisau yang menusuk tangkal hatinya. Dia benci dengan persaannya saat itu. Umairah mengaku dia rindukan lelaki itu, perasaan itulah yang membuatkan hatinya sakit. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah tahu Akif itu lelaki yang macam mana.

"Itu yang dia cakap lupakan semua? Ya Allah, bantulah aku. Apa yang patut aku lakukan?"

Umairah teringat kembali macam mana perasaannya dulu. Dia berperang dengan perasaannya sendiri. Adakah dia patut tunggu lelaki itu ataupun lupakan saja? Akhirnya Umairah melupakan saja lelaki itu setelah dia dapat rasakan yang lelaki itu tidak serius dengannya.

Umairah tidak membalas mesej Akif. Malah dia terus turn off telefonnya itu dan menyambung tidur.

Oh tuhan, berikanlah aku kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya di setiap dugaan yang ku terima..

Andainya hatiku bersuara, pastinya ia akan berkata cukuplah sayang aku tidak berdaya mengharungi segala sengsara..

Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar, cintaku tidak layak untuk dirinya,
mengapa masih aku setia di sisinya, tidak ku mengerti, tidak ku fahami..

Seperti insan biasa, aku ingin bahagia..
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih..

Andai hatiku bersuara-
Chomel ft Rya Rahman. . ;)

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Akif mengeluh. Lama dia menunggu balasan mesej daripada Sakinah tapi sia-sia saja. Akif sedikit kecewa.

"Ya Allah, macam mana ni?"

Akif buntu. Dia tidak harus melakukan apa lagi supaya dia dapat bercakap dengan Sakinah.

"Kalau bawa jumpa, pasti dia tak nak."

Getus Akif lagi. Dia cuba memikirkan cara yang pantas untuk menyelesaikan masalah ini.

"Hah!"

Teriaknya perlahan. Akif sudah dapat cara untuk menemui Sakinah.

"Ina."

Hanya adik dia yang tahu semua itu. Terpaksa dia meminta pertolongan Ina lagi. Memang Ina jelah harapan Akif saat ini.

"Harap-haraplah Ina tak banyak songeh."

Doanya.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Petang itu, Umairah sedang menyiram pokok bunga yang terdapat di halaman rumah sewanya. Dia bernyanyi kecil.

"Wei, perempuan sundal!"

Tiba-tiba ada perempuan menyergahnya dan saat itu juga dia ditolak.

"Aduh."

Adu Umairah. Dia menggosok punggungnya. Mana tak sakitnya kalau punggungnya terduduk di atas batu-batu yang terdapat di halaman itu.

"Agak kurang ajar ye. Bukan lagi agak, tapi memang kurang ajar."

Dengusnya dalam hati. Terus dia memandang perempuan yang menolaknya itu. Dia terkedu.

"Perempuan ni?"

Umairah cuba mengingat di mana dia pernah nampak perempuan itu.

"Puas hati kau sekarang kan? Rampas Akif daripada aku, tak sangka kau ni sanggup guna taktik kotor. Huhh"

Ya, itulah perempuan yang bersama Akif dulu. Kalau tak salah, Diana namanya. Umairah memandang tajam ke arah Diana dan dia terus bangun walaupun rasa sakit.

"Apa yang awak merepek ni?Rampas Akif? Hei, dengar sini. Saya tak pernah pun rampas dia daripada awak dan saya tak nak punlah dia tu. Tidak terfikir pun. Lagi pula buat apa saya nak jatuhkan maruah saya sebab lelaki tu, buang masa je. Jangan-jangan dia yang perangkap saya."

Omel Umairah. Dia mencebik.

"Aku tak berminat pun dengan mamat poyo tu. Hish."

Getusnya lagi.

"Apa kau cakap? Kurang ajar kau."

Diana panas hati mendengar jawapan Umairah. Terus dia memukul Umairah dengan tas tangannya.

"Dah gila ke minah ni?"

Umairah cuba mengelak. Dia menarik tas tangan Diana dan mencampaknya ke tepi. Dia ingin memanggil Nafisah tetapi baru dia ingat Nafisah keluar ke bandar tadi.

"Jangan harap kau boleh rampas Akif daripada aku. Aku akan pastikan Akif milik aku. Aku tahu ini semua kerja kaulah. Perempuan sundal."

Teriak Diana. Nasib baik rumah sewa Umairah berada di hujung dan rumah jiran sebelahnya pula balik ke kampung. Jadi tidaklah aksi mereka ni menjadi tontonan percuma. Malulah. Tapi tak tahulah pula kalau rumah jiran depannya. Sempat pula Umairah berfikir begitu.

Diana masih tidak puas hati lalu mencakar muka Umairah dan menarik-narik tudungnya. Dia melepaskan marah dan geramnya ke arah Umairah.

"Sakitlah!"

Umairah kesakitan. Dia dapat rasakan mukanya sudah pedih sebab cakaran Diana. Memang sah kuku minah ni panjang. Sedaya upaya dia menolak perempuan itu tetapi Diana seperti dirasuk hantu kerana kudratnya kuat saat itu sehingga Umairah tidak dapat melawannya. Dia hanya cuba bertahan.

"Diana!"

Perbuatan Diana terhenti tatkala seseorang memanggil namanya. Umairah terus terduduk setelah Diana berhenti mencakarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience