Bab 18

Romance Completed 11466

BAB 18

"Assalammualaikum."

Akif memberi salam. Dia baru sahaja balik dari outstation di Tanjung Malim, Perak.

"Waalaikumsalam."

Jawab Puan Salsabyla. Dia sedang menyiram pokok bunga di taman mereka. Akif menuju ke arah ibunya dan menyalamnya.

"Ibu. Dengar-dengar Sakinah ada balik, dia kat mana?"

"Amboi, sampai rumah je terus tanya pasal bini dia. Rindu sangatlah ni."

Perli ibunya. Akif hanya tersengih sambil matanya meliar mencari kelibat seseorang yang dirinduinya. Sudah dua minggu lebih dia tidak bersua muka dengan Sakinah setelah balik dari Sabah hari itu.

"Dia kat dusun belakang ni dengan Ina. Mereka tengah pungut buah tu. Hah, Mairah tak bagitahu Akif ke dia balik? Macam baru tahu je dia balik sini."

Tanya Puan Salsabyla. Seperti ada yang tidak kena pula. Selepas asar lagi dua beranak itu ke dusun belakang banglo mereka. Ina yang mengajak Umairah.

"Huh? Eh, tahu ibu. Itu yang Akif tak sabar balik ni. Kalau begitu, Akif menyusul mereka dulu ye."

Jawab Akif cepat-cepat cuba menghilangkan curiga ibunya.
Memang sebenarnya dia tak tahu pun Sakinah balik rumah, dia tahu pun daripada Ina.

Puan Salsabyla pula hanya menggeleng. Akif terus masuk ke dalam rumah untuk mengganti baju.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Kelihatan Ina menjolok buah manggis dari jauh. Akif pun menuju ke arah adiknya.

"Ina, semangat nampak?"

Tegur Akif.

"Ei, abang ni. Terkejut Ina. Mestilah, dah musim buah. Takkan nak biarkan berburuk pula kat pokok. Yang orang tu, bukannya rajin nak menjolok buah."

Perli Ina.

"Yalah dik, abangkan sibuk. Tak ada masa. Nanti kalau free abang jolok semua buah-buahan kat dusun ni, okey?"

Seloroh Akif. Ina hanya menjeling.

Baru Akif perasan Sakinah tidak bersama Ina.

"Kak Sakinah mana?"

"Kat dusun rambutan, suka betul kak Mairah makan buah rambutan. Pergilah tengok kak Mairah, rindulah tu."

Cebik Ina sambil buah manggis yang dijoloknya dimasukkan ke dalam bakul.

"Abang cari kak Sakinah dulu eh."

Tekaan adiknya itu tersangatlah betul. Heheh. Dia senyum gembira ke arah adiknya.

Akif pun menuju ke dusun rambutan yang bersebelahan dengan pokok manggis. Dia melihat isteri kesayangannya itu sedang gelojoh makan rambutan.

"Macam dah bertahun-tahun tak makan buah rambutan je dia ni."

Akif tergelak kecil. Perlahan-lahan dia menghampiri Sakinah.

"Wah!"

"Eh, mak kau cantik."

Terkejut Umairah dibuatnya. Nasib baik Sakinah dah telan isi rambutan tu, kalau tak. Mati tercekiklah isterinya tu.

"Amboi, khusyuknyer makan sampai tak perasan cik abang datang eh?"

Usik Akif. Mahu saja dia ketawakan Sakinah.

Umairah merenung tajam ke arah Akif.

"Hish, kacau betullah mamat ni."

Getus Umairah dalam hati. Geram. Dia hanya memberikan jelingan kepada Akif. Malas nak layan, dia menyambung menjolok rambutan.

"Okeylah, sorry ganggu."

Akif fade up pula dan ingin berlalu pergi. Dia tak naklah merosakkan mood isterinya.

Belum beberapa minit pun dia meninggalkan Sakinah, terdengar suara Sakinah menjerit.

"Aduh!!!"

Umairah mengadu kesakitan. Dia tidak perasan pula ada ular mematuknya sampai penjolok itu terhantuk di kepalanya.

Akif terdengar Sakinah mengerang kesakitan terus kembali kepada isterinya yang sudah terduduk.

Ina yang saat itu baru ingin mengajak mereka pulang mendapatkan mereka berdua.

"Kenapa ni?"

Tanya Akif. Risau. Kelihatan kekerutan di dahinya.

"Sakit, ada ular tadi."

"Ya Allah, kak Mairah kena patuk ke?"

Ina sudah mula panik.

"Ra, raasanya."

Umairah mengangguk perlahan sambil memegang kaki kirinya.

"Sini abang tengok."

Ujar Akif.

Umairah pula sudah membesarkan matanya. Dia terkedu sebentar.

Akif tidak menghiraukan Sakinah, dia terus menaikkan seluar tracksuit Sakinah hingga paras lutut.

"Mak ai, putihnya."

Sempat Akif memuji. Dia menelan air liur tapi segera dia membelek kaki Sakinah. Memang ada kesan patukan di betisnya.

Umairah pula terkaku seperti robot saat tangan Akif menyentuh betisnya. Jantungnya berdegup tiba-tiba.

"Kak Mairah kena patuklah, mesti pergi hospital ni. Abang, cepatlah. Bawa kak Mairah pergi hospital. Dukung dia."

Kata Ina. Risau juga dia melihat kesan patukan itu.

"Hah? Dukung? Tak pe, kak boleh jalan."

Ujar Umairah. Matanya terkebil-kebil memandang Ina. Saat itu juga dia rasa, sakitnya telah hilang.

"Yalah kak, tak payah kak jalan. Biar abang Akif dukung. Abang, cepat."

Jawab Ina lagi. Tegas.

Belum sempat Umairah ingin berdiri sendiri, dia telah didukung oleh Akif. Akif pula mendengar arahan adiknya.

"Jangan nak degil."

Perli Akif. Dia tahu Sakinah tidak ingin didukung tapi diendahkan saja kerana keadaan Sakinah lagi penting sekarang.

Akhirnya Umairah mengalah. Dia merelakan saja Akif mendukungnya. Nanti kalau berperang mulut pula, apa kata Ina nanti? Kan?

Akif tersenyum kecil apabila Sakinah tidak ingin melepaskan diri.

"Nasib baik ringan."

Ujar Akif dalam hati.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Boleh turun tak?"

Tanya Akif ke arah Sakinah. Mereka sudah sampai di hospital.

"Boleh."

Jawabnya pendek. Dia tidak ingin lagi didukung oleh Akif. Selagi dia boleh jalan sendiri, dia akan jalan.

Malang tak berbau, belum sempat kaki kirinya itu menyentuh bumi, dia mengerang kesakitan.

"Kata boleh tadi."

Sindir Akif.

"Macam mana ni? Sakit pula. Itulah, ego lagi. Dah dia nak tolong kau tadi, kau tolak."

Monolognya. Dia sudah menggigit bawah bibirnya.

"So, how? Orang nak tolong ni."

Tanya Akif lagi sambil menghulurkan tangannya.

"Degil betullah isteri aku ni. Sabar jelah."

Rungut Akif dalam hati.

Setelah berfikir lama, akhirnya Umairah menyambut huluran suaminya.

Akif menarik isterinya dan meletakkan tangannya yang satu lagi di pinggang Sakinah.

Saat itu juga Umairah terasa ada kejutan elektrik kerana perbuatan Akif. Dia terus menoleh ke arah Akif dengan renungan tajam memberi amaran.

"Sempat pula dia mengambil kesempatan."

Desis Umairah. Geram.

"Dah, jom."

Akif hanya buat riak biasa saja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia tersengih sendiri dan mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya. Akif memapah isterinya yang sedang bengang masuk ke dalam hospital.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Kenapa, masih sakit?"

Tanya Akif. Mereka sedang duduk di luar ruangan hospital untuk menunggu giliran mengambil ubat.

Akif perasan Sakinah masih memegang kakinya.

"Mestilah, itu pun nak tanya soalan bonus."

Kata-kata itu hanya bermain di hati Umairah.

"Ya."

Jawab juga dia akhirnya.

"Lain kali sebelum jolok buah tu, tengok dulu sekeliling bukan main bantai je. Nasib baik saya ada kat situ tadi."

Akif menasihatkan isterinya. Dia risau jika perkara itu berulang lagi. Keadaan Sakinah tidak teruk kerana dia dibawa awal ke hospital.

"Ya, saya tahu. Boleh tak awak diam? Dari tadi membebel je kerja. Buat tambah sakit saya je."

Umairah sudah menarik muncung. Rimas dia mendengar bebelan Akif. Terlampau risau sangatlah suami dia ni.

"Yalah sayang."

Jawab Akif. Dia terus mendiamkan diri.

Umairah pula mencebik.

Waktu itu juga nama Sakinah dipanggil.

"Kejap, saya ambil ubat awak dulu."

Akif meninggalkan Sakinah dan menuju ke kaunter.

"Beruntung awak ada suami caring kan. Dah tu hensem lagi."

Tiba-tiba ada suara seorang perempuan menegurnya dari belakang. Perempuan itu seperti sebayanya. Dia tersenyum ke arah Umairah.

"Hah? Ya."

Umairah membalas dengan senyuman kelat.

"Awak baru kahwin ke?"

Tanya perempuan itu lagi.

"Ya. Baru beberapa bulan yang lalu."

Umairah melayan saja pertanyaan perempuan itu. Entah kenapa banyak tanya pula perempuan itu.

"By the way, my name is Syakirah. Nice to meet you."

Dia memperkenalkan dirinya pula seraya menghulurkan tangan.

"Oh, you can call me Mairah. Nice to meet you too."

Umairah menyambut huluran Syakirah.

"Kawan?"

Tegur Akif yang baru saja selesai mengambil ubat Sakinah.

Mata mereka berdua terus beralih ke arah Akif.

"Eh, tak. Baru kenal."

Jawab Syakirah. Dia memandang Akif sambil tersenyum manis seolah-olah ingin perhatian Akif.

"Aik, lain macam je aku tengok perempuan ni? Takkan minat kat suami aku kot?"

Umairah bermonolog dalam hatinya.

"Oh."

Akif mengangguk seraya duduk di sebelah Sakinah.

"Kenalkan, ini suami saya, Akif. Abang, ini Syakirah."

Tidak semena-mena Umairah memaut lengan Akif.

"Eh, kenapa pula isteri aku ni?"

Akif agak terkejut dengan perlakuan Sakinah tapi dia membiarkan saja. Gembira pula diperlakukan begitu.

"Hai."

Syakirah menyapa Akif sambil tersenyum gedik lagi. Matanya tidak lepas memandang Akif.

"Hai."

Akif membalas sapaan Syakirah. Dia membalas senyuman Syakirah.

"Aduh."

Tiba-tiba Umairah mengadu sakit sambil memegang kakinya.

"Kenapa?"

Tanya Akif. Naik risau dia melihat Sakinah seperti kesakitan lagi.

"Abang, jomlah balik."

Rengek Umairah manja. Sengaja dia berbuat begitu. Dia ingin segera pulang. Menyampah pula dia melihat Syakirah.

"Takkan jealous pula Mairah?"

Ada suara nakal bermain di fikiran Umairah.

"Hish, bukanlah. Memang nak balik pun."

Pintas Umairah pada akal fikirannya.

Akif terkebil semasa mendengar suara Sakinah tadi. Boleh cair dibuatnya tapi dia terus berdiri dan segera memapah Sakinah.

"Okey, jomlah balik. Kami pergi dulu ye."

Akif meminta pamit. Sakinah pula hanya memberi senyuman tak ikhlas.

"Okey, hati-hati dan selamat pengantin baru."

Sempat Syakirah memberi ucapan dan pada masa yang sama, dia tidak puas lagi menatap wajah lelaki itu. Hensem gila.

Abu Said dan Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :

"Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan dan kerisauan, bahkan terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarah ( penebus ) dari dosa-dosanya."

( H.R Bukhari dan Muslim. )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience