Bab 17

Romance Completed 11466

BAB 17

"Mana pula stokin aku ni?"

Omel Umairah. Dia mencari-cari stokinnya. Dia membuka setiap laci di almarinya. Awal pagi lagi dia bersiap kerana dia akan keluar dengan umi dan ibunya untuk ke bandar nak beli barang.

"Mungkin kat bilik air kot."

Teka Umairah.

Terus dia meluru ke arah bilik air dan membuka pintu bilik air.

"Allah."

Getus Umairah. Dia terkejut melihat Akif yang sedang berus gigi tanpa berbaju.

Dia keluar balik dari bilik air dan menutup pintu. Mukanya sudah merah. Dia tidak tahu pula Akif ada di dalam bilik air.

"Dia ni, kalau ya pun. Kuncilah pintu. Ini tak, free-free je nampak wayang seksi depan mata."

Umairah menggigit bibirnya.

Tiba-tiba pintu bilik air itu dibuka dari dalam. Umairah terkaku.

"Kenapa?"

Tanya Akif selamba. Dia perasan ada orang membuka pintu tadi. Rupanya Sakinah.

"Erhh."

Gagap Umairah. Dia tidak menoleh ke arah Akif.

"Apasal pula aku gagap ni?"

Getusnya dalam hati.

Akif yang perasan Sakinah tidak menoleh ke arahnya, tersenyum nakal.

"Mesti dia nampak aku tidak berbaju tadi? Heheh."

"Saya tanya ni. Kenapa? Awak nak masuk bilik air ke?"

Sambungnya lagi.

Umairah lantas menggeleng.

"Eh, tak. Bukan. Hurm.. awak ada nampak stokin di belakang pintu bilik air ni?"

Akhirnya terkeluar juga apa yang ingin Umairah tanya.

"Oh, kejap."

Akil terus melihat di belakang pintu dan ada sepasang stokin bersangkut di situ. Dia pun mengambilnya.

"Ada, ini?"

Tanya Akif. Sengaja dia bertanya sebelum memberikan stokin itu kepada Sakinah.

Umairah pula teragak-agak ingin menoleh.

Akif cuba menahan gelak. Dia boleh nampak muka Sakinah yang merah. Pastinya malu melihat keadaannya yang separuh bogel.

Umairah menelan air liur dan perlahan-lahan menoleh ke arah Akif. Tapi dia masih tidak memandang Akif. Dia melihat lantai.

Saat itu juga Akif memegang dagunya dan mendongakkan ke arahnya.

"Ini ke sayang?"

Usik Akif sambil menghulurkan stokin itu ke arah isterinya.

Muka Umairah bertambah merah seperti udang terbakar ketika Akif memegang dagunya. Jantungnya juga berdetak laju. Terus dia mengambil stokin itu dan memusingkan balik badannya.

Akif menahan gelak. Dia kelucuan.

"Baru separuh bogellah. Tak apa pun kalau awak nampak."

Usik Akif lagi. Dia sudah tidak tahan lalu dia ketawa terbahak-bahak kerana melihat Sakinah terkedu dengan perlakuannya tadi.

"Hish."

Umairah mendengar Akif mentertawakan dirinya. Geram kerana Akif mengusiknya. Dia tidak melayan Akif tetapi terus mengambil tas tangannya dan keluar dari bilik itu.

"Kurang asam betul suami aku ni. Sabar Mairah."

Dia menutup pintu biliknya dengan kuat tanda protes.

"Sakinah, Sakinah."

Ujar Akif sambil menggeleng. Tawa sisanya masih ada. Terus dia kembali menutup pintu bilik air.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Mairah, sini dulu."

Panggil Puan Salsabyla. Mereka berada di sebuah kedai yang menjual pakaian wanita. Mereka baru sahaja siap membeli barang lalu mereka singgah di situ.

"Kenapa ibu?"

Dia meluru ke arah ibu mentuanya itu. Uminya pula khusyuk memilih pakaian untuk abahnya.

"Tengok ni, cantikkan?"

Tanya Puan Salsabyla. Dia menghulurkan sehelai gaun malam berwarna hitam yang agak jarang kainnya.

"Cantik. Kenapa ibu, nak beli ke?"

Usik Umairah. Mungkin ibu mertuanya ingin memakai gaun malam itu di depan suaminya.

"Eh, tak. Ibu nak belikan untuk Mairah. Buat apa ibu nak pakai baju ni, tak sesuai lagi kalau usia ibu sekarang."

Jawab Puan Salsabyla. Malu pula diusik oleh menantunya.

Saat itu juga Umairah rasa seolah-olah ada air menyimbah di mukanya. Mukanya merah tiba-tiba.

"Arh? Untuk Mairah?"

Mata Umairah terkebil-kebil. Dia menelan air liur.

"Biar betul ibu ni?"

Getusnya dalam hati.

"Yalah, untuk Mairah. Mesti Mairah tak ada baju macam ni kan? Eloklah kalau ibu hadiahkan untuk Mairah. Sesuai pakai untuk pengantin baru."

Giliran Puan Salsabyla pula mengusik. Dia sudah tersenyum melihat gelagat Umairah. Merah muka menantunya itu. Dia tahu Umairah malu.

Umairah rasa seperti ada batu menghempap lagi kepalanya.

"Ya Allah, ini ibu nak hadiahkan untuk aku? Eiii, tak naklah. Tak teringin aku nak pakai baju tu, lagi-lagi depan mamat poyo tu. Hish, minta dijauhkan. Seksi sangatlah ibu."

Monolog Umairah dalam hati. Dia sudah menggigit bawah bibirnya. Dia hanya melihat gaun malam paras paha itu. Tidak terbayang kalau dia pakai gaun itu. Dengan bahagian leher terbuka luas hingga mencapai atas dada. Tidak lupa pula bahagian belakang yang terbuka hingga ke pinggang. Jarang lagi.

"Ya Allah."

Umairah hanya menggeleng.

"Tak apalah ibu. Susahkan ibu je, nantilah Mairah beli sendiri. Ye?"

Ujarnya. Sedaya upaya dia menolak.

"Kenapa Bella?"

Tanya Puan Qistina. Dia melihat baju di tangan besannya itu.

"Ni, saya nak hadiahkan Mairah gaun malam ni. Cantik tak?"

Beritahu Puan Salsabyla pula. Dia tersenyum ke arah besannya itu.

"Oh, cantik. Padan dengan Mairah. Dia belum ada lagi baju macam ni rasanya. Kan Mairah?"

Umairah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aduh, umi ni pun sama."

"Huh? Ya."

Jawab Umairah akhirnya. Mengiakan saja kata uminya.

"Baguslah. Ini hadiah ibu untuk Mairah, nanti pakai depan Akif tau."

Selorah Puan Salsabyla sambil ketawa dengan Puan Qistina.

Umairah hanya berdiam diri setelah diusik. Dia berpura-pura melihat pakaian di situ.

Puan Salsabyla dan Puan Qistina pula menyambung pembelian mereka.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Beli apa tadi?"

Tanya Akif yang entah datang dari mana.

Umairah sedang membuka tudungnya ketika itu. Dia hanya menoleh sekilas.

"Tak ada apa-apa pun."

Sebenarnya dia masih malu dengan Akif tentang kejadian pagi tadi. Jantungnya kembali berdetak. Tapi dia buat biasa saja seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Wow. Cantiknya."

"Cantik? Apa yang cantik."

Cebik Umiarah. Mulanya Umairah tidak menghiraukan Akif. Tetapi sekali dia mengingat kembali apa yang diucap Akif terus dia menoleh ke arah suaminya itu.

Akif saat itu duduk di birai katil sambil membelek gaun malam yang dihadiahkan oleh Puan Salsabyla tadi.

Terus Umairah menarik gaun itu dari tangan Akif dan menyembunyikannya di belakang.

"Siapa suruh awak usik barang saya?"

Tanya Umairah. Mukanya membahang merah. Dia malu kerana Akif ternampak gaun itu. Marah pun ada kerana Akif mengusik barangnya.

"Tak sangka pula awak beli juga baju macam tu."

Usik Akif sambil mengenyitkan matanya. Dia masih selamba walaupun dia tahu bila-bila masa saja gunung berapi itu akan meletus. Heheh.

"Hish, saya tak nak belilah baju macam ni. Ibu yang hadiahkan. Awak jangan fikir macam-macam."

Tegas Umairah. Memang dia perlukan kesabaran yang sangat tinggi sekarang ini dan seterusnya.

"Hek'eleh. Nak tipu lagi? Cakap jelah awak nak pakai baju tu depan saya. Kan?"

Gurau Akif. Dia menahan gelak. Suka dia melihat muka isterinya saat itu. Comel.

"Betullah. Jangan harap saya nak beli baju ni kalau bukan ibu yang hadiahkan. Dan jangan berangan saya nak pakai baju ni depan awak. Dalam mimpi jelah."

Umairah meyakinkan Akif. Dia tak naklah lelaki tu perasan. Malunya hanya Allah saja yang tahu ketika itu.

"Ye ke? Kalau dalam kenyataan macam mana?"

Seronok pula Akif mengusik isterinya itu.

"Eiii. Jangan nak perasanlah. Sudah, awak keluar sekarang!"

Marah Umairah sudah meletus.

"Baik tuan puteri."

Seloroh Akif. Dia ketawa akhirnya. Terus dia keluar sebelum isterinya itu bertambah mengamuk. Nanti jadi harimau lagi.

"Ya Allah. Dah berapa kali aku malu hari ini? Huhh."

Getus Umairah. Dia rasa nak menangis pun ada sekarang. Malu, geram, marah. Memang perasaan itu sudah sebati dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience