Bab 23

Romance Completed 11466

BAB 23

Hari ini merupakan hari terakhir mereka di Indonesia. Akif dan Umairah sudah membeli ole-ole untuk keluarga mereka.

Mereka baru sahaja dari menikmati makan tengahari sebelum berangkat ke lapangan terbang.

Umairah menunggu di luar sementara Akif membayar bil makanan.

"Sakinah, awas!"

Teriak Akif.

Saat itu juga Umairah merasakan ada sesuatu yang pantas sedang berlaku dan bunyi kaca berderai.

"Aduh."

Umairah mengerang kesakitan.

"Awak okey?"

Tanya Akif yang berada betul-betul di hadapan Sakinah. Dia menindih isterinya kerana menolak Sakinah daripada terkena pasu bunga tadi.

Umairah hanya mengangguk. Dia cuma sakit sikit sahaja berbanding semasa dia hampir dilanggar kereta.

Akif terus berdiri dan terus melihat ke arah balkoni untuk mengetahui siapakah gerangan yang membuang pasu ke bawah tadi. Tapi kelihatan tiada sesiapa di situ.

"Siapalah yang buang pasu tadi tu?"

Getus Akif dalam hati. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia yakin ada orang yang sengaja membuang pasu itu kerana dia ada melihat kelibat seseorang tadi. Tapi siapa? Mereka sekarang berada di negara orang.

"Awak tak apa-apa?"

Umairah mematikan lamunan Akif. Dia terus membelek-belek badan Akif. Ini kali kedua Akif menyelamatkannya. Ada sesuatu perasaan yang menyelinap di hatinya waktu itu.

Ternyata Umairah risau jika berlaku apa-apa terhadap Akif.

"Hah? Saya tak apa-apa. Awak betul
tak apa-apa?"

Akif menanya kembali.

"Ya, saya okay."

"Apa sebenarnya yang terjadi? Pasu tu jatuh ke dari atas?"

Soal Umairah pula. Dia memang agak terkejut juga semasa pasu itu hampir mengenainya.

"Hurm, tak ada apa-apa. Mungkin ada kucing yang lalu kat atas tadi dan pasu tu jatuh. Jangan risau."

Akif tidak memberitahu perkara sebenar kepada Sakinah. Dia takut isterinya ketakutan.

"Awak duduk kat meja tu sekejap. Saya nak masuk dulu nak report kat manager restoran ni."

"Baiklah."

Umairah terus duduk di meja yang Akif tunjukkan.

Akif terus masuk kembali ke restoran setelah Umairah duduk di meja itu.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Macam mana? Kena tak?"

Tanya seorang perempuan.

"Erhh, maaf bu. Nggak kena, ada orang selamatin dia."

Jawab suara itu tergagap-gagap.

"Hah? Bodoh. Kerja senang pun kau tak dapat buat. Memang tak bergunalah kau ni."

Teriak perempuan itu. Marah.

"Maaf bu, nanti saya akan lakukan baik-baik selepas ini."

"Ahhh, sudahlah. Kau keluar sekarang. Bodoh."

"Ba, baik bu."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Suasana sunyi seketika di dalam teksi dimana Akif dan Umairah tumpang untuk pulang ke rumah Akif.
Mereka sudah sampai di Malaysia.

Akif memandang ke depan sambil memegang siku kirinya.

Umairah yang baru perasan perlakuan Akif seraya bertanya.

"Awak tak apa-apa?"

"Huh? Saya okay."

"Betul ni?"

Akif mengangguk. Dia meyakinkan Sakinah.

"Tapi yang awak pegang siku awak kenapa?"

Tanya Umairah lagi. Tidak puas hati. Akif seolah-olah mengelak.

"Betul. Tak ada apa-apa."

Akif sudah pucat. Sakinah seperti marah dan mungkin risaukan dia?

"Bak sini tangan awak tu."

Umairah terus menarik lengan Akif tanpa sempat Akif menahan.

"Ya Allah, ini yang awak kata okey?
Kenapa awak tak bagitahu saya?"

Marah Umairah. Geram kerana Akif tidak memberitahu dia bahawa sikunya luka. Mungkin semasa menolak dia tadi.

Umairah kesal. Macam mana dia tidak boleh perasan dari awal.

"Sikit je ni. Jangan risau."

Akif menarik kembali tangannya daripada Sakinah.

"Kalau saya tahu, boleh saya rawat tadi. Tapi kalau ibu dan ayah tahu?
Macam mana?"

"Takpe. Nanti balik rumah, saya sapu ubat dan ibu dan ayah takkan tahulah pasal benda ni. Okey?"

Akif menenangkan Sakinah. Bagi Akif, ini hanya luka biasa berbanding dengan keadaan Sakinah sekarang. Dia rasa ada sesuatu yang akan berlaku terhadap isterinya. Itu yang dia fikirkan sekarang.

"Baiklah."

Akhirnya Umairah mengalah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Nafisah menuju ke arah Umairah yang sedang menikmati minuman hot chocolate di meja dapur.

"Wah!!!"

Sergah Nafisah.

"Astaghfirullahalazim."

Ucap Umairah. Dia memandang ke arah Nafisah sambil menggigit bawah bibirnya. Memang tak sahlah kawan dia ni kalau tak kejutkan orang.

"Heee, peace."

Nafisah hanya tersenyum ke arah Umairah sambil membuat tangan peace.

"Hei, nasib baik saya masih hidup."

Getus Umairah.

"Habis kau tu, dari tadi mengalamun je kerja. Sampai nak tembus dinding tu kau pandang aku nampak. Kenapa?"

Ujar Nafisah. Dia tahu Umairah berfikir sesuatu.

"Takdelah."

Jawab Umairah sambil bermain sudu di dalam mugnya.

"Yelah tu? Ke rindu dengan cik abang dia tu? Nak g honeymoon lagi erk?"

Tebak Nafisah.

"Hish, taklah. Jangan merepek, boleh?"

Tungkas Umairah. Walaupun sebenarnya ada betul juga kata Nafisah itu.

Dia rindu Akif.

Umairah kembali mengelamun.

"Ya Allah, budak ni. Mengalamun balik pula."

Nafisah pula geram.

"Habis tu kenapa sayang? Ada orang baru ke? Itu yang nampak macam moody sekali."

Umairah terus memandang Nafisah,
kurang mengerti.

"Orang baru?"

Umairah membuat muka blank.

Nafisah terus menepuk dahinya.

"Yalah, orang baru. Baby? Dah ada ke?"

"Apa yang awak mengarut dari tadi ni. Tak mungkinlah, buat pun tak pernah."

Jujur Umairah. Mukanya sudah merah.

"Hah? Like seriously? Dah hampir 5 bulan ni Mairah."

Nafisah pula terlopong.

"Hurm,ya."

"Tapi kenapa?"

Nafisah tertanya-tanya.

"Entahlah, macam awak tak tahukan."

"Mairah, takkan kau masih tak boleh terima dia? Kau masih marahkan dia?"

Nafisah tidak puas hati. Takkan kawannya itu masih berdendam dengan Akif.

"Tak."

"Then, why? Mairah, maafkanlah Akif. Dia dah berubah. Aku yakin dia dah menyesal. Bagilah dia peluang. Dia cintakan kau Mairah. Aku yakin itu."

"Bukan macam tu, saya takut sebenarnya."

Umairah mengaku dia sebenarnya tak lagi marahkan Akif. Dia boleh rasakan yang dia sudah mula sayangkan Akif.

"Maksud kau?"

Umairah memandang Nafisah.Dia mengeluh dan akhirnya menceritakan apa yang membelengu fikirannya saat itu.

Akif sudah berubah. Dia tidak seperti Akif yang dulu. Malah Akif juga tidak lagi memanggilnya sayang tapi 'awak'. Suaminya itu juga sering mengelak macam dia akan tidur di sofa atau di ruang tamu. Dia juga jarang mesej dan call Mairah. Akif sekarang tidak semesra dulu,yang sering buat lawak terhadapnya.

Umairah rindu semua itu.

Dia rindu.

Dia sangat rindukan Akif.

Umairah sudah sebak.

"Akif tak berubah, Mairah. Mungkin dia nak beri masa untuk korang berdua."

Nafisah meyakinkan Umairah.

Umairah memandang Nafisah.

"Masa?"

"Ya Allah, kenapa kawan aku ni.
Lambat pick up akhir-akhir ni."

Omel Nafisah. Dia pula geram.

"Yalah, masa. Mungkin dia nak tahu yang kau nak berpisah dengan dia atau tak."

Terang Nafisah.

"Eh, taklah."

Jawab Umairah pantas.

"Habis tu? Betullah kan. Kau nak berpisah dengan dia?"

"Tak naklah. Bukan macam tu, cuma..."

"Kalau macam tu, buktikan yang kau dah maafkan dia Mairah. Jangan buat dia rasakan yang kau nak berpisah dengan dia. Aku tahu kau sudah mula sayangkan dia. Right? Buanglah ego kau tu. Semua orang berhak diberi peluang kedua. Dia juga cakap yang dia dah menyesalkan."

Nasihat Nafisah. Dia mahu menyelamatkan rumahtangga kawannya itu. Dia mahu Umairah bahagia.

Umairah tersedar sesuatu.

Ya, Akif juga cakap dia khilaf semasa mereka di Indonesia dulu.

Saat itu juga, ada sesuatu perasaan bersalah di hatinya.

Dia juga berdosa. Dia tidak melakukan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik selama ini.
Yang dia fikir hanya sakit hatinya terhadap Akif sehingga lupa tanggungjawabnya.

"Ya Allah, ampunilah aku."

Umairah terus tersedu. Dia menangis.

Nafisah yang disebelahnya terus memujuk kawannya itu. Dia tahu Umairah pasti sudah sedar semuanya.

"Sudahlah Mairah. Kau masih boleh perbaiki semua ini. Apa yang penting sekarang, kau tawan balik hati Akif. Tunjukkan yang kau mahu bersama dia, yang kau juga cintakan dia."

Cadang Nafisah.

"Tawan hati dia?"

Umairah pula tidak puas hati.
Mukanya sudah merah. Malulah kalau macam tu. Dia sudah mengusap air matanya.

"Yelah, ke kau memang nak Akif ceraikan kau?"

Ugut Nafisah. Dia menaikkan kening kanannya.

Umairah terus memukul Nafisah.

"Celupar juga mulut kawan aku ni."

Getusnya dalam hati.

"Tak naklah."

Nafisah lega mendengar jawapan Umairah.

"Good. Then, kau jangan sedih-sedih lagi. Kita selesaikan masalah kau ni baik-baik, okey?"

Umairah hanya mampu tersenyum.
Dia mengangguk.

"Ya Allah, permudahkanlah segalanya."

Tak mungkin ku temui cinta seperti kamu,
Datang dari hati kecilmu hanya untuk diriku.

Dan kini ku mengerti setelah engkau pergi,
Baru aku sadari kamu beerti dalam hidupku.

Aku ingin kau kembali,memeluk diriku.
Kanku katakan kepadamu,sungguh aku rindu.

Tak bisa aku tanpamu,ada di sisiku.
Sungguh ku tahu bahawa aku sangat mencintaimu.

Sungguh Aku Rindu - Asbak ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience