Bab 5

Romance Completed 11466

BAB 5

Setelah puas membeli belah, Akif dan Ina terus menuju ke sebuah restoran untuk mengisi perut yang tengah lapar.

"Abang nak makan apa?"

Tanya Ina. Mereka sudah sampai ke sebuah restoran berdekatan. Waktu itu juga datang seorang pelayan ke meja mereka. Dia tersenyum ke arah dua adik-beradik itu dan menghulurkan menu.

"Hurm, abang nak makan nasi paprik dan jus epal."

"Ina pula, nak mee basah seafood dan jus epal juga."

Pelayan itu mencatat apa yang dipesan oleh mereka dan mengambil kembali menu tersebut sebelum beredar.

"Esok abang dah mula kerja kat syarikat ayah kan?"

Ina menanya.

"Ya, abang dah mula kerja esok. Mungkin lepas ni abang sibuklah sikit."

Akif tersenyum ke arah adiknya. Dia tidak sabar pula nak bekerja esok.

"Alah, sibuk? Hurm, yelah. Ina faham."

Entah mengapa dia rasa sedih pula bila abang dia cakap yang dia akan sibuk.

"Alolo, adik abang ni. Kenapa? Abang tak lupakan jugaklah adik abang sorang ni. Nanti, InsyaAllah kalau ada masa kita hang out lagi. Okey?"

Pujuk Akif.

"Betul ni? Yeah! Sayang abang!"

Ina tersenyum gembira sangat sambil mengangkat kedua tangannya seolah-olah melambai. Akif dan Ina memang rapat. Jadi tak hairanlah kalau dia manja dengan abangnya ni.

"Ya, betul. Jangan risaulah."

Akif lucu dengan sikap adiknya yang seperti budak-budak umur 7 tahun walhal sebenarnya 17 tahun. Akhirnya, makanan yang mereka pesan sampai. Huhh. Wangi.

Mereka pun terus menjamu makanan yang terhidang di depan mata dengan lahapnya. Seperti tidak makan beberapa tahun pula mereka ni.

Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiran Akif.

"Ina.~ Cikgu Umairah tu asal mane?"

Tanya Akif. Dia ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Umairah dari adiknya.

Ina yang baru ingin menyuap udang di mulutnya terhenti apabila terdengar soalan abangnya itu.

"Amboi, abang ni. Tadi tanya nama, sekarang tanya asal die kat mana pulak. Ni dah lebih ni. Kenapa? Abang nak try cikgu Mairah?"

Tempelak Ina. Dia merenung abangnya sambil mengangkat kening kanannya.

"Hish, abang tanya je kan. Tapi boleh juga. Ahah."

Akif sudah tergelak kecil.

"Eii, jangan haraplah abang dapat cikgu Mairah tu. Guru-guru kat sekolah Ina pun tak dapat ushar apa lagi lelaki kasanova macam abang."

Bebel Ina.

"Amboi, perli nampak. Macam abang ni teruk sangat. Yelah, abang main-main je. Tak nak pun."

Akif yang sudah jauh hati dengan kata-kata Ina menguis makanannya.

"Alah, abang ni. Takkan itu pun nak merajuk? Okeylah, abanglah paling baik, paling hensem, paling sweet. Dah, cukup."

Seloroh Ina. Berbulu pula telinganya memuji abangnya lebih-lebih. Kembanglah sudah tu.

Akif sudah tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rata. Senang hati dengan pujian Ina. Macam nak terbang pun ada. Heheh.

"Tapi betullah bang. Cikgu Mairah tu susah sangat nak ditackle. Entahlah kenapa tapi yang Ina tahu, dia pernah cakap dia serik. Mungkin cikgu Mairah pernah dikecewakan kot."

Terang Ina panjang lebar.

Akif seolah-olah faham maksud perkataan 'serik' itu.

"Ina rapat dengan cikgu Mairah?"

"Rapat. Cikgu Mairah tu baik tau bang. Dahlah ciri-ciri wanita solehah. Ina tabik betul dengan dia, nak juga jadi macam dia. Untunglah siapa yang jadi pasangan cikgu Mairah nanti."

Puji Ina lagi.

"Hah, eloklah tu. Ikut yang baik. Ohyah, abang tanya kan dia asal mana?"

Akif berbalik kepada soalan utamanya tadi.

"Cikgu Mairah asal Sabah."

Ina menghirup jus epalnya yang tinggal separuh.

"Tapi dia cakap semenanjung kan?"

"Yelah, dah mak cikgu Mairah asal semenanjung. Ayah cikgu Mairah yang asal Sabah. Jap, macam mana abang tahu die cakap semenanjung? Abang pernah bercakap dengan dia?"

Ina sedikit kaget mendengar apa yang dicakap oleh abangnya tadi.

"Ah? err.. Taklah. Tak pernah jumpa pun. Abang teka je."

Akif mengelak. Ina memandang abangnya. Terus dia menjongket bahunya. Mengiakan saja kata Akif.

Akif memandang ke kanannya.

"Huh, nasib baik tak kantoi."

Kelunya lega.

Akif meneruskan suapan. Setelah itu mereka beredar dan menunaikan solat Zohor sebelum balik ke rumah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Tok, tok, tok."

Pintu bilik Ina diketuk dari luar.

"Ina. Boleh abang masuk?"

Tanya Akif.

"Masuk je bang."

Laung Ina dari luar.

Akif terus masuk dan sudah tersenyum tersengih-sengih ke arah adiknya. Di tangannya ada dua beg kertas. Dia duduk di birai katil Ina.

"Dah kenapa abang aku ni? Senyum macam orang gila. Bukan main lebar lagi."

Omel Ina dalam hati. Pelik. Dia mengerut dahi.

"Hurm, ada apa bang?"

"Ina nak hadiah tak?"

Umpan Akif sambil menunjukkan beg yang ada di tangannya.

"Eh, mestilah. Abang nak bagi Ina hadiah ke ni?"

Ina terus meluru ke arah Akif dan duduk di sebelah abangnya. Dia melihat beg yang dipegangnya.

"Iyah, nah. Ini untuk Ina."

Akif menghulurkan beg berwarna purple kepada Ina. Beg yang satu lagi masih dipegangnya.

Ina mencapai beg itu dan melihat isi kandungannya.

"Wah! Teddy bear. Comellah bang. Thank you! Sayang abang."

Ina mendapat patung beruang sederhana besar yang berbulu tebal. Terus dia memeluk Akif. Akif membalas pelukan adiknya.

"Tapi kenapa abang tiba-tiba Ina hadiah ni? Hah! Beg yang satu tu pulak siapa punya?"

Ujar Ina. Dia perasan tadi abangnya ada membawa dua beg kertas.

Akif tersenyum lagi.

"Hurm, ini untuk cikgu Sejarah Ina. Boleh tolong bagi dengan dia?"

Akif menghulurkan pula beg berwarna merah jambu kepada Ina.

"Hah?"

Ina terlopong. Terkejut.

"Takkan abang aku ni dah jatuh cinta pula dengan cikgu Mairah?"

Getusnya dalam hati.

"Ha'ahlah, untuk cikgu Umairah. Bolehlah ye dik? Abang pun nak kenal dengan cikgu Ina tu."

Jelas Akif lagi. Dia menarik tangan Ina dan memberikan beg kertas itu.

"Hish, abang ni. Biar betul? Kenapa pula tiba-tiba nak bagi cikgu Mairah hadiah bagai? Abang mengigau ke apa ni?"

Pelik bin ajaib abang dia hari ni.

"Betullah. Please? Bagi jelah.Ya?"

Akif membuat muka kasihan. Matanya sudah terkebil-kebil.Comel pula. Kalau perempuan lain nampak, memang confirm cair beb.Pergh.

"Huh, yelah. Tapi kalau cikgu Mairah tanya, apa Ina nak jawab? Takkan nak cakap abang nak kenal dengan dia? Memang tak dilayanlah abang."

Dia mengeluh. Akhirnya mengalah juga.

"Cakap jelah sebab selama ini cikgu Mairah sudah memberi tunjuk ajar dan telah didik adik abang ni dengan baik. Ina cakaplah lagi yang cikgu lain pun dapat. Okey? Satu lagi, jangan bagitahu nama abang ya?"

Tambah Akif.

"Hurm, yelah. Abang ni, memang pantang tau nampak perempuan lawa. Takkan dengan cikgu Mairah tu pun love at the first sight? Tapi kali ni je tau Ina tolong abang. Lepas ni, pandai-pandailah abang berusaha sendiri. Hah! Satu lagi nasihat Ina. Sudah-sudahlah perangai abang ni. Jangan sampai cikgu Mairah jadi mangsa abang, awas! Kalau tak, habis Ina kerjakan abang. Faham?"

Bebel Ina panjang. Dia sempat menasihati abangnya dan memberi amaran.

"Huh, stepmother dah mula membebel dah. Tahan jelah."

Kata Akif dalam hati.

"Ye, adikku sayang. Abang bagi hadiah je pun. Tak lebih-lebih."

Tipu Akif. Tahi ayamlah tak lebih-lebih. Maka dalam hati membuak-buak ingin berkenalan lebih dengan cikgu Ina itu.

"Baiklah, Ina ingat kata-kata abang tu. Ada lagi yang Ina boleh bantu?"

Sindirnya. Dia meletakkan beg kertas berwarna merah jambu itu di sebelah beg sekolahnya. Teddy bear yang abangnya beri tadi sudah diletak dia atas katil.

Akif tersenyum manis. Menggeleng.

"Takde, itu je. Okeylah dik, sorry ganggu. Abang turun dulu ye."

Dia berdiri dan mengusap kepala adiknya. Sempat dia mengenyitkan matanya ke arah Ina.

Ina hanya mencebik dan terus menyambung kerjanya yang tergantung tadi.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Cikgu Mairah."

Umairah yang baru dari kelas 5 Ceria disapa seseorang. Waktu itu,ramai pelajar yang sudah keluar dari kelas kerana masa PNP telah tamat.

"Eh, Ina. Kenapa?"

Tanya Umairah seraya tersenyum ke arah Ina.

Ina membalas senyuman cikgunya itu. Lalu dia menghulurkan sebuah beg kepada Umairah.

"Apa ni?"

Soal Umairah lagi. Hairan tapi dia tetap menyambut beg itu.

"Abang Ina bagi."

"Err.. Abang Ina?"

Umairah nyata terkejut. Yalah, tidak pernah dia dapat hadiah sebegitu daripada lelaki. Dia berkerut minta penjelasan Ina.

"Ya cikgu, abang Ina bagi. Dia kata saja nak bagi kat cikgu sebab selama ini sudah memberi tunjuk ajar dan mendidik Ina dengan baik."

Jawabnya. Ina tergelak kecil melihat reaksi cikgunya itu.

"Tapi cikgu jangan risau, guru lain pun dapat juga."

Sambung Ina lagi seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran Umairah.

"Maaflah cikgu. Yang ini Ina tipu."

Omelnya dalam hati rasa bersalah.

"Oh, ye ke? Hurm, apapun cakap terima kasih dekat abang Ina eh. Lain kali tak payahlah susah-susah sampai bagi hadiah ni. Cikgu ikhlas."

Umairah senyum ke arah Ina. Sudah tanggungjawab dia sebagai pendidik.

"Baiklah cikgu, nanti Ina bagitahu. Okeylah, Ina balik dulu."

Ina terus menyalam Umairah.

"Assalammualaikum cikgu."

Ina melambai Umairah.

"Waalaikumsalam."

Ujarnya seraya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience