Bab 15

Romance Completed 11466

BAB 15

"Boleh ke Mairah?"

Tanya Encik Ashraf. Akif yang disebelah Umairah memandang isterinya itu. Dia tidak sabar mendengar jawapan Sakinah.

"Esok ke ayah?"

Umairah meminta kepastian lagi.

"Ya. Kenapa? Tak boleh? Kira nak balik hari ahad begitu."

"Eh, boleh. Hurm, kalau begitu nanti Mairah bagitahu umi."

Encik Ashraf tersenyum lega.

"Ayah bukan apa, ayah cuma tak nak perkara ni disembunyikan lebih lama lagi dari keluarga Mairah. Tak elok pula kan, jadi mungkin esok hari yang sesuai."

Terang ayah mertuanya itu. Umairah pula mengangguk mengiakan. Benar juga kata Encik Ashraf. Nanti terasa pula keluarganya kalau dia mendiamkan perkara ini.

Akif mengangguk tersenyum. Tak sabar pula rasanya dia nak berjumpa dengan keluarga Sakinah.

"Baiklah ayah, nanti Mairah bagitahu macam mana erk. Ayah ada nak cakap apa-apa lagi?"

"Oh, okey. Tak ada apa-apa lagi."

Encik Ashraf hanya ingin membincangkan perkara itu. Esok Encik Ashraf sekeluarga akan ke Sabah untuk berjumpa dengan keluarga besannya. Encik Ashraf sudah menempah tiket awal lagi.

"Hurm, kalau macam tu Mairah balik dulu ye. Assalammualaikum."

Umairah sudah mengangkat punggung untuk keluar dari bilik.

"Waalaikumsalam."

Encik Ashraf berbalas senyuman dengan Umairah.

Akif pula membontoti Sakinah.

"Yang awak ikut saya ni kenapa?"

Tanya Umairah. Akif seperti mengikutinya.

"Ayah suruh hantar awak balik."

Ujar Akif. Dia tersengih.

"Hek'eleh, tipulah. Sudah, jangan ikut saya. Saya boleh balik sendirilah."

Tegas Umairah. Mesti Akif tipu dia.

"Ya Allah, betul. Awak nak saya masuk bilik ayah dan tanya balik? Nak? Okey, saya pergi kalau itu yang buat awak percaya."

Akif mengangkat kedua tangannya. Baru saja dia ingin berpusing menuju ke arah bilik ayahnya, Umairah menarik lengannya.

"Yelah, saya percaya. Tak payah nak mengada nak tanya ayah lagi."

Omel Umairah. Eii, terima jelah. Dia sudah menggigit bibirnya. Geram.

Akif yang melihat Umairah mengalah tersenyum kecil.

"Yes! Hahah."

Getus Akif dalam hati tetapi dia menyembunyikan kegembiraannya itu.

Akif menipu sebenarnya. Heheh. Dia yang meminta izin daripada ayahnya untuk menghantar Sakinah pulang. Nasib baik ayahnya izinkan. Dia cuma nak luangkan masa sedikit dengan isterinya walaupun sebenarnya, esok mereka akan berjumpa lagi.

"Baru nak percaya."

Ajuk Akif. Umairah hanya menjeling ke arah suaminya itu.

"Dah, cepat hantar saya."

Umairah terus bergerak ke depan. Malas nak melayan kerenah suaminya itu. Akif pula sudah bersiul riang. Huhuh.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Suasana di dalam kereta Akif sunyi seketika. Akif fokus memandu. Manakala Umairah hanya memandang di tepi cermin kereta.

"Ehem."

Tiba-tiba Akif berdehem.

Umairah buat tak tahu saja apabila suaminya itu berdehem.

"Hurm, awak."

Sambungnya lagi.

Umairah masih dalam keadaan yang sama. Dia buat dek.

"Awak masih kenal kan lelaki yang kita jumpa tadi?"

Kata-kata Akif itu membuatkan Umairah terkedu.

"Dia pun masih ingat lelaki itu?"

Getusnya dalam hati. Tak sangka pula Akif masih ingat lelaki yang pernah mengkhianatinya dulu.

"Awak, saya tanya ni."

Akif terasa pula dengan sikap Sakinah. Macam dia bercakap dengan dinding pula sekarang.

"Hah? Tak kenallah."

Jawab Umairah ringkas.

"Betul ke? Ke awak buat tak kenal macam awak buat tak kenal dengan saya dulu."

Tebak Akif. Dia tahu Sakinah menipu. Dia dapat rasakan Sakinah masih ingat Hakimi. Mustahil dia boleh lupa.

Umairah sudah mendengus.Sabar Umairah.

"Apa awak cakap ni? Tahu-tahu je awak kan. Sudahlah, saya malas nak cakap pasal benda ni."

Marah Umairah. Dia melihat Akif dengan bengang. Dia bukan nak kurang ajar dengan suaminya tapi Akif ni, tak puas hati nak cari masalah dengan dia. Macam mana dia nak berbaik dengan Akif kalau sikap Akif macam tu? Seolah-olah Akif tahu semuanya tentang Umairah.

"Baiklah, saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak cakap macam tu. Maafkan saya?"

Menyesal pula Akif tanya soalan tadi. Sudahlah dia salah timing tanya soalan. Bertambah teruk pula hubungan mereka.

"Akif, Akif."

Umairah diam membisu selepas itu. Dia kembali memandang ke tepi.

"Macam mana aku nak lembutkan hati dia ni?"

Akif buntu. Dia seolah-olah hilang cara nak ambil hati isterinya itu.

"Huh."

Begitulah keadaan mereka selepas itu. Sunyi tanpa sebarang kata.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Penerbangan mereka akhirnya selamat. Mereka sudah sampai di negeri bawah bayu itu setelah tengah malam menjelang.

Sekejap lagi mereka akan sampai ke kampung halaman Umairah.

Umairah sebenarnya tidak duduk dengan tenang. Dia bagaikan cacing kepanasan. Banyak yang bermain di dalam fikirannya saat ini. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku jika keluarganya tahu bahawa dia sudah berkahwin dan apakah mereka akan terima ini semua? Umairah hanya memberitahu keluarganya bahawa akan ada tetamu besar yang datang ke rumah mereka.

"Ya Allah. Engkau permudahkanlah segalanya. Tenangkanlah hatiku ini. Kau bukakanlah juga hati keluargaku agar mereka menerima semua ini, ya Allah."

Doa Umairah. Dia menggenggam erat jemarinya.

Akif yang sedari tadi perasan akan sikap Sakinah itu hanya memandang ke arah isterinya. Akif faham akan perasaan Sakinah waktu itu. Dia pun sebenarnya rasa tidak tenang. Lalu dengan beraninya dia menggenggam tangan isterinya itu.

"Awak okey ke? Saya faham perasaan awak. Jangan risau, saya tolong awak. Kita terangkan yang sebenar-benarnya. InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya."

Tenang Akif berkata. Dia cuba menyalurkan kekuatan untuk isterinya.

Umairah hanya tersenyum kelat ke arah Akif. Dia tidak pula meleraikan genggaman Akif tapi membiarkannya. Malah dia tidak menuduh Akif seperti dahulu semasa dia cakap semua ini rancangan Akif. Mungkin dia memang perlukan seseorang saat ini atau dia sudah menerima takdir ini?

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Assalammualaikum."

Jerit Umairah di luar pintu. Mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju.

"Waalaikumsalam."

Jawab seseorang dari dalam. Tersembul seorang lelaki dari pintu itu.

"Kak Mairah. Dah sampai, masuklah."

Ahmad Nur Iqbal. Adik lelaki Umairah itu terus menyalam kakaknya. Dia tersenyum ke arah mereka dan mempersilakan masuk.

Waktu itu juga baru terlihat dua figura yang baru turun dari tangga.

"Eh, Mairah. Masuk. Jemput tetamu Mairah tu. Tak sangka pula satu keluarga yang datang."

Puan Qistina meluru ke arah Umairah dan memeluk erat anaknya itu. Tidak lupa pula dia bersalam dengan Puan Salsabyla dan Ina.

Begitu juga dengan Encik Razak. Dia sudah bertegur sapa dengan Encik Ashraf dan Akif tidak ketinggalan.

Mereka pun menuju ke ruang tamu.

"Maaflah Encik Razak, sekiranya kedatangan kami ni secara tiba-tiba."

Encik Ashraf sudah memulakan bicara. Puan Salsabyla pula memberi isyarat kepada suaminya untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

Umairah duduk di sebelah uminya. Tangannya menjadi sejuk tiba-tiba. Dia memandang Akif yang duduk di depannya.

Akif berlagak tenang. Dia hanya mampu berdoa.

"Eh, tak ada masalah. Tak payahlah berencik-encik. Panggil saja Razak. Sebenarnya saya terkejut juga sebab tak sangka Umairah akan bawa tetamu besar hari ini sebab sebelum ni tak pernah."

Ramah Encik Razak menjawab. Dia senang hati sebenarnya menerima tetamu itu.

"Betul tu, kami lagi gembira menerima tetamu. Boleh merapatkan silaturahim. Tidak begitu Puan Salsabyla?"

Giliran Puan Qistina pula berbicara. Dia boleh rasakan ada sesuatu di antara Umairah dan keluarga itu.

"Panggil saja Bella, mesra sikit. Ya, betul tu."

Balas Puan Salsabyla. Dia berbalas senyuman dengan besannya itu.

"Apa hajat kamu sekeluarga datang ke Sabah? Nak berjalan-jalan ke? Dan apa hubungan kamu dengan Mairah? Kamu keluarga angkat Mairah? Maaflah, saya banyak tanya."

Sambung Encik Razak lagi. Dengan berhati-hati dia menanyakan soalan. Takut pula tetamunya itu nanti terasa. Dia ingin tahu juga apa hajat kedatangan mereka ke sini.

"Eh, tak ada apa. Kami sebenarnya nak bagitahu sesuatu yang penting dengan keluarga kamu. Itu yang kami datang ke sini."

Ujar Encik Ashraf. Dia boleh nampak besannya itu seolah-oleh bingung sebentar.

"Oh, sesuatu yang penting? Hurm, tertanya-tanya pula saya. Kalau begitu, boleh sahaja kita berbincang sekarang kalau kamu tak kisah. Mana tahu kamu sekeluarga nak rehat dulu ke?"

Jawab Encik Razak sambil tersenyum ke arah mereka sekeluarga. Dia ingin tetamunya itu rehat dahulu.

"Tak pe, Razak. Kami okey saja, lagi pula benda ni penting. Kami boleh bagitahu sekarang kan?"

Tanya Encik Ashraf dengan nada yang tenang. Sekejap lagi, dia akan memberitahu perkara sebenar kepada mereka.

Umairah sudah tidak keruan.Matanya tiba-tiba berair. Dia takut sebenarnya. Dia hanya tunduk memandang lantai.

Akif nampak Umairah sudah menangis. Mahu saja dia meluru ke arah isterinya itu untuk memberi kekuatan dan menghadapi semua itu bersama. Tapi dimatikan niatnya itu. Nanti lain pula yang jadi kalau ayahnya belum bagitahu perkara yang sebenar.

"Boleh, Ashraf. Kami tak kisah."

Kata Encik Razak. Dia tak sabar pula ingin mengetahui perkara itu. Bermacam-macam sudah sangkaan yang ada di dalam fikirannya. Begitu juga Puan Qistina, apalah perkara yang penting itu?

Encik Ashraf menarik nafasnya sebelum memulakan bicara.

"Begini..."

Semua mata tertumpu ke arah Encik Ashraf saat itu. Menanti setiap bicaranya. Apakah yang akan berlaku apabila semuanya sudah jelas?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience