Bab 27

Romance Completed 11466

BAB 27

"Jangan buat macam tu depan orang lain terutamanya lelaki."

Ujar Akif perlahan.

Umairah yang tadi keras terus mengerutkan kening.

"Buat apa?"

Tanya Umairah dengan berani. Tidak faham maksud Akif sebenarnya. Bukan macam tadi gagap.

"Gigit bibir tu. Kalau boleh depan abang je buat. Jangan buat dengan orang lain."

Terang Akif lagi.

"Kenapa pula? Dah habit aku macam tu."

Omelnya dalam hati. Dia sudah mencebik.

"Tapi kalau saya dah terbiasa macam mana? Lagi pula itu kan habit saya."

"Itu yang perlu dikurangkan. Kalau boleh jangan biasakan buat depan orang lain terutamanya lelaki sebab kalau sayang buat macam tu boleh cairkan hati abang tau. Cuba kalau orang lain? Hah, tak naklah."

Tegas Akif. Macam manja pula.

"Oh. Ye ke?"

Kata Umairah macam tidak percaya pula kata suaminya itu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Boleh pula orang cair dengan habit aku ni. Hurm. "

Monolog Umairah dalam hati. Baru dia tahu. Tapi saat itu juga dia tersenyum.

"Macam jealous je suami aku ni."

Umairah ingin ketawa pula. Dia rasa lucu dengan sikap suaminya.

"Faham tak apa abang cakap tadi?"

Tanya Akif lagi sambil mukanya berubah masam. Dia perasan isterinya menahan gelak.

"Orang cakap betul-betul, dia ketawakan kita pula."

Kata Akif dalam hati. Dia menjuihkan bibirnya.

"Faham."

Jawab Umairah pantas. Dia masih kelucuan.

"Itu pun nak jealous."

Ketawa Umairah dalam hati.

"Baguslah kalau faham. Hurm. Jadi, nak pergi mandilah ni? Kalau nak, per..."

"Cuppp."

Belum sempat Akif membenarkan isterinya mandi, dia dikucup oleh Sakinah.

"Tak jadi."

Jawab Umairah. Dia terus mendakap Akif. Dia tersenyum sendiri dengan tindakan beraninya tadi.

Akif yang terkebil-kebil dengan tindakan isterinya tadi tersenyum kambing. Gembira. Dia terus membalas pelukan Sakinah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Umairah khusyuk mencuci pinggan di dapur. Mereka baru saja siap makan tengah hari. Saat itu juga ada tangan sasa memeluk pinggangnya dari belakang. Pipinya juga dikucup.

"Hei, janganlah macam tu. Nanti ibu nampak."

Tegur Umairah dengan mukanya yang sudah berubah merah. Malu.

"Alah, ibu je nampak. Bukan orang lain."

Ujar Akif. Dia meletakkan dagunya di bahu Sakinah.

"Awak ni kan."

Akhirnya Umairah mengalah. Dia meneruskan kerjanya sambil dipandang oleh Akif.

"Sayang."

Panggil Akif perlahan.

"Hurm."

Jawab Umairah tanpa memandang Akif. Dia rasa janggal sebenarnya dengan kelakuan Akif.

"Boleh tak kita jangan bersaya awak lagi? Abang nak sayang panggil abang. Boleh?"

Omel Akif. Manja. Dia sudah menjuihkan bibirnya sambil matanya terkebil-kebil. Comel.

Umairah memandang suaminya sambil tergelak. Dia sudah siap mencuci pinggan. Cair jugalah dengan reaksi muka suaminya itu.

"Memang manjalah suami aku ni."

Dia terus memusingkan badannya menghadap Akif.

"Hurm, tapi sebelum tu saya nak tanya awak sesuatu."

Tanya Umairah sambil kening kanannya diangkat. Dia membuat muka serius.

"Apa?"

Soal Akif pantas. Dia sudah fokus memandang mata isterinya.

Umairah mengangkat kedua tangannya dan dihulurkan di depan Akif. Dia membentuk tangannya seperti bukit.

"Suatu hari, ada dua ekor arnab tinggal di sebuah pulau yang berbeza. Mereka telah jatuh cinta antara satu sama lain dan ingin berjumpa. Tetapi di tengah-tengah antara pulau mereka ada banyak buaya. Macam mana mereka nak berjumpa?"

Tanya Umairah. Dia melihat Akif.

Akif berfikir.

"Hurm, arnab jantan tu melompat ke pulau arnab betina tu?"

"Eiii, mana boleh. Habislah arnab tu dimakan oleh buaya. Apalah awak ni."

Akif mengerutkan keningnya. Berfikir lagi.

"Rapatkan pulau tu?"

Akif mencuba lagi. Dia merapatkan tangan Sakinah.

Umairah menepuk dahinya. Dia ingin tergelak pun ada.

"Itu memang tak bolehlah."

"Habis tu apa?"

Akif sudah kehilangan idea. Dia sudah mengerutkan dahinya.

Umairah menahan gelak. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Lalu dia mencapai tangan Akif dan membuat tangan Akif macam dia buat tadi.

"Dua ekor arnab itu pun berjalan melalui hutan dan akhirnya mereka berjumpa."

Jawab Umairah. Dia menggerakkan kedua-dua tangannya berjalan dari tangan ke lengan Akif dan akhirnya kedua-dua tangan Umairah berjumpa. Dia berpaut di leher Akif.

"Macam itulah mereka berjumpa bang."

Umairah tersenyum manis ke arah suaminya. Agak susah jugalah dia mengungkapkan gelaran itu tadi tapi dipanggil juga. Malu pun ada.

Akif tergelak. Dia tersenyum gembira dengan perlakuan Sakinah. Tak sangka isterinya ni, nakal juga.

"Nakal juga isteri abang ni."

Akif mencubit pula hidung mancung isterinya dan tersenyum lega setelah mendengar Sakinah menggelarnya 'abang'.

"Heee."

Umairah hanya tersengih. Dia semakin selesa dengan Akif. Dia juga berusaha mengurangkan perasaan malunya terhadap suaminya itu.

"Amboi, bukan main lagi berasmara di dapur ni. Kenapa tak di atas je?"

Usik Puan Salsabyla. Dia hanya tersenyum melihat mereka.

"Memang nak sambung kat atas ni ibu."

Ujar Akif selamba. Dia sudah memegang pinggang Sakinah.

"Hah, gatal erh."

Omel Umairah perlahan. Umairah membesarkan matanya. Dia sudah mencubit pinggang suaminya.

"Ish, merepek je abang ni ibu."

Jelas Umairah sambil membuat muka senyum.

"Aduh, aduh. Okay sayang, ampun."

Akif kesakitan terkena sepitan ketam isterinya.

"Baru nak bermanja."

Monolog Akif dalam hati. Dia sudah mencebik.

Puan Salsabyla hanya menggeleng.

"Jam berapa Mairah balik?"

"Mungkin lepas zohor kot ibu."

"Oh, eloklah tu. Nanti Akif hantar Mairah ye."

Cadang Puan Salsabyla.

"Siap boss!"

Akif mengangkat tabik ke arah ibunya.

"Dah, sambunglah asmara korang tu kat atas."

Sindir Puan Salsabyla sambil tersenyum. Dia terus meninggalkan mereka berdua.

Akif terus memandang Umairah dengan senyuman seperti kerang busuk.

"Kenapa?"

Umairah berlagak tenang walaupun sebenarnya dia faham dengan pandangan suaminya itu. Dia sudah menelan air liur.

"Jom."

Tanpa menjawap soalan Sakinah, Akif terus mencepung Sakinah.

"Abang! Lepaslah. Kalau ibu nampak lagi, malulah."

Marah Umairah. Dia terkejut dengan tindakan spontan suaminya itu.

"Tak nak."

Jawab Akif. Dia terus mencepung Sakinah naik ke atas.

Akhirnya Umairah membiarkan saja perlakuan suaminya itu. Dia sudah menggigit bawa bibirnya. Geram.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Abang, tolong angkat ni."

Mereka sudah sampai di rumah sewa Umairah.

"Sini."

Akif menolong isterinya mengangkat beberapa barang yang baru dibeli tadi.

Nafisah yang berdiri di tepi pintu hanya tersenyum ke arah mereka. Dia dapat rasakan kedua-dua pasangan suami isteri itu sudah berbaik.

"Alhamdulillah."

Ucap Nafisah. Dia bersyukur kerana mahligai kawannya itu bertahan juga.

"Ada lagi?"

Tanya Akif. Dia berdiri di sisi isterinya.

"Dah habis dah. Terima kasih, bang."

Jawab Umairah. Dia memberikan senyuman manis kepada suaminya itu. Dia sudah menutup pintu kereta suaminya.

"Sama-sama sayang."

Akif mengenyitkan matanya ke arah Sakinah.

"Allah, suami aku ni. Ni yang buat aku rindu nanti ni."

Monolog Umairah dalam hati. Dia memandang suaminya. Waktu itu juga, dia ternampak ada orang melambai ke arahnya.

"Eh, rumah depan ni dah ada orang duduk ke?"

Ujar Umairah. Setahu dia, rumah jiran depan dia ni baru saja di kosongkan.

Dia ternampak seolah-olah orang itu meminta pertolongan. Ada seorang lelaki di dalam rumah itu. Dia dapat lihat lelaki itu seperti terkurung sebab pintu gril di rumah itu seperti tidak dapat dibuka.

"Kenapa sayang?"

Tanya Akif. Dia perasan Sakinah memandang rumah jiran depannya itu.

"Kejap ye bang, macam ada orang pula kat rumah tu."

Beritahu Umairah. Dia terus berjalan menuju ke rumah itu. Akif hanya membiarkan saja tapi dia tidak sedap hati pula.

Lalu dia mengikut saja langkah Sakinah yang sudah agak jauh ke depan.

"Vrommm. Vrommm."

Malang tidak berbau, tiba-tiba ada sebuah kereta berwarna hitam laju menuju ke arah Umairah yang sudah berada di tengah jalan.

"Sakinah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience