Bab 19

Romance Completed 11466

BAB 19

"Macam mana Mairah, dah okey kaki tu?"

Tanya Puan Salsabyla setelah mereka sampai di rumah. Akif sudah naik ke bilik. Dia meninggalkan isterinya bersama Puan Salsabyla.

"Alhamdulillah, dah okey. Cuma sakit sikit sebab suntikan tadi."

Umairah menyandarkan badannya di sofa. Kesan suntikan bisa tadi masih terasa.

"Baguslah kalau begitu, boleh jalan ke? Kenapa Akif tak papah Mairah tadi?"

Tanya Puan Salsabyla lagi. Semasa mereka sampai tadi, Umairah jalan sendirian dan Akif di belakangnya.

"Boleh dah, perlahan-lahan. Mairah yang tak suruh dia papah Mairah. Kan sudah okey, ibu jangan risaulah."

Umairah senyum menampakkan giginya yang tersusun rata. Dia ingin meyakinkan ibu mertuanya yang kakinya sudah beransur baik.

"Yalah, kalau ada apa-apa minta tolong saja dengan Akif."

Puan Salsabyla mengangguk lega.

"Ya ibu. Hurm, Mairah naik atas dulu ye. Nak mandi, rasa melekit pula."

Umairah pun terus berdiri sambil jalan perlahan-lahan.

"Naiklah, hati-hati."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Akif terjaga awal pagi apabila dia terdengar suara orang seperti meracau-racau.

Akif menoleh ke arah Sakinah yang sedang tidur di sofa. Rupanya Sakinah yang meracau.

Akif segera bangun dan menuju ke arah isterinya itu. Dia mendekati Sakinah dan memegang dahinya dengan belakang tangan.

"Ya Allah, panasnya. Dia demam ni."

Ujar Akif. Tidak sangka pula Sakinah akan demam. Mungkin disebabkan kesan suntikan kelmarin.

Akif terus memasang lampu utama dan turun ke bawah untuk mengambil kain dan air dalam besen.

Akif meletakkan kain dan besen berisi air di atas meja tepi katil. Perlahan-lahan Akif mencempung Sakinah dan dipindahkan di atas katilnya. Berbuih-buih mulut dia membebel kepada isterinya semalam supaya tidur saja di katil kerana keadaan Sakinah yang tidak baik tapi dipekakkan juga telinganya. Akhirnya dia membiarkan saja Sakinah tidur di sofa. Sudah isterinya itu keras kepala.

Setelah membaringkan Sakinah, dia terus mengambil ubat panadol di dalam laci. Dia duduk di sisi isterinya.

"Sayang, bangun. Makan ubat ni."

Ujar Akif perlahan. Akif membangunkan Sakinah.

Umairah tersedar dalam keadaan mamai tapi dia tidak kuat untuk bangun.

Akif pun membantu mengangkat kepala Sakinah kemudian menyuapkan ubat ke dalam mulut isterinya dan diminumkan air. Setelah itu, dibaringkan semula Sakinah. Dia melihat jam di dinding, sudah jam 2.35 pagi.

"Kasihan isteri aku ni."

Terbit rasa kasihan dalam hati Akif. Dia memerahkan kembali kain itu dan melapkannya di leher, tangan dan kaki. Dia meletakkan semula kain itu di atas dahi Sakinah.

Akif melihat wajah isterinya saat itu. Pucat dan lesu. Dia menguak rambut Sakinah yang jatuh di dahi. Perasaan halus itu muncul lagi di benak hatinya. Lama dia menatap wajah Sakinah.

Tiba-tiba dia teringat perangai Sakinah yang manja kelmarin.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Sudah lepaskan saya. Dah okey ni."

Ujar Umairah setelah berada di luar hospital.

"Betul ni? Bukan tadi sakit lagi ke?"

Balas Akif pula. Tadi bukan main mengadu sakit lagi. Perlahan-lahan dia melepaskan isterinya. Takut juga kalau jatuh karang.

"Takdelah. Okey dah."

Umairah sudah dapat berjalan sendiri.

"Oh, jadi tadi tu awak sajalah tu nak bermanja dengan saya depan Syakirah?"

Tebak Akif. Dia memandang Sakinah sambil mengangkat kening kanannya.

"Eh, ma, mana ada. Buat apa nak bermanja dengan awak. Perasan."

Gugup Umairah. Dia melarikan pandangan daripada Akif.

"Hek'eleh. Cemburu ke sebab Syakirah pandang abang lebih-lebih tadi?"

Usik Akif lagi. Dia sudah tersenyum nakal. Berbunga hati Akif sebab tekaannya betul. Heheh, dah pandai cemburu isteri dia ni. Petanda apakah ini?

"Hish, jangan nak merepek. Buka kereta tu."

Jawab Umairah. Mereka sudah sampai di tempat parking kereta. Dah berangan lebih pula suami dia ni.

Akif turuti saja Sakinah sambil tersengih. Dalam hatinya saat itu, hanya Allah saja yang tahu.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Sudah berputik kembalikah cinta awak untuk saya?"

Ujar Akif perlahan. Sungguh dia amat menyayangi perempuan yang didepannya saat ini.

"Ya Allah, limpahkanlah rasa cinta dan sayang isteriku kepadaku. Kembalikanlah rasa itu kepadanya, ya Allah."

Doa Akif sebelum dia mengucup ubun-ubun Sakinah.

Beberapa minit kemudian, dia menguap dan akhirnya tertidur.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Umairah terbangun apabila alarm phone Akif berbunyi. Sudah masuk waktu subuh.

"Aduh, peningnya."

Umairah rasakan kepalanya berputar ketika itu. Semasa ingin mematikan deringan itu, dia sukar untuk bergerak. Dia rasakan ada hembusan nafas menyapu pipinya. Terus dia membuka mata. Di hadapannya saat ini adalah tubuh sasa suaminya. Umairah didakap erat oleh Akif bahkan dia boleh mendengar degupan jantung Akif.

"Ya Allah, kenapa ni?"

Umairah terkejut dan terus menolak tubuh Akif. Dia segera menjauhkan tubuhnya daripada Akif.

"Dah subuh ke?"

Akif tersedar apabila dia rasa tubuhnya ditolak kuat.

"Apa yang awak dah buat dengan saya? Hah? Berani awak angkat saya kat katil awak and then ambil kesempatan dengan saya?"

Marah Sakinah. Tindakan Akif sudah melampau baginya. Dia sudah berdiri dan memandang Akif tajam.

"Apa yang awak cakap ni? Saya tak buat apa-apa pun kat awak. Semalam awak demam, itu yang saya angkat awak kat katil. Takkan nak biarkan je awak melarat dan saya tak ada niat pun nak sentuh awak. Tapi terserah awaklah nak percaya atau tak."

Terang Akif. Dia terasa dengan Sakinah. Dia terus bangun dan menuju ke bilik air.

Umairah terkedu apabila dia ternampak air yang berisi besen bersama ubat panadol di atas meja. Baru dia teringat ada orang menyuapkan dia ubat semalam.

"Ya Allah, apa aku dah buat ni? Betullah dia jaga aku semalam.Ya Allah, ampunilah aku. Aku sudah tuduh yang bukan-bukan dengan suamiku. Astaghfirullahalazim. Macam mana ni?"

Umairah terduduk di birai katil. Sakit kepalanya menyerang kembali. Dia berasa bersalah yang teramat kepada Akif. Dia ingin menangis pun ada saat ini.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Umairah mundar-mandir di biliknya. Dia bingung bagaimana nak minta maaf dengan Akif. Tadi pun semasa dia ingin balik, Akif keluar. Jadi dia tidak sempat meminta maaf dengan suaminya itu. Sudahlah Akif mengelak saja daripadanya hari ini jika mereka bertembung.

"Ya Allah, apa perlu aku buat ni?"

Getusnya.

"Itulah, main tuduh-tuduh lagi."

Dia mengutuk dirinya sendiri.

Umairah tidak akan tenang selagi tidak meminta maaf dengan Akif.

"Hah!"

Teriak Umairah tiba-tiba.

"Lebih baik aku call dia."

Baru dia terfikir untuk berbuat begitu. Dia sudah menyandarkan badannya di kepala katil.

"Tapi nak cakap apa? Aku ni bukannya reti nak bercakap dengan lelaki. Tak tercakap kang. Huh. Hurm, mesej dia jelah."

Setelah beberapa minit membuat ayat, akhirnya Umairah menekan punat send.

"Assalammualaikum, awak. Hurm.
Sebenarnya saya nak minta maaf kat awak pasal pagi tadi. Saya betul-betul menyesal. Terima kasih sebab jaga saya semalam. Saya tak sepatutnya tuduh awak yang bukan-bukan. Saya tak sengaja. Sekali lagi, saya minta maaf sangat-sangat. Saya akan buat apa saja asalkan awak maafkan saya. Please?"

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Sudah tengah malam dan Umairah masih memandang telefonnya.

"Kenapa dia tak balas mesej aku ni? Takkan dia merajuk sangat kot. Hurm."

Umairah akhirnya putus asa dan perlahan-lahan matanya tertutup.

"Dia fikir senang nak maafkan? Huhh, jangan haraplah."

Cebik Akif. Dia masih merajuk dengan Sakinah.

"Eh, Akif. Kenapa masih kat taman ni? Tak tidur lagi?"

Tegur Encik Ashraf. Dia baru saja menghadiri dinner bersama client.

"Hurm? Saja, nak ambil angin."

Akif tersenyum ke arah ayahnya.

"Oh. Hah, Akif dah tahu kan esok ada meeting pasal projek besar dekat Kedah tu?"

"Tahu ayah."

Balas Akif seraya mengangguk. Ayahnya sering mengingatkan dia pasal meeting yang akan diadakan.

"Baguslah. Kalau macam tu ayah masuk dulu ya."

Encik Ashraf menepuk bahu Akif dan meninggalkannya.

"Okey ayah."

Akif memandang kembali Iphone 6snya.

"Hurm, nak balas ke tak? Nanti jelah. Biar dia rasa."

Ujar Akif tersenyum nakal. Dia sebenarnya ingin memaafkan Sakinah tetapi sengaja nak mengenakan isterinya itu. Dia tahu Sakinah tidak sengaja. Kalau dia ditempat isterinya saat itu pun, dia akan bertindak begitu. Lagi pula Sakinah belum bersedia.

Akif pun mengangkat punggungnya dari buaian dan masuk ke dalam rumah apabila malam semakin larut.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Betul kau nak pergi sana?"

Tanya Nafisah. Dia baru ingin berangkat ke sekolah.

"Ya, Fisah. Saya kena pergi juga. Awak tahu juga kan, saya tak tenang selagi dia tak maafkan saya."

Jelasnya. Nafisah tahu mengenai kejadian yang berlaku kelmarin. Lagi pula dia mendapat MC hari ini. Jadi dia bercadang untuk berjumpa dengan Akif.

"Tapi macam mana dengan kaki kau? Dah okey ke?"

Ujar Nafisah. Risau juga dia kalau Umairah banyak berjalan nanti sakit lagi pula.

"InsyaAllah, dah semakin pulih kaki saya ni. Tak payah risaulah. Okey?"

Umairah meyakinkan Nafisah.

"Yalah, kalau macam tu. Aku pergi dulu, nanti call je aku kalau nak minta ambil ke. Ya? Hati-hati, assalammualaikum."

Balas Nafisah. Dia sudah memasuki perut kereta.

"Ya. Waalaikummussalam."

Umairah hanya mengangguk seraya senyum kepada Nafisah.

Nafisah membunyikan hon meminta diri dan Umairah melambai tangan ke arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience