Prolog

Romance Completed 11466

PROLOG

Umairah mengeluh kesal.

"Astaghfirullahalazim. Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah limpahkan kasih sayangMu terhadapku. Sungguh hambaMu ini sangat kesal dengan diri ini. Engkau telah menyedarkanku dari terus bermain dengan nafsu ini semata-mata. Alhamdulillah."

Doa Umairah. Air matanya yang berada di kelopak mata gugur akhirnya. Dia menangisi atas segala perbuatannya. Umairah bersyukur kerana masih sempat mengelak daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Dia sungguh malu dengan sang Khaliq kerana telah menyalahgunakan nikmat yang diberikan.

Umairah melakukan sujud syukur setelah melakukan solat sunat taubat.

Umairah kembali ke katilnya dan merebahkan badannya setelah ber'dating' dengan Penciptanya tadi. Dia termenung kembali dosa yang telah dia lakukan selama ini. Kali ini dia nekad tidak akan mengulangi kesalahannya untuk kali kedua. Cukuplah Allah telah memberi dia peluang untuk sedar akan apa yang dia lakukan adalah kerana nafsu dan bukan kerana Allah. Umairah tahu semua ini pasti ada hikmahnya. Allah takkan menguji hambaNya melainkan di luar kemampuan hambaNya. Dia pasti akan janji Allah itu. Mungkin dia boleh mengambil pengalaman yang telah dia lakukan selama ini dan untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Umairah, awak boleh lakukannya. Lakukanlah semuanya kerana Allah. Jangan terpedaya dengan nafsu yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Nikmat yang Allah berikan ini hanyalah sementara dan jangan terlalu terbuai olehnya. Cukuplah selama ini awak telah disakiti kerana nafsu ini semata-mata." Getus Umairah. Dia memujuk dirinya untuk terus tabah.

Sakinah Nur Umairah, berubahlah kerana Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience