Bab 3

Romance Completed 11466

BAB 3

"Ibu."

Panggil Akif terus memaut bahu Puan Salsabyla yang sedang menyiapkan sarapan di dapur. Ibunya itu membuat muka masam.

"Alolo, janganlah merajuk. Akif tak buat lagi ibu. Okey? I'll promise?"

Sungguh-sungguh Akif memujuk ibunya. Dia sudah mengangkat tangannya berikrar.

"Yelah, don't do that again? Okey? Kalau tidak, Akif tunggulah ibu merajuk sampai bila-bila."

Puan Salsabyla mengugut anak terunanya itu.

"Yeah! I love you ibu! That was the last time right? Akif kan tak balik lagi kat situ? Takkan ibu dah lupa?"

Akif mencium kedua-dua pipi ibunya. Memang anak yang manja Akif ni dengan ibunya.

"Hurm, ya. Ibu ingat. Itu yang tak merajuk lama tu. Dah, bawa ni kat depan."

Puan Salsabyla menghulurkan pinggan yang berisi roti bakar. Akif menyambut huluran ibunya dengan senang hati.

Mereka sekeluarga sudah berkumpul di meja makan. Kakak Akif yang tiga tahun beza umur dengannya tidak bersama mereka kerana dia sudah berumahtangga. Manakala adik perempuannya yang ketiga sekarang sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia. Jadi hanya tinggal Akif dan Ina di rumah. Adiknya yang bongsu itu pula akan mengambil SPM tahun ini.

"Eh, abang Akif. Bila sampai? Tak perasan pun semalam."

Ina yang baru dari atas perasan abangnya sudah sampai di tanah air. Dia terus menyalami Akif dan duduk di sebelahnya.

"Hurm, macam mana Ina nak perasan kalau abang kamu ni balik tengah malam?"

Sindir Puan Salsabyla. Encik Ashraf hanya tersenyum mendengar sindiran isterinya.

"Alah, last kan ibu. Ha'ah, abang baru sampai semalam."

Akif tersenyum sengih memandang adiknya.

"Oh, bestnya. Taklah Ina sunyi lagi kat rumah."

Ina sudah tersenyum riang.

"Ya, nanti kita jalan hujung minggu ni mahu?"

Akif mengajak adiknya.

"Yeah! Mestilah mahu. Okey abang, dah lama Ina tak hang out ni."

Ina berasa sungguh gembira. Dia sudah tidak sabar untuk keluar hujung minggu ni.

"Hah, jangan selalu hang out pula. Ina tu SPM tahun ini."

Encik Ashraf yang dari tadi berdiam diri menyampuk.

"Yelah ayah, Ina ingat juga."

Ina yang tadi gembira tak terkira terus berubah mood. Mukanya sudah disiram cuka. Masam.

"Dah, cepat sarapan. Nanti lambat pula."

Tegur Puan Salsabyla apabila terlihat jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Mairah."

Panggil Nafisah. Umairah yang sedang menyemak buku pelajarnya memandang ke arah Nafisah yang duduk di depannya.

"Ya, kenapa?"

"Kau nak ikut beli barang lepas zohor ni? Barang dapur kat rumah dah habislah."

Cadang Nafisah. Dia sedang online maklumat pelajar. Maklumlah, masih banyak maklumat pelajar yang belum lengkap. Lagi pula sekarang dah nak masuk pertengahan tahun.

"Oh, hurm. Boleh juga. Tapi saya siapkan semak buku dulu ya."

"Beres bos."

Nafisah mengangkat tangan tabik pada Umairah. Umairah hanya tergelak kecil.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Allah."

"Lupa pula hari ni hari jumaat. Patut pun jame."

Rungut Nafisah. Banyak kereta yang keluar dari masjid depan kerana orang menunaikan solat Jumaat.

"Ha'ahlah, saya pun baru ingat. Tapi takpe lah, dah terlanjur. Lagi pula barang dapur dah kritikal kan, nanti takde pula makanan kita."

Umairah memujuk Nafisah untuk meneruskan saja niat mereka.

"Yelah."

Jawabnya pendek. Sabar jelah dengan jame ni.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Nak beli paha ayam ke sayap ayam ni?"

Tanya Umairah yang sedang melihat jenis ayam di dalam peti sejuk besar. Umairah menoleh ke kanannya.

"Eh, mana pula dia ni? Fikir kat sebelah tadi."

Lalu dia bercadang mengambil sayap ayam sahaja. Tiba-tiba dia terasa bahunya dilanggar.

"Hah, awak kat mana taaa... di."

Sayap ayam yang berada di tangannya terlepas di atas cermin penutup peti sejuk besar. Dia amat terkejut kerana bukan Nafisah yang melanggarnya tapi...

"Alamak, macam mana dia boleh ada kat sini?"

Getus Umairah dalam hati. Dia terkedu.

Saat itu juga mata mereka bertembung namun dengan segera Umairah menundukkan pandangannya dan terus mengambil sayap ayam itu kembali sebelum beredar.

"Sorry, saya terlanggar awak."

Akif yang tadi terpaku melihat Sakinah segera meminta maaf. Tetapi Sakinah tidak menjawab dan dia terus berlalu meninggalkan Akif. Dia mengejar Sakinah.

"Mairah. Dah jumpa ayam tu?"

Sergah Nafisah yang entah dari mana datangnya.

"Hah, dah. Ini."

Umairah yang kelihatan seperti dikejar terus meletakkan sayap ayam yang dipegangnya ke dalam troli.

"Kenapa ni? Aku tengok pucat je muka kau."

Nafisah membelek muka Umairah yang kelihatan pucat seolah-olah nampak hantu.

"Hah? Eh, takdelah. Jom, pergi kaunter."

Ajak Umairah. Dia membuat muka tenang walhal dia masih terkejut sebenarnya.

"Sakinah."

Tiba-tiba ada suara lelaki memanggilnya.

Umairah terkaku. Dia seolah-olah tahu siapa gerangan yang memanggilnya itu. Nafisah pula menoleh ke arah suara yang memanggil Umairah.

"Wei, ada orang panggil kaulah."

Beritahu Nafisah. Umairah sudah menggigit bibirnya.

"Apa pula yang dia nak ni?"

Getusnya dalam hati. Dia sudah menggelabah.

"Sakinah. Awak Sakinah kan?"

Tanya Akif setelah berada di depan mereka.

"Hah, dialah..."

Nafisah yang baru ingin menjawab pertanyaan Akif terhenti apabila Umairah menyikunya. Nafisah terus menolah ke arah Umairah dan mengangkat kening kanannya memberi isyarat kenapa.

"Eh, taklah. Awak salah orang ni."

Jawab Umairah sambil menarik-narik sarung lengan birunya untuk menghilangkan gelabahnya.

"Hurm... ya, betul tu. Dia bukan Sakinah, dia Umairah."

Nafisah yang faham maksud Umairah terus membantu dia untuk mengelak dari diketahui identitinya.

"Oh, ye ke?"

Akif terpandang name tage 'Nur Umairah', terus mengangguk.

"Takkanlah aku salah orang kot?"

Getusnya dalam hati. Dia masih tidak puas hati.

Baru Umairah ingat yang dia terlupa untuk menyimpan name tagenya tadi sebelum jalan. Tapi bagus juga sebagai penyelamat dia dari terus ditanya oleh lelaki itu.

"Akif!"

"Awak pergi mana tadi? Diana cari dari tadi baru jumpa kat sini."

Tiba-tiba Diana meluru ke arah Akif dan memaut lengannya. Dia membuat muka menyampah apabila terpandang dua perempuan di depan Akif.

"Hurm, okeylah. Kami pergi dulu."

Nafisah meminta pamit setelah muak melihat perempuan gedik di sebelah Akif yang mengada-ngada. Umairah pula hanya menunduk mengikut Nafisah.

"Eh."

Akif yang baru ingin bertanya lagi tidak jadi kerana Diana menarik lengannya.

"Awak, kenapa ni? Takkan ustazah itu pun awak nak tersangkut. Bukan itu perempuan yang kat airport hari tu ke?"

Tanya Diana dengan nada geram. Geram kerana Akif seolah-olah terhegeh-hegeh dengan perempuan itu.

Akif tidak menjawab persoalan Diana. Dia rimas. Terus dia meleraikan pautan Diana di lengannya dan meninggalkan Diana dengan perasaan tertanya-tanya.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Mairah. Siapa lelaki tadi tu? Kenapa kau macam mengelak je dari dia?"

Nafisah yang dari tadi tertanya-tanya siapa lelaki itu terus bertanya ke arah Umairah.

"Hah? hurm, takdelah. Tak kenal pun."

Nafi Umairah. Dia pun sebenarnya terfikirkan hal itu. Kenapa dia boleh terserempak lagi dengan Akif.

"Ye ke? Betul ni? Aku fikir Shah Iskandar tadi. Tapi macam dia kenal kau pun."

Nafisah sudah tersenyum-senyum membayangkan muka Akif yang hensem itu.

"Shah Iskandar? Siapa tu? Ish, dia salah orang tu. Mungkin Sakinah lain."

Jawab Umairah. Dia malas berbahas panjang tentang Akif.

"Alah, kau ni. Takkan kau tak kenal pelakon lelaki Melayu terbaru tu? Hotstuff lagi tu. Tapi lelaki tadi mukanya bujur sirih dan sawo matang. Hensemlah juga. Hurm, yalah kot. Dia salah orang."

Sempat lagi dia menganalisis perbezaan Akif dengan pelakon itu. Nafisah hanya mengiakan kata Umairah sambil memuji Akif. Dia tersenyum kecil.

Umairah hanya diam. Dia masih menenangkan hatinya yang akan bergelodak apabila berjumpa dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience