Bab 26

Romance Completed 11466

BAB 26

Akif sudah berada di depan pintu biliknya. Dia menarik nafas.

"Ya Allah, kau permudahkanlah segala-galanya."

Doa Akif. Saat itu juga, dia memulas tombol pintu secara perlahan-lahan.

"Sakinah."

Akif mencari kelibat Sakinah. Lalu dia menuju ke katil apabila ternampak ada sekujur tubuh di bawah selimut itu.

Akif duduk di birai katil tanpa mengganggu isterinya. Lama dia melihat Sakinah yang masih berada di bawah selimut. Akif tidak pula menyelak selimut itu tapi terus mengusap muka isterinya yang dia dapat rasakan di bawah selimut itu.

Umairah terkaku apabila Akif mengusap pipinya.

"Kenapa pula dia ni?"

Dia menelan air liur. Baru saja dia ingin keluar dari selimut itu, Akif bersuara menyebabkan tindakannya terhenti.

"Sakinah. Kenapa awak tak terus terang bagitahu saya yang awak betul-betul maksudkan apa yang awak cakap semalam tu?"

Tanya Akif perlahan. Dia tidak pasti sama ada Sakinah dengar atau tidak, yang penting dia ingin meluahkan segalanya kepada isterinya itu.

"Kenapa awak tak bagitahu yang awak juga sayangkan saya dan tak nak berpisah dengan saya?"

Akif sebak tiba-tiba.

"Kalau awak nak tahu, saya gembira sangat apabila awak juga mempunyai perasaan yang sama macam saya dan tak nak berpisah dengan saya. Saya gembira sangat awak."

Jelas Akif lagi.

"Masa awak macam nak berpisah dengan saya, saya rasa saya dah tak dapat meneruskan hidup saya lagi tanpa awak. Saya sedih. Saya takut kalau hal itu betul-betul terjadi sebab saya tahu, awak memang berhak berpisah dengan saya. Saya bukan lelaki yang layak untuk perempuan macam awak. Saya banyak sakitkan hati awak, Sakinah."

Luah Akif apa yang terpendam di dalam hati dia selama ini.

"Tapi saya janji, selepas ini saya akan jadi yang terbaik untuk awak. Saya akan tebus segala-galanya. Saya cintakan awak Sakinah. Saya betul-betul tak nak berpisah dengan awak. Saya harap awak maafkan saya."

Keluh Akif.

Umairah yang berada di bawah selimut sudah mengalirkan air mata. Dia juga tidak ingin berpisah dengan Akif. Dia juga cintakan Akif. Dia juga bersalah. Saat itu juga, Umairah membuka selimutnya dan terus memeluk Akif yang sayu memandang lantai.

Akif terkejut dengan reaksi Sakinah. Dia juga terkaku sebentar.

"Saya juga tak nak berpisah dengan awak. Saya betul-betul takut kalau awak memang nak ceraikan saya dulu. Saya takut."

Terus terang Umairah memberitahu.

Akif yang mendengar pengakuan isterinya itu tersenyum lebar. Akif senang hati mendengar ucapan itu.

Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan Sakinah. Tapi tiba-tiba dia terkedu. Matanya terkebil-kebil. Dadanya bergetar hebat.

"Ya Allah, adakah bidadari ini memang milik aku?"

Akif terpaku melihat keadaan Sakinah waktu ini. Dia terkaku buat kali kedua. Isterinya itu sangat cantik seperti bidadari. Dengan mukanya yang kemerah-merahan dihiasi sedikit make up. Lehernya yang putih melepak. Rambutnya yang dilepas panjang. Menggugat imannya. Dia menelan air liur.

"Saya juga minta maaf sebab melayan awak tak baik selama ini. Saya tahu saya salah, saya tak sepatutnya berdendam dengan awak. Saya..."

"Cuppp."

Belum sempat Umairah meneruskan kata-katanya, Akif secara perlahan-lahan mengucup bibirnya.

Umairah tersentak. Matanya membulat. Dia pula yang terkebil-kebil. Mukanya yang tadi sudah merah bertambah merah seperti tomato. Dia terus terdiam.

"Awak tak salah Sakinah. Awak memang layak buat macam tu. Kesalahan saya dulu memang tak boleh dimaafkan. Saya memang khilaf. Tapi saya bersyukur sebab saya bertemu kembali dengan awak dan memperbaiki segalanya. Saya harap awak terima saya. Saya benar-benar cintakan awak, Sakinah Nur Umairah."

Terang Akif. Dia memegang kedua-dua belah pipi isterinya dan mengucup ubun-ubun Sakinah.

"Sudikah awak terima saya dan maafkan saya?"

Tanya Akif meminta kepastian. Lama dia memandang Sakinah.

Umairah mengalirkan lagi air matanya. Dia sedih. Dia gembira. Perasaanya saat itu bercampur baur.

Akhirnya Umairah mengangguk dan terus mendakap Akif.

Akif tersenyum lebar. Dia lega dan bersyukur atas jawapan isterinya itu. Dia terus membalas pelukan Sakinah dan mengusap rambutnya.

"Ya Allah, terima kasih atas segala kasih sayang yang Kau berikan kepada kami. Kekalkan rasa ini, ya Allah."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Umairah tersedar apabila terdengar sesuatu. Perlahan-lahan dia membuka mata.

Waktu itu juga matanya terbeliak. Dia memandang ke atas dan melihat muka Akif berada di atas kepalanya. Bunyi yang dia dengar tadi pula degupan jantung suaminya.

Muka Umairah sudah merah. Dia berada dalam pelukan Akif. Rupanya apa yang terjadi semalam bukan mimpi. Dia menelan air liurnya. Dia ingin menangis pun ada saat itu. Dia malu.

"Ya Allah, macam mana ni? Malunya." Dia sudah menggigit bibirnya. Kalau boleh dia gigit sampai berdarah.

Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Akif yang ada di pinggangnya.
Baru saja dia ingin pusing ke kanan, tangan Akif memeluknya kembali dan lebih erat sehingga pipi Umairah rapat di dada suaminya itu.

"Aduh."

Omel Umairah perlahan. Dia berhenti bergerak sebentar. Takut nanti mengejutkan suaminya.

Selepas beberapa minit, dia mengalihkan lagi tangan Akif. Sedaya upaya dia cuba tidak menyedarkan suaminya itu.

Dia berhenti lagi. Dia mengeluh lega apabila Akif tidak memeluknya macam tadi. Waktu itu juga dia cuba bangun dengan selimut menutupi badannya. Dia ingin mengambil pakaiannya di lantai.

Tapi sekali lagi tindakannya gagal apabila Akif menarik dia ke dalam pelukannya.

Akif memeluk Sakinah dari belakang.

"Hah, nak pergi mana tu."

Tanya Akif sambil matanya tertutup.

Umairah terkaku sebentar. Dia terkedu.

"Erh, nak g mandi."

Jawap Umairah gagap.

"Mandi? Masih awal lagilah sayang. Teman abang dulu. Nanti kita mandi sama-sama."

Umairah menelan air liur apabila mendengar jawapan Akif itu.

"Dia guna abang sayang sudahlah pula. Tapi biar betul dia nak mandi dengan aku?"

Kata Umairah dalam hati. Dia menggigit lagi bibirnya. Dia masih malu.

"Hah, gigit lagi bibir tu. Kalau abang yang gigit, lain pula jadinya kang."

Usik Akif. Sebenarnya dia juga tersedar apabila Sakinah ingin bangun tadi tapi dia buat macam masih tidur saja dan melihat sampai mana isterinya itu boleh lepaskan diri dari dia. Dari tadi dia melihat saja perbuatan isterinya itu walaupun nak tergelak pun ada tapi ditahannya.

Umairah terus keras apabila Akif cakap macam itu. Memang menakutkanlah suaminya ni.

Akif tersenyum apabila Sakinah tidak bergerak. Lalu dia mengeratkan pelukannya terhadap Sakinah. Dia meletakkan dagunya di bahu Sakinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience