Bab 11

Romance Completed 11466

BAB 11

Ramai yang menegur muka Umairah pagi itu. Dia pun jawab jelah menangis sebab tengok movie sedih. Kelentong habis. Tetapi ada yang tak percaya, mustahil sampai begitukan. Nasib baik ada Nafisah yang membantunya.

"Itulah, aku dah kata ambil je MC hari ini. Tapi tak nak juga, aku pula yang tolong back up."

Omel Nafisah. Mereka sedang menuju ke kelas yang akan diajar selepas itu.

"Alah, sorrylah Fisah. Saya malaslah nak terperap kat rumah, awak tahu kan mesti bosan. Okeylah, saya tak akan menyusahkan awak lagi. Tak payahlah awak nak back up saya, pandai-pandailah saya jawab nanti."

Ujar Umairah dengan nada merajuk.

"Alolo, merajuk pula dia. Aku main-main jelah. Takde prob pun, dahlah. Jangan nak minta puji nak merajuk, awak tu bini orang."

Pujuk Nafisah. Makin kuat merajuk pula kawannya itu sejak kebelakangan ini. Mugkin sebab dah jadi bini orang kut.
Fikir Nafisah. Apa-apa jelah.

"Heee, betul erk? Sayang awak."

Umairah tersenyum seraya memeluk bahu Nafisah.

"Hah, cincin awak mana? Tak pakai ke?"

Dia baru perasan Umairah tidak memakai cincin semalam. Terus Umairah berubah riak.

"Erh, saya simpan dalam tas. Yalah, nanti hal ini pula lagi yang diorang tanya. Apa saya nak jawab? Takkan nak cakap saya dah bernikah?"

Protes Umairah.

"Mairah, walau apapun kau tak boleh tanggalkan cincin tu. Cincin itu dah jadi tanda yang kau dah bernikah. Tak baik kau tanggalkan, kalau ibu mertua kau tahu mesti dia sedih punya. Nanti orang tanya, jawab jelah kau dah bertunang ke atau saja je nak pakai. Yang penting jangan tanggalkan dari tangan kau tu. Faham tak?"

Nasihat Nafisah. Umairah ni memanglah, keras kepala tak sudah. Baru je dia cakap dengan Umairah semalam jangan tanggalkan cincin itu.

"Huhh, yalah Fisah. Nanti saya pakai, okey? Jangan risau.Hurm,saya masuk kelas dulu ye. Jumpa time rehat. Bye."

Jawab Umairah acuh tak acuh. Dia terus masuk ke kelasnya yang sudah ada di depan mereka.

"Mairah, Mairah."

Nafisah hanya mampu menggelengkan kepalanya memandang Umairah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Akif."

Tegur seseorang. Akif sedang lunch waktu itu di sebuah restoran berdekatan syarikatnya. Dia menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Diana."

Rupanya Diana yang menegurnya.

"Apa pula dia buat kat sini?Kalau ayah nampak, nahas aku. Nanti ayah ingat aku tak tepati janji pula."

Getus Akif. Dia sudah berjanji dengan Encik Ashraf yang dia akan mengubah perangai lamanya. Entah apa yang membuatkan Diana datang sampai ke sini.

Diana terus duduk di sebelah Akif dan terus memaut lengan Akif. Akif cuba meleraikan pautan itu tetapi kali ini Diana tidak pula mengalah.

"Eh, apa ni Diana? Lepaslah. Aku ni suami orang."

Omel Akif. Diana hanya memandang Akif. Selama lima hari dia merajuk dan Akif tidak pun memujuknya. Dia tidak tahan lama-lama merajuk dengan lelaki itu dan dia tahu Akif tidak akan memujuknya. Kecewa jugalah beb. Dia rindukan Akif tapi sudah tu dilayan begitu. Diana sudah mula panas.

"Yalah, yalah. Saya tahu."

Akhirnya Diana melepaskan pautannya. Akif menjarakkan dirinya dari Diana.

"Hurm, apa awak buat kat sini? Kan kita boleh jumpa hujung minggu ni?"

Tanya Akif sambil menikmati hidangannya yang tinggal separuh.

Kata-kata Akif itu membuatkan Diana terasa.

"Awak memang dah berubah Akif. Boleh-boleh dia tanya aku buat apa kat sini? Huhh, jumpa hujung minggulah sangat. Padahal dah tak de masa punlah dia nak keluar lagi dengan aku. Jangan-jangan sebab bini dialah ni. Hish."

Diana bermonolog dengan kata hatinya. Dia geram, terkilan, marah. Mukanya sudah mula masam.

"Wei, kenapa ni?"

Akif menyergahnya. Termenung pula dia.

"Ah? Erh, saja je."

"Oh, kalau begitu. Aku nak pergi dulu, kejap lagi dah nak masuk pejabat ni."

Akif sudah mula berdiri ingin membayar di kaunter. Malas pula dia nak layan Diana ni.

"Eh, Akif. Sekejap. Okey, saya bagitahu awak."

Diana terus menarik Akif sehingga Akif terduduk semula.

"Sabar Diana."

Diana mendengus tetapi cepat-cepat dia membuat muka manis setelah Akif memandangnya.

"Sebenarnya saya nak minta maaf dengan awak pasal hari tu, saya marah awak tanpa dengar cerita sepenuhnya. Ain dah ceritakan semua dengan saya. Saya tahu bukan salah awak pun. Hurm, baiklah. Mulai hari ini saya buang semua perasaan saya kat awak tapi kita masih boleh jadi kawan kan?"

Terang Diana. Akif sudah mula tersenyum. Dia senang mendengar kata-kata Diana.

"Aku maafkan kau. Terima kasih sebab faham. Maafkan aku juga sebab buat kau ada perasaan itu dengan aku. Aku, aku nak berubah. Aku tak nak sakitkan hati perempuan lagi terutamanya perempuan yang sudah menjadi isteri aku yang sah.
Mungkin ada hikmah dengan semua ini. Apapun, kita still jadi kawanlah."

Akif tersenyum manis. Senyuman itulah yang membuatkan Diana jatuh hati dengan Akif.

"Okey, tak ade apelah. Saya harap awak bahagia dengan isteri awak. Hurm, kalau macam tu saya pergi dulu nanti awak lambat pula masuk pejabat."

Sedaya upaya Diana cuba menyembunyikan matanya daripada Akif. Dia ingin menangis. Sebenarnya hatinya remuk dan sakit mendengar kata-kata Akif tadi. Dia memberikan senyuman palsu ke arah Akif dan terus beredar.

"Aku takkan menyerah Akif.Aku akan kenakan perempuan yang rancang semua ini. Tak sangka pula rupanya ustazah tapi bertopengkan syaitan. Tiada siapa boleh dapatkan Akif selain aku. Kau tunggu perempuan!"

Sempat Diana bermonolog semasa memandang Akif tadi. Api kebencian dan dendam sudah menyirami hatinya. Dia akan melakukan apa saja asalkan Akif menjadi miliknya. Itu janji dia.

Akif tersenyum lega. Tidak sangka pula Diana akan menerima semua itu. Dia tersenyum lagi lalu ke kaunter.

"Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita. .
Sama ada kita perlu mengubah hidup dia atau dia yang bakal mengubah hidup kita. .
Allah takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab. . ;)"

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Ya Allah."

Akif menggeliat di sofa. Dia baru saja menyiapkan kerja syarikat. Dia memejamkan matanya sekejap. Saat itu juga terlintas wajah Sakinah di fikirannya. Entah kenapa dia rasa rindu ingin menatap wajah perempuan itu. Dia masih ingat lagi semasa Sakinah tidur di sofa itu.

Wajahnya yang tenang saat itu membuatkan hatinya bergetar. Akif yakin,sebenarnya dia sudah jatuh hati dengan Sakinah semasa pertemuan mereka yang pertama dulu. Walaupun Akif hanya sempat melihat sisi Sakinah waktu itu,tetapi dia tahu itu Sakinah. Seolah-olah ada kuasa yang meyakinkan dia bahawa itu Sakinah tetapi Sakinah mengelak sehinggalah akhirnya mereka dipertemukan dengan sebuah ikatan yang sah kerana izin Allah.

"Ya, semua itu kuasa Allah."

Getusnya dalam hati.

Dan saat mereka diijab kabulkan, Akif sudah ada janjinya sendiri. Dia tak akan mensia-siakan peluang yang Allah berikan kepadanya. Dia akan berubah demi perempuan yang telah menakluki hatinya kerana itulah tulang rusuk kirinya yang hilang selama ini. Dia yakin itu.

"Nak call dia, tapi takde pula numbernya dengan aku. Hurm."

Akif bermain dengan telefonnya. Dia berfikir sebentar.

"Hah, tanya Ina. Pasti dia ada number Sakinah."

Dia tersenyum riang. Akif terus bangun dan menuju ke bilik adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience