Bab 22

Romance Completed 11466

BAB 22

"Apa maksud awak?"

Akif nyata kebingungan. Dia hanya tersenyum ke arah Mariah.

Umairah pula sedari tadi mendiamkan diri.

"Saya Mariah Ezzatie, Akif. Best friend Mairah. Awak ingat tak dulu, awak pernah suruh saya jagakan Mairah untuk awak. Ingat tak?"

Bersungguh-sungguh Mariah mengingatkan Akif.

Akif cuba mengingati apa yang disampaikan oleh Mariah.

"Aku pernah suruh Mariah jagakan Sakinah untuk aku?"

Getus Akif dalam hati.

Dia memandang Sakinah.

Umairah hanya menundukkan pandangan. Dia tidak pula masuk campur.

Saat itu juga ada memori yang menerjah masuk ke dalam ingatannya.

"Mariah?"

"Ya, sayalah tu."

Ujar Mariah. Dia nampaknya teruja.

"Mairah, awak ingat tak? Saya pernah bagitahu awak dulu pasal benda ni?"

Mariah pula bertanya kepada Umairah.

"Hah? Hurm, saya nak pergi tandas dulu. Korang sambung berbuallah."

Umairah tersenyum kelat ke arah kawan rapatnya itu. Dia terus berdiri dan menuju ke tandas tanpa melihat Akif di sebelahnya.

"Sekejap, Mairah tahu ke yang saya pernah chat ngan awak dan cakap macam tu?"

Entah kenapa hatinya berdebar melihat Sakinah pergi ke tandas.

"Ha'ah. Dah dia best friend saya. Mestilah saya bagitahu, saya bagi tengok lagi chat awak ngan saya dulu. Tapi tak tahulah, Mairah masih ingatkan awak atau tidak."

Terang Mariah. Dia senyum ke arah Akif.

"Tak sangka korang ada jodoh juga ye."

Sanbungnya lagi.

Akif merasakan mukanya seperti ditampar waktu itu.

"Itulah juga salah satu ayat kasanovanya dulu."

Memang sahlah kalau Sakinah membencinya.

Akif fikirkan Sakinah tidak tahu pasal benda itu tapi malang tidak berbau, isterinya itu tahu.

Akif meraup mukanya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Salahnya kerana pernah memberikan harapan kepada Sakinah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Ya Allah, kenapa sakit sangat hati aku ni?"

Umairah sudah memandang cermin di depannya.

Dia sudah menangis teresak-esak. Nasib baik waktu itu tiada orang di tandas.

Ya, hatinya sangat sakit seperti ada pisau yang menikam hatinya.

Itulah rasa yang dia pernah alami dulu. Ianya seperti telah kembali.

"Kenapa aku mesti ingat balik semua ini? Kenapa engkau tak lumpuhkan saja semua kenangan mengenainya ya Allah?"

Umairah memukul-mukul dadanya.
Dia nangis tersedu-sedu.

Perlahan-lahan memori itu memenuhi fikirannya.

"Mairah, tengok ni?"

Mariah menghulurkan tabnya kepada Umairah.

"Kenapa?"

Umairah menyambut tab kawannya itu.

"Awak baca chat tu."

Jawabnya sambil menjuihkan bibir ke arah tabnya.

Umairah pun membaca apa yang dimaksudkan oleh Mariah.

"Itu chat Mariah dengan Akif."

Umairah terus memandang Mariah.

"Apahal tengok saya, baca dulu."

Omel Mariah pula.

Umairah pun terus membaca chat Mariah dengan Akif.

Beberapa minit kemudian, Mariah menyampuk.

"Amboi, senyum nampak? Korang ada apa-apa ke sampai dia suruh saya jaga awak ni?"

Tebak Mariah sambil memandang tajam ke arah Umairah.

"Hish, takdelah. Bila dia chat ni?"

Tungkas Umairah.Dia mengembalikan tab Mariah.

"Kelmarin. Terkejut juga saya tiba-tiba dia chat. Macam dia suka awak je. Ye ke? Mesti dia tahu pasal Hakimi kan?"

"Hurm, ya. Ada juga dia confess. Ha'ah, dia tahu pasal Hakimi."

"Oh, patut pun. Apalah awak jawab? Mesti dia serius kan sampai dia suruh saya jaga awak tu."

Ujar Mariah. Dia rasakan Akif memang sukakan Umairah.

"Entahlah, saya tak cakap apa-apa pun."

Umairah tidak memberitahu Mariah bahawa dia juga sudah mula sukakan Akif. Dia masih tak yakin sebenarnya tetapi setelah membaca chat Mariah dan Akif sebentar tadi membuatkan Umairah rasa Akif memang betul-betul serius.

Hatinya sudah berbunga.

Ayat Akif itulah yang membuatkan Umairah menunggu Akif.

Setelah sekian lama barulah dia merasakan dia seperti orang bodoh kerana menunggu orang yang tak sepatutnya.

Umairah melap air matanya.

"Sudahlah Umairah, jangan nangis lagi. Awak kena kuat."

Dia merenung kembali dirinya di depan cermin. Matanya sudah mulai bengkak.

Lalu dia mengeluarkan telefonnya dan menghantar mesej kepada seseorang.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Perlahan-lahan Akif membuka pintu bilik.

Terlihat sekujur tubuh kelesuan di atas katil.

Sakinah sudah tidur nyenyak.

Akif mendekati isterinya itu.

Tadi Mariah memberitahu bahawa Umairah naik dulu kerana dia sakit kepala. Jadi tinggal Akif dan Mariah sambung berborak.

Akif memandang Sakinah. Dia tahu Sakinah mengelak pasal kejadian tadi. Akif sangat yakin pasal itu.

Akif mengusap kepala Sakinah.

Tanpa sedar, pelupuk matanya sudah berair.

Dia mengucup ubun-ubun Sakinah.

Saat itu juga dia mencapai tangan Sakinah dan memegangnya erat.

"Maafkan saya, awak."

Ucap Akif perlahan. Akif rasakan dia tidak layak pula menggunakan gelaran 'abang' kepada Sakinah. Dia mengucup pula jemari isterinya itu.

"Tak sangka, saya dah banyak sakitkan hati awak. Saya tak tahu yang saya telah buatkan awak menunggu. Beri awak harapan palsu. Memang semua ini salah saya awak. Saya menyesal. Saya betul-betul menyesal."

"Ya Allah, kau ampunilah aku kerana telah menyakiti hati seorang perempuan yang sangat aku cintai.
Aku khilaf, ya Allah."

Kata Akif. Dia sudah tersedu-sedu.
Rasa menyesalnya waktu itu tidak dapat digambarkan dengan perasaannya.

"Saya memang tak layak untuk awak. Saya faham jika awak tak maafkan saya. Tapi satu saja yang awak perlu tahu, saya betul-betul cintakan awak Sakinah Nur Umairah. Demi Allah, tiada siapa yang dapat gantikan awak di hati saya kerana cinta ini selalu untukmu. Izinkan saya mencintai awak."

Jujur Akif. Lama dia memandang Sakinah. Mata Sakinah kelihatan sembab, mungkin disebabkan dia menangis di tandas tadi.

Dia sudah menenangkan dirinya.

Akif melepaskan pegangannya. Dia menyelimutkan Sakinah sebelum berdiri.

"Saya cintakan awak."

Bisiknya perlahan ke telinga isterinya dan terus mengucup lama ubun-ubun Sakinah.

Akif bangun dan menuju ke tandas.

Waktu itu juga, Umairah membuka matanya.

Dia mendengar sebenarnya luahan Akif dan melihat perlakuan Akif tadi.
Hatinya sebak dan perasaannya saat itu dia sendiri tidak dapat tafsirkan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Pada pagi itu, Umairah terus bangun setelah Akif menunaikan solat subuh. Dia tidak dapat menunaikan solat kerana bendera merah. Dia terus membuatkan sarapan.

Umairah bercadang nak buat mee goreng memandangkan hanya itu barang yang terdapat di kabinet dapur. Dia malas pula nak buat order kat bawah.

Setelah siap, dia menghidangkan mee goreng itu di atas meja bersama teh kosong.

Waktu itu juga Akif turun.

Mereka berpandangan. Suasana kekok sebentar.

"Hurm, duduklah."

Umairah memulakan bicara.

Akif memandang Sakinah dengan pandangan yang redup.

Dia hanya mengangguk. Dia terus duduk di tengah-tengah meja.

Umairah mengambil pinggan dan terus mengisikan mee goreng di pinggan Akif. Dituangkan juga teh kosong untuk suaminya itu.

"Terima kasih."

Ucap Akif.

"Maaflah, saya masak sendiri. Malas pula nak order kat bawah."

Terang Umairah. Dia kini sudah duduk dan mengambil pinggan untuknya pula.

"Tak pe, sedap juga."

Jawab Akif seraya tersenyum. Dia menikmati masakan Sakinah.

Umairah hanya membalas senyuman Akif.

"Kepala awak dah okey? Kalau tak kita pergi klinik?"

Tanya Akif tiba-tiba.

Umairah perasan Akif menggunkan gelaran 'awak' bukan 'sayang' yang seperti digunakannya sebelum ini. Tapi Umairah membiarkan saja.

"Hah? Alhamdulillah, okey. Dah baik."

Ujarnya gugup.

"Baguslah kalau begitu."

Suasana kembali sunyi. Masing-masing menikmati makanan di hadapan.

"Awak nak pergi mana-mana tak hari ini?"

Akif memecahkan kesunyian.

"Hurm, tak pasti pula. Saya mana-mana je."

"Kalau macam tu,apa kata kita pergi Samosir. Mariah kata kat sana banyak barang unik dan antik. Mana tahu ada barang yang boleh kita bawa balik tuk diorang kat sana. Nak?"

Cadang Akif pula. Samosir merupakan tempat berbelanja di Parapat. Manakala di Parapat terdapat barang aksesoari dan cenderamata.

"Oh, boleh juga. Saya ikut je."

Akhirnya Umairah bersetuju. Dia nak juga berbelanja untuk keluarga dan kawan-kawannya.

"Okey, lepas ni kita bersiap."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Kau hancurkan aku,
Kau diamkan aku,
Kau tinggalkan aku. .

Lumpuhkanlah ingatanku,
Hapuskan tentang dia,
Hapuskan memoriku tentangnya,
Hilangkanlah ingatanku,
Jika itu tentang dia,
Ku inginku lupakannya. . ;(

Lumpuhkan Ingatanku - Geisha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience