Bab 30

Romance Completed 11466

?BAB 30

Umairah mengemaskan barang-barangnya yang masih ada di rumah sewa lamanya. Beberapa hari yang lalu Akif memberi kejutan kepadanya.

Umairah tersenyum sendirian. Dia tidak sangka Akif akan merancang semua itu dari dulu.

Waktu itu juga Nafisah masuk ke dalam bilik Umairah.

"Amboi, happy nampak?"

Tegur Nafisah. Dia sudah duduk disebelah Umairah yang sedang memasukkan barang ke dalam beg bagasinya.

"Eh, Fisah."

Jawab Umairah. Dia termalu sendiri kerana Nafisah perasan dia senyum tadi.

"Tahulah nak tinggal kat rumah baru dengan suami. Untunglah. Lepas tu tinggalkan kita ni sorang-sorang. Nasib baik ada roommate baru. Hurm."

Ada nada merajuk di akhir kata Nafisah. Mungkin juga dia sedih kerana kawan rapatnya itu akan pergi mengikut suaminya.

"Alah, janganlah macam ni Fisah. Saya pula yang sedih nak tinggalkan awak. Saya pun kalau boleh, nak juga stay dengan awak tapi memandangkan Akif dah bawa saya tinggal dengan dia dekat rumah tu. Saya tak boleh juga nak tolak. Maaf ya Fisah."

Pujuk Umairah pula. Dia memang nak tinggal lebih lama kat sana bersama Nafisah sehingga kawannya itu menjumpai pasangan hidupnya. Tapi apakan daya, dia kena juga dengar cakap suaminya.

"Alolo, aku main-main jelah. Tak pe. Jangan risau, aku faham juga. Nanti aku pun akan tinggalkan juga rumah ni kelak kalau dah jumpa jodoh. Heee, insyaallah. Doakan aku erk?"

Ujar Nafisah. Dia saja nak usik kawan dia tu, nak tahu apa reaksinya. Dia sebenarnya dah sedia kalau Umairah nak tinggalkan dia, lagi pula esok akan ada roommate baru yang akan tinggal disini bersamanya. Roommate baru dia tu juga seorang guru di sekolah mereka.

"Insyaallah, saya sentiasa doakan awak. Jangan risau, nanti saya lawat awak juga kat sini ya?"

Beritahu Umairah. Kalau ada masa terluang, dia akan melawat juga kawannya itu.

"Alright! Ni yang aku sayang kat kau ni. Heheh."

Mereka berbalas senyuman. Namun saat itu juga ada sesuatu yang terlintas di fikiran Nafisah.

"Hurm, Mairah. Aku nak tanya pasal Diana ni. Dia kat manalah sekarang?"

Tanya Nafisah secara hati-hati. Takut juga jika Umairah trauma pasal kejadian hari tu.

"Oh, Diana. Dia dah kena tahan dan ada gangguan mental. Rupa-rupanya sebelum ini dia memang pernah cuba nak bunuh saya. "

"Hah? Sebelum ni pernah? Masa bila? Aku tak tahu pula pasal ni."

Nafisah nyata terkejut. Tak sangka Diana akan buat macam tu.

"Masa kitorang pergi holiday dulu kat Bali, saya hampir kena baling pasu dari koridar atas sebuah restoran yang kami masuk. Nasib baik masa tu, Akif sempat selamatkan saya. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi."

Cerita Umairah. Dia juga tak sangka kejadian itu disengajakan dan dilakukan oleh Diana. Rupa-rupanya selama ini Diana memerhatikan gerak-gerinya.

"Astaghfirullahalazim, Diana. Nasib baik kau tak apa-apa. Ya Allah, takut pula aku dengan spesis perempuan macam tu. Huh, tapi apa yang penting sekarang semuanya sudah kembali normal. Kau dah balik dengan Akif dan tak akan ada lagi yang akan ganggu korang berdua. Kan?"

Kata Nafisah teruja. Semoga bahtera Umairah dan Akif kekal hingga ke syurga. Dia sentiasa akan mendoakan itu.

"Ya, insyaallah. Tapi saya kesian juga dengan Diana. Bukan dia yang nak macam tu, pasti ada sebab mengapa Allah bagi dia sakit tu. Mungkin juga untuk iktibar buat kita semua atau Allah nak uji iman kita. Dalam rumahtangga ni, tak selalunya tenang seperti di lautan. Pasti akan ada ombak yang akan datang menghampiri. Hanya kita yang tahu macam mana nak atasi semua itu, sama ada nak mengelak atau menghadapinya."

Nasihat Umairah. Suatu hari nanti Nafisah juga akan merasai alam perkahwinan.

"Ya, betul juga cakap kau tu. Semua ni pasti ada hikmahnya. Apapun, aku harap kau tabah menghadapi alam rumahtangga kau yang akan datang."

Ujar Nafisah sambil tersenyum ke arah Umairah. Dia memegang tangan Umairah.

"Insyaallah. Saya juga harap awak akan jumpa pasangan yang baik-baik nanti."

Umairah membalas pegangan Nafisah seraya tersenyum kembali ke arah Nafisah.

"Aminnn. Aku harap putera katak aku turun dari kayangan esok juga."

Doa Nafisah.

"Putera katak pula."

Tiba-tiba gelak mereka tercetus. Umairah menggeleng kelucuan.

Mereka menghabiskan sisa-sisa bersama sebelum mereka berpisah ke rumah yang berbeza.

???????????????????

"Sekarang nak bawa Mairah kat mana pula ni?"

Omel Umairah apabila sekali lagi suaminya itu menyuruhnya menutup mata dengan kain yang dibawanya.

"Alah, adalah. "

Jawab Akif seraya tersenyum. Tidak sabar pula dia nak bagi surprise lagi untuk isterinya.

Umairah akhirnya mendiamkan diri. Malas lagi dia ingin bertanya. Memang ada-ada jelah suami dia ni. Tapi ini yang buat dia tambah sayang sangat dekat Akif. Suka buat kejutan untuk dia! Heheh.

Akif sudah mematikan enjin. Mereka sudah sampai di tempat yang Akif maksudkan.

"Dah ke?"

Tanya Umairah. Dia sudah rimas dengan kain yang tertutup di matanya.

"Sikit lagi. Ikut je abang bawa kat mana tau."

Beritahu Akif. Dia terus memimpin tangan Sakinah.

'Kat mana pula ni?'

Monolog Umairah. Dia dapat rasakan di tempat yang dia masuk sekarang ada aircond. Sejuk.

Beberapa minit kemudian, mereka sudah sampai di sebuah bilik.

"Okay, sekarang abang buka ni."

Ujar Akif. Dia terus membuka ikatan Sakinah tanpa menunggu jawapan isterinya.

"Cik Mia, buatlah apa yang patut. Yang penting jadikan isteri saya ni wanita paling cantik malam ini. Okay?"

Sambung Akif pula kepada seorang wanita yang ada di bilik itu.

Umairah yang masih terkebil-kebil terus memandang Akif. Blank.

"Kenapa ni bang?"

Umairah terus bertanya apabila Akif tersenyum ke arahnya, begitu juga wanita yang berada di sebelah suaminya.

"Sayang ikut je apa Cik Mia suruh buat ye. Abang keluar dulu. Kejap lagi abang jemput sayang."

Jelas Akif. Dia terus mengenyitkan matanya ke arah Sakinah. Lalu dia meninggalkan isterinya yang masih kebingungan.

"Puan Umairah, boleh duduk di sini?"

Tiba-tiba wanita yang bernama Mia itu menegurnya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Er, tapi sebelum tu boleh saya tahu apa yang suami saya maksudkan tadi?"

Umairah sememangnya bingung apa yang berlaku sekarang.

"Sebenarnya, saya disuruh oleh Encik Akif untuk mendandan Puan sebab sekejap lagi Puan akan ke ballroom untuk bersanding."

Beritahu Mia. Dia faham dengan ekspreasi muka Umairah yang nyata tidak tahu apa-apa.

Umiarah terlopong mendengar penjelasan wanita itu. Dia terkebil-kebil.

Dia tidak sangka pula Akif akan buat kejutan yang paling besar lagi dari yang sebelum ni. Dia gembira dan terharu dengan kejutan itu tapi dia juga ingin menangis.

'Ya Allah.'

Umairah hanya mampu terdiam.

"Boleh saya mula sekarang?"

Mia mematikan lamunan Umairah.

Umairah tersentak dari lamunannya. Dia memandang Mia dan terus mengangguk.

???????????????????

Kelihatan seorang perempuan mengenakan baju pengantin berwarna keemasan. Dia sedang mencari seseorang. Di belakangnya pula ada perempuan yang memegang kainnya.

Umirah sudah berada di depan pintu masuk utama ballroom. Dia menunggu Akif. Tangannya bergegar. Entah kenapa dia rasa nervous pula.

"Sayang."

Waktu itu juga ada orang memegang pinggangnya dari belakang.

Akif juga sudah siap mengenakan baju pengantin yang senada dengan isterinya. Di sebelahnya juga ada pengapit yang mengiringinya.

Akif terus mengucup dahi Sakinah. Isterinya sangat cantik memakai baju pengantin itu. Matanya tidak lepas memandang isterinya dengan senyuman yang sangat manis.

"Abang."

Jawab Umairah. Dia ingin menangis pula.

"Kenapa abang buat semua ni?"

Dia rasa bersalah sebab Akif selalu membuat dia gembira dan tahu menarik perhatiannya. Padahal dia belum pernah membalas lagi kejutan suaminya.

"Alah, bukan selalu sayang. Sekali dalam seumur hidup dan untuk yang terakhir. Kenapa? Tak suka ke?"

Jelas Akif. Dia risau pula dengan isterinya itu. Seperti ingin menangis.

"Mairah suka tapi Mairah tak ada bagi apa-apa pun kat abang."

Umirah sudah mula mengalirkan air mata. Kalau dia tahu Akif akan buat semua ini, dia ingin menghadiahkan juga suaminya sesuatu macam baju pengantin mereka ke. Kalau boleh dia nak pilihkan tapi Akif pula buat kejutan.

"Alololo, janganlah cakap macam tu. Abang tak minta sayang balas pun. Cukup sayang ada di samping abang, itu sudah menjadi hadiah istimewa untuk abang. Faham tak? Tak mahulah nangis-nangis lagi. Nanti luntur mekap tu kang jadi muka pontianak pula."

Sempat Akif bergurau.

Umairah sudah tergelak. Dia terus mencubit pipi Akif.

"Pontianak-pontianak pun, isteri siapa?"

Akif tersengih.

"Isteri Encik Muhammad Akif Bin Ahmad Khusyairy."

Jawab Akif. Bangga. Heheh.

"Jomlah masuk, ramai dah tunggu kita ni. Jangan lupa senyum? Okay?"

Beritahu Akif seraya senyum menunjukkan giginya. Saat itu juga dia memegang tangan Sakinah. Erat.

Umairah hanya mengangguk dan membalas pegangan Akif. Serta merta dia mendapat kekuatan dari suaminya. Rasa takut yang ada tadi terus hilang.

Dengan bacaan bismillah, mereka terus berjalan menuju ke pintu utama.

???????????????????

Akif dan Umairah sudah duduk di atas pelamin. Kedua-duanya cantik dan hensem. Banyak yang memuji mereka berdua. Memang sepadan seperti pinang dibelah dua.

Mereka berdua hanya berbalas senyuman kepada tetamu yang datang. Tidak lupa pula mereka mengambil gambar bersama pengantin 'baru' itu.

Ramai juga yang hadir ke majlis mereka. Ahli keluarga Akif semuanya hadir, begitu juga dengan keluarga Umairah. Kawan-kawan mereka juga turut hadir memeriahkan lagi majlis itu.

Semuanya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai walaupun mereka baru saja mengumumkan perkahwinan mereka.

Majlis perkahwinan mereka malam itu berjalan dengan lancar.

Kedua-dua mempelai pula masih duduk bertahan di atas pelamin.

Tiba-tiba Umairah memandang Akif dan memegang tangan suaminya.

Akif menoleh seraya tersenyum ke arah Sakinah.

"Terima kasih abang."

Hanya kata-kata itu yang mampu diucapkan oleh Umairah saat itu. Dia gembira, terharu dan mungkin sebak. Itulah kejutan yang paling berharga daripada suaminya. Umairah sangat menghargainya.

"Sama-sama sayang."

Balas Akif. Dia mengenyitkan lagi matanya khas buat isterinya. Dia juga gembira kerana dapat buat semua ini untuk Sakinah. Akif bersyukur kerana Sakinah menyukainya dan yang paling penting mereka sama-sama berada di atas pelamin yang indah itu.

Mereka berbalas senyuman bahagia.

Semoga hari berikutnya akan terus memberkati perkahwinan mereka sebagai pasangan adam dan hawa yang dirahmati dan dilindungi oleh yang Maha Berkuasa.

-Tamat-

??????????????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience