Bab 2

Romance Completed 11466

BAB 2

"Hah! Akif dari mana ni? Baru balik. Bukan pulang rumah dulu."

Sergah Encik Ashraf yang sedang menonton televisyen. Akif yang baru masuk ditegurnya. Anak lelaki tunggalnya itu tidak berubah-ubah. Mungkin memang salah dia yang terlalu memanjakan Akif hanya kerana dia satu-satunya anak lelaki dari empat adik-beradik perempuan yang lain.

"Alah ayah. Akif jalan dengan kawan je pun tadi. Lama dah tak jalan dengan diorang. Lagi pula Akif kan baru balik."

Dia meluru ke arah ayahnya dan menyalaminya. Akif memang selalu keluar malam dengan kawannya jika ada kelapangan.

"Ayah tahu. Tapi kalau ya pun,cuba balik rumah dulu. Ini tak, dahlah ibu tunggu Akif dari tadi."

Kata Encik Ashraf lagi.Akif yang duduk di sebelahnya hanya mengangguk.

"Okeylah, ayah. Tapi jangan risaulah. Last dah pun Akif balik. Lepas ni Akif tak balik situ lagi. Akif stay sini kan."

Akif memandang ayahnya meminta pengertian.

"Yalah-yalah. Dah, naik atas rehat. Nanti esok say sorry to ibu,okey?"

Encik Ashraf hanya senyum ke arah anaknya. Mulai hari ini, Akif tidak lagi balik ke London kerana sudah menamatkan pengajianya pada peringkat Master dalam bidang perniagaan. Selepas itu, mungkin anaknya akan bertugas di syarikatnya.

"Okey ayah. Don't worry. Good night."

Akif tersenyum riang. Dia terus membawa beg bagasinya naik ke atas. Encik Ashraf hanya melihat anaknya sambil menggeleng.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Setelah menyegarkan badan,Akif membuka komputer ribanya dan terus melayari laman sesawang fac. Dia ingin mencari seseorang tapi tidak ditemuinya.

"Takkan dia blok aku?"

Akif meneruskan pencarian. Beberapa kali dia menaip nama 'Nur Sakinah' tapi tidak dijumpai.

"Huh. Memang sah dia blok aku.Tapi kenapa?"

Akif mengeluh. Dia menyandarkan badannya di kepala katil. Dia putus asa.

Dia kembali teringatkan Sakinah.
Pertemuan singkat yang dia hanya sempat melihat sisih Sakinah. Dia masih ingat Sakinah mengenakan dress labuh berwarna hijau Turquoise dan dipadankan dengan tudung wide shawl labuh berwarna merah jambu. Memang sejuk mata memandang.

"Dia dah jadi ustazah ke sekarang ni?"

Dia teringat kata-kata Izhar yang memberitahu bahawa Sakinah seperti seorang ustazah. Dia juga perasan Sakinah memakai sarung lengan merah jambu.

"Hurm, mungkin kot."

Akif mengiakan kata Izhar. Dia mengimbas kembali perkenalannya dengan Sakinah.

Nur Sakinah, salah seorang perempuan dari Sabah yang dia 'ayat'. Tapi Sakinah tidak seperti perempuan lain yang dia kenal.

Sakinah seorang yang jujur dan mungkin kolot seperti apa yang dia mengaku dulu. Sakinah tidak pernah memulakan chatting sampai dia yang terpaksa mulakan dulu. Tidak macam perempuan lain yang terhegeh-hegeh dengannya. Dia juga pernah menceritakan tentang kisah cinta pertamanya. Memang kesian jugaklah dengan dia. Yalah, dia setia dengan orang yang dia cintai tapi akhirnya dia ditolak. Memang dia akui Sakinah seorang yang terlalu jujur dan boleh jadi sebab ini lelaki itu menolaknya. Huh, seperti biasa lelaki kasanova memasang jerat. Guna ayat power dan tunjukkan yang dia caring pasal Sakinah. Tetapi satu sahajalah yang paling dia tabik dengan Sakinah ni, dia seorang yang setia.

"Eh, dah kenapa pula aku fikirkan dia ni?"

Akif tersedar. Dia terus menggeleng melupakan perempuan itu. Jam sudah menunjukkan jam 12.45 pagi. Akif terus menutup komputer ribanya dan melayari mimpi indah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Assalammualaikum. Fisah. Oh, Fisah"

Umairah memanggil kawan serumahnya setelah masuk ke dalam.

"Mana Fisah ni? Kereta ada kat luar."

Umairah terus naik ke atas apabila Nafisah tiada di ruang tamu.

Terdengar bunyi air di dalam bilik air.

"Mungkin dia mandi kot."

Getusnya. Dia masuk ke biliknya dan meletakkan beg bagasinya. Setelah membuka tudung, dia terus merebahkan badannya.

"Allah, penatnya."

Dia memejamkan matanya. Beberapa minit kemudian, dia merasakan ada orang mengacau hidungnya.

"Ini mesti Nafisah yang kacau ni."

Katanya dalam hati. Dia terus membuka mata.

"Makkkk! Ish, awak ni Fisah!"

Apa tidaknya, Nafisah di depannya dengan muka yang ditutupi oleh rambutnya. Dia memukul Nafisah yang sudah ketawa terbahak-bahak.

"Awak ni kan, memanglah. Eiii, geramnya!!"

Dia mencubit lagi lengan Nafisah yang masih ada sisa ketawanya.

"Okey, okey, cukup. Sakitlah wei. Orang main-main je pun."

Nafisah terus menarik lengannya dan mengusap di tempat yang dicubit oleh Umairah.

"Siapa suruh, main-mainkan orang. Padan muka."

Marah Umairah. Mukanya sudah merah menahan geram dengan sikap Nafisah yang tidak habis-habis mengenakan orang je kerjanya.

"Baiklah, Tuan Putri Intan Payung Emas. Patik minta maaf. Patik takkan mengulanginya lagi. Ya?"

Ujar Nafisah sambil terkebil-kebil matanya melihat umairah.

"Hurm, yelah."

Umairah hanya tersenyum kelat. Bukan boleh dijamin kata-kata Umairah itu. Dia terus turun dari katil dan mengambil beg bagasinya. Dia menyusun barang yang patut.

"Kau baru sampai eh? Macam mana cuti? Okey?"

Tanya Nafisah. Sambil itu, dia mengeringkan rambutnya yang basah.

"Okeylah. Macam biasa."

Jawabnya acuh tak acuh.

"Ohhh. Kau ni kenapa? Macam tak bersemangat je aku tengok? Ada masalah? Ke kau masih marah pasal tadi? Alah, sorrylah. Aku gurau jelah."

Nafisah takut pula jika kawannya itu masih marahkan pasal tadi.

"Eh, taklah. Saya okey. Tak marah pun. Hurm, entahlah. Banyak yang difikir kot."

Umairah hanya tersenyum memandang Nafisah. Dia tidak marah lagi pun pasal tadi.

"Betul ni? Okeylah. Ohyah, kau dah makan? Jom makan. Aku ada beli nasi ayam tadi. Aku tunggu kat bawa ye, kau bersiaplah dulu."

Nafisah kembali tersenyum lalu dia terus turun ke bawah untuk menyiapkan apa yang patut.

"Okey."

Jawabnya pendek. Dia terus bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience