Bab 24

Romance Completed 11466

BAB 24

Seperti biasa Umairah akan balik ke rumah Akif pada hujung minggu. Tapi kali ini Akif tidak menyambutnya dengan mesra.Sudah seminggu berlalu dan Akif masih dingin dengan Umairah. Umairah pula masih bingung macam mana nak memulakan semuanya. Lalu petang itu dia bercadang untuk ke kedai untuk membeli barang.

Perlahan-lahan Umairah menuju ke arah Akif yang sedang duduk di taman bersama surat khabar ditangannya.

"Awak."

Tegur Umairah.

Akif terdengar Sakinah memanggilnya. Tapi dia tidak memandang Sakinah.

"Hurm."

"Awak busy ke?"

Takut pula Umairah ingin bertanya lagi kerana Akif tidak memandang dia pun.

"Tak juga."

Jawab Akif masih tidak memandang Sakinah.

"Oh. Hurm."

Umairah gagap. Dia nak teruskan atau tak?

"Takpelah."

Akhirnya dia membatalkan saja hasratnya. Dia terus berlalu pergi.

Tapi langkahnya terhenti apabila Akif tiba-tiba menarik lengannya.

"Kenapa? Saya tak busy pun."

Akif sudah memandangnya serius.

Umairah pula rasa takut memandang Akif. Dia menelan air liur.

"Hurm, sebenarnya kalau awak tak kisah. Saya nak pergi keluar, nak beli barang. Boleh awak temankan saya?"

Akif melepaskan pegangannya.

"10 minit bersiap. Saya tunggu kat bawah."

Akif terus berlalu untuk naik ke atas.

"Hah? 10 minit? Mana cukup nak bersiap tu."

Umairah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia terus memikirkan pakaian apa yang perlu dia pakai.

"Allah, yang aku masih kat sini kenapa?"

Umairah memukul dahinya dan terus berlari naik ke atas apabila baru tersedar dari mengelamun.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Lambat 2 minit."

Tegur Akif dengan muka seriusnya itu.

Umairah sudah duduk di sebelah Akif.

"2 minit je pun bukannya 5 minit."

Omel Umairah perlahan. Mukanya sudah cemberut.

"Apa?"

Tanya Akif. Dia terdengar omelan isterinya itu.

Umairah terus terkaku apabila Akif bertanya. Takut pula dia.

"Dia dengar ke apa aku cakap tadi?"

Dia memandang Akif sambil cuba tersenyum manis.

Saat itu juga Akif tergelak tapi ditahannya.

"Aik, tadi bukan main serius. Ini tiba-tiba tergelak apasal?"

Getus Umairah dalam hati.

"Kalau ya pun kelam kabut sangat tadi, janganlah sampai nampak macam badut."

Tegur Akif menahan gelak. Dia ternampak kesan lipstik di bawah dagu Sakinah. Panjang. Dari pipi ke bawah dagu. Dia terus melap kesan lipstik itu. Dia menggeleng tersenyum.

Kali kedua Umairah terkaku. Mukanya sudah merah. Malu diperlakukan begitu oleh Akif.

"Ya Allah, macam mana aku tak perasan? Ini mesti sebab terkejut Ina panggil tadi."

Monolognya dalam hati. Dia menggigit bibirnya.

"Dia kata aku macam badut lagi tu. Tak tahu nak bezakan Barbie ni dengan badut ke apa?"

Omelnya dalam hati. Tidak puas hati pula.

*Perasan macam Barbielah tu.

"Dah, jom gerak."

Akif terus memulakan perjalanan.

Umairah terus memakai tali pinggang keselematan kereta. Dan dia tersenyum.

Ya. Umairah gembira kerana Akif senyum ke arahnya tadi.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Suasana di supermarket begitu sesak sekali. Ramai orang sibuk membeli barang.

Sakinah yang ketinggalan sedikit di belakang Akif tidak hiraukan.

Tapi waktu itu juga, Sakinah menuju ke arahnya dan memegang tangannya.

Akif terkedu. Terkejut dengan perlakuan Sakinah. Dia terus memandang isterinya.

"Tunggu saya."

Katanya perlahan. Kini tangan sebelahnya pula memaut lagi lengannya seperti tidak ingin dilepaskan.

Akif bertambah terkejut tapi akhirnya Akif membiarkan saja. Akif juga membalas pegangan Sakinah. Dia memegang erat tangan Sakinah.

Umairah sudah tertunduk malu apabila Akif membalas pegangannya. Mukanya merah dan hatinya berbunga-bunga. Dia meneruskan perjalanannya bersama Akif.

Akif mencuri pandang Sakinah yang sedang sibuk mencari sayur.

Dia terus teringat kejadian tadi sebelum mereka jalan.

Dia rasa bersalah ketika Sakinah ingin membawanya keluar. Hanya sebab dia tidak memandang isterinya itu, Sakinah tidak meneruskan kata-katanya.

Dia tidak sanggup sebenarnya tapi kalau egonya sudah tinggi, itu yang dia buat begitu. Tetapi akhirnya dia menarik juga tangan Sakinah dan bertanya kembali.

Ya. Isterinya mampu menurunkan egonya yang mungkin setinggi bangunan KLCC sekalipun.

Waktu itu juga ada orang menegurnya.

"Hai Akif."

Dia terus memandang gerangan pemilik suara itu.

"Diana."

Sapanya kembali.

"Dah lama tak jumpa Akif. Seorang ke?"

Tanya Diana. Dia sudah tersenyum lebar kerana terjumpa lelaki yang dirinduinya itu.

"Tak, dengan Sakinah. Kau ?"

Muka Diana terus berubah apabila Akif menyebut nama isterinya tapi dia menyembunyikan eksperasinya itu dan masih membuat muka tersenyum.

"Oh, Diana seorang je. Dia kat mana?"

Akif yang baru ingin membalas kata-kata Diana terhenti.

Ada tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang.

"Eh, Diana kan?"

Tegur Umairah. Dia ternampak Diana dari jauh tadi dan dia terus menuju ke arah mereka.

"Hah, ya. Diana. Panjang umur awak. Saya baru nak tanya pasal awak."

Hati Diana sudah membara melihat perlakuan Umairah itu. Tapi disabarkan saja.

Akif pula sudah blank. Dia keliru dengan kelakuan Sakinah.

"Oh, ye ke? Saya kat situ tadi. Awak pun beli barang dapur juga ke?"

Jawabnya sambil sedaya upaya memberi senyuman yang manis ke arah Diana.

"Ya. Hurm, kalau macam tu saya pergi dulu ye. Nanti kita jumpa lagi. Bye Akif."

Diana meminta pamit. Menyampah pula dia melihat senyuman Umairah.

"Okey, insyaAllah. Bye."

Balas Akif. Umairah pula mencebik.

"Akif je yang di'bye' ? Huh."

Omelnya dalam hati.

Saat itu juga baru dia perasan perlakuannya. Matanya membulat.

"Ya Allah, apa aku dah buat ni? Aku pula yang melebih-lebih. Huarghh. Mesti dia fikir lain-lain ni."

Umairah terus melepaskan perlakuannya dan terus ke depan memegang troli. Mukanya sudah merah.

"Jom, kita pergi kat sana lagi."

Umairah cuba melupakan pasal tadi. Dia tidak memandang Akif pun. Dia sudah mengigit bibirnya.

Akif menahan gelak. Dia sepeti tahu apa yang ada di fikiran isterinya waktu itu. Dia menggeleng dan mengikut Sakinah dari belakang.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Wah, sedapnya bau."

Tegur Akif. Dia menuju ke arah ibunya yang sedang menyiapkan makan malam.

"Eh, ada tom yamlah. "

Dia sudah duduk di meja makan.

"Ibu yang masak ke? Macam tahu-tahu je Akif nak mengidam makan tom yam. Sayang ibu."

Puan Salsabyla hanya tersenyum mendengar pujian Akif.

"Bukan ibu yang masak. Isteri kamu tu, katanya nak masak makanan kegemaran kamu."

Beritahu Puan Salsabyla. Dia terkejut juga bila Umairah ingin memasak malam itu dan dia ingin masak makanan kegemaran anaknya itu.

"Oh, ye ke?"

Ujar Akif pendek. Dia mengangguk.

Umairah yang baru meletakkan buah tembikai terdengar perbualan ibu mertuanya itu. Malu pula dia apabila Puan Salsabyla memberitahu perkara sebenar kepada Akif.

Mereka hanya makan bertiga malam itu. Encik Ashraf masih berjumpa dengan clientnya manakala Ina ke rumah kawannya untuk membuat study group memandangkan peperiksaan SPM semakin hampir.

"Sedapnya, pandai awak masak."

Puji Akif perlahan. Jujur.

Sakinah sudah tersenyum lebar. Dia gembira mendengar pujian Akif.

"Hah, macam mana Akif? Sedap tak?"

Tanya Puan Salsabyla memecah kesunyian.

"Eh, sedap ibu. Lagi sedap dari masakan ibu."

Ujar Akif sambil membandingkan masakan ibunya dan isterinya.

"Amboi."

Akif dan Umairah terus ketawa mendengar jawapan Puan Salsabyla.

"Gelak-gelak ni, bila nak tambah ahli keluarga ni?"

Tiba-tiba Puan Salsabyla bertanya dengan muka yang serius.

"Tambah ahli keluarga?"

Akif nyata kebingungan.

Umairah pula tersedak kerana dia seperti tahu apa yang dimaksudkan oleh ibu mertuanya itu.

"Yalah, bila nak bagi ibu cucu? Tadi kamu kata mengidam, Mairah hamil ke?"

Kini giliran Akif yang tersedak. Umairah yang disebelah Akif terus menghulurkan minuman.

"Eh, tak ibu."

Jawab Akif pantas.

"Habis tu? Merancang?"

Tebak Puan Salsabyla.

Akif terdiam. Dia tidak tahu apa yang perlu dicakapkan kepada ibunya.

"Bukan ibu. Kami tak pernah pun merancang. InsyaAllah, kalau ada rezeki,ada ibu. Cuma saat ini, ibu bersabar ya. Kami sedang usahalah ni."

Umairah tersenyum kelat. Entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk melontarkan kata-kata itu.

Akif pula terkejut mendengar jawapan Sakinah. Dia memandang isterinya tapi riak wajah Sakinah seperti dia serius dengan ucapannya tadi.

"Oh, baguslah kalau begitu. Ibu bukan apa, ibu tak sabar nak ada cucu dari kamu berdua. Mesti comel kan? Tak pe, rezeki tu di tangan Allah. InsyaAllah."

Puan Salsabyla lega mendengar jawapan Umairah. Dia kembali tersenyum.

Akif dan Umairah pula hanya mampu berdiam diri saat itu. Masing-masing mempunyai tanggapan sendiri. Tapi kini Akif lagi keliru dengan jawapan isterinya tadi.

"Apa maksud Sakinah?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience