Bab 6

Romance Completed 11466

BAB 6

"Wah! Pink bunny. Comelnya!"

Tegur Nafisah yang sedang duduk di atas katil Umairah. Dia membelek-belek patung arnab itu.

Umairah yang sedang menyiapkan tugasan terkejut dengan kehadiran Nafisah secara tiba-tiba.

"Eii, Fisah ni kan."

Dengusnya sambil mengurut dadanya.

"Memang tak sah kalau satu hari tak kejutkan orang."

Omelnya.

"Eh, lupa pulak. Alah, sorrylah. Aku geram tengok bunny ni. Comel sangat. Dapat dari mana?Baru beli ke?"

Ujar Nafisah. Dia tersengih,sengaja ubah topik.

Umairah hanya menjeling sebelum menyambung tugasannya.

"Daripada Ina."

Lama baru dia menjawab tanpa memandang Nafisah.

"Ina? Budak kelas 5 Pintar tu?"

"Ha'ah. Eh, daripada abang dia."

"Abang?"

Giliran Nafisah pula terkejut.

"Hurm."

Jawabnya pendek.

"Kenapa pula abang dia bagi kat kau?"

"Ina kata sebab saya sudah memberi tunjuk ajar dan didik dia dengan baik. Lagi pula guru lain pun dapat juga."

Terang Umairah.

"Oh,aku fikir kau seorang je. Yalah, mana tahu Ina selalu cerita pasal kau kat abang dia then abang dia interest kat kau. Korang kan rapat."

Usik Nafisah. Dia sudah tersenyum nakal. Suka dia mengacau Umairah kalau pasal bab begini.

"Eii, lempang ni karang. Merepek je dia ni."

Umairah baru ingin membaling pen ke arah Nafisah tetapi dibatalkan saja.

"Hahah, orang main-main jelah. Okey, steady Mairah. Takkan itu pun nak marah beb. Huh. Apapun, bunny ni comellah."

Sempat dia ketawa mengekek seraya bermain dengan patung arnab itu.

Umairah hanya menjeling tajam. Malas dia mahu melayan kerenah kawannya itu.

"Mairah. Mairah."

Nafisah menggeleng sambil melihat Umairah yang khusyuk dengan kerjanya itu.

Dia pelik dengan Umairah.Kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan lelaki, pasti dia malas nak ambil kisah. Dia tahu Umairah pernah disakiti, pasti itu yang membuatkan dia serik. Tapi tidak terfikirkah Umairah untuk membuka pintu hatinya kembali untuk seorang lelaki? Dia akui memang banyak guru di tempat mereka yang masih bujang selalu ushar dia tapi dia buat tak tahu je. Huhh. Tak faham juga dia dengan perangai Umairah ni kadang-kadang. Umairah tiada cacat celanya. Dia baik, cantik, lembut dan mukanya yang tenang itu mampu menarik sesiapa saja yang melihatnya.

"Woi! Yang awak berangan tu kenapa? Dah siap kerja ke?"

Sergah Umairah tiba-tiba.

"Hish, engkau ni kan."

Omel Nafisah. Dia pula yang geram. Terkejut disergah. Dia terus meletakkan patung arnab Umairah di tempat asal.

"Yalah, aku dah nak pergi dah ni. Okey? Bye."

Nafisah mencebik. Dia kembali ke biliknya.

Umairah tergelak.

"Baru awak rasa macam mana kena sergahkan Fisah."

Umairah menahan gelak. Dia menggeleng kelucuan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Ina.~ Dah bagi hadiah tu?"

Akif yang dari ruang tamu menanya Ina.

Ina saat itu sedang membancuh milo panas di dapur seraya memandang abangnya. Dia mencebik.

"Dah."

Jawabnya acuh tak acuh.

"So, apa die cakap?"

Akif mengangkat keningnya tersengih. Tidak sabar pula ingin tahu apa yang dicakap oleh guru Sejarah Ina.

"Hurm, cikgu Mairah cakap terima kasih. Lain kali tak payah susah-susah sampai bagi hadiah. Cikgu Mairah ikhlas."

Ina meneguk milonya setelah mengampaikan kata-kata cikgu Umairah tadi.

Akif tersenyum gembira mendengar jawapan adiknya. Sengihannya main lebar lagi.

"Then?"

Ina mengerut keningnya.

"Itu jelah cikgu Mairah cakap."

"Ya? Dia tak tanya pasal abang ke? Macam nama abang begitu? Tak de?"

Tanya Akif lagi.

"Hish, tak de maknanya cikgu Mairah tu nak tanya semua tu bang. Abang ni kenapa? Yang penting, Ina dah laksanakan tugas Ina. Okey? Sudahlah, Ina naik dulu. Ada kerja ni."

Ina terus mengangkat punggung untuk beredar.

"Err, Ina. Betul ke, itu je dia cakap?"

Akif memandang Ina seolah-olah hampa mendengar jawapan Ina sebentar tadi.

"Ya Allah abangku sayang, itu je. Apalah abang ni, takkan kecewa kot? Lagi pula abang pun tak suruh gitau nama abang dengan cikgu Mairah kan."

Ina menggeleng. Tak ada kuasa nak melayan abangnya sekarang. Yang penting sekarang, dia nak sambung kerja rumah yang perlu dihantar esok.

Akif mengeluh berat. Entah mengapa dia kecewa plus hampa lagi.

"Takkan aku mengharap pula?"

"Eh, tak mungkinlah."

Monolognya.

Dia pula yang kebingungan sendiri. Akif terus mencapai air sejuk.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan memperkenalkan kamu dua orang staf baru."

Beritahu Encik Ashraf kepada semua ahli stafnya. Kelihatan dua orang lelaki segak berada di kiri dan kanan Encik Ashraf. Mereka hanya tersenyum.

"Baiklah, di sebelah kanan saya adalah anak saya sendiri iaitu Muhammad Akif. Manakala di sebelah kiri saya pula, Fateh Hakimi. Jadi saya harap kamu semua boleh memberikan kerjasama yang baik dengan mereka. Kalau macam tu, saya tinggalkan kamu berdua dengan Encik Saiful untuk mengetahui di mana tempat kamu. Selepas itu, kamu semua boleh sambung kerja."

Terang Encik Ashraf. Encik Saiful sudah menuju ke arah Akif dan Hakimi.

Mereka berdua mengangguk. Encik Saiful selaku ketua pemasaran syarikat itu terus membawa Akif dan Hakimi ke tempat kerja mereka.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Akif sedang mengemas-ngemas mejanya. Dia sudah duduk di tempat kerjanya. Dia memandang ke arah Hakimi yang duduk jauh berdepannya. Waktu itu juga Hakimi melihatnya. Mereka berbalas senyuman.

"Jap, kenapa aku macam pernah nampak je dia ni?"

Omelnya tiba-tiba. Dia seolah-oleh pernah nampak Hakimi. Dia memandang Hakimi yang sedang membelek fail.

"Hurm, orang lain kot."

Akif mengiakan akal fikirannya. Dia menjongket bahu. Dia meneruskan kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience