Bab 28

Romance Completed 11466

BAB 28

"Sakinah!"

Teriak Akif.

Saat itu juga Umairah perasan ada kereta menuju ke arahnya.

"Trettt."

"Dushhh."

Terdengar bunyi kereta itu membrek apabila ingin pusing kembali ke arah mereka tetapi tidak kesampaian kerana kereta itu hilang kawalan dan melanggar dinding pagar.

Umairah membuka matanya perlahan-lahan. Dia dapat rasakan dia telah menindih Akif.

"Abang. Bangun bang."

Panggil Umairah. Dia terus duduk di sebelah Akif. Dia sudah menangis. Tidak sangka pula perkara itu boleh berlaku. Dia memangku kepala Akif di pahanya yang kelihatan seperti ada darah keluar dari belakang kepala suaminya itu.

"Sakinah."

Akhirnya Akif tersedar juga. Dia memegang kepalanya. Dia agak pening sedikit.

"Abang."

Umairah tidak dapat bertanya apa-apa. Lidahnya kelu. Dia takut akan kehilangan Akif.

"Sayang, sayang tak apa-apa?"

Soal Akif. Sedaya upaya dia memberikan senyuman untuk isterinya. Dia tidak ingin merisaukan isterinya.

Umairah pantas menggeleng. Air matanya kian deras mengalir.

"Mairah."

Waktu itu juga Nafisah datang ke arah mereka. Dia tercungap-cungap.

"Kau tak apa-apa ke? Akif macam mana?"

Umairah menggeleng lagi. Tapi matanya kembali berair apabila melihat keadaan Akif.

"Sa, saya tak apa-apa."

Jawab Akif perlahan.

"Jangan risau Mairah, aku dah telefon polis dan ambulan. Kejap lagi mereka sampai. Akif, tahan ye."

Nafisah menenangkan Umairah. Umairah hanya mengangguk.

Ramai jiran mereka yang sudah keluar melihat apa yang sedang berlaku. Tidak lupa juga ada yang menenangkan mereka.

"Panggg."

Waktu itu juga tiba-tiba mereka terdengar bunyi das tembakan dari kereta yang hampir melanggar mereka tadi. Lalu semua mata terarah ke kereta itu. Kelihatan seorang perempuan keluar dari kereta sambil jalan terhuyung-hayang.

Semua yang memandang ke arah kereta itu tadi terkejut melihat perempuan itu bersama sepucuk pistol. Lalu mereka pun perlahan-lahan berundur. Ada yang sudah mengunci rumah mereka.

"Akif."

Panggil perempuan itu. Dahinya juga sudah berdarah mungkin kerana terhantuk pada stereng kereta.

"Di, Diana."

Umairah terkejut kerana perempuan yang hampir melanggar mereka tadi ialah Diana. Akif yang separuh sedar mendengar Sakinah memanggil nama Diana. Dia pun menoleh ke arah Diana.

Diana sudah mengacukan pistol ke arah Umairah dari jauh.

"Yang lain jangan dekat kalau tak nak aku tembak perempuan sundal tu!"

Ugut Diana apabila ramai mata yang memandang ke arahnya.

"Tengok, apa kau dah buat perempuan sundal! Sepatutnya kau yang patut mati. Ini Akif yang kena. Kau memang menyusahkan aku betullah."

Marah Diana. Baru saja dia ingin melepaskan tembakan ke arah Umairah, Akif memanggil nama Diana menyebabkan perlakuannya itu terhenti.

"Diana!"

Akif sudah duduk. Dia dibantu oleh Sakinah dan Nafisah untuk duduk.

"Akif sayang, saya bukan nak langgar awak tadi tapi perempuan tu! Perempuan sundal tu! Maafkan Diana."

Ujar Diana perlahan. Dia memandang Akif dengan muka yang rasa bersalah. Dia seperti ingin menangis.

"Kenapa Diana, kenapa kau buat semua ni?"

Tanya Akif. Dia marahkan Diana kerana dia fikir kawannya itu sudah berhenti mengganggu Sakinah. Dia juga dapat rasakan orang yang selama ini ingin melukai Sakinah adalah Diana.

"Awak tanya kenapa? Huhhh, sebab perempuan tu dah rampas saya dari awak. Dia rampas saya dari awak, Akif. Saya tahu awak cintakan saya. Awak cintakan saya kan?"

Tanya Diana. Dia sudah merenung tajam ke arah Akif dan Sakinah.

Akif terkaku sebentar. Dia merenung Diana. Dia tahu, semua ini juga salah dia. Dia yang buat Diana macam tu. Dia kesal dengan sikapnya dulu yang sering mempermainkan hati perempuan hingga jadi macam ini. Dia khilaf.

"Ya Diana, aku cintakan kau."

Ujar Akif. Dia cuba bangun. Dia ingin menuju ke arah Diana. Hanya dia saja yang boleh menenangkan Diana saat itu.

Umairah sudah kembali menangis teresak-esak. Dia faham maksud kata-kata suaminya itu. Lalu dia dan Nafisah membantu Akif berdiri. Akif terus menuju ke arah Diana dengan kudrat yang dia masih ada.

"Abang."

Menangis Umairah dalam hati. Dia bertambah risau apabila Akif menuju ke arah Diana dengan keadaannya yang begitu.

"Dengar tu, kau dengarkan apa Akif cakap tadi? Huhhh, kau memang perampaslah perempuan. Kenapa kau tak mati je hari tu? Memang menyusahkan akulah. Akif, sini sayang."

Jelas Diana lagi. Dia sudah mencebik dan terus menyambut Akif yang sudah menuju ke arahnya.

"Sayang, tak apa-apa ke? Mari pergi hospital. Dah teruk ni."

Pujuk Diana. Dia terus memaut Akif. Akif hanya menuruti tingkah Diana.

Waktu itu juga, Akif mencari jalan untuk menjatuhkan Diana. Dengan sisa tenaga dia yang masih ada, dia terus menarik tangan Diana ke belakang. Pisotl yang tadi dipegang oleh Diana terus terlepas.

"Apa ni Akif? Lepaslah. Jangan buat saya macam ni."

Mereka yang sudah nampak Akif meniarapkan Diana terus laju menuju ke arah Akif. Mereka membantu Akif. Begitu juga dengan Nafisah dan Umairah.

Akhirnya, polis dan ambulan juga sampai pada waktu itu.

"Wei, apa ni? Lepaslah. Akif, sanggup awak buat saya macam ni. Awak kata awak cintakan saya. Awak tipu saya lagi Akif. Akif! Awak tunggu saja nanti."

Teriak Diana. Sempat dia mengugut Akif lagi. Dia sudah meronta-ronta ingin melepaskan diri.

"Abang!"

Umairah terus memaut Akif apabila dia sudah membantu mereka memegang Diana.

Akif tersenyum kelat ke arah Sakinah.

"Abang, jangan tinggalkan Mairah."

Rayu Umairah. Dia mengusap rambut Akif yang sudah terbaring di pahanya.

"Maafkan kesalahan abang selama ini, sayang."

Pinta Akif. Dia memegang pipi Umairah sebelum menutup matanya.

"Abang!"

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Sabar ya Mairah, aku tahu kau kuat. Akif pasti tak apa-apa."

Nafisah menenangkan Umairah. Mereka sudah berada di hospital.

Waktu itu juga keluarga Akif datang.

"Mairah, apa yang dah berlaku ni sayang?"

Tanya Puan Salsabyla. Dia juga sudah menangis apabila mendengar khabar bahawa anaknya ditahan di hospital.
Dia terus memeluk Umairah.

"Ibu, abang. Dia, dia selamatkan Mairah tadi."

Jawap Umairah teresak-esak. Dia tidak sanggup menceritakan lagi apa yang berlaku.

"Sabar ya sayang, kita doa banyak-banyak semoga Akif tidak apa-apa."

Pujuk Puan Salsabyla. Dia pun tidak lagi menanya Umairah. Mereka berpelukan.

Encik Ashraf dan Nafisah hanya berpandangan. Mereka juga berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

"Keluarga Muhammad Akif Bin Ashraf Khusyairy?"

Tiba-tiba doktor yang merawat Akif keluar dan mencari mencari.

"Ya, kami."

Jawab Encik Ashraf. Semua mata terus memandang doktor itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience