Bab 21

Romance Completed 11466

BAB 21

Seminggu telah berlalu selepas kejadian itu. Hubungan Akif dan Sakinah masih seperti dulu. Masih kurang kemesraan di antara mereka terutamanya Sakinah walaupun mungkin di hatinya sudah mulai terbit rasa itu.

Cuti pertengahan telah bermula. Seperti yang dijanjikan Akif akan membawa Sakinah untuk bercuti. Hari ini mereka akan berangkat ke Indonesia selama tiga hari dua malam. Itu yang diminta oleh Sakinah jika Akif ingin juga membawanya bercuti.

Umairah tak ingin pun bercuti berdua-duaan dengan Akif. Tapi disebabkan ingin berlindung daripada ditanya oleh ibu dan ayah mertuanya, Umairah turuti saja tapi dengan syarat itu.

Akif pula ingin bercuti selama lima hari sebenarnya, tapi terpaksa dilupakan niatnya itu. Yang penting dia dapat bercuti dengan isterinya pun sudah memadai.

"Kita kat mana ni?"

Tanya Umairah setelah sekian lama berdiam diri.

Mereka sudah sampai di depan sebuah hotel.

"Kita kat Parapat ni."

Jawab Akif sambil tersenyum ke arah Sakinah. Dia tahu Sakinah tak ada mood nak ber'honeymoon' dengannya.

Waktu itu juga dia menghulurkan wang kepada pemandu teksi.

"Terima kasih pak."

Akif sudah keluar dari perut kereta.

"Apa bang? Parapat? Yang dekat ngan Danau Toba tu ke?"

Umairah terkejut.

"Yalah, kenapa?"

Akif pula yang terkejut balik kerana disergah isterinya itu. Dia sudah mencapai beg bagasi mereka yang dihulurkan oleh pemandu teksi tadi.

"Kenapa abang tak bagitahu? Ini pula hotel apa?"

Tanya Umairah lagi. Terus dia melihat nama hotel yang ada di depan mereka.

"Aik, kenapa pula isteri aku ni? Tadi bukan main bad mood lagi."

Getus Akif dalam hati. Sakinah menjadi aktif daripada yang tadi. Lemah tak berdaya.

"Macam mana abang nak bagitahu kalau sayang tak tanya pun, lagi pula..."

Akif terhenti bercakap apabila Sakinah tiba-tiba memegang lengannya.

"Hotel Niagara Parapat."

Sebut Umairah perlahan. Salah sebuah hotel 5 bintang di Parapat Sumatera Indonesia. Dia terus tersenyum gembira ke arah Akif setelah mengetahui nama hotel itu.

"Kenapa ni sayang?"

Memang peliklah isterinya ni dari tadi.

"Abang, sini tempat kerja best friend sayalah."

Jawab Umairah akhirnya. Teruja. Patut pun happy semacam.

"Oh ye ke? Baguslah kalau begitu.
Jomlah check in."

Ujar Akif sambil tergeleng kelucuan.

"Fikirkan apa tadi. Tak suka tempat ni ke. Nasib baiklah."

Umairah terus melepaskan pautannya tadi di lengan Akif dan meninggalkan suaminya seorang-seorang dek kerana terlalu happy.

Akif pula hanya mengikuti dari belakang bersama beg bagasi mereka.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Bolehlah, please? Saya best friend dia juga."

Rayu Umairah kepada seorang penjaga kaunter di hotel itu.

"Enggak bisa bu. Kalau pengen jumpa ibu Mariah, harus ada appointmentnya dulu."

Jawab penjaga kaunter itu dengan tenang. Dia tidak boleh mengingkari peraturan hotel itu.

"Sayang, jomlah naik dulu. Nanti kita buat appointment untuk jumpa kawan sayang tu."

Pujuk Akif pula. Sakinah ingin bertemu dengan Mariah, kawan rapatnya itu tetapi tidak boleh. Mariah merupakan pengurus di hotel ini.

"Alah."

Umairah sudah hilang mood. Dia rindukan Maria sebenarnya.

"Apa yang ribut-ribut ni Lili?"

Tegur seseorang dari belakang.

Belum sempat Lili, penjaga kaunter itu menjelaskan perkara sebenar kepada orang yang menegurnya, terdengar orang berteriak.

"Mairah!!!"

Waktu itu juga Umairah berpaling ke arah suara itu.

"Mariah!!!"

Rupanya Mariah. Mereka terus berpelukan. Akif pula tercengang. Begitu juga dengan Asya.

"Ya Allah, apa awak buat kat sini? Kenapa tak bagitahu saya nak datang sini?"

Tanya Mariah. Dia pun excited berjumpa dengan kawan rapatnya itu.

Umairah hanya tersenyum tersengih seperti kerang busuk.

"Hah, ini pula siapa?"

Baru dia perasan Akif di sebelah Umairah.

"Saya suami Sakinah, Muhammad Akif."

Akif menyapa Mariah seraya tersenyum.

"Hah? Your husband? Oh my god! Tak bagitahu kita ye, dia dah kahwin. Kejamnya."

Ujar Mariah sambil membuat muncung merajuk.

"Alolo, bukan tak nak gitaulah awak. Tapi panjang ceritanya. Nantilah saya cerita. Okey? Janganlah merajuk."

Jawab Umairah sambil memujuk Mariah seraya mengubah topik. Dia malas nak cerita pasal 'ceritanya' itu.

"Hurm, yalah. Saya tahulah kita dah lama tak contact. Saya kan kat sini, tak pe saya faham. Nanti cerita tau?"

Mariah faham. Mereka sudah lama tidak bercontact disebabkan berada di negara lain. Jika cuti sahaja mereka akan berjumpa kalau ada kelapangan.

"So, honeymoon lah ni?"

Usik Mariah sambil memandang Akif. Akif hanya tersenyum.

"Eh, taklah. Bercuti je."

Jawab Umairah pantas sebelum suaminya pula cakap yang bukan-bukan.

"Korang menginap kat sini ke?"

"Ya, kitorang menginap kat hotel mewah awak ni."

"Yeah, good. Nanti saya bagi pakej honeymoon. Nak?"

Kacau Mariah lagi.

"Eh, boleh. Tak ada masalah. Itu lagi bagus."

Kali ini Akif sempat bercakap dulu.

Umairah sudah memandang tajam ke arah Akif. Mukanya sudah merah.

"Oh, alright boss. Hei, honeymoon pula dia. Tadi kata bercuti je."

Omel Mariah. Dia terus tergelak kerana perasan muka kawannya itu.

"Huh."

Umairah hanya mencebik. Akif dan Mariah pula tersenyum.

"Hahah, dahlah. Korang naik dulu. Nanti kita jumpa dinner malam ni? Okey? Banyak nak cerita kat awak ni Mairah."

Cadang Mariah. Dia sudah ingin menuju ke kaunter.

"Ya, saya pun. Okeylah, insyaallah. Kita jumpa malam ni ye."

Mereka berbalas senyuman dan terus berpisah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Tak sangka pula begitu ceritanya."

Getus Mariah setelah mendengar cerita perkahwinan Umairah dan Akif. Mereka kini berada di restoran hotel mewah itu.

Umairah hanya diam.

"Tapi tak pelah. Benda dah jadi. Pasti ada hikmah kan Mairah. Awak sabar jelah ye. Redha."

Pujuk Mariah. Dia faham. Sesiapa saja akan terkejut jika perkara itu berlaku kepada diri sendiri.

Tapi itulah takdir Allah. Kita tidak akan dapat mengelak.

"Tapi saya nampak suami awak tu baik je? Mesti dia sukakan awak kan? Awak pula dah terima dia ke?"

Tanya Mariah lagi. Dia perasan mata suami Umairah. Dia boleh nampak betapa dalamnya pandangan Akif terhadap Umairah.

"Hah? Entahlah Mariah."

Hanya itu jawapan Umairah. Mariah juga tidak tahu tentang kisahnya dengan Akif walaupun Mariah itu kawan rapatnya. Tapi Mariah pernah tahu yang Akif pernah berkenalan dengannya dulu. Mungkin dia sudah lupa. Cuma cerita itu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah.

Ya, hanya Allah yang tahu.

Desis Umairah.

Saat itu juga Akif datang. Dia baru saja dari bilik. Dia ditinggalkan oleh isterinya kerana Sakinah tidak sabar untuk bercerita dengan Mariah.

"Eh, duduk Akif."

Jemput Mariah seraya tersenyum.

Akif mengambil tempat duduk di sebelah Sakinah.

"Mairah cakap awak tak nak join tadi. Tapi turun juga. Dah rindu ke?"

Gurau Mariah.

"Penipunya isteri aku ni. Dia yang tinggalkan aku tadi. Huh, sabar sajalah."

Akif memandang Sakinah. Geram pula. Nakal isteri dia ni.

Umairah pula buat macam biasa saja.

"Oh? Ya. Dah rindu betul dengan dia ni. Kalau boleh tak nak berpisah pun dengan dia walau sesaat. Kan sayang?"

Jawab Akif selamba sambil memeluk bahu Sakinah.

Umairah terkejut dengan perlakuan Akif. Dia membesarkan matanya ke arah Akif.

"Membalas dendam eh?"

Omel Umairah dalam hati. Dia sudah menggigit bawah bibirnya.

Akif juga terus berbuat seperti tiada apa yang berlaku.

"Awww, so sweet. Untunglah dah ada orang rindu dia."

Ujar Mariah. Senang melihat pasangan di depannya itu.

Umairah pula hanya tersenyum paksa melihat Mariah.

"Eh, tapi kenapa saya macam pernah nampak awak ya Akif?"

Tiba-tiba Mariah berfikir. Dia mengerutkan keningnya.

"Hah? Maksud awak?"

Akif pelik pula apabila Mariah berkata begitu. Rasanya ini pertama kali mereka berjumpa.

"Awak pernah nampak dia ke Mariah?"

Getus Umairah pula.

"Alamak, takkan Mariah ingat pula?"

Umairah sudah kalut.

"Awak, Akif Syah kan?"

Tanya Mariah setelah dia berjaya mengingati di mana dia pernah nampak Akif.

"Ya, itu nama fb saya. Kenapa?"

"Mairah! Tak sangka korang akan berjumpa."

Teriak Mariah tiba-tiba.

Akif terkebil. Hairan dengan maksud Mariah.

Umairah terus terdiam. Dia faham maksud Mariah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

AkifShah: Assalammualaikum. Kenal Sakinah? :)
MariahEzzatie: Waalaikumsalam, kenal. Best friend saya tu. Kenapa ya?
AkifShah: Saya tahu. Dia ada cerita. Huhu ;) Dia tu baikkan.
MariahEzzatie: Mestilah. Dia memang baik. :)
AkifShah: Tapi sayangnya dia pernah disakiti oleh orang yang dia suka selama ini. Huhh ;( ;(
MariahEzzatie: Ya, macam mana awak tahu?
AkifShah: Heheh. Adalah :) Tapi nanti korang berpisah kan sebab nak masuk universiti yang berbeza.
MariahEzzatie: Ya, sedih sangat. Sebab kitorang dah bersama selama 11 tahun. ;(
AkifShah: Alah, tak pelah. Nak sambung belajar juga. Nanti korang jumpalah ye? ;)
MairahEzzatie: Insyaallah. ;D
AkifShah: Hurm, awak jaga dia untuk saya ye ;( ;( . Saya lagi jauh dari dia. Huhh.
MariahEzzatie: Oh, okey. Insyaallah. :')

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience