Bab 7

Romance Completed 11466

BAB 7

Sudah sebulan lebih Akif bekerja di syarikat ayahnya. Dia sudah dapat menyesuaikan dirinya di syarikat itu dan dia tidak kekok melakukan bidang kerjayanya itu. Mugkin kerana daripada bakat ayahnya. Nama Encik Ashraf tidak asing lagi dalam bidang perniagaan. Dia merupakan ahli koporat terkenal di Malaysia. Jadi tidak salahnya jika kelak Akif yang akan menggantikan ayahnya.

Selama sebulan itu juga bayangan seseorang memenuhi fikiran Akif. Dia tidak tahu kenapa. Buat pertama kali dia merasakan seperti itu. Sudah beberapa kali dia mengusir bayangan itu tetapi ia terpahat kuat di ingatannya.

"Bukk!"

Sedang mengelamun Akif terlanggar seseorang ketika ingin menolak pintu kedai buku di depannya. Dia ingin membeli sesuatu di situ untuk adiknya, Ina.

"Eh, maaf."

Ujar orang yang dilanggarnya itu.Dia terus duduk memungut buku-buku yang di belinya tadi tanpa memandang Akif.

Akif terkejut mendengar suara itu. Ya. Pemilik suara itulah yang memenuhi fikirannya sejak kebelakangan ini.

"Sakinah.."

Perlahan Akif memanggil tapi masih boleh didengar oleh Sakinah.

Umairah yang tadi kelam kabut mengambil buku itu, terhenti. Dia mendongak kepalanya perlahan-lahan. Matanya seraya membulat kerana tidak sangka akan berjumpa Akif buat kali ketiga. Betapa kecilnya dunia ini. Apakah maksudMu ini, ya Allah?

Umairah terus cepat-cepat mengambil bukunya dan ingin beredar. Dia tidak ingin lama berada di situ.

"Sakinah. Awak Sakinah kan? Masih ingat saya?"

Akif tahu Sakinah ingin mengelak daripadanya lagi. Dengan pantas Akif menghalang perjalanannya. Dia berada betul-betul di depan Sakinah.

"Eh, tak. Awak salah orang ni. Maaf, saya kena cepat ni."

Umairah tidak memandang Akif.Dia perlu beredar dengan segera.

"Saya tahu awak tipu Sakinah. Saya tahu awak kenal saya. Saya Akif, takkan awak dah lupa? Atau awak nak mengelak dari saya ni? Tapi kenapa? Apa salah saya? Saya dah lama nak jumpa dengan awak."

Bagai peluru berpandu Akif mengajukan soalan kepada Sakinah. Akif sudah tidak tahan tertanya-tanya. Dia perlu tahu.

"Saya tak pernah kenal dengan orang yang namanya Akif. Kan saya dah kata, awak salah orang. Jadi tolong, saya nak cepat."

Umairah berusaha melepaskan diri daripada Akif. Dia ke kiri, Akif ke kiri. Dia ke kanan, Akif ke kanan. Sakinah mendengus.

"Awak tak faham bahasa ke?"

Umairah sudah memandang tajam ke arah Akif. Dia sudah tidak kisah dengan keadaan sekeliling. Ramai mata tertumpu ke arah mereka. Biar mereka fikir Akif ingin mengapa-apakan dia.

Akif tidak menjawab tetapi terus ditariknya lengan Sakinah ke arah kawasan lorong yang agak tersembunyi.

"Eh, apa tarik-tarik ni? Lepaslah."

Umairah mendengus. Nasib baik berlapik. Dia menarik tangannya daripada dipegang oleh Akif tapi dia tidak mampu. Pegangan Akif sangat kuat.

"Sakinah Nur Umairah. Tolonglah, beritahu saya apa salah saya sampai awak tak mengaku kenal dengan saya. Apa yang saya buat kat awak sampai awak mengelak? Dah lama saya ingin jumpa dengan awak. Kalau saya salah, saya minta maaf. Tolong jangan buat saya rasa bersalah. Saya tak tenang selagi awak tak beritahu semuanya."

Tanya Akif lembut dan melepaskan pegangannya. Sakinah sudah mengusap-usap lengannya. Pedih. Nanti pasti akan lebam.

Umairah tergamam seketika ketika Akif menyebut nama penuhnya. Memang sah Akif tahu dia menipu. Entah dari mana Akif tahu namanya. Yang penting sekarang dia ingin beredar, dia tidak ingin menjawab persoalan Akif itu. Biar dia pendamkan saja. Umairah terus berpaling tanpa memandang Akif.

Tetapi sekali lagi lengannya direntap kuat.

"Sakitlah!"

"Sakinah, saya bercakap dengan awak ni. Kenapa susah sangat nak jawab?"

Akif sudah hilang sabar. Suaranya sudah tinggi. Dia rasa seolah-olah bercakap dengan tembok.

Umairah kesakitan. Kelopak matanya berair menahan sakit. Tetapi lebih sakit apa yang dia rasakan sekarang. Umairah memandang tajam ke arah Akif seperti ingin menembusi mata Akif. Dia menarik nafas. Dia perlu juga memberitahu perkara yang sebenar.

"Awak nak tahu sangat kan? Okey saya bagitahu awak tapi sebelum tu lepaskan lengan saya."

Tegas Umairah. Dia akan menyambung jika Akif melepaskan lengannya. Perlahan-lahan Akif melepaskan pegangannya.Mulanya dia ragu jika Sakinah lari, tapi disebabkan ingin mengetahui jawapannya. Dia lepaskan juga.

Mata Umairah yang tadi berair kini seperti tidak dapat dibendung lagi. Dia tunduk dan mengangkat kembali mukanya setelah air matanya dikesat. Rasa benci terhadap lelaki itu seolah-olah datang kembali setelah sekian lama dia membuang perasaan itu.

"Awak tipu saya Akif. Awak tipu saya! Mana janji awak dulu? Awak main-mainkan perasaan saya walaupun awak tahu dulu saya pernah dikhianati. Awak bagi harapan palsu dengan saya. Awak tahu berapa lama saya buang perasaan ini? Lama Akif. Sanggup awak buat saya macam ni kan. Tapi sekarang, senang-senang je awak cakap nak jumpa saya. Itu je yang awak ingat kan? Huhh, memang semua lelaki sama. Tahu berjanji je tapi bukannya nak ditepati. Dan sebab awaklah saya malas nak fikir semua ini. Sebab awaklah saya serik. Serik untuk semua ini. Sebab awak Akif!"

Jelas Umairah. Akhirnya dia sudah meluahkan segala yang dia rasa selama ini kepada Akif. Dia sudah mengalirkan air mata di depan lelaki itu. Tapi cepat-cepat dia menghapuskan air mata itu. Dia tidak ingin nampak lemah di depan Akif.

"Saya harap kita tidak berjumpa lagi. Saya bersyukur sangat kepada Allah kerana kita ditemukan saat hati saya ini sudah tak ada lagi buat awak. Jadi saya mohon sangat-sangat, jangan tegur saya jika kita terjumpa."

Sambungnya lagi. Umairah lebih tenang sekarang.

Akif hanya memandang sepi ke arah Sakinah. Lidahnya kelu. Dia terasa dengan kata-kata Sakinah. Akif mengaku memang salah dia.

"Baiklah, saya pergi dulu. Saya sudah bagitahu jawapan yang awak nakkan jadi saya harap ini pertemuan kita yang terakhir. Assalammualaikum."

Belum sempat Akif menjawab, Sakinah sudah meninggalkannya. Akif mengeluh kesal. Dia menyandar di dinding kawasan lorong yang sunyi itu. Dia pasrah jika Sakinah marahkannya tetapi dia tidak sanggup jika Sakinah masih tidak memaafkannya. Dia harus meminta maaf kepada Sakinah. Itu yang paling penting.

Akif terus meninggalkan kawasan lorong itu dan bergegas segera ke kedai buku.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Cerita apa sekarang ni?"

Tegur Umairah. Dia nampak Nafisah khusyuk melihat rancangan yang sedang bermain sekarang.

"Ei, kau ni kan."

Nafisah nyata terkejut. Dia membesarkan matanya ke arah Umairah. Geram. Umairah pula hanya buat dek saja. Macam tak biasa pula dia ni.

"Hurm. Refrain."

Jawabnya juga sambil mengunyah keropok kentang.

"Ohh."

Cerita romantik gandingan dua orang pelakon Indonesia itu sudah dia tonton. Maudy Ayunda dan Afghan Syah Reza memang sangat sweet dalam cerita itu. Umairah hanya tersenyum melihat cerita itu.

"Minta."

Umairah meminta keropok yang dimakan Nafisah. Belum sempat dia memasukkan tangannya ke dalam keropok itu, Nafisah sudah menarik tangan kanannya terlebih dahulu.

"Kenapa ni Mairah?"

Tanya Nafisah. Dia ternampak kesan lebam di lengan kanan Umairah.

"Alamak! Lupa pula pakai baju T lengan panjang."

Getus Umairah dalam hati.

"Erh? Takdelah. Te, terlanggar something tadi."

Gagap Umairah menjawab.Adoii.

"Tipulah engkau ni. Takkan sampai teruk lebam begini? Lebih baik kau bagitahu aku, kau kena ragut ke?"

Risau Nafisah. Mana tahu Umairah menyembunyikan sesuatu daripada dia.

"Betul,saya terlanggar tiang kat sekolah tadi semasa kelam kabut. Jangan risau, okey dah ni. Sekejap je lebam ni."

Ujar Umairah. Harap-haraplah si Nafisah ni percaya. Huhh.

"Betul erk? Itulah, lain kali hati-hati. Kau ni memang tak sah kalau tak kelam kabut je, semuanya nak dilanggar. Heii. Dah sapu ubat ke?"

"Iyah, macam awak tak kenal saya kan. Hee. Nanti sebelum tidurlah, saya sapu. Okey?"

"Hurm."

Nafisah percaya juga kata-kata Umairah. Dia mengeluh lega. Memang dia langgar semua, sampai terlanggar Akif lagi tadi.

"Akif.."

Nama lelaki itu disebut di dalam hati. Mungkin ada sebab Allah temukan mereka tadi. Mungkin juga Allah ingin mengurangkan bebannya yang selama ini terpendam rapi. Huhh. Umairah tersenyum kecil. Dia gembira kerana hatinya sudah lapang. Selapang padang Merdeka. Heheh. Umairah harap tidak berjumpa dengan lelaki itu.

"Ya, I hope so.."

Getusnya. Dia kembali memfokus cerita di depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience