Bab 16

Romance Completed 11466

BAB 16

"Ya Allah, Mairah."

Tegur Puan Qistina. Sebak. Dia melihat ke arah Umairah yang duduk di sebelahnya.

Umairah sudah menangis teresak-esak. Dia takut, gelisah. Dia dapat rasakan uminya tidak dapat terima semua itu, tetapi sangkaannya meleset apabila tiba-tiba Puan Qistina memeluknya erat.

"Ya Allah, kasihan anak umi ni. Sabar ya Mairah. Kami tak salahkan kamu berdua, pasti ada hikmah semua ini."

Sambungnya lagi. Dia mengusap kepala Umairah. Tidak sangka perkara itu akan terjadi terhadap anaknya.

"Betul kata umi kamu Mairah,ibu pun tak salahkan Akif dan Mairah. Mungkin sudah takdir jodoh kamu berdua."

Ujar Puan Salsabyla pula. Dia faham perasaan besannya saat itu. Mereka tak salahkan anak-anak mereka.

"Terima kasih Ashraf sebab sudah uruskan pernikahan mereka dulu.Itu tindakan yang betul. Kalau saya tempat kamu pun, saya rasa itu saja jalan yang terbaik."

Encik Razak lega kerana semuanya berjalan dengan baik. Dia tersenyum ke arah Encik Ashraf.

"Tak ada masalah Razak. Memang sudah tanggungjawab kami. Apapun, sekarang semuanya sudah selesai. Saya harap kita boleh menjadi besan yang baik."

Encik Ashraf nyata suka dengan besan barunya itu. Dia membalas senyuman Encik Razak.

"Kalau semua sudah selesai, bolehlah naik dulu kat bilik. Berehat dan siapkan diri. Mesti penat dari jauh datang sini."

Cadang Puan Qistina. Setelah semuanya sudah terungkai, lebih baik dia memberi ruang kepada tetamunya itu untuk berehat.

Umairah yang di sebelahnya hanya diam. Masih ada sisa tangisan di matanya.

"Sudahlah Mairah, jangan nangis lagi. Semuanya sudah selesai, yang penting sekarang Mairah terima semua ini dengan hati terbuka.Ya?"

Pujuk Puan Qistina. Dia dapat rasakan anaknya itu masih belum dapat terima semua ini. Dia mengusap bahu Umairah.

Umairah mengangguk lemah. Dia mengiakan saja kata-kata uminya itu.

"Bawa Akif naik atas."

Sambungnya lagi.

"Satu bilik dengan dia pula."

Baru Umairah ingat yang dia akan sebilik dengan mamat poyo tu.

Akif sudah tersenyum nakal ke arah Umairah.

"Mengade."

Umairah mencebik dan menjeling ke arah suaminya itu. Hilang sudah rasa sedih, gelisah dalam hatinya setelah melihat wajah nakal Akif tadi.

"Iqbal. Bawa Encik Ashraf dan keluarganya ke bilik tetamu."

Arah Encik Razak.

Iqbal yang dari tadi menjadi penonton, terus berdiri dan membawa Encik Ashraf sekeluarga.

Begitu juga dengan Ina,dia membontoti ibunya.

"Kami naik dulu, Razak."

Encik Ashraf meminta pamit. Dia berbalas senyuman dengan besannya.

"Baiklah, buat saja macam rumah sendiri Ashraf."

Jawabnya. Dia tidak mahu besannya itu kekok di sini kerana mereka sudah menjadi sebahagian dari keluarga ini.

Encik Ashraf mengangguk tersenyum.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Nah."

Umairah menghulurkan comforter ke arah Akif. Sudah terang lagi bersuluh, dia tak nak tidur sekatil dengan Akif.

Akif menyambutnya. Dia hanya akur.

"Awak memang suka warna pink ke?"

Tanya Akif. Dia ralit memerhati keadaan bilik Sakinah. Memang bilik perempuan betul. Semua warna pink. Langsir, katil, dinding, telekung dan alat solek Sakinah semua jenis warna yang sama.

Akif menggeleng. Memang minah pink isteri dia ni.

"Ye, kenapa?"

Umairah menjeling ke arah Akif. Dia sudah duduk di meja solek sambil membuka tudungnya. Dia sudah tidak kisah auratnya dengan Akif kerana Akif sudah nampak rambutnya hari itu. Lagi pula, mereka memang halalkan.

"Tak de lah, awak tak bosan ke? Semua warna yang sama. Dah tu, warna pink lagi."

Omelnya.Dia meluru ke arah sebelah katil Sakinah dan membentangkan comferter.

"Amboi, suka hati sayelah. Dah saya seorang je perempuan kat dalam family ni. Daripada awak tu, hitam putih. Macam tahi cicak."

Ejek Umairah. Dia masih ingat ketika pertama kali ke bilik Akif. Hitam putih bilik suaminya itu. Seram juga dia. Sudah hitam, putih lagi. Dia mencebik. Tidak puas hati. Pandai-pandai je nak komen bilik dia.

"Yalah awak. Saya pergi mandi dulu ye."

Akif mengalah saja. Takut berperang mulut kang. Dia sudah menuju ke arah bilik mandi di sebelah meja solek Sakinah. Tetapi sempat lagi dia menarik rambut Sakinah yang diikat ekor kuda.

"Aduh."

Teriak Umairah. Sampai terkebelakang sedikit kepalanya disebabkan tarikan Akif itu.

"Hei, dia ni kan."

Marah Umairah. Berani Akif buat begitu.

"Jaga awak nanti ye."

Getusnya dalam hati.

Akif sudah ketawa mengekek di dalam bilik mandi. Suka dia menyakat isterinya itu. Comel. Dia harap dengan melakukan begitu, hubungan mereka akan baik. Walaupun dia tahu Sakinah masih keras hati.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Jadi apa perancangan kamu berdua?"

Tanya Encik Razak tiba-tiba. Waktu itu mereka sedang menikmati sarapan pagi. Mereka semua berkumpul di ruang makan.

Akif dan Umairah saling berpandangan.

"Tak pasti lagi abah."

Jawab Umairah. Akif pula diam.

Encik Razak dan Encik Ashraf berbalas senyuman.

"Takkan tak ada rancang apa-apa. Honeymoon tak nak pergi ke?"

Ujar Puan Qistina pula. Dia tersenyum ke arah mereka. Begitu juga dengan Puan Salsabyla.

Serta merta pasangan suami isteri itu tersedak disebabkan kata-kata Puan Qistina tadi. Mereka terus mencapai minuman di sebelah pinggan untuk melegakan tekak.

Nasib baik tak tercekik.

"Eh, tak payahlah ibu."

Ujar Umairah cepat-cepat. Dia tersenyum kelat.

Akif pula mengerutkan dahi. Dia tidak setuju dengan kata-kata Sakinah.

Dia nak honeymoon dengan isterinya.

"Betul ni?"

Tanya Puan Qistina minta kepastian.

Belum sempat Umairah mengiakan, Akif memintas.

"Eh, taklah. Kami nak pergilah ni. Mungkin cuti pertengahan tahun ini kot umi. Kan sayang? Dah lupa ke apa yang abang cakap semalam?"

Akif memeluk bahu Sakinah yang duduk di sebelah kanannya. Dia tersenyum seperti kerang busuk.

Umairah sudah menggigit bawah bibirnya. Dia membesarkan matanya ke arah Akif. Mahu saja dia menidakkan, tapi apa kata mereka nanti?

"Ya Allah, sabar Mairah."

Getusnya dalam hati. Dia menenangkan hatinya.

"Hurm? ha'ah. Mairah lupaaa."

Umairah menekankan perkataan 'lupa'. Geram dia dah nak tahap maksima. Memandai-mandai jelah suami dia ni. Heiii. Sedaya upaya dia meleraikan pelukan Akif itu.

"Eloklah tu. Boleh korang berdua kenal lebih rapat, kan lebih berkat."

Ujar Puan Salsabyla pula. Dia nak juga pasangan berdua ini kekal hingga akhir hayat. Mungkin sudah keistimewaan mereka, bercinta selepas nikah. Macam dia dan suaminya. Dia tersenyum apabila teringatkan nostalgia dia dan suaminya dulu.

"Itulah ibu, Akif nak juga kenal dengan lebih rapat dan mendalam isteri Akif ni. Kan sayang?"

Akif mencuit hidung Sakinah yang sudah masam mencuka. Dia tahu isterinya itu sudah panas. Muka isterinya itu sudah merah padam. Tapi dia buat dek saja. Ini saja masa yang dia dapat bermesra dengan Sakinah.

"Wah, sweetnyer abang Akif. Untunglah kak Mairah."

Tegur Iqbal. Dia kagum dengan abang iparnya itu. Dia tersenyum tersengih.

"Ya Allah, mamat poyo ni. Memanglah, ambil kesempatan je kerja dia."

"Sayang-sayang, aku lempang kang."

"Hishh. Adik aku lagi seorang ni, untung ape?"

"Heii. Mentang-mentang depan parents, beranilah gitu? Awak tunggu nanti."

Tanpa Umairah sedari,dia sudah tercubit paha suaminya.

"Aduhhh."

Adu Akif perlahan.

"Kenapa bang?"

Tanya Ina yang duduk di sebelah abangnya. Dia perasan abangnya kesakitan.

"Hah? Tak ada ape."

Ujarnya. Dia memandang ke arah Sakinah.

"Amboi, isteri aku ni. Dah berani serang sekarang. Tak pe."

Umairah menahan gelak.

"Padan muka."

Dia memberi isyarat kepada Akif.

"Ya, abangku sayang?"

Tanya Umairah gedik. Dia tersenyum nakal ke arah suaminya. Saja je. Dia sudah meletakkan tangannya di atas paha Akif.

Akif menelan air liur. Takut tiba-tiba. Nanti kena lagi kang cubitan ketam Sakinah. Dia hanya tersenyum kelat. Terus dia menyambung suapan.

"Tahu takut."

Ejek Umairah perlahan. Dia mencebik.

Bila berkahwin kerana Allah,
Walau tak pernah kenal,
Tak pernah bercinta,
Tak pernah dating,
Lepas saja lafaz ijab dan kabul,
Allah akan campakkan rasa sayang, cinta dan rindu dalam hati pasangan. . ;)

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Bukk!"

"Adui, kenapa ni?"

Tanya Akif. Sakinah membaling bantal ke arahnya secara tiba-tiba.Dia memandang isterinya itu. Dia tahu Sakinah ingin membalas dendam.

"Tanya lagi. Apa yang awak cakap kat bawah tadi tu? Pandai-pandai je awak."

Umairah memandang tajam ke arah Akif.

"Cakap ape?"

Tanya Akif lagi. Dia buat tak tahu.

"Amboi, buat tak tahu pula dia. Bila masa kita bincang nak gi honeymoon? Lepas tu cakap nak pergi time cuti pertengahan ni?"

Sakit pula hati Umairah apabila Akif buat tak tahu.

"Oh, itu. Alah, normallah kalau kita nak pergi honeymoon. Kita kan pengantin baru, awak tak nak pergi ke honeymoon tu? Best apa."

Usik Akif pula. Dia mengenyitkan matanya ke arah Sakinah. Dia tersenyum nakal.

"Ya Allah."

Umairah membaling lagi bantal ke arah suaminya itu. Mukanya kembali merah menahan geram.

"Saya tak naklah pergi honeymoon dengan awak!"

Teriaknya lagi. Akif hanya mampu ketawa mengekek. Dia menyambut setiap balingan isterinya itu.

"Adalah orang tidur kat luar malam ni."

Getusnya. Dia mendengus.

"Okey, okey."

Akif menyabarkan Sakinah. Tapi saat itu juga ada ketukan di bilik mereka.

Akif terus membuka pintu. Umairah sudah duduk di birai katil dengan muka yang masih cemberut.

"Abang Akif, dah siap ke? Kata nak jalan ngan kitorang tadi?"

Tanya Iqbal. Tadi abang iparnya itu ingin jalan mengelilingi kampung mereka. Begitu juga dengan Ina.

"Oh, lupa pula. Iqbal tunggu kat bawah ye. Kejap lagi abang turun."

Ujarnya. Inilah peluang dia untuk lari daripada isterinya. Heheh.

Iqbal sudah menuruni tangga.

Akif terus mencapai dompetnya di dalam beg.

"Hah, nak pergi mana tu? Awak belum jawab soalan saya lagilah."

Umairah terus berdiri apabila melihat suaminya seolah-olah tergesa-gesa ingin keluar.

"Abang jalan dulu ye."

Akif tersenyum ke arah isterinya dan melemparkan bantal yang tadi dibaling oleh Sakinah kembali kepada isterinya dan terus keluar tanpa menjawab soalannya.

"Heii, ya Allah. Sabar jelah."

Umairah menggigit bibir. Dia menghentakkan kakinya. Geram sangat dengan perangai suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience