3

Romance Completed 31338

"Fuh, lawa awek-awek kat sini Harris." ujar Faiz sambil merapikan rambutnya. Mereka berdua bersut kemas pada malam itu. Acara akan bermula tidak lama lagi. Sudah ramai orang memenuhi ruang KLCC malam itu.

"Sejak bila kau datang event macam ni. Pelik la kau ni." balas Harris. Itu merupakan kali pertama dia hadir ke fashion show, setelah beberapa kali pelawaan rakan sekerjanya itu ditolak.

"Sejak berkenalan dengan awek model? Hahaha. Sekali sekala cuci mata apa salahnya, Ris. Mana tahu terserempak jodoh kat sini."

"Banyak la jodoh kau. Nasib tak ajak aku pergi club." gurau Harris. Beberapa gadis yang sedia di situ memandang ke arahnya sambil berbisik sesama mereka. Bukan dia tidak nampak, cuma dia sudah biasa.

"Club jangan main bro. Kita tak pergi tempat macam tu. Haa, tengok-tengok. Semua gadis-gadis tengah ketar lutut sebab Ilman Harris datang. Hmm...." Faiz mencuit bahu Harris. Harris hanya gelak kecil.

"Kau pun apa kurangnya, segak bukan main malam ni." puji Harris. Memang boleh tahan juga sahabatnya itu.

"Hai, Faiz. Baru sampai?" seorang gadis menyapa mereka dari belakang.

"Eh, Dirah. Yeah, baru je. Saya pun baru nak text awak tadi tapi takut awak busy. Hehe" sambut Faiz riang. 'Oh ini rupanya kawan baru bergelar model Faiz tu'

"Dengan kawan ke? Jomlah masuk dalam, event dah nak start." ajak Nadhirah.

"Ya, boleh jugak. Harris, come." Faiz mengajak Harris pula masuk ke dalam hall. Harris hanya menurut.
. .
. Acara pada malam itu berlangsung dengan amat meriah. Anis dan staff saling sibuk mempersiapkan model-model di belakang pentas sebelum dia sendiri akan keluar pada acara kemuncak.
. "Dan dipersilakan, pengasas dan pemilik Anis Couture, Cik Anis Inara untuk naik ke pentas untuk acara terakhir untuk malam ini." umum pengacara majlis pada malam itu. Serentak itu, Anis muncul bersama peragawan yang memperagakan koleksinya dari belakang pentas. Tepukan gemuruh memenuhi dewan itu. Dia muncul dengan dress biru yang cukup menawan.

Harris dari suatu sudut pula memerhati lama gadis yang baru muncul di atas pentas itu.
'Cantik.' bisiknya dalam hati. Senyuman gadis itu ibarat membuatnya kaku. Tidak semena-mena dia turut menepuk tangan sambil mengukir senyum kecil.
. Setelah tamat acara pertunjukan itu, para tetamu dijemput untuk menikmati jamuan pula. Harris tercari-cari gadis yang berjaya mencuri hatinya tadi namun tidak dijumpai. Sudahlah, dia sedang mahu ke toilet pula.
"Bro, cari sapa? Tak nak makan ke?" tegur Faiz yang mengambil tempat di meja yang diduduki Harris bersama makanan di tangan.

"Takdalah. Eh, takpa kau makan dulu. Aku nak pergi toilet la kejap. Nanti aku datang balik." pesan Harris.
. Sekembalinya Harris dari toilet, matanya melilau lagi mencari kelibat gadis tadi. Diintai pula dari luar hall dan akhirnya Harris melangkah keluar kembali setelah menyedari perempuan itu tiada di dalam. Baru beberapa langkah dia berjalan, kelihatan orang yang dicarinya bersama seorang lelaki di sudut sebelah dewan selain beberapa orang tetamu yang juga berada di situ. Wajah Harris mengerut sebaik dia menyedari siapa lelaki itu.

"Lama i tak jumpa you. Kenapa you macam nak larikan diri dari i? I tahu i salah. But i beg you, Anis. Give me another chance?" Adam separuh merayu.
Wajah yang lama dirindunya itu ditatap penuh pengharapan. Anis menunduk tanpa kata. Perasaannya bercampur baur. Marah ada, kasihan juga ada. Mana mungkin dia melupakan cinta pertamanya itu, meskipun perpisahan mereka amat menyakitkan hatinya. Jelas-jelas Adam pernah menipunya, dan menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Siapa mampu memberi jaminan bahawa dia tidak akan mengulanginya lagi?

"I tahu tak mudah you nak lupakan perkara lepas. I dah sakitkan hati you. Please maafkan i Anis. I menyesal lepaskan perempuan sebaik you." Adam terus merayu, mencari wajah Anis yang sedari tadi menunduk sugul.

"Apa yang dah jadi biarlah jadi. I dah maafkan you. Tapi untuk kembali macam dulu...i tak rasa i boleh." Anis mula bersuara. Dia tidak mahu kecewa lagi. Sebak di dada ditahan, dia cuba kelihatan tenang. Dia mahu cepat-cepat pergi dari situ. Adam bertambah tertekan dan cuba menghalang.

"Anis...give me another second chance please. I janji i takkan ulangi..."

"No. Cukuplah. Maybe kita takda jodoh. You deserve someone better than me."

"Anis Inara jangan buat i macam ni." Adam terpempan dengan sindiran Anis.

"Habis apa yang you buat dekat i sebelum ni? You ingat senang ke i nak lupakan? I dah maafkan you, apa lagi yang you nak?!" suara Anis naik satu nada. Beraninya lelaki itu meminta peluang kedua!

"Anis i regret what ive done, i cuba nak tebus balik kesalahan i! I dah putuskan perempuan tu, demi you Anis."

"Senangnya you cakap.." Mata Anis mulai berkaca.

"Nis, we can start all over.." Adam belum sempat menghabiskan ayatnya sebelum kedengaran suara seseorang berdehem di antara mereka.

"Adam Ahmad Bakri. Bila sampai? Long time no see." Harris mencelah sambil menghampiri pasangan yang kelihatan tegang itu. Tangan dihulur ke arah Adam secara spontan.

"Kau buat apa kat sini?" Adam membalas dengan malas. Huluran tangan Harris tidak bersambut. Dia memang tidak pernah menyenangi sekutunya itu. Semua orang tahu perkara itu. Ilman Harris dan Adam Bakri antara pesaing utama dalam dunia perniagaan di negara ini.

"Oh, maaf. Aku ganggu korang ke? Sorry lah, i shall go." Harris bersuara kembali. Adam menjeling sambil berdehem kecil. 'Kacau betul Harris ni!' Tumpuannya kembali kepada Anis.

"No, im done." Anis yang sudah tidak sabar ingin beredar akhirnya mengambil peluang untuk meminta diri. Biarlah apa pun yang jadi, dia tak mahu fikir lagi. Adam cuba mengekori dan mencapai tangan Anis namun gadis itu sempat berpaling.

"Stop following me, Adam!" marah Anis. Mata-mata yang di situ turut memandang ke arah mereka termasuk Harris. Adam terdiam. Anis lekas mengatur langkah kembali meninggalkannya. Adam hampa. Setelah itu, kelibat Harris pula berjalan mengatasinya namun sempat dia menegur.

"Kau memang tak boleh tengok aku senang kan?" perli Adam. Langkah Harris terhenti.

"Well. Aku cuma teringin nak tengok drama korang tadi, macam menarik je. Tak salah kan?" Harris senyum mengejek. Adam berjalan menghampiri Harris.

"Well, next time mind your own business, Harris." Adam berkata separuh berbisik sebelum menepuk perlahan bahu lelaki itu. Harris hanya mempamer senyum. Tiada niat untuk membalas, mereka memang selalu saling memerli. Sebentar sahaja bayang Adam menghilang. Harris menggeleng kecil.

Entah angin apa, tiba-tiba dia berani mendekati pasangan itu tadi. Akan tetapi dia yakin, mereka sedang bermasalah sewaktu dia melihat air muka Anis yang berubah. Keinginannya untuk mengetahui perkara yang terjadi antara Adam dan Anis membuak-buak. Apa sebenarnya hubungan mereka? Kenapa perempuan itu kelihatan begitu marah? Harris menghantar pandangan ke arah Adam yang masuk semula ke dalam hall. Tidak lama kemudian, dia berjalan mengikuti arah perempuan itu tadi. Dia betul-betul curious!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience