Malam minggu itu diluangkan Harris dan Faiz untuk menonton wayang di sebuah kompleks beli-belah. Itu pun setelah diajak Faiz berkali-kali, kalau tidak Harris lebih selesa mereput di rumah. Memang rutin seorang Ilman Harris membosankan. Hidupnya lebih berfokuskan kerja. Mungkin sebab itulah dia masih single sampai sekarang. Dengan kawan-kawan pun sudah jarang dia keluar lepak, maklum la kebanyakkannya sudah berkeluarga. Tinggal lah dia dan si Faiz yang masih belum ke arah itu.
"Lapar la bro, makan mana?" Faiz mengusap perut yang sudah berkeroncong. Mereka berjalan menuju ke arah food court berhampiran setelah selesai tayangan movie.
"Mana-mana je lah. Rasa macam nak makan nasi ayam la." ujar Harris.
"Boleh la tu. Eh, kau cari tempat duduk dulu la aku pergi toilet jap." pesan Faiz.
Harris mengangguk sebelum mulai mencari tempat, sambil itu dia bermain-main dengan telefon bimbitnya.
Malam itu dia teringin lagi nak stalk Instagram Anis Inara. Lama pula rasanya tidak melihat gadis itu. Ah Harris, baru seminggu lebih! Pelik bila tiba-tiba dia terasa rindu dengan Anis. Rindu ke? Dia dah jatuh hati kah dengan Anis? Mungkin juga, sejak pandang pertama malam tu. Terbayang-bayang lagi senyuman Anis yang mendamaikan itu. Baru beberapa langkah dia berjalan tiba-tiba dia terlanggar seseorang dari arah tepi.
"Ouch!" jerit kecil seorang perempuan.
"Ops," Harris turut terkejut. Wajah pantas dipalingkan ke arah suara yang bertentangan.
"Anis?" mulut Harris lancar menyebut nama gadis di depannya itu. Terserempak pula mereka di situ. Anis seakan cuba mengingati nama lelaki itu sebelum tuan empunya sendiri menjawab.
"Harris." Harris pantas mengingatkan, telefon bimbit di tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. 'Nanti kantoi!'
"Oh. Encik Harris? Sorry saya tak sengaja." Anis membetulkan rambutnya yang mengurai melindungi sebahagian kecil mukanya.
"Just Harris. It's okay, salah saya jugak. Err... Sorang je ke?" tanya Harris sekadar berbasa-basi. Matanya masih tidak percaya Anis benar-benar di hadapan mata. Dan gadis itu cantik seperti selalu.
"Tak. Saya dengan kawan. Harris datang sorang ke?"
"Samalah, datang dengan kawan. Tak sangka eh kita jumpa kat sini." Harris gelak kecil, dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa dia excited!
"Ya..kebetulan. Haa, tu Nadhirah." tunjuk Anis ke arah Nadhirah yang sedang menuju ke mari dengan minuman di tangan.
"Eh, Harris kan? Kawan Faiz?" tegur Nadhirah.
"Yup. Faiz pun ada sekali, dia pergi toilet jap. Korang baru sampai ke?"
"Kita orang baru lepas tengok movie, ingat nak lepak minum dulu. Eh, mari lah join kita orang, boleh borak-borak sekali. Kan Anis?" Nadhirah sengaja mencuit Anis di sebelah. Mujurlah Anis hanya mengangguk. Sebenarnya, memang dia dan Faiz sudah merancang untuk bertemu malam itu. Mereka juga bersetuju untuk kenalkan Harris dan Anis dengan lebih rapat.
"Hey, what do we got here! Hai Nad, Anis." sapa Faiz yang tiba-tiba muncul dari belakang.
"Hai Faiz. Alang-alang semua dah ada, jom la kita lepak dulu, makan makan." ajak Nadhirah sekali lagi.
"Boleh, boleh. Harris ok kan?" Faiz bertanya kepada Harris sambil membuat isyarat mata. 'Chance, bro."
"Okay okay." Mereka berempat bergerak mencari meja kosong di food court itu sebelum Nadhirah dan Faiz meminta diri.
"Anis kau nak makan apa, biar aku order kan."
"Eh, tak payah la. Aku beli sendiri je." bantah Anis. Janganlah Dirah tinggalkan dia dengan si Harris ni. Entah kenapa, hatinya belum berhenti berdebar-debar sejak insiden tadi.
"Takpe, kau tunggu sini je. Aku belikan. Chicken chop?" Nadhirah pantas menolak. Rancangan diteruskan mengikut yang dah di plan!
"Alah, tak menyusahkan ke?"
"Takda la. Kejap je pun. Ok?"
"Ha, boleh la." Anis mengalah. Aduh, berhenti lah nervous wahai hati.
"Aku kasi can ni bro, jangan hampakan aku." bisik Faiz perlahan kepada Harris sewaktu Anis berbual dengan Nadhirah. Bahu rakannya itu ditepuk sambil mengucapkan 'good luck'.
"Nasi ayam kan? Cun!" kata Faiz. Belum apa-apa lagi dia dah cau dengan Nadhirah. Harris tercengang sebentar. 'Dia orang memang saja ke tinggalkan aku dengan Anis?' Sudahnya, masing-masing hanya berdiam beberapa saat. Mereka duduk bersebelahan, tapi tidak terlalu dekat. Itu pun sudah cukup memberikan debaran untuk kedua-duanya.
"So i guess, kita kena tinggal la ni." Harris bersuara sambil memandang Anis. Gadis itu tersengih, menampakkan baris gigi hadapannya. 'Comel'
"Yeah, macam tu lah nampaknya." senang pula Anis terhibur, padahal tak kelakar mana pun.
"By the way, hari tu kita tak sempat berkenalan. You know, in proper way. So, again. I'm Ilman Harris and you?" Harris memberanikan diri membuka topik.
"I'm Anis Inara. Er..nak salam ke?" tanya Anis main-main. Dia yakin bahawa lelaki itu boleh dibawa bergurau. Melihatkan riaknya yang tenang itu, tidaklah menakutkan sangat. Cuma dia pun tak pasti kenapa perasaan nervous itu tetap ada.
"Kalau awak sudi saya pun tak kisah." Harris gelak nipis. Sambutan yang agak baik. Tangan dia terlebih dahulu pula dihulurkan. Anis senyum sambil menyambut salam. Mengada pula Anis ni minta salam, tangan tu dah la sejuk!
"Ok, Harris, nanti saya hafal nama awak."
"Mestilah kena hafal, saya boleh je ingat nama awak." Harris mulai suka akan perbualan ini, Anis kelihatan makin selesa.
"Sorry...my bad. Lepas ni saya akan ingat." Kali itu, Anis memandang Harris sedikit lama. Memang tak dinafikan, lelaki itu agak tampan. Jambang nipis yang menghiasi mukanya menambahkan lagi rupa manly yang ada pada Harris. 'Ish, Anis. Jangan-jangan dia dah ada orang yang punya!'
"Tanya boleh?" Harris mencuba nasib.
"Go on."
"Awak sibuk kerja ke sekarang? Hari tu saya ada nampak awak dalam satu majalah, kan? You look good." puji Harris ikhlas. Dia memang sejenis yang lebih suka berterus-terang.
"Ya, betul la tu. Ada lah sibuk sikit-sikit. Thanks by the way. Awak kerja sekali dengan kawan Nadhirah tu? Kerja mana ya?" tanya Anis berminat. Baginya, Harris tak nampak macam dia kerja yang biasa-biasa. Lelaki itu nampak bergaya dan ada class yang tersendiri.
"You mean Faiz? Yup. Company yang sama and you?"
"Anis Couture, saya kerja butik je." kata Anis merendah diri. Dia pasti kerja Harris lebih tinggi jawatannya berbanding dia.
"Je? Tapi awak fashion designer. Saya tengok rekaan awak pun semua top-notch. You're doing great actually." Anis malu pula dipuji sebegitu. Debaran tadi datang lagi!
Dari jauh, Nadhirah dan Faiz pula memerhati saja. Berjaya nampaknya rancangan mereka.
***
Sebelum mereka berpisah untuk pulang, Faiz sempat mendesak Harris untuk mulakan langkah pertama. Memang Harris nak, tapi tiba-tiba tak yakin pula!
"Bro, kalau kau tak pergi malam ni kita tak tahu dia bila lagi kau boleh jumpa dia. Peluang jangan lepas Ris." bodek Faiz. Betul juga apa yang dikatakan. Harris berfikir banyak kali sebelum digagahi jua untuk mendekati Anis.
"Err... Anis." panggil Harris lambat-lambat. Aduh betul kah apa yang dia ingin buat ni?
"Anis, aku tunggu kat parking tau." Nadhirah pula bagi greenlight. Anis berhenti sebentar di hadapan Harris. Berdebar lagi hatinya.
"Yes?"
"Err... Kalau awak tak kisah... Em... Boleh saya minta contact number awak? Tapi kalau awak tak nak bagi, it's okay." Harris meluahkan jua hasrat di hati. Anis terkedu sekejap.
"N-nak buat apa ya?" tanya Anis kembali. Entah mengapa soalan sengal itu terpacul dari mulutnya. Pelik betul mamat itu tiba-tiba meminta nombor telefonnya. Nak menguratkah dia?
"Maybe, bila bila saya boleh contact awak. Ajak minum ke? Tapi kalau awak tak nak bagi, takpa. Saya tak kisah." jauh di sudut hati, Harris benar-benar berharap. Lagi pun ini kali pertama dia berani memulakan langkah sebegitu. Kalau fail, confirm dia malu seumur hidup! Anis berfikir sebentar sebelum memberi jawapan.
"Sure." Anis juga keliru, kalau ditolak rasa serba salah. Tapi Harris, not bad. Boleh diajak berbual. Mungkin mereka boleh jadi kawan? Ya, mungkin Harris hanya ingin berkawan.
Share this novel