26

Romance Completed 31338

Anis menunggu di meja makan dengan hidangan yang tak terusik. Siang tadi sudah Harris bilang bahawa dia akan pulang pada jam 10. Tapi itu sudah sejam yang lepas, batang hidung lelaki itu masih tak nampak. Penat dia bertarung di dapur untuk memasak lauk kegemaran suaminya itu tadi. Takkan dibiarkan tak dijamah.

Baru dia ingin menyimpan lauk ke dalam peti ais, bunyi tapak kaki kedengaran memasuki ruang tamu. Anis pantas menoleh, dan menangkap kelibat Harris yang masih berkemeja.

"Abang. Kenapa balik lewat?" Anis bertanya tanpa berlengah.

"Busy. Kan dah cakap." Harris singgah duduk di sofa sambil menanggalkan stokin yang dipakai. Malas pula dia ingin menjawab dengan Anis.

"Tapi abang cakap pukul 10, ni dah lewat sejam." Anis tidak puas hati, penat kot dia tunggu Harris.

"Pergi minum kejap dengan Faiz. Lagipun jalan jammed." Harris bangun semula untuk naik ke bilik.
Dia sendiri tidak ada mood hari itu. Terbawa-bawa akan stress dari pejabat. Dalam waktu begitu, dia inginkan rehat secukupnya.

"So, abang dah makan?" Anis mengekori Harris dari belakang.

"Dah..." Harris menjawab malas. Harapnya Anis berhenti bertanya.

"Tapi Anis dah masak. Tak nak jamah sikit ke? Anis ingat nak dinner sekali dengan abang." Anis mencuba nasib sekali lagi.

"I told you not to for wait me. Abang betul-betul sibuk. Anis makan je, jangan risaukan abang boleh? Bukan abang pergi office tu main-main. I've got lots of work to do. Bukan abang tak nak dinner sama-sama." Harris membalas tanpa ada nada marah, namun cukup untuk membuat Anis sentap. Dia menunduk sebentar.

"Sorry...takpelah kalau macam tu. Abang naiklah rehat." Anis turun semula ke dapur dengan berat hati.
Sedar akan keterlanjuran kata-katanya yang mungkin mengguris hati Anis, Harris berdecit perlahan. Dia meraup muka tanda kesal, langkahnya terus diatur ke bilik. Nanti-nantilah dia pujuk Anis.

Nasi di pinggan ditelan dengan payah. Mati serta-merta seleranya bila memikirkan hal tadi. Kenapalah dia beriya-iya mahukan perhatian dari Harris. Bukannya dia tidak faham akan kesibukkan suaminya itu. Sebagai seorang isteri, dia sepatutnya memahami. Bukan menambah sakit kepala Harris. Apa jenis isteri kau ni, Anis?
Pinggannya dibawa ke sinki, mengemaskan apa yang patut. Nak menangis pun, memang salah dia.

Saat Anis masuk ke kamar, Harris sudah lelap di katil. Pasti dia terlalu penat. Terpaksa pula melayan karenah isteri yang sekejap okay, sekejap tidak. Jujur, dia patut bersyukur Harris masih mampu bertahan dengannya. Tapi, sampai bila?
Anis menyelinap masuk ke dalam selimut dengan kecewa yang bersisa. Sempat dia membisikkan kata maaf sebelum turut lena dibuai mimpi.

.

Tadi bukan main letih dia, sekarang susah pula dia hendak tidur. Harris bangun dari pembaringan setelah yakin Anis sudah tidak sedar. Dia mengusap kepala Anis, tiada tanda-tanda gadis itu akan terjaga. Dia turun dari katil perlahan-lahan untuk ke bawah.

Silap juga dia menolak ajakan Anis tadi, sekarang perutnya berkeroncong. Peti ais dibuka, lauk yang dimasak Anis sudah sejuk. Ah, apa susah panaskan sahaja. Dah la favourite dia, sambal udang petai.

Baru sahaja dia ingin menambah lagi sepinggan nasi, suara berdehem mengejutkannya.

"Buat apa tu?" Anis muncul sambil sembunyi senyum. Dia menuju ke arah peti ais untuk mengambil minuman, kebetulan dia terkejut kerana haus.

"Anis, buat apa?" Harris memulangkan soalan, control macho. Malu pula dia. Tapi lapar lagi!

"Haus. Abang??" Anis menarik kerusi di hadapan Harris. Bukan dia tidak perasan lelaki itu baru sahaja menambah nasi. 'Tadi cakap dah kenyang!'

"Lapar pulak tengah-tengah malam. Lagipun Anis masak lauk kegemaran abang, rugi kalau tak makan." Harris terus terang, serba salah pula apabila tadi dia mengecewakan gadis itu.

Anis mengangguk faham, dalam hatinya sudah cukup gembira bila Harris mahu menjamah masakannya. Terpujuk rasa hati.

"Sedap?"

"Sedap. Mana Anis tahu abang suka sambal udang petai?" Harris sambung makan.

Sejujurnya memang dia sukakan masakan isterinya itu, boleh tahan!

"Mama yang bagitahu. Banyak Anis belajar pasal abang dari mama, banyak jugak yang Anis tak tahu sebenarnya." Anis berterus terang.

Selesa bila melihat mood Harris sedikit elok. Peluang untuk berbaik?

"Membawang dengan mama pasal abang ye?" gurau Harris sambil menghantar pandangan yang sudah lama dirindui Anis.

"Tak ada lah." Anis gelak kecil, dia asyik memandang senyuman Harris. Ya Allah, bahagianya.

"Tak makan sekali?"

"Eh, takpe. Abang makanlah." Anis lebih senang melihat Harris berselera begitu. 'Tengok muka abang je pun Anis dah boleh kenyang.'

.
.

"Abang boleh balik awal sikit?"Anis bertanya sambil memandang jam di dinding.

Sebelah lagi tangan sibuk mengeluarkan barang masakan yang baru dibeli. Hari ini hari lahirnya, juga genap setahun usia perkahwinan mereka. Anis begitu teruja. Kali pertama dia menyambut hari lahir sebagai isteri orang. Jenuh juga dia menunggu ucapan hari jadi dari orang yang ditunggu-tunggu tepat jam 12 malam semalam, tapi hanya mesej dari teman-teman rapat yang diterima. Takkan si 'dia' tak tahu?

"Abang tak janji, banyak kerja hari ni." suara Harris dihujung talian, dengan alasan yang sudah lali dia dengar.

Takkanlah lelaki itu tak sempat langsung meluangkan masa bersama sempena hari istimewa ini.

"Anis ingat nak masak special sikit malam ni. Boleh la bang, kita dinner sama-sama. Balik awal tau?" Anis memberi 'hint' lagi.

"Yelah. I'll try."

"Okay. Jangan lupa tau. Anis tunggu. Bye, assalamualaikum." Anis memutuskan talian.

Apron dipakai, bersiap-sedia untuk bersilat di dapur. Kalau Harris mogok lagi tak nak makan masakan dia, tahulah macam mana dia merajuk!

.
.

Lagi 10 minit jam akan menunjukkan angka 12. Bermakna hari baru akan berganti. Anis mengeluh berat, saat ini matanya mulai memberat dan kabur. Kabur dengan air mata yang menunggu masa untuk jatuh. 'Mungkin abang lupa...'

Pelbagai anggapan buruk bermain di fikiran. Lelaki itu memang tidak pernah ambil tahukah? Atau memang dia sudah tidak mahu pedulikan dia? Atau tanpa pengetahuan dia, Harris sudah berubah hati?

Anis menyalakan lilin di atas kek yang dia sendiri sediakan khas untuk acara malam itu. Pudar harapannya untuk menyambut hari bermakna itu dengan insan yang tercinta. Cara terakhir yang dikiranya untuk memujuk kembali hati si suami, sekaligus membincangkan hala tuju hubungan mereka. Anis melihat ke arah jam lagi. Tinggal 8 minit.

"Selamat ulangtahun, dan selamat hari lahir Anis." ucapnya perlahan. Seiring itu, air matanya jatuh membasahi pipi.

Lilin yang dipasang ditiup dengan payah. Sebaknya tidak terkira. Dia sangat mengharapkan kehadiran Harris di situ. Dia terlalu berharap. Dan dia kecewa. Anis menangis semahunya.

"Selamat ulangtahun sayang.. " Harris tiba-tiba muncul dengan sejambak bunga. Anis yang sedari tadi teresak-esak mengangkat muka.

"Abang..."

"Maaf, abang lambat." jambangan bunga diletakkan di atas meja, dia mendekati Anis. Mahu mendakap isterinya tercinta itu.

"Anis ingat abang tak tahu..." Suara Anis tersekat-sekat antara tangis yang bersisa.

"Mana mungkin abang tak tahu birthday isteri abang sendiri." Harris mendepakan tangan, Anis lekas merangkulnya.
Mukanya disembamkan ke dada bidang suaminya. Rasa syukur yang amat.

"Anis.....sayang abang."
"Anis nak minta maaf. Anis nak minta ampun, atas semua salah Anis. Anis dah banyak lukakan hati abang. Maafkan Anis."

Air matanya jatuh jua mengingatkan kelakuannya terhadap Harris. Biarlah kali ini dia noktahkan segala kekesalannya, tidak sanggup lagi dia menjeruk rasa.

"Dah la, jangan nangis." Harris mengemaskan pelukan. Ucapan maaf Anis menyentuh hatinya.

"Anis tahu abang masih marahkan Anis. Anis minta ampun, bang." Anis makin sebak.

"Abang dah lama maafkan Anis. Sayang jangan nangis macam ni." Harris menenangkan Anis, matanya turut berair mendengar luahan hati si isteri.

"Anis...tak boleh. Anis tak boleh kalau tak ada abang. Anis rindu abang. Anis tak nak berpisah dengan abang lagi."

Segala yang terbuku di hati diluahkan, biar lelaki itu tahu akan perasaannya. Biar Harris tahu betapa dia terseksa tatkala lelaki itu buat tak endah.

"Abang lagi rindukan Anis. Everyday." Harris mencium dahi Anis tanda syukur. Dia tidak lagi bertepuk sebelah tangan.

"Jangan tinggalkan Anis lagi."

"Never, sayang. I'm sorry. So sorry, sayang."

"Abang dah tak marahkan Anis?" Anis meminta kepastian. Penat menangis masih belum hilang.

"Tak, sayang. Don't cry please. Abang pun sedih tengok Anis macam ni. Sorry sebab abang abaikan Anis. I didn't mean to." Harris mengucup dahi Anis sekali lagi, menzahirkan rasa bersalahnya. Anis tersipu malu lagi.

"Hari ni cukup setahun." ucap Anis perlahan. Tidak sangka dalam jangka masa setahun, macam-macam dugaan mereka lalui.

"And more to come." Harris mengusap rambut Anis. Dia mahu bertahun-tahun lagi bersama gadis itu, jika diizinkan.

"Harap abang mampu bersabar dengan Anis."

Anis membawa wajah Harris mendekat, pandangannya tepat ke dalam mata lelaki itu. Entah sejak bila dia berani berkelakuan begitu. Mungkin dia sudah mula selesa dengan Harris.

"Takpe. Abang memang penyabar orangnya." usik Harris.

Tangannya menyeka sisa tangis di wajah isteri. Duduk berduaan dengan Anis begitu membuatnya resah. Lupa sudah agenda mereka seterusnya. Tawa kecil Anis kedengaran begitu indah di telinganya.

"Sebab tu Anis jatuh cinta dekat abang."

Anis senyum penuh makna sambil merangkul leher Harris pula. Terasa cintanya terhadap Harris bertambah-tambah. Segalanya indah dirasakan bila isi hatinya terluah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience