Malam itu Harris dan Anis solat Isyak berjemaah untuk kali yang pertama setelah bergelar suami isteri. Walaupun agak kekok, Harris ingin cuba merapatkan jurang antara mereka yang agak jauh sebelum ini. Setelah selesai, Anis menyalami tangan lelaki bergelar suaminya itu. Tebal mukanya hanya Tuhan yang tahu. Siap mengemaskan telekung dan sejadah, cepat-cepat dia membawa diri ke bilik air. Bilik sejuk punya pasal!
Agak lama Anis berdiri di hadapan cermin besar bilik air itu. Cuci muka sudah, berus gigi pun sudah. Tapi dia masih tak dapat bertenang. Dia tertanya-tanya apa yang akan dia lakukan bersama Harris malam itu. Sediakah dia tidur sekatil dengan lelaki itu? Anis memegang pipi yang panas, terbayang hal bukan-bukan di fikirannya. "Ok, Anis. Relax..." dia cuba menarik nafas untuk bertenang.
"Lamanya dalam toilet..." Harris mengumam sendirian. Dari tadi tak keluar-keluar pula si Anis. Ok ke dia?
"Anis! You okay?!" Harris melaung dari luar. Pintu bilik air diketuk. Bimbang juga kalau-kalau pengsan isterinya tu dalam toilet.
Anis tersentak dengan panggilan Harris, laju saja mulutnya menjawab. "Ya! Okay. Kejap!" kelam kabut dia dibuatnya. Mati lah kau malam ni Anis! Mukanya ditilik lagi sebelum keluar dari situ.
Wajah Harris betul-betul di depannya sewaktu di ingin keluar dari toilet. Terkejut beruk Anis, dah la lantai di situ licin. Mujur Harris sempat menyambut lengan Anis yang hampir terlentang itu.
"Awak!! Terkejut la saya!" Anis mengomel sendiri. Nasib jantung dia tak melompat keluar. Harris masih diam. Lelaki itu masih memegang lengannya sambil mata memandang ke suatu arah. Baru dia sedar, Harris sedang merenung ke arah bahagian dada baju tidurnya yang agak terdedah.
"Harris!!!" Anis memukul lengan Harris. Baju tidurnya dibetulkan. 'Ter' belanja pemandangan indah la pulak!
"Ouch, sorry sayang!" Harris menahan ketawa. Bergetar hebat jiwa lelakinya sebentar. 'Sabar Harris!'
"Apa sayang-sayang? Gatal!" Muncung Anis panjang sedepa. Wajahnya bahang dek menahan malu. Baru sahaja dia mahu beredar dari situ, tangannya terlebih dahulu ditarik Harris. 'Arghh mati la'
"Sorry, tak sengaja. Anis, come here." Harris menarik lembut tangan Anis, panjang betul muncung dia. Isterinya itu dibawa untuk duduk di atas katil.
"Nak apa??" Anis buat-buat tanya. Dah macam-macam yang bermain di fikirannya.
"Mari lah." Harris tidak menjawab soalan Anis sebaliknya menarik gadis itu bersama. Dia melihat wajah Anis yang dah takut-takut. 'Haih comel'
Punggungnya dilabuhkan di atas katil seraya menarik Anis yang lambat-lambat berjalan.
"Come. Duduk jap."
Anis duduk sambil memandang lantai untuk menyembunyikan perasaan gemuruhnya. Tangan yang masih digenggam Harris terasa ditarik. Dia mengangkat muka. Harris sedang tersenyum ke arahnya.
"Anis..." Harris berbisik perlahan. Jarinya bermain-main dengan anak rambut isterinya. Dia tahu gadis itu sedang tak keruan. Tangannya mengusap pula pipi mulus Anis yang tiada cacat celanya itu. Senyuman bahagia diukir.
Anis bagaikan terkena kejutan elektrik. Dia hanya mampu membatu. Nak dilawan rasa payah. Mata redup Harris dipandang dengan pelbagai perasaan. Terasa 'extra' kacak pula suaminya itu malam ini.
"Boleh minta something?" Muka Harris didekatkan. Mata Anis sudah mengecil, dia kelu seribu bahasa. Apa pun yang jadi, dia dah tak nak fikir.
"A-apa??" tiba-tiba Anis gagap. Kali pertama dia duduk rapat begini dengan Harris, bukan satu kebiasaan buatnya. Mahu sahaja dia berlari dan menyembunyikan diri ke dalam toilet balik.
"Mulai hari ni, panggil saya 'abang' ? And i'll call you 'sayang' atau nak special sikit, 'Ina' ?
"Kenapa pulak saya kena panggil awak abang?" Anis cuba berdalih, saja dia ingin menguji lelaki itu. Harris kembali ke posisi asal, agak jauh sedikit dari tadi.
"Kenapa tak boleh?" intonasi Harris agak tenang. Dia tahu dia tidak boleh terburu-buru.
"Tanya je." Anis akur, tidak mahu memanjangkan hal.
"Boleh abang panggil Anis, Ina?" Sengaja Harris memandang Anis lama, sampai malu gadis itu.
"Suka hati awak la..."
"Aip... Abang. Call me abang."
"Ye...abang." Anis membetulkan panggilannya, walaupun agak pelik bunyinya. Dia masih tak familiar dengan panggilan itu.
"Good." Harris menghadiahkan sebuah lagi senyuman. Anis cepat mengalih pandang, pantang betul dia melihat senyuman lelaki itu. Mesti perasaannya berkocak hebat.
Harris masih bermain-main dengan jemari Anis. Jari manis yang tersarung cincin nikah diusap perlahan. Anis membiarkan sahaja. Hendak dihalang, dia teringat akan kata-kata Datin Suria. Takkan malam pertama dia dah nak jadi isteri derhaka.
"Terima kasih...sebab sudi jadi isteri abang." luah Harris. Dia perasaan riak Anis yang agak kaku.
"Abang harap Anis boleh terima abang. Take your time, abang tak paksa. Abang tahu sayang tak biasa lagi. I'm wailing to wait." jelasnya lagi. Besar harapannya agar Anis dapat mencintainya, sebagaimana dia mencintai Anis.
"Thanks." hanya sepatah yang keluar dari bibir Anis. Mengapa pula lelaki itu tiba-tiba berbicara begitu. Serba salah dia jadinya. Nak nangis pun ada. 'Ya Allah, i dont like this feeling!'
"Ok lah. Jom tidur. Dah lewat. Mesti Anis penat." Harris memanjat katil.
Bantal panjang diletakkan di tengah-tengah katil besar itu. Dijadikan penghadang antara dia dan Anis. Dia sedia maklum, mungkin Anis masih ingin menyesuaikan diri. Anis pula hanya memerhati, lega sedikit bila perbualan mereka tidak berpanjangan. Dia turut mengambil tempat di atas katil. Nasib baik Harris tak minta yang bukan-bukan. 'Ok la tu daripada kena tidur atas sofa'
.
.
Harris terkejut setelah alarm di telefonnya berbunyi menandakan jam 11 pagi. Baru sahaja dia hendak bangun, terasa lengannya berat. Anis masih lagi nyenyak di sebelah, sambil memeluk lengannya. Bantal yang menjadi penghadang dah jauh tercampak. Mereka masing-masing menyambung tidur setelah solat subuh pagi tadi dek keletihan yang amat.
"Sayang, bangun. Dah pukul 11 ni..." Harris berbisik di sebelah telinga Anis, namun gadis itu masih lena dibuai mimpi.
"Anis..." Anis mengeliat sedikit setelah bahunya digoncang perlahan. Dia menenyeh-nenyeh mata yang agak berat.
"Dah pukul berapa ni??" Anis bertanya dalam keadaan mamai. Pautan di lengan Harris dileraikan.
"Pukul 11 sayang, mengantuk lagi ke?" pertanyaan Harris disambut dengan satu nguapan besar dari Anis. Hampir tergelak lelaki itu. 'Bangun tidur pun comel!'
"Anis nak mandi dulu."
"Ok."
Anis turun dari katil apabila melihat bilik sudah terang disimbah cahaya matahari. Hilang sikit sengal-sengal badannya setelah bangun dari tidur. Tuala dicapai, baru sahaja dia ingin menanggalkan pakaian baru dia teringat bahawa dia kini dah berkongsi bilik dengan orang lain. Cepat-cepat dia memandang ke arah Harris. Nasib baik lelaki itu masih sedang baring dengan mata tertutup di atas katil. Langkahnya terus maju ke bilik air.
.
.
"Sayang kita lunch sekali la nanti, lapar la." kata Harris ketika baru keluar dari bilik air.
"Ok..." Anis yang sedang menyikat rambut di hadapan meja solek baru ingin menolah ke arah suara itu. Matanya menangkap pemandangan Harris yang hanya bertuala paras pinggang sedang memilih-milih pakaian. Dia terdiam sekejap, maklumlah first time tengok laki sendiri tak berbaju. Dari belakang pun sudah jelas kelihatan bahagian badan Harris yang boleh tahan sasa itu. Pasti lelaki itu rajin menjaga badan.
"Anis??" Harris mengangkat kening, Anis lek memandangnya dari tadi. Lamunan Anis terhenti, dia jadi malu sendiri. Harris dah tersengih sumbing. Malu la dia tertangkap asyik memandang lelaki itu dari tadi hingga Harris sudah siap berbaju.
"Apa??" Anis buat-buat bertanya untuk menutup malu.
"Nak tengok abang pakai seluar sekali ke?" Harris mengusik.
"Mana ada!" Anis mengalih pandangan sambil mengutuk diri dalam hati. 'Kenapalah aku pandang dia tadi?!' Ah, lelaki ni dah pandai mengusik. Reaksinya mengundang tawa kecil dari Harris.
.
.
Selesai lunch, mereka pulang ke bilik hotel untuk sambung istirehat. Petang itu, Anis mendapat mesej dari Nadhirah yang beriya menyuruhnya membuka hadiah yang dia berikan semalam waktu majlis semalam.
"Apalah Dirah ni..." Anis tekun membelek di antara beg-beg kertas berisi hadiah yang diterima untuk mencari hadiah dari Nadhirah. Setelah menjumpai, dia duduk di suatu sudut untuk membuka hadiah itu. Anis ternganga apabila melihat isi hadiah tersebut. Dua helai lingerie yang agak jarang dan terdedah berwarna hitam dan merah. Anis mengetap bibir. 'Kurang asam punya Dirah!'
"Buat apa tu sayang?" tanya Harris yang sedang menonton tv. Anis pantas menyimpan semula baju tidur seksi maut itu ke dalam beg kertas.
"Takda apa. Ni, tengok-tengok hadiah ni ha." Anis berdalih. Malu lah dia kalau Harris terlihat lingerie tu. Dia sendiri tak dapat membayangkan jika dia memakai pakaian sebegitu untuk tidur malam. Silap hari bulan, kena terkam!
"Hadiah apa tu?" Harris tertarik untuk menyertai Anis.
"Err...takda apa pun. Hadiah dari Dirah. Banyak jugak ni hadiah dari semalam." Anis meletakkan beg kertas tadi agak jauh sebelum mencapai yang lain. Bahaya!
"Abang pun ada hadiah untuk sayang." Harris memancing minat Anis.
"Apa dia?"
"Emm... Lepas kita check out nanti abang bawak sayang pergi tengok."
"Hadiah apa ni? Kenapa tak boleh bagi sekarang?"
"Surprise. Later.."
"Ada-ada je abang ni." tiba-tiba telefon Anis berbunyi tanda ada mesej masuk.
'Adam'
Share this novel