12

Romance Completed 31338

Seminggu kemudian...

"Anis, dengar dulu aku cakap ni." Nadhirah cuba memujuk Anis yang dah mula ingin menangis. Cengeng betul dia kebelakangan ini. Sebut sahaja hal kahwin, mesti dia sebak.

"Kau tak faham aku, Dirah." Anis membuang pandang. Hari itu diluahkan segala kebimbangan di hatinya mengenai masalah besar yang melanda hidupnya.

"Okay, aku tahu aku tak ada kat tempat kau. Aku tak rasa apa yang kau rasa. Tapi, tak boleh ke kalau kau bagi Harris peluang? Mana tahu dia jodoh kau?" Nadhirah sekadar memberi pendapat. Dia juga tidak menyangka Harris betul-betul serius mahukan Anis.

"Sama je macam ibu. Peluang, peluang." Anis mengumam sendiri.

"Takkan kau takda perasaan langsung kat dia? Sikit pun takda?" duga Nadhirah.

"Aku anggap dia kawan je, Dirah. Tak lebih pun dari tu."

"Okay, okay. Kalau macam tu aku pun tak dapat tolong apa. Cuma kalau pendapat aku, kau ikut je cakap ibu. Aku yakin dia tahu apa dia buat, mesti ada hikmah di sebalik semua ni. Mungkin lepas kau kahwin si Adam tu berhenti kacau kau. Sorry, tak dapat bantu kau Anis." Anis melepaskan keluhan berat.

"Memang tak la kalau aku nak lari dari perkahwinan ni kan?" Anis sekadar loyar buruk. Nadhirah dah cemas.

"Anis....No." Nadhirah memberi amaran.

"Gurau je la. Mati aku kalau buat macam tu kat ibu ayah." Tak mungkin dia berani berbuat demikian. Anis sedar, tiada apa yang mampu dilakukan lagi. Biarlah kali itu perasaannya diketepikan. Dia rela, demi kedua ibu bapanya.

"Kak Anis, abang Harris dah sampai." Malissa tiba-tiba muncul diantara mereka.

"Okay." Anis menjawab sepatah. Dia bangun dengan malasnya sebelum membetulkan pakaiannya.

"Dah, jangan fikir banyak sangat. Good luck jumpa bakal mertua!" pesan Nadhirah yang turut bangkit dari duduk.

"Yelah."

"Senyum la sikiiiiitttt!" Nadhirah mencubit kedua belah pipi Anis. Masam sungguh muka si Anis ni.

"Yelaaaaah. Sakitttt!" Anis menyeringai tatkala pipinya diusik begitu.

"Dah, cepat. Harris dah tunggu."

.
.

Harris berkira-kira untuk memulakan perbualan bila melihat Anis yang sedari tadi asyik memandang ke luar tingkap kereta. Rasa janggal pula bila mereka masing-masing berdiam diri. Barangkali hanya dia sahaja yang beria mahu membawa Anis untuk berjumpa dengan ibu bapanya, gadis itu pula sebaliknya kelihatan muram dari tadi.

"Mama tak sabar nak jumpa Anis hari ni. Dia ajak kita makan tengah hari kat sana alang-alang tu." ujar Harris sekadar menghidupkan suasana.

"Apa yang awak cerita dekat mak awak pasal saya?" Anis menjawab malas, pandangannya masih ke arah lain.

"Nothing much. Jangan risau, mama mesti akan suka awak." Harris lega menerima respon dari Anis. Gadis itu hanya menjeling dalam diam.

"Apa pun, saya nak awak tahu yang saya setuju dengan semua ni sebab mak ayah saya. Saya tak nak hampakan diorang. No need nak harapkan lebih dari tu." pedas kata-kata Anis menyapa telinga Harris, namun dia cuba untuk tidak ambil hati.

"Faham." balas Harris tenang. Dia perlu tenang menghadapi situasi yang sudah dijangka itu. Ternyata sikapnya membuat Anis tak senang duduk. Seketika sahaja gadis itu berpaling memandang ke arahnya.

"Apa yang awak dah cakap dekat ibu dengan ayah saya sampai diorang beria sangat nak ambil awak jadi menantu eh? Seriously, what is in your mind Harris??" Anis kelihatan kurang berpuas hati. Disangkakan lelaki itu boleh jadi penyelamatnya daripada Adam, malah dia terjerat pula dalam pernikahan yang tidak dirancang itu.

"I'm just being honest. Saya cuma nyatakan hasrat ikhlas saya yang saya betul-betul nak kahwin dengan Anis." jawapan Harris membuat Anis terdiam lagi.

"Awak cakap awak boleh lindungi saya? Awak tipu kan?"

"Allah. Tipu apanya. Saya tak suka tengok Adam ganggu Anis. Thats why im protecting you."

"Apa hubungan awak dengan Adam? Kenapa awak tak suka dia? Jangan-jangan betul apa yang dia cakap. Awak rapat dengan saya sebab..." Harris pantas menepis sangkaan Anis.

"Adam tu cuma pesaing dalam business. Thats it." tegas Harris. Dia masih mampu bersabar.

"Yelah tu." Sudahnya, Anis diam dan cuba mengelak daripada bercakap dengan lebih lelaki itu. Makin lama, makin serabut pula dia rasakan. Kadang-kadang dia teringatkan kata-kata Adam yang mungkin ada betulnya. Harris rapat dengannya kerana mahu buat Adam sakit hati.

.
. .

Kedatangan Anis disambut ramah oleh Hajah Mariam dan Haji Zainal tengah hari itu. Hajah Mariam memang mudah mesra dengan orang lain, Anis pula pandai melayan orang tua itu. Hajah Mariam berusia lebih kurang dengan ibunya, dan wanita itu selesa diajak bersembang. Dia sudah dianggap sebahagian dari keluarga itu.

"Dah lama ke Anis kenal dengan Harris?" tanya Hajah Mariam sewaktu mereka sedang berbual. Anis cuba menutup kegugupan dan berlagak biasa.

"Adalah dalam 3 bulan lebih mama." senyuman tak lekang dibibirnya, bimbang wanita itu curiga. Harris di sebelah hanya mengangguk.

"Oh. Pandai Harris rahsiakan dari mama. Dalam diam rupanya dah ada pilihan hati. Patut la selalu main telefon tersenyum-senyum." Harris menggaru kepala yang tak gatal. 'Kantoi pula'

"Harris cadang tak nak lambat-lambatkan. Lagipun mama dah excited kan suruh Harris kenalkan, itu yang Harris bawak Anis datang sini." Harris mengenyitkan mata kirinya ke arah Anis. Gadis itu membalas dengan menjengilkan matanya.'Gatal!'

"Elok la, benda baik kena cepatkan. Harris dah bincang dengan keluarga Anis ke?" tanya Haji Zainal pula.

"Dah ayah. Inshaallah dalam beberapa bulan lagi, jadilah."

"Elok sangat la. Pasal persiapan kahwin tu mama boleh tolong mana-mana yang mampu. Mama ingat mama nak carikan designer terbaik kat KL ni untuk baju kahwin korang." Hajah Mariam sudah berkira-kira sendiri. Tak sabar betul dia.

"Amboi ma, lajunya." tegur Harris.

"Mestilah. Kena cepat-cepat, senang kerja. Kan, Anis?"

"Anis ikut aje, ma."

.
. .

Pagi itu staff-staff di Sri Segara Holding sibuk bercerita tentang perkahwinan yang bakal berlangsung antara Syed Ilman Harris dan Anis Inara walaupun majlis akan diadakan beberapa bulan lagi. Segala persiapan hampir siap seratus peratus. Urusan berkaitan nikah juga berjalan lancar. Walaupun Anis masih lagi tidak begitu mesra dengan Harris, dia tetap memberi kerjasama dalam hal-hal berkaitan. Dari luar, mereka kelihatan seperti pasangan kekasih yang bahagia namun realitinya tidak begitu.

Harris membelek-belek contoh kad kahwin yang berlainan design itu. Disebabkan tugas memilih telah dilepaskan oleh Anis kepadanya, terpaksalah dia menilik-nilik antara empat rekaan kad tersebut. Susah betul kalau nak berurusan dengan bakal isterinya itu, ada sahaja perkara yang menyibukkannya.

"Hai, dah nak kahwin pun termenung lagi?" sapa Faiz di muka pintu pejabatnya. Faiz masuk meninjau tanpa disuruh. Tempat diambil bertentangan dengan Harris.

"Nak buat macam mana, tengah pening." Mulutnya dijuihkan kearah kad-kad yang diletakkan di atas meja. Giliran Faiz pula meneliti satu-persatu.

"Apa yang peningnya, tinggal pilih je."

"Kalau macam tu kau la yang pilih"

"Aik, apasal aku. Yang nak kahwin kau dengan Anis." Faiz mengelak walaupun dia dah tahu masalah sebenar yang dihadapi kawan baiknya itu.

"Tolong la aku pilih, apa salahnya."

"Kenapa? Anis tak nak pilihkan? Kau tak ok lagi ke dengan dia??"

"Hmm... Macam tu la. Eh cepat la tolong!" Harris cuba menukar topik.

"Pelik la aku. Nah, aku rasa yang ni cun kot." Faiz menggeleng kepala sebelum menyuakan salah satu rekaan yang menarik minatnya.

"Ok gak. Thanks, bro. Jangan lupa nanti jadi pengapit aku." pesan Harris.

"Eh, mestilah. Pengapit mesti yang kacak bergaya macam aku." Faiz gelak diikuti oleh Harris. Saja dia membuat lawak, nampak Harris macam stress sangat.

"Ye. Yang penting kau wajib datang."

"Tahu. Jadi jugak kau kahwin dengan Anis kan? Aku ingat dulu main-main je." Faiz mengingatkan kembali Harris sewaktu pertama kali dia berjumpa dengan gadis itu.

"Pernah ke aku main-main kalau aku nak something..." Harris sengih nipis. Perjuangannnya masih belum selesai. Baru langkah awal.

.
. .

Seminggu sebelum majlis

Farhanim membaca sekali lagi kad jemputan perkahwinan yang diberi oleh Anis sewaktu mereka berjumpa tadi. Seakan tidak percaya, akhirnya Anis menjumpai pengganti abangnya. Dia seronok, dalam masa yang sama sedih bagi pihak Adam. Sikap Adam berubah sejak kebelakangan ini namun tidak pula dia berani bertanya, baran abangnya itu bukan sembarangan. Hampir terkejut dia bila disapa seseorang dari belakang.

"Anim. Baca apa tu?" Adam muncul entah dari mana, matanya memandang kad yang dipegang oleh Farhanim. Farhanim tersentap, kad diselit semula ke dalam sampul. Risau Adam membaca isi kandungan kad tadi.

"Tak ada apa, angah. Err...kawan Anim. Err... Kawan Anim nak kahwin minggu depan." Farhanim menjawab tergagap-gagap. Dia cuba pergi dari situ namun langkahnya dihalang oleh Adam.

"Kawan? Kawan mana? Tengok jap." Adam bagaikan dapat menghidu sesuatu yang tak kena. Hatinya tak sedap dari tadi.

"Eh tak payahlah, angah tak kenal pun." Farhanim mengelak lagi, habis dia kali ini kalau Adam dapat tahu.

"Bagi la angah tengok dulu." Adam cuba mencapai sampul yang disembunyikan Farhanim. Gadis itu menghalang beberapa kali sebelum Adam berjaya merampas darinya.

"Angah...jangan!" Farhanim cuba merampas kembali tetapi tubuh Adam yang terlebih tinggi menyukarkan cubaannya. Sekejap sahaja lelaki itu mengeluarkan dan membaca isi kad itu. Riak di wajah Adam perlahan-lahan bertukar. Terserlah kekecewaan yang dialami abang yang dipanggilnya 'angah' itu.

"Angah.." Farhanim memujuk Adam yang kaku sebentar. Air mata bertakung di tubir mata Adam, menunggu masa untuk jatuh.

"Ini Anim cuba nak rahsiakan??" Kad yang masih ditangan perlahan-lahan direnyukkan sebelum dibaling kasar. Terkejut Farhanim dibuatnya.
"Aaaaaarrggghh!!!!!" jeritan Adam bergema di segenap ruangan itu. Meja dihadapannya ditepuk bengang. Farhanim cuba menenangkan Adam.

"Angah, sabar! Mengucap!! Sampai bila angah nak jadi macam ni?!!" Farhanim turut menjerit, dia sedih melihat keadaan Adam. Adam cuba menepis Farhanim yang menghalangnya untuk bertindak lebih kasar.

"Bodoh!!!" cemuh Adam. Sungguh kacau jiwanya waktu ini. Perkara yang ditakutinya berlaku jua.

"Dah la angah! Lupakan kak Anis! Dia dah nak jadi bini orang, ngah.." kata-kata Farhanim langsung tak dihiraukan Adam. Dia bingkas keluar dari situ tanpa sempat dihalang.

"Angah!! Nak pergi mana tu?! Ya Allah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience