20

Romance Completed 31338

'Ini kali terakhir you boleh jumpa i. Kalau you tak nak, i tak ada reason lagi untuk hidup. Please, Anis. Jangan hampakan i' - Adam

Anis membaca mesej yang diterima berulang kali, mencerna pesanan yang ingin disampaikan oleh Adam. Dia tidak membalas, tanggapan buruk sudah bermain-main di fikirannya. Bukannya lelaki itu tidak pernah buat kerja gila. Anis mundar mandir lagi di ruang balkoni.
'Nak jumpa ke tak?' 'Kalau dia apa-apakan diri dia sendiri macam mana?'
Kalau Harris tahu dia mahu menemui Adam, pasti suaminya itu tidak membenarkan. Dalam kegelisahan, dia menerima panggilan.

.
.

"Sampai hati you tak nak jumpa i lagi. I merayu, Anis. Untuk kali terakhir. Kalau tak, i tak nak hidup lagi. Buat apa i hidup kalau terpaksa tengok you bahagia dengan lelaki lain!" Adam merayu di hujung talian, suaranya sengaja dibuat-buat agar dia terdengar seperti sedang menangis. Dia sanggup berpura-pura untuk menjerat Anis kembali kepadanya. Apa pun yang terjadi, rancangan jahatnya akan dilaksanakan.

"Jangan buat kerja bodoh, Adam tolonglah. I dah tak boleh jumpa you lagi kenapa you tak faham?!"

"You sanggup tengok i macam ni? Anis please, i janji lepas ni i takkan ganggu hidup you lagi, please kita jumpa."

"No, i tak boleh. I tak boleh!"

"You memang suka i macam ni kan? You memang nak tengok i mati? I sanggup, Anis!! You jangan cabar i! Baik i mati je!!" Adam menjerit. Pintu biliknya dihadapannya dihentak-hentak. Talian hampir diputuskan sebelum suara Anis kedengaran berkata sesuatu.

"No, Adam please dont make anything stupid!! Fine! I jumpa you but please jangan buat benda bukan-bukan!" Anis mengalah, dia tidak mahu merisikokan keselamatan lelaki itu. Biarlah kali ini dia mengalah.

"Jumpa i kat hotel i, bilik 111. Please, datang sorang je." Adam pantas mematikan talian, muka berangnya tadi bertukar menjadi senyuman. Kemudian dia ketawa sendiri. "Bodoh punya Anis!"

Kunci kereta dicapai pantas selepas mesej dihantar kepada Anis. Adam meluru keluar dari bilik dan bertembung Farhanim. Tanpa pengetahuannya, Farhanim sudah lama memasang telinga mendengar segala butir bicara mereka sebentar tadi.

"Angah nak pergi mana ni?" Farhanim melangkah di hadapan Adam. Melihat abangnya itu terkocoh-kocoh, dia jadi ingin tahu.

"Jumpa buah hati, hahaha!" Adam menyeringai, langkahnya laju meninggalkan Farhanim terpinga-pinga.

"Angah, nak jumpa kak Anis? Angah jangan cari pasal la!" Farhanim mengekori Adam yang menuju ke luar rumah. Memang sah abangnya itu sudah tidak betul!

"Jangan sibuk hal angah la!" Panggilan Farhanim tidak diendahkan, Adam segera mendapatkan kereta di luar rumah.
Farhanim masih mengikut di belakang. Si abang sudah masuk ke dalam perut kereta. Farhanim mengetuk cermin gelap kereta milik Adam.

"Angah, jangan ngah! Jangan buat benda bodoh please!!" Adam pantas menghidupkan enjin kereta sebelum memecut meninggalkan rumah. Farhanim mendengus keras, bercakap dengan Adam sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.
Farhanim tak tentu arah, hatinya mulai tak sedap. Buat apa abangnya ingin berjumpa Anis di bilik hotel? Berdua pulak tu. Farhanim semakin sangsi, cubaan untuk menghubungi Anis tidak berjaya. Siapa lagi yang boleh menolongnya?

.
.

Anis berdecit setelah panggilan dimatikan, dia tidak sempat bertanya lanjut. Namun dia nekad untuk bertemu Adam malam itu. Kalau tidak, entah apa perkara bodoh lagi yang akan lelaki itu lakukan. Sedang dia ingin bersiap, Harris masuk ke dalam bilik.

"Anis nak pergi mana ni?"

"Ada hal." Anis menjawab dingin. Suaminya itu tidak boleh tahu ke mana dia ingin pergi. Dia tiada masa untuk bertengkar dengan Harris.

"Hey, tell me. Dah almost 11 ni." Harris cuba menghampiri isterinya itu.

"Anis nak jumpa orang kejap." Anis menukar pakaian dan mengenakan sehelai jaket. Seboleh-bolehnya dia mahu mengelak dari disoal Harris.

"Jumpa siapa? Abang ikut." Harris curiga melihat Anis tergopoh gapah. Perasaannya tak enak. Tidak pernah gadis itu meninggalkan rumah lewat malam begini. Takkan isterinya itu mahu lari dari rumah?

"No need. Anis pergi sendiri." kunci kereta Honda nya dicapai. Langkahnya terbantut setelah lengannya diraih Harris.

"Anis, dah lewat ni. Biar abang teman. Bahaya keluar sorang-sorang-"

"Lepaslah! I dont need you to come! Kenapa susah sangat nak faham?!" Anis membalas kasar. Riak Harris berubah saat suara tinggi Anis menyapa. Hatinya sedikit tercalar.

"Hey, you dont usually-" pegangan Harris masih kemas di lengan isterinya.

"Anis nak jumpa Adam! Puas hati abang? Nak tahu sangat kan?!" Anis menyinga. Emosinya tak tentu malam itu, dia sendiri tidak menyangka dia berani memarahi Harris sebegitu. Dia tiada masa ingin berdalih dengan Harris. Tangannya direntap, Anis ingin meninggalkan bilik itu secepat mungkin.

"Anis!" Harris mengejar kelibat Anis. Mendengar nama Adam disebut, lagi dia tidak senang.
"Anis, dont go! Abang tak benarkan!" kuasa veto sebagai suami harus digunakan. Dia yakin Adam punyai niat tidak baik terhadap isterinya itu.

"Abang tak ada hak nak halang Anis!" Anis membalas tanpa menoleh, kakinya laju diatur ke tangga. Langkahnya cuba disaingi Harris.

"Anis Inara! Im serious! Jangan jumpa dia!" suara Harris terus tidak diendahkan oleh Anis. Telefon bimbit yang digenggam bergetar dari tadi. Panggilan dari Farhanim. 'Ah, mesti Farhanim pun ingin menghalangnya dari berjumpa dengan Adam!'

.
.

"Harris, kau kat mana?" Faiz terburu-buru menelefon Harris setelah didesak oleh Nadhirah. Kini mereka berada di rumah Nadhirah bersama-sama Farhanim.

"Kat rumah. Apa hal Faiz?" Harris bertanya lemah. Kepergian Anis tidak dapat dia halang, dia sepatutnya mengekori gadis itu tadi.

"Macam ni, sekarang aku dekat rumah Nad. Farhanim, adik Adam ada sekali. Dia cakap dia ada terdengar Adam call Anis tadi. And Adam ajak Anis jumpa dekat hotel. Aku tak pasti apa urusan diorang, tapi aku rasa ada benda tak kena."

"What? Kau ambik aku sekarang, Faiz! I need to find her." Harris mulai bimbang. Dia yakin Adam punya rancangan jahat ke atas Anis, hatinya dihimpit rasa kesal. Dia tak akan memaafkan dirinya sendiri andai Anis diapa-apakan.

"Ok, bro. Kau tunggu aku datang."

'Ya Allah, lindungi isteriku.'

.
. .

Pintu bernombor 111 diketuk, dia tidak pasti akan keputusannya tadi. Beberapa saat, pintu terbuka. Wajah yang lama dia tinggalkan itu sedikit berubah. Adam yang dihadapannya kini Adam yang kelihatan cengkung, tak bermaya.

"Anis. You come. Masuk la." suara serak itu menyapa Anis yang masih tercegat di hadapan pintu.

"Kita bincang kat luar." Anis berasa kurang selesa dengan ajakan Adam. Statusnya sebagai isteri orang masih kukuh di ingatan. Walaupun baru sahaja sebentar tadi dia melanggar arahan si suami. 'Allah, maafkan aku.'

"Anis i janji kita akan bincang elok-elok please." pintu bilik itu dibuka sedikit besar untuk Anis.
Gadis itu membuang pandang, ajakan Adam diturutkan jua. Dia tidak mahu lama-lama di situ.

Pintu di belakangnya dikunci tanpa gadis itu sedar.
"I'm sorry. Terpaksa tipu you." Adam berbisik sambil tangannya menyentuh kedua bahu Anis. Anis terkejut. Lantas dia berpaling ke arah Adam.

"Apa ni!" Anis menepis seraya melemparkan renungan tajam.

"HAHAHAHHAAHAH!!! Anis, Anis. Berlagak suci!" Adam mengejek. Makin membuak geramnya melihat gadis itu. Terbayang sekali wajah jengkel Harris yang 'mengajar' nya tempoh hari. Kali ini, dia tidak akan melepaskan gadis ini. Biar dia tahu erti dendam yang sebenarnya.

"You sentuh i lagi, i jerit. You memang sengaja nak i datang sini kan? Apa you nak!!"

"Relax, Anis. It's just two of us here. Jangan marah-marah sayang." Langkah Adam perlahan mendekati Anis, Anis mengundur beberapa tapak. Dalam hatinya menyumpah ranah diri sendiri kerana ke situ. Memang Adam sengaja memerangkapnya.

“Apa you cuba nak buat ni Adam!!!” Anis terketar-ketar apabila dia kakinya tersadung dan tubuhnya mendarat ke atas sofa.
Anis mahu lekas bangun, namun Adam menarik lengan gadis itu. Wajah lelaki itu sudah berubah, bengis dan tak berperasaan, wajah yang menyimpan seribu kesumat.

“Hey, sweetie!! You tahu tak berapa lama i geram dekat you hm?” Adam memaut kasar kedua belah pipi Anis. Anis cuba meleraikan pegangan lelaki itu namun tak berdaya. Matanya sudah berkaca disaat dicerlung lelaki persis raksasa di hadapannya ini. Terasa nyawanya akan melayang bila-bila masa sahaja.

"L-lepass lah..!! Sakittt" Anis meronta ketika kedudukannya dengan Adam semakin rapat, dan sebelah lengannya dikunci rapat oleh pegangan Adam.

"I lagi sakit, Anis!!! I sakit hati tengok you bahagia!!!" Adam menjerit di hadapan muka Anis.

“You jangan buat gila!! I tak kacau hidup you lah!!” air mata Anis mengalir laju. Ketakutan menguasai diri, Adam sudah kelihatan seperti orang tidak waras.

“Memang aku gila!!!!” Adam mencengkam rambut panjang Anis, memaksa gadis itu memandang ke arahnya. Anis mengerang kesakitan.

“Adam!! Jangan... Jangan buat i macam ni, sakittt. I minta maaf Adam, please lepaskan i.”

“Pastu tengok kau bahagia dengan jantan tu??! No, Anis.. Apa kata aku seksa kau dulu, lepas tu aku hantar kau balik dekat dia hm?? Hahahahahaha!!!” Tiba-tiba Adam cuba merentap pakaian gadis itu. Anis meronta dan menjerit. Segala upaya yang ada digunakan untuk menendang Adam. Lelaki itu terjelopok di atas lantai tetapi tidak lama.

"Kau gila!!!! Lepaskan aku lah!!!"

“Memang aku dah gila!!! Sebab kau aku jadi macam ni!! Tak guna punya pompuan! Kau jual mahal!!! Bodoh!!” Adam menangis pula. Emosinya tak menentu. Dia kembali memerangkap Anis ketika gadis itu cuba melarikan diri. Kaki Anis direntap, dia cuba menindih tubuh kecil itu.

"Adam!! Tolong!! Ya Allah!!!" Anis memekik dengan kekuatan yang bersisa. Dia semakin lemah, pandangannya semakin tidak jelas. Jauh di sudut hatinya hanya mengharapkan pertolongan dari yang Esa dan berdoa agar dia sempat meminta pengampunan dari suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience