25

Romance Completed 31338

Wajah Harris ditenung serapatnya. Jantung Anis berdegup laju. 'Tengah tidur pun kacak'

Dia baru sedar, segalanya tentang lelaki itu indah. Anis menyentuh kening yang separuh lebat, kemudian hidung mancung Harris. Jarinya singgah ke bahagian mata lelaki itu. Mata itu yang selalu buat dia kalah. 'Bulu mata panjang, lentik macam perempuan.'

Sepasang bibir merah Harris pula ditenung sambil tangannya mengusap jambang di muka Harris yang mulai tebal. Lelaki itu tidur mati, langsung tak berkutik. Anis senyum melihat Harris begitu lena.
"Kacaknya suami Anis ni.." Anis berbisik. Dia mahu menikmati pemandangan di hadapannya ini lama-lama.

"Janganlah marahkan Anis lagi.. Jangan diam dengan Anis, Anis rindu... Anis dah mula sayangkan abang." ucapan itu ikhlas, dari lubuk hatinya yang paling dalam. Entah kenapa bila lelaki itu sedang jaga, dia tidak mampu mengungkapkan kalimah itu. Dibiarkan ego menguasai diri. Hakikatnya, dia sudah jatuh hati dengan suaminya sendiri.

Anis bangun sedikit, dia mencium dahi Harris berhati-hati. Harris bergerak, namun matanya masih terpejam. Anis kaku sebentar, bimbang Harris sedar. Bila Harris kembali diam, dia menarik pula lengan sasa Harris melingkari pinggangnya. Posisi yang menjadi kegemarannya, membuatkan dia berasa lebih selamat. Nasib baik Harris tak sedar! Selimut ditarik rapat, mata Anis akhirnya mahu mengalah. Malam itu dia tidur berpelukan dengan Harris.

Biarlah dia dikatakan terdesak pun. Dia sudah tidak peduli. Misi memikat cik abang harus dijalankan. Dia tak rela melepaskan Harris!

.
. .

Azan Subuh mengejutkan Harris dari lena yang panjang. Pergerakannya terbatas ketika dirasakan seperti lengannya ditindih. Mata yang agak kabur dibuka sedikit luas. Di sebelahnya adalah si isteri yang sedang berdengkur halus. Dia terkejut, namun senyum kecil diukir. Dia langsung tidak sedar akan kedudukan mereka pagi itu.

Tangan Anis yang berada di atas dadanya diusap perlahan sebelum dialihkan. Kalau terus begini, boleh terlepas subuh mereka!
"Anis.. Bangun. Dah subuh." ada getar di suara Harris. Mana tidaknya, Anis betul-betul berada di celah lengannya. Tangannya pula beralih ke perut Harris. Sah Anis tengah mamai!

"Hmm..." Anis mengumam sendiri, dalam keadaan mata masih tertutup.

"Bangun..Anis tidur atas lengan abang ni."

"Abang..." Anis akhirnya bergerak menjauhi Harris. Terpisat-pisat menahan kantuk.
"Abang tunggu Anis, nak solat sekali."

Pagi itu sempat Anis melayan Harris di meja makan walaupun pada mulanya Harris mahu cepat-cepat ke pejabat. Melihat Anis sudah penat memasak untuknya, dijamah juga sedikit sarapan yang disediakan.

"Abang, salam." Anis menghulur tangan untuk bersalam dengan Harris ketika lelaki itu selangkah mahu keluar dari rumah.

"Hmm.." tangan Harris dicium oleh si isteri. Sudah lama mereka tidak begitu. Tanpa amaran juga, Anis meraih bahunya sambil menjengket. Satu lagi ciuman hinggap di pipi kanannya. Harris terlopong sebentar, tak pernah-pernah Anis begitu.

"Take care." Anis senyum manis, dalam hatinya berdebar-debar. Malu pun ada, mana pernah dia bertindak seberani itu. Anis membetulkan tali leher yang dipakai Harris, mengusir debaran di dada.

"Ok. Assalamualaikum." muka Harris membahang. Kalau diikutkan mahu sahaja dia membalas, tetapi dia pula malu. 'Pelik sungguh isteri aku ni hari ni!'

"Waalaikumusalam..." Anis menghantar pandangan ke arah Harris. Tangannya dilambai sehingga kereta lelaki itu keluar dari perkarangan rumah. Dia termenung seketika sebelum mengatur langkah kembali ke dalam rumah.

Bilik yang sudah lama tidak dimasuki itu masih tidak berubah. Masih berisi barang-barang lama Anis. Termasuklah kotak yang suatu ketika dahulu pernah menjadi punca perbalahan dia dan Harris.

Niatnya hanya satu. Dia ingin menghapus semua kenangan lama yang menjadi penghalang kebahagiaan antara mereka suami isteri. Kenangan yang lebih banyak melukakan dia dan Harris. Antara dia dan Adam, semua sudah terusai. Selama ini dia tidak bersikap adil terhadap suaminya.

Mana adil jika seorang wanita yang sudah menjadi isteri orang, masih mengingati lelaki lain selain suami sendiri. 'Aku tak mahu jadi isteri yang nusyuz, ya Allah.'

Kotak itu serta isinya sekali selamat dihumban ke dalam tong sampah. Yang tinggal di tangannya kini hanyalah sebiji kotak baldu berisi cincin yang pernah Adam hadiahkan kepadanya. Hajatnya dia mahu memulangkan cincin itu kepada Farhanim. Hendak dibuang sayang, biarlah ada orang yang boleh menyimpannya.

.
.

"Ada apa kak Anis nak jumpa?" Farhanim berkata setelah menyedut sedikit minuman di depannya.

"Akak ada benda nak bagi. Kejap." Anis mengeluarkan kotak cincin dari dalam beg tangan, dihulur kepada Farhanim. Gadis itu menyambut walaupun tertanya-tanya.

"Kenapa akak?"

"Cincin ni abang Anim pernah hadiahkan dekat akak sewaktu kami bertunang. Akak rasa Anim berhak untuk simpan. Sayang." Farhanim mengangguk faham.

"Anim betul-betul minta maaf, kak. Anim tak sangka sampai jadi macam ni. Anim faham kalau akak masih marahkan abang Adam."

"Akak dah maafkan dia. Cuma akak nak tanya sikit, macam mana dengan Maria?" Anis terdetik untuk tahu mengenai gadis yang pernah tertangkap khalwat bersama Adam sewaktu mereka masih tunangan. Yang menjadi punca putusnya ikatan antara dia dan Adam.

Farhanim diam sekejap sebelum menjawab pertanyaan Anis.
"Lepas akak dan abang putus, kak Maria pun gaduh besar dengan abang Adam. Sebab ... Abang dapat tahu yang Kak Maria mengandung. Dan anak tu bukan abang punya. Abang marah, dia hampir pukul kak Maria. Bila kak Maria mengaku curang, abang tinggalkan dia. Kali terakhir Anim dengar, kak Maria dah pindah ke Johor." panjang lebar Farhanim menjelaskan.

Anis mengangguk-angguk faham. Patutlah lelaki itu mengamuk sakan. Rupanya dia juga terluka.
"Anim jaga dia baik-baik. Akak minta maaf kalau pihak akak ada silap dengan family Anim."

"Takda apa lah akak, manusia ni tak ada yang sempurna. Lagipun akak berhak untuk bahagia. Anim sentiasa doakan kebahagiaan akak dan abang Harris. Anim boleh nampak abang Harris tu sayang sangat dekat akak." Farhanim tersenyum, sungguh dia suka melihat Anis dan Harris. Dia menjadi saksi betapa Harris prihatin akan Anis.

Anis turut tersengih kecil ketika nama Harris disebut. Bagaimana dia boleh buta daripada melihat kasih sayang Harris, sedangkan orang luar pun perasan akan hal itu. Anis, Anis....

.
. .

Kesibukan Harris di tempat kerja memaksanya pulang agak lewat. Tambah-tambah lagi syarikat baru dapat tender, memang tak menang tangan dia. Sudahlah penat dengan kerja, staff pula buat hal. Masing-masing di pejabat agak tertekan.

Harris sampai ke rumah yang sudah gelap, kebanyakkan lampu di dalam rumah sudah ditutup. Barangkali isterinya juga sudah tidur. Harris menapak perlahan masuk ke dalam rumah.
Beberapa langkah dia berjalan, matanya tertangkap kelibat perempuan sedang tidur di sofa. Siapa lagi kalau bukan Anis. Kenapa gadis itu tidak ke bilik?

"Anis.. Anis. Kenapa tidur sini?" Harris mengejutkan Anis yang sedang tidur pulas.

"Abang... Anis tunggu abang balik. Dah pukul berapa ni?" Anis terkejut dari tidur, lega dia melihat Harris sudah pulang. Dari tadi dia menunggu walaupun sudah dilarang.

"Kan abang dah cakap tak payah tunggu. Jom naik atas. Tidur kat atas." Harris membantu Anis untuk bangun dari sofa. Matanya masih berat, mahu sahaja dia sambung tidur di situ.

"Anis mengantuk..." Anis merengek. Harris tiada pilihan lain.

"Come." Harris mencempung tubuh si isteri. Nasib baik ringan, macam waktu mula-mula kahwin pula. Rindu dia mahu mengusik gadis itu. Namun segalanya lain pada waktu ini.
Anis hanya menurut, makin kuat rangkulannya pada leher Harris. Lelaki itu pula jadi tak keruan.

Harris meletakkan Anis di atas katil. Gadis itu sudah kembali berdengkur halus. Kasihan... Beriya Anis mahu menunggunya, tapi dia bukan sengaja mahu pulang lewat. Hal berkaitan kerja sememangnya lebih dititikberatkan. Walaupun dia sedar akan perubahan tingkahlaku isterinya itu.

Kepala gadis itu diusap perlahan, dia perasan akan bentuk muka Anis yang agak cengkung. Rasa bersalah mengetuk hatinya. Minggu kebelakangan ini jarang mereka meluangkan masa bersama. Jauh sekali mahu memperbaiki hubungan rumahtangga yang entah apa kesudahannya itu. Dia sayangkan Anis, tapi dia juga keliru. Keluhan berat dilepaskan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience