13

Romance Completed 31338

Anis merenung wajahnya di hadapan cermin buat kesekian kalinya. Solekan yang dikenakan oleh mak andam hari itu masih tidak dapat menyembunyikan rawan di hatinya. Terasa kosong jiwanya walaupun dalam persalinan serba indah ini. Lamunannya terhenti tatkala Datin Suria merangkul bahunya dari belakang.

"Cantik anak ibu ni. Senyum la sikit." Datin Suria mencuit dagu Anis. Gadis itu mengukir senyum kelat.

"Ibu, kita dah nak bertolak ke?"

"Ya, sayang. Jom. Tak mau sedih-sedih. Kalau macam ni ibu pun risau." Tudung yang dikenakan Anis dibetulkan. Cantik sungguh anak daranya itu.

"Mana ada Anis sedih. Anis happy kalau ibu pun happy." Anis memeluk bonda tersayang untuk meredakan sedikit debaran.

Hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidupnya, hari yang bakal mengubah status anak dara seorang Anis Inara kepada isteri orang. Mahu tak mahu, dia harus tempuhi jua. Ah, cepatnya masa berlalu!

Suasana di Masjid Al-Ikhsan agak meriah pagi itu. Tetamu-tetamu yang datang terdiri daripada keluarga dan sanak saudara dari kedua belah bakal pengantin. Suara orang ramai yang berada di situ tidak sedikit pun dihiraukan oleh Anis. Yang dapat dia dengari hanyalah degup jantungnya sendiri.

"Anis, you alright?" tanya Nadhirah yang mengelap renik-renik peluh di muka Anis. Walaupun dia berpeluh, tangannya sejuk!

"Nervous lah, Dirah." Anis cuba mengatur nafas setenang mungkin. Nadhirah ketawa kecil apabila tangannya digenggam Anis kemas.

"Ya Allah, sejuknya tangan kau! Relax, okay. Tak lama dah ni. Tenang, its going to be okay."

Tak lama kemudian, suara tetamu kembali meriah. Harris muncul bersama rombongan keluarga terdekat. Nadhirah berbisik perlahan ke arah Anis. "Nis, your future husband."
Anis mencuri pandang ke arah yang dimaksudkan. Harris kelihatan segak berbaju melayu warna putih, bersampin dan bersongkok. Senyuman tak lekang di bibir lelaki itu sambil dia bersalam dengan tetamu. 'Mengapa dia begitu tenang?'

"Aku terima nikahnya Anis Inara binti Ismail dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai." hanya dengan sekali lafaz, Anis menjadi milik Harris secara sah. Rata-rata di situ memanjatkan kesyukuran setelah akad nikah berjalan lancar. Upacara pembatalan air sembahyang pula berlangsung. Harris mendekati Anis untuk menyarungkan cincin. Gadis itu sudah tertunduk malu, cahaya dari lensa kamera berkelipan tanpa henti.

"Assalamualaikum." Harris mengucap salam sewaktu dia sudah dihadapan Anis. Wajah manis dihadapannya dipandang.

"Waalaikumusalam." Anis menjawab. Dia ibarat tenggelam dalam pandangan Harris yang satu itu. Tangannya terketar-ketar sewaktu disarungkan cincin. Tak percaya dia sudah menjadi milik orang. Tiada kata mampu diucapkan, hatinya sedikit sebak bila tangan lelaki itu dicium tanda hormat.

Harris mencium lama dahi Anis. Ribuan syukur hanya mampu diungkapkan di dalam hati. Hasratnya dipermudahkan oleh sang Illahi. Wajah isteri yang baru dinikahinya dipandang penuh kasih. Air mata jernih Anis yang baru ingin jatuh diseka perlahan.

"Senyum!" suara jurukamera mengembalikan mereka ke alam realiti.

.
. .

Adam memandang sepasang pengantin baru yang sedang bergambar itu dari dalam kereta yang diparkir jauh. Tanpa sedar, dia menangis sendiri. Stereng kereta dihentak-hentak tanda protes. Perit rasanya melihat senyuman mereka, seperti ditikam-tikam hatinya. Walaupun telah dihalang oleh Farhanim untuk ke situ, dia tetap berdegil. Tak sangka seperit ini rasanya. Jika dapat dia putarkan kembali masa, pasti dia lah orang yang bakal menjadi suami kepada Anis. Sepatutnya dia!

.
. .
.

Keesokkan harinya, majlis bersanding di sebuah hotel terkemuka diadakan. Majlis yang meriah itu dihadiri ratusan tetamu dari kedua belah pihak keluarga. Kegembiraan jelas terpancar dari riak wajah orang tua pengantin. Pasti yang paling gembira adalah Harris sendiri. Terasa kelainannya bila berdampingan dengan Anis sepanjang hari itu, rasa lengkap. Tak kurang juga rakan-rakan yang datang bertanyakan tentang isterinya itu. Maklum lah, selama ini tiada khabar pun mengenai mereka bercinta.
Harris memandang Anis yang sedang mesra berborak dengan kenalannya. Anis lengkap berbusana indah warna putih dengan senyuman yang sentiasa mengetarkan hatinya. Walaupun dia tahu, di sebalik senyuman itu pasti terselit rasa terpaksa.

"Bro.." tegur Faiz.

"Faiz. Thanks man, for today."

"Takda hal la. Eh, aku dah nak balik ni. Lewat-lewat kang menganggu pengantin baru ni." Faiz sengih, bahu Harris ditepuk penuh makna.

"Ah, kau. Yelah, aku pun kalau boleh memang tak nak gangguan. Hahaha"

"Ewahhh nampak nampak? Kemain kau eh, sejak ada bini!"

"Biasa la, hahaha. Dah tu kau bila lagi??" Faiz dah garu kepala, lama-lama di situ makin banyak dia kena soal.

"Em..ok la no comment. Aku balik dulu. Hahaahha!!" Mereka gelak serentak.

"Harris. Dah lewat ni, saya minta diri dulu." Nadhirah datang mengucapkan selamat tinggal sebelum meninggalkan majlis.

"Haa, Harris. Aku pun dah nak slow-slow follow Dirah dari belakang ni. Pape pun, semoga berjaya menempuh alam perkahwinan ye bro." sahabat baik itu saling berjabat tangan dan berpelukan sebelum berpisah.

"Thanks banyak, bro. Doakan aku."

"Ya, ingat pesan aku. Kita lelaki ni kena tunjuk effort lebih sikit, kena nakal-nakal haaa baru macam ni." Faiz sempat memberi tips sambil mengangkat ibu jari tanda 'bagus'.

"Bongok la kau, pesan macam orang dah kahwin!" perli Harris. Faiz sengih selamba.

.

"So, malam ni boleh la Harris dengan Anis rehat-rehat dulu dekat hotel ni. Barang semua dah ada kan?" tanya Hajah Mariam sewaktu majlis selesai.

"Dah ada, ma." jawab Harris.

"Elok la, kita tinggalkan diorang beberapa hari ye jah. Bukan selalu dapat cuti kahwin ni." sokong Datin Suria.

"Ha, ayah dah book siap-siap bilik besar punya untuk pengantin baru ni. Take your time." ujar Datuk Ismail.

"Thanks ayah." ucap Anis. Rasa janggal bila tangan Harris dari tadi terletak di atas bahunya. Bila dijeling, Harris buat-buat tak faham.

"Ok lah. Boleh la kita beransur. Dah lewat ni. Nanti boleh korang rehat lama sikit. Hal pejabat tu jangan risaukan sangat, Harris. Ada la tu yang menguruskannya." ujar Haji Zainal pula. Harris dan Anis menyalami tangan orang tua mereka dan menghantar ke bahagian hadapan hotel.

Datin Suria sempat membisikkan beberapa pesanan kepada Anis sebelum pulang.

"Anis, mulai hari ni dah jadi isteri Harris. Kena dengar cakap suami. Ibu tak nak Anis kecewakan ibu dan ayah. Jagalah perkahwinan Anis ni baik-baik. Ibu dan ayah selalu doakan kebahagiaan Anis dan Harris." Anis mengangguk patuh, walaupun agak berat permintaan ibunya itu.

"Anis sayang ibu ayah." Matanya basah lagi, dia memeluk erat Datin Suria. Harris memandang dua beranak itu dengan senyuman. Manja juga Anis ni dengan ibunya, walaupun usia dah menginjak 28 tahun. Maklumlah, anak tunggal.

"Harris, jaga Anis elok-elok."

"Ye, bu inshaallah."

.
. .

Harris menarik tangan Anis menuju ke bilik yang bakal diinapi malam itu.

"Harris, perlu ke pegang tangan saya macam ni??" Anis bertanya geram. Nak dilepaskan terlalu kemas pula genggaman Harris. Laju pula tu lelaki itu berjalan!

"Why??" Harris tanya sambil buat muka tak bersalah.

"Jangan la laju sangat, susah saya nak jalan dress saya ni berat la." bebel Anis. Dengan kasut tumit tinggi yang dipakai hampir sepanjang hari itu, sengal-sengal kakinya.

"Kenapa tak cakap..." Harris memberhentikan langkah sebelum tubuh genit Anis dicempung 'bridal style'. Anis hampir terjerit, bahu Harris dipukul.

"Harris, apa ni? Put me down! Harris malu la orang tengok!" Anis kecut perut bila muka Harris terlalu dekat dengannya.

"Sampai!" Harris tergelak melihat muka Anis yang memerah. Mujur mereka dah sampai di depan pintu bilik hotel.

"Cepat la bukak, pandang apa?" Anis gelabah bila dipandang lama oleh Harris. Harris gelak lagi sebelum membuka kunci pintu bilik. 'Garangnya.'

Harris membuka kot dan melonggarkan tali leher yang dipakai, baru sahaja dia hendak landing atas katil besar empuk punya kelibat Anis sudah terlebih dahulu masuk ke bilik air. 'Mandi kut'
Harris tersenyum sendiri. Malam ni tidur berteman la dia, tak sangka. Gini rupanya perasaan orang baru berbini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience