28: Epilog

Romance Completed 31391

Harris bergegas pulang ke rumah setelah mendapat panggilan dari Anis sejak pagi tadi. Tak sempat langsung dia mahu menjawabnya. Dari pagi sibuk dengan meeting yang agak penting. Dah la mood isterinya itu kurang baik sehari dua ini.

"Sayang?!" Harris mengetuk pintu bilik ketika mendengar bunyi televisyen yang sedang terpasang dari luar. Panggilannya tak direspon langsung.

"Ina.." Harris menguak pintu dan melihat Anis sedang duduk di atas katil sambil menonton tv. Di ribanya pula ada sebekas aiskrim coklat.

"Hey, sayang abang kenapa ni? hm? Sorry for not answering your call. Abang meeting dari pagi." Harris mendapatkan tempat di sebelah Anis yang sedang memuncung. Sesi memujuk!

Anis masih tidak melayan Harris disebelah. Laju sahaja tangannya menyuap aiskrim ke dalam mulut. Sedar-sedar dia sudah dalam rangkulan lelaki itu.

"Sayang. I'm sorry. Kenapa makan manis-manis ni?" dagu Anis dipaut supaya memandang wajahnya.

"Biarlah." Anis membalas selamba. Bukan dia merajuk sangat pun. Sengaja mahukan perhatian Harris.

"Eh, macam tu pulak. Come on, you have something to tell me?" Bekas aiskrim sudah beralih tangan. Kalau tak isterinya itu memang akan berkeras.

"Takde lah. Saje call abang. Boring." perli Anis.

"Sayang..i'm serious. Kenapa ni? Kenapa moody macam ni? Period ek?" Harris menunding jari, mengundang rengekan Anis.

"Mana adalaaaah. Macam mana orang nak period kalau tengah preg-" ayat Anis terhenti. Harris dah tak senang duduk.

"Kalau apa?" Harris kembali fokus memandang wajah Anis. Tangan Anis digenggam serius.

"Kalau..." Anis sembunyi senyum. Hatinya tidak sabar mahu memberitahu berita gembira yang disimpan dari pagi tadi.

"Ina...jangan main-main please." Harris berdebar-debar menanti ayat seterusnya. Harapannya menggunung.

"I'm pregnant." tutur Anis sambil memegang wajah Harris. Serta-merta senyum terukir di wajah Harris.

"Really? Confirm?!" Harris masih tak percaya.

"Yes abang." Anis mengeluarkan pula sekeping gambar kecil, hasil pemeriksaan ultrasound dari klinik.

Harris meneliti gambar yang dihulurkan kepadanya. "YESS!! Woohoo!" Harris memeluk erat Anis. Berair mata pula rasanya.

"Tak sangka doa kita makbul juga. Ya Allah, i'm the happiest today! Sorry tak dapat jawab call sayang tadi."

"It's okay abang. Ina pun happy sangat. You're going to be a daddy soon!" ucap Anis. Penantian mereka hampir empat tahun kini membuahkan hasil.

"And you're the mummy, sayang. Alhamdulillah. Berair dah mata abang ni!" Harris gelak kecil.

"Abang, are you crying?" Anis memeluk lengan Harris. Lucu pula!

"Terharu la sayaaaanggg. Dah lama abang tunggu." Harris mencubit kedua belah pipi Anis. Patutlah makin berseri wajah isterinya itu!

"Auwww... ye, faham. Ina pun dah lama tunggu. Alhamdulillah rezeki kita. Hehe" Tak puas dipeluk Harris, pipi lelaki itu pula menjadi sasaran ciuman.

"Oh..patutlah sensitif semacam isteri abang ni. Berisi rupanya." gurau Harris. Bahagia bila melihat kemanjaan Anis.

"Biarlah. Ok apa. Takde la alahan pelik-pelik macam ibu lain. Sampai tak boleh bau badan suami sendiri. Haa, abang nak macam tu? Biar abang tak boleh dekat dengan Ina??"

"Ala jangan la macam tu sayang, nanti abang rindu..." rengek Harris. Gembiranya dirasakan saat ini.

"Yelah tu. Now i want my ice cream back!"

"Boleh ke makan manis, sayang? Meh abang je la habiskan." Harris terlebih dahulu menyuap aiskrim tadi ke dalam mulut.

"Tak acilah abaaaaangg"

Gelak tawa keduanya memenuhi suasana. Benarlah, rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat. Semakin tinggi kesabaran hamba-Nya, semakin banyak rezeki dan kurniaan dari-Nya.

.
. .

p/s: Terima kasih kepada semua pembaca "Mencari Cinta Dia". Setakat ini sahaja ceritanya. Inshaallah kalau ada kesempatan dan kelapangan boleh baca novel saya yang lain. Akhir kata, kalau ada cadangan boleh komen, dan terima kasih sekali lagi :)

xx
DEE EVANS

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience