Anis pulang ke rumah agak lewat. Disangkanya kali ini Harris sudah ada di rumah, tetapi sebaliknya. Adakah lelaki itu sengaja ingin mengelak darinya seperti malam-malam yang sebelumnya? Sejak dari peristiwa yang ingin dia lupakan itu, Harris kerap pulang lewat dari kerja. Kadang-kadang sewaktu dia sudah tidur baru suaminya sampai ke rumah.
Jam menunjukkan waktu hampir 12 malam, Anis bangun dari pembaringan. Susah benar dia mahu lena. Anis memandang kosong ke sudut bilik. Kesunyian kian mengetuk hatinya. Rasa kosong yang amat. Bilik yang dikongsi dengan Harris itu bagai hilang serinya. 'Vibrate' dari telefon bimbit mengembalikan Anis ke alam realiti.
'Abang outstation, di Terengganu. Take care. - Harris'
Anis melepaskan keluhan berat, sungguh dia terlupa akan hal itu. Harris akan berada di Terengganu selama seminggu, seperti yang sudah dia bilang tempoh hari. Salah dia juga, awal-awal lagi dia sudah menolak ajakan Harris. Padan la kena tinggal!
Tiga malam tidurnya tak berapa nyenyak, asyik terfikirkan suami yang jauh. Rasa kesal menyelubungi diri. Waktu lelaki itu ada di sisi, dia tidak hargai. Sekarang baru dia ternanti-nanti.
Lama Anis menatap skrin telefon bimbit. Beberapa mesej whatsapp yang dihantar kepada Harris tidak berbalas. Dibuka pun tidak. Itu pun setelah tiga hari dia menahan diri daripada menghubungi Harris. Gelagat Anis sudah seperti orang angau.
Selagi tidak mendengar khabar berita dari Harris, selagi itu dia gelisah. Dia cuba menelefon lelaki itu pula. Lama...namun tidak diangkat. Suatu keluhan berat dilepaskan. Tidak rindukah lelaki itu kepadanya? Sudah lupakah dia kepada Anis? Kerana Anis pasti, dia amat merindui suaminya itu!
Nombor yang sama didail lagi, kali ini panggilan itu terjawab.
"Hello, assamualaikum abang?" Anis pantas memberi salam, tidak sabar dia mahu mendengar suara lelaki itu.
"Waalaikumusalam." Harris menjawab salam. Dia memang sudah mengagak panggilan itu. Memang sengaja dia tidak mahu menghubungi Anis. Biarlah dia membawa rajuk hatinya dahulu. Dia perlukan masa untuk memikirkan arah tuju hubungan mereka.
"A-abang, apa khabar? Sihat? Lama Anis tunggu abang call.." bertubi-tubi soalan diajukan.
"Maaf, busy. Banyak kerja kat sini." pendek jawapan Harris. Dia sendiri ibarat kelu untuk berbicara.
"Oh... Maaf... Anis ganggu abang ke? Abang buat apa tu?"
"Baru balik dari dinner dengan client."
"Lewatnya. Mesti abang penat kan?"
"Hmm..." Harris sekadar berdehem. Masing-masing diam beberapa saat sebelum suara Anis kedengaran. Harapannya untuk bersembang lanjut dengan suaminya terkubur apabila lelaki itu seakan tidak mahu bersuara. Faham lah dia, mungkin Harris masih terasa hati dengannya.
"Emm.. Abang mesti nak rehat. Lain kali lah Anis call abang lagi. Sorry sebab ganggu abang." ayatnya terhenti di situ, menunggu jawapan balas dari si suami. 'Tolong la cakap cakap abang rindu Anis...'
"Good night." ucap Harris.
"Good night. Assalamualaikum." balas Anis. Jauh di sudut hatinya, dia kecewa. Sepertinya hanya dia yang beriya-iya ingin berbicara. Tanpa sedar matanya bergenang. Tangannya mengurut dada, menenangkan hati yang sebak. Sakitnya bila bertepuk sebelah tangan. Sakitnya bila rindu tak berbalas.
"Anis rindu abang ...."
*
*
"Anis. Kau okay ke?" Nadhirah mencuit bahu Anis, jauh pula gadis itu termenung.
"Hmm? Haa.. Ok" Anis tersedar. Fikirannya melayang entah ke mana.
Walaupun suasana show tengah hari itu agak meriah dengan kedatangan para tetamu, Anis bagaikan kurang berminat. Masing-masing sibuk dengan telefon bimbit di tangan, merakam gambar dan video acara yang sedang berlangsung. Lain pula dengan Anis. Mukanya terpaksa dimaniskan apabila sesekali terserempak dengan sahabat handai. Apa pula kata orang kalau dia tayang muka sendu, pasti dikatakan macam orang mati laki.
"Aku pergi toilet jap tau." Anis meminta diri, lemas pula terasa dengan hiruk pikuk manusia di situ.
Langkah diatur keluar dari kelompok ramai. Terserempak pula dengan salah seorang kawannya, Syaza dalam perjalanan. Dari jauh mereka berbalas senyuman. Masak lah kau, Anis. Syaza memang boleh tahan mulutnya.
"Sorang je?" tanya Syaza ramah. Dia mengharapkan Anis muncul bersama suaminya, Harris.
"Dengan Nadhirah. Kau?" Anis cuba membalas dengan pertanyaan. Berbual dengan wanita ini dia harus berhati-hati, tersilap langkah, habis dia.
"Dengan cik abang la. Eh, tak ajak husband kau datang ke? Jarang nampak dia." laju sahaja soalan sensitif itu menyapa Anis. Anis hanya senyum nipis.
"Dia outstation. Busy sikit. Err... Aku nak gi toilet ni. Talk to you later okay?" Anis pantas ingin mengakhiri perbualan. Makin dilayan, karang makin banyak soalan minah itu.
"Ok. Kirim salam suami kau." pesan Syaza sebelum berlalu.
"Ha, yelah." Anis pamer senyum dibuat-buat. 'Dah kenapa nak kirim salam kat suami aku'
Aneh, cemburukah dia?
*
Anis bersiap mahu keluar dari tandas, namun langkahnya terhenti ketika mendengar dua suara asing sedang bersembang dari arah luar. Kali ini, namanya menjadi topik. Anis mula memasang telinga.
"Kau ada nampak Anis Inara tadi?" seorang gadis yang sedang merapikan rambut di hadapan cermin di bahagian sinki membuka mulut.
"Haa. Aku ingatkan dia ada datang dengan husband dia sekali." gadis yang seorang lagi membalas.
"Tu lah. Baru nak usha laki dia. Biasa orang baru kahwin kemana-mana berkepit. Pelik aku."
"Entah. Jangan-jangan gaduh tak? Jarang la nampak dia orang together."
"Mungkin. Alah, bercinta pun senyap-senyap. Mana lah kita tahu kan."
"Ye la tu. Pelik jugak. Patutnya by now, Anis tu dah berisi. Kan?"
"Kau tahu, aku ada dengar cerita yang dia orang kahwin pun sebab family. Tapi tak tahu la. Ye la, takda khabar berita bertunang apa, tetiba kahwin. Kan pelik tu?"
"Hmm...tak sangka. Aku ingat diorang happy."
Makin lama dia mendengar perbualan itu, makin dia ingin marah. Terketar-ketar dia menahan air mata di sebalik pintu. Mendengar orang asing berbicara buruk tentang hubungan rumah tangganya, dia terkesan. Jangan-jangan khabar berbaur fitnah itu sudah terjaja di sana-sini. Anis beristighfar di dalam hati. Mahu sahaja dia lenyap dari tempat itu ketika ini.
*
*
"Kenapa ni?" Nadhirah bertanya setelah Anis terkocoh-kocoh ke arahnya. Lain benar riak wajah Anis ketika itu.
"Dirah, aku rasa tak sedap badan lah. Aku nak balik. Kau boleh tolong cover kan untuk aku?" Anis memberi alasan. Tidak guna dia lama-lama di situ, hatinya sedang sakit!
"Ok, boleh boleh. Tapi kau sure ke boleh drive ni? Aku boleh hantarkan...."
"No, its okay. Kau stay sini je. Aku boleh drive sendiri."
"Yelah. Be safe. Apa-apa call aku."
Anis meredah lautan manusia dengan mata yang memberat. Belum sempat masuk ke dalam kereta, empangan air matanya sudah pecah. Sungguh dia tak kuat begini. Sakit di hati hanya Tuhan yang tahu. Mungkin ini hukuman yang memang patut dia terima.
Share this novel