18

Romance Completed 31338

Anis naik tangga menuju ke bilik dan Harris pula ingin turun ke bawah dengan arah yang bertentangan. Baru sahaja dia hendak bertanya, lelaki itu terlebih dahulu laju ke bawah. 'Nak pergi mana pulak?' Anis mengeluh kecil sebelum langsung ke bilik.

Pelik benar perangai Harris hari ni. Selalunya dia akan dimaklumkan jika lelaki itu mahu keluar, lain pula kali ini. Anis duduk di meja solek sambil merenung wajah sendiri. Kata-kata Adam siang tadi masih terngiang-ngiang di telinga.

'You bahagia ke dengan dia?'

'Aku pun tak pasti adakah aku bahagia dengan Harris.'
Kasih sayang lelaki itu tidak pernah putus sejak mereka berkahwin. Harris melayannya sebagai seorang isteri dengan baik. Cuma perasaan dirinya sendiri yang menjadi penghalang. Tersepit antara kenangan lama dan realiti hari ini. Dengan kehadiran Adam yang tak henti menagih cintanya kembali, dia keliru.

Ketukan di pintu bilik mengejutkan Anis dari lamunan.
"Anis tak kunci..masuklah." Dia bingkas bangun untuk membuka pintu setelah sapaannya tak terjawab.
"Ab-" Harris muncul dengan jambangan bunga di tangan.

"Happy one month, sayang." Harris menayang seulas senyuman buat isteri tercinta. Anis nampak sedikit terkedu.

"Abang....thanks." Jambangan bunga disambut, tangannya ditarik Harris untuk duduk di katil.
Anis terharu menerima pemberian yang amat manis itu. Tak sangka lelaki itu sedar akan tempoh sebulan yang telah berlalu. Hatinya sedikit sebak. Harris tak henti-henti menghargainya.
"Abang, sorry Anis tak ada hadiah untuk abang." wajahnya menunduk, terasa ralat apabila dia langsung tidak perasan akan tarikh hari itu. Hanya Harris yang nampak bersungguh.

"It's ok. Abang tak minta pun. Ini pun abang saja nak surprise Anis."

"Thanks abang."

"Sure. Abang pun nak berterima kasih walaupun baru sebulan. Thanks jadi sebahagian dari hidup abang." Wajah Anis direnung dalam-dalam. Sedalam kasihnya terhadap gadis itu.
Anis terusik dengan kata-kata Harris. Suaminya itu memang pandai mengambil hati.

"Maaf kalau selama sebulan, banyak kekurangan Anis. Anis yang patut terima kasih dengan abang." luah Anis.

"Anis tak ada kurangnya di mata abang.." Tangan Anis digenggam erat, menegaskan kata-katanya itu tadi. Anis tersipu bila dipuji begitu. Perasaannya tak tergambar.
"Sayang, kita honeymoon jom?" sambung Harris lagi. Bahu Anis dirangkul mendekatinya.
"Abang dah tempah tiket kita ke Prague. Dah sebulan kahwin, abang belum ajak lagi isteri abang ni berjalan."

"T-tapi, abang.... Anis busy. Banyak kerja kat ofis tu." tutur Anis berhati-hati. Dia perasan akan riak Harris yang sedikit hampa. Minggu itu memang dia sedikit sibuk dengan pelbagai event.
"Tapi kalau abang dah tempah tiket tu, Anis ikut je la." cepat-cepat Anis ubah fikiran. Takut pula Harris terasa hati.

"No, its an open ticket. Kalau sayang tak sempat tak apa, kita boleh pergi lain kali."

"Sorry, Anis-"

"Shh... No more sorry. Abang tak kisah." Anis diam setelah tangan Harris sudah menyentuh wajahnya.
"Next time kita boleh pergi. Tak perlu rush, ok? Anis dah ada dengan abang kat sini pun dah kira macam honeymoon." usik Harris. Anis melepaskan gelak kecil.

"Abang ni..."

"I'm serious." Harris senyum penuh makna.

Wajah ayu isterinya itu diamati, pandangannya jatuh ke arah bibir Anis yang terbentuk cantik itu. Dia mendekatkan wajah. Tangannya masih tak lepas dari pipi Anis. Semakin dekat kedudukan mereka, semakin kuat debaran di dada. Seketika, hidung mereka berlaga. Anis kaku bagaikan patung, jantungnya ingin melompat keluar. Beberapa inci lagi bibir Harris hampir menyentuh bibirnya, tangannya spontan menolak dada lelaki itu.

"A-abang, Anis...belum sedia."

.
. .

Faiz melambai tangannya di hadapan muka Harris.
"Aii, jauh menung. Apahal takda mood ni?"

"Takda apalah." Harris berdalih. Dokumen yang selesai ditandatangani dipulangkan kepada Faiz.

"Yelah. Harris, kau ada dengar cerita pasal Segi Corp tu?" Faiz cuba mengalih topik.

"Apasal?" Wajah Harris sedikit berubah setelah syarikat milik Adam itu disebut.

"Makin teruk aku dengar. Yelah, kau tengok la CEO dia si Adam tu macam mana. Asyik gaduh je dengan staff."

"Macam la kau tak kenal dia tu macam mana."

"Yelah, tapi kalau dah sampai buang pekerja. Teruk gak tu."

"Btw, kau ada contact number syarikat tu?"

"Aku takda la, tapi kalau kau nak aku boleh suruh Kak Ipah tu carikan. Apesal?"

"Takpe lah, nanti aku minta tolong dia. Ada hal sikit."

"Em, ok lah. Aku keluar dulu." Faiz tidak mengesyaki apa-apa.

Harris menekan butang interkom yang menyambungkan dua dengan PA si luar pejabat.
"Afifah, boleh tolong saya dapatkan contact number CEO Segi Corp, Encik Adam Ahmad Bakri. K, thanks."

Harris berkira-kira sendiri. Pertemuan dua mata harus diatur antara dia dan Adam. Dia tidak senang duduk selagi urusan antara mereka dibincangkan.

.
.

"Ilman Harris." sapa Adam ketika melihat Harris bersandar pada keretanya.

"Sorry, sandar kat kereta kau. Dah kau nak aku jumpa kau kat sini." perli Harris.

"Sorry, aku takda masa. So, apahal nak jumpa aku?" Adam bertanya acuh tak acuh, dia pula turut bersandar di sebelah Harris.

"Takda apa. Just nak warning kau, stop ganggu bini aku."

"Wow. Takuuutt. Macam ni lah Harris, aku sebenarnya tak faham. Macam mana Anis tu boleh kahwin dengan kau. Kau sendiri pun tau kan dia susah nak lupakan aku. So, aku kesian dekat dia. Macam kena kongkong dengan suami sendiri." Adam senyum sinis, sengaja dia ingin membuat Harris panas.

"Apa kau merepek ni? Kau meroyan sebab dia dah tak nak kan kau?" sindiran Adam dibalas.

"Sedarlah sikit Harris, kau jadi mangsa dia untuk lupakan aku je. Aku tak nampak pun yang korang ni bahagia." Harris mengetap bibir, penumbuknya memang tunggu masa untuk dilayangkan.

"Kau tak perlu masuk campur urusan rumah tangga aku, Adam. Aku cuma minta kau jauhkan diri dari bini aku, susah sangat ke?"

"Depends. Aku cabar kau, kalau betul kau sayangkan bini kau tu. Suruh dia lupakan aku. Senang kan. Amacam?"
Haris cuba mengawal emosi. Pantang betul dia kalau dicabar begitu.
"Takkan tak boleh kot. Come on, Harris!"

'Bbukk!!' satu tumbukan mengenai pipi Adam.

"Sekali lagi kau kacau bini aku, lebih dari ni aku kasi!" Harris mengatur langkah pergi dari lot parking itu. Puas hatinya dapat membalas tumbukan Adam tempoh hari. Adam benar-benar menguji kesabarannya kali ini. Jiwa lelakinya tercabar.

"Celaka kau, Harris!" Adam merengus marah. Pipinya membahang akibat pukulan tadi. Fikirannya ligat memikirkan cara untuk membalas dendam. "Bodoh punya Harris!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience