11

Romance Completed 31338

Kereta BMW hitam itu dipacu laju di atas jalan. Harris keluar dari rumah sepantas kilat setelah menerima panggilan dari Anis mengatakan dia sedang diganggu Adam di rumahnya. Lelaki itu memang tidak pernah serik mendekati Anis. Sesampainya di hadapan rumah Anis, kelibat Adam berada betul-betul di hadapan pagar rumah. Harris memarkir keretanya tidak jauh dari situ. Dia lantas keluar dari kereta.

"Adam!" Harris mencuba untuk tidak menguatkan suaranya.

"Apa kau buat kat sini Harris?" Adam membalas.

"Patutnya aku yang tanya kau soalan tu. Apa kau buat kat sini? Terpekik terlolong malam-malam macam ni?"

"Oh. Kau nak berlagak hero depan aku ke? Kau peduli apa aku buat kat sini? Kau blah la wei!" Adam menolak kasar bahu Harris.

"Kau yang blah dari sini! Kau nak apa dengan Anis?!" Giliran Harris pula menunjal bahu Adam. Kesabarannya mulai menipis.

"Bukan hal kau la, kau nak sibuk kenapa?! Kau jangan ingat kau bagus sangat la! Jantan macam kau ni memang tak boleh tengok orang senang kan!" Adam menghambur kasar.

"Baik kau balik sebelum aku telefon polis."

"Aku takkan balik sebelum Anis tak keluar. Kau jangan nak masuk campur urusan aku!"

"Dia takkan keluar. Dia dah tak nak jumpa kau, apa lagi kau tak faham?!!" Harris hilang sabar.

"Kau diam!!!" Penumbuk Adam singgah di pipi Harris. Lelaki itu menganduh kesakitan. Belum sempat dia ingin membalas, Adam terlebih dahulu menarik kolar bajunya.

Anis yang dari tadi bersembunyi di dalam rumah keluar akhirnya setelah Adam mulai bertindak kasar ke atas Harris. Dia meluru ke arah pintu pagar ketika keduanya sedang bergelut.

"Adam! No!!" Adam hampir sahaja melayangkan sebiji lagi penumbuknya sebelum Anis muncul.
Harris mengambil peluang itu untuk membuat serangan balas. Kaki Adam ditendang kuat, dia cuba meloloskan diri dari pegangan Adam.

"Stop, Harris!" Anis cuba meleraikan pergaduhan dua lelaki di hadapannya.

"Anis! Stay away!" Harris menghalang campur tangan Anis.

"No, stop! Apa ni Adam!" Anis cemas melihatkan bibir Harris yang sudah berdarah akibat tumbukan Adam tadi.

"You tak boleh ada hubungan dengan dia ni! Anis dia sengaja nak sakitkan hati i! Dia cuba nak buat you benci kat i Anis!!"

"Diam! I tak nak dengar!!"

"Anis! Dia memang nak tengok kita gaduh! Dia ni memang dah lama tak puas hati dengan i! Dia nak rampas i dari you!!" Adam terus menyalahkan Harris. Amarahnya membuak-buak.

"Kau jangan....!!" Harris cuba membalas tengkingan Adam namun sempat dihalang.

"Stop! You know nothing Adam! Jangan libatkan Harris dalam hal ni!! You balik!!!" jerit Anis. Dia sudah tidak tahan dengan situasi itu.

"You halau i sebab jantan ni?" mata Adam berkaca, jarinya menunjuk tepat ke arah Harris.

"Balik, Adam. Please."

"Apa dia dah hasut you sampai you benci macam ni kat i? You dengar cakap jantan ni, Anis??"

"I cakap balik!!!" Adam terdiam. Dia mengundur setapak. Anis masih tidak memandangnya. Namun dia nampak air mata gadis itu gugur satu persatu. Dia akur.

.
. .

Malam itu Harris menghantar Anis pulang ke rumah orang tuanya. Dia bimbang Adam akan kembali ke situ. Sekurang-kurangnya Anis sedikit selamat. Anis berkeras ingin dia ke klinik untuk mendapatkan rawatan namun ditolak atas alasan dia tidak mahu memperbesarkan masalah. Yang penting buat masa itu adalah keselamatan Anis. Setakat bibir pecah, apalah sangat.

"Ya Allah.. Macam mana sampai boleh jadi macam ni Harris? Anis?" Datuk Ismail bersuara setelah melihat muka Harris yang mula menunjukkan kesan lebam.

"Adam yang serang Harris, ayah." Anis hanya menunduk. Dia rasa bersalah kerana telah merisikokan lelaki itu. Dia tidak sangka Adam akan bertindak sejauh itu.

"Teruk tu Harris, elok kalau ke klinik." Datin Suria seriau melihat kesan biru di tepi bibir Harris.

"Sikit je ni, aunty. Harris okay."

"Memang dah melampau si Adam tu!" Datuk Ismail mendengus. Dia memang tidak pernah menyenangi bakal menantu tak jadinya itu. Adam memang agak baran, namun dia bijak menyembunyikan sikapnya itu bila di hadapan Anis.
"Kita kena buat report polis!"

"Ayah, jangan." Anis membantah. Walaupun dia marahkan Adam, dia tidak sanggup melihat Adam sampai ditahan polis. Masih ada secebis kasihan dalam dirinya.

"Kenapa? Nak dia buat benda teruk lagi baru nak report? Tengok apa dah jadi dengan Harris? Orang macam tu dah tak betul!" tegas Datuk Ismail.

"Anis tak sampai hati..." tutur Anis perlahan.

"Nanti dia ganggu Anis lagi macam mana? Anis dah tak selamat sekarang tahu?!"

"Betul cakap ayah tu, biar polis yang uruskan hal ni. Ibu tak nak dia ganggu Anis lagi." pujuk Datin Suria. Anis memandang Harris yang diam sejak tadi, berharap lelaki itu berkata sesuatu. Harris membalas pandangannya lama, dan pandangan itu susah untuk ditafsirkan Anis.

"Saya boleh lindungi Anis." Kata-kata Harris membuatkan semua di situ memandangnya.

"Izinkan saya untuk memperisterikan Anis, uncle, aunty." Anis terkejut bukan kepalang. Wajah Harris dipandang serius. Datuk Ismail dan Datin Suria juga terdiam.

.
. .

"Awak dah gila ke Harris?!!" tegas Anis.

"Saya serious, Anis. Saya tak gila." Harris berlagak tenang. Memang dia sudah lama berniat untuk menyatakan hasratnya itu. Entah mengapa hari ini dia berani meluahkan permintaan sebegitu.

"Awak ingat kahwin ni perkara main-main ke? Awak tak bincang apa-apa pun dulu dengan saya!" Anis tetap tidak setuju. Dia masih bingung memikirkan hal yang baru terjadi, kini dia harus terbeban pula dengan permintaan tak masuk akal Harris.

"Saya tak main-main, Anis. Awak tahu apa perasaan saya dekat awak." Suara Harris mengendur, dia tahu Anis sedang dilema.

"Jangan merepek la Harris!"

"Anis, saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya."

"Awak dah gila!" Anis berlalu pergi meninggalkan Harris sendiri. Dia menonong masuk ke dalam rumah tanpa berpaling lagi.

Harris meraup mukanya berkali-kali. Dia sedia maklum akan reaksi Anis. Perempuan mana yang tak kalut kalau tiba-tiba diajak kahwin. Mungkin betul apa Anis cakap. Dia dah gila. Gilakan Anis Inara. Cuma dia masih tahu membezakan baik buruk. Harris perlu berusaha lebih untuk mendapatkan Anis. Dia tak akan mudah berputus asa. Itu janjinya kepada diri sendiri. Dia yakin akan perasaannya terhadap Anis. Berharap gadis itu merupakan jawapan kepada doanya selama ini.

.

"Anis, buka pintu ni. Anis dengar dulu ibu nak cakap ni." Datin Suria masih mengetuk pintu bilik anak daranya sorang itu. Hampir tiga jam Anis berkurung di dalam bilik setelah mereka balik daripada keluar bersama tengah hari tadi. Mana tidaknya, Adam muncul lagi sewaktu mereka berada di mall. Kali itu, Datin Suria sendiri memberi amaran kepada Adam supaya menjauhi Anis. Sudahnya, Anis hanya mengurung diri di dalam bilik. Sesekali terdengar bunyi gadis itu menangis.

Manakala di dalam bilik, Anis masih berteman air mata. Kusut fikirannya, hanya Tuhan yang tahu. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Pintu biliknya dikuak dari luar setelah ketukan bertalu diendahkan dari tadi.

"Anis.." Datin Suria terpaksa menggunakan kunci pendua untuk masuk ke bilik Anis. Dia duduk bersebelahan Anis di sisi katil. Gadis itu masih diam. Mukanya sembap.

"Anis, ibu tak suka tengok anak ibu macam ni." Anis ditarik ke dalam pelukannya. Esakan gadis itu bertambah kuat.

"Ibu... Anis dah tak tahu nak buat apa."

"Sampai bila Anis nak menangis sebab lelaki tu. Sakit hati ibu tengok dia buat Anis macam ni."

"Maafkan Anis.. "

"Anis dengar cakap ibu. Kali ni, ibu mintak sangat-sangat Anis dengar." Tangan Anis dipegang erat. Anis memandang ke wajah Datin Suria. Wanita berusia 50-an itu jelas berharap.

"Satu saja cara untuk Anis lupakan Adam. Untuk dia berhenti ganggu hidup Anis... Kahwin dengan Harris, nak."
Anis terkesima. Dia kehilangan kata.
"Ibu yakin dia boleh jaga Anis. Beri dia peluang. Buka hati Anis untuk Harris."

"Ibu, Anis..."

"Anis dah janji dengan ibu kan? Ibu mintak sekali ni saja, untuk kebaikan Anis. Ibu tak nak Anis menangis sebab Adam lagi. Anis berhak bahagia." Datin Suria memujuk lagi. Anis menunduk pandangan dengan hati yang berat. Seberat permintaan Datin Suria. Mana mungkin dia boleh hidup dengan orang yang dia tidak cintai.

.
. .

"Kamu dah fikir masak-masak?" tanya Datuk Ismail. Walaupun dia dan Datin Suria sudah sepakat menerima Harris sebagai menantu mereka, dia tetap memerlukan kepastian dari lelaki itu sendiri.

"Saya yakin, uncle." Harris menjawab yakin. Jawapan yang sama diberikan kepada orang tuanya setelah beberapa hari dia menyuarakan hasrat hati untuk meminang Anis sebagai suri hatinya. Bukan main senang hati mereka.

"Baguslah. Uncle harap Harris boleh jaga Anis sebaiknya. Uncle dengan aunty tunggu rombongan meminang dari Harris, kalau betul Harris serius." ujar Datuk Ismail, dia tahu Harris pasti tidak akan menghampakannya.

"Inshaallah uncle, dalam masa terdekat ni kalau tak ada apa-apa halangan. Cuma Anis..."

"Jangan risaukan Anis.. Dia pasti akan terima Harris." Datuk Ismail membalas tanpa sempat Harris bertanya lanjut. Hanya itu yang Harris risaukan sebenarnya. Penerimaan gadis itu membuatnya tidak tidur malam. Restu kedua orang tua Anis sudah dia dapatkan. Itu lebih penting buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience