15

Romance Completed 31338

Perasan akan riak wajah Anis yang berubah, Harris bertanya.

"Kenapa tu?"

Dahi Anis berkerut seribu sebelum telefon bimbit di tangannya diserahkan kepada Harris.
Harris membaca paparan yang tertera di skrin.

'Congratulation on your wedding. Semoga you berbahagia atas penderitaan i :( '- Adam

Harris bengang membaca pesanan dari Adam, namun emosinya masih terkawal.

"Anis block je nombor dia. Pandai-pandailah abang handle dia nanti."

"Apa abang nak buat dekat dia?" Anis mendekati Harris di birai katil. Risau pula mendengarkan kata-kata Harris tadi. Si Adam pun satu, tak faham-faham bahasa lagi!

"Warning dia jangan kacau bini abang. Abang tak suka tengok dia hantar mesej bukan-bukan macam tu kat Anis." Harris membalas, matanya kembali ke skrin televisyen.

"Anis tak nak abang gaduh dengan Adam macam hari tu." Anis sedikit memujuk. Kalau ikutkan memang dia terganggu dengan perbuatan Adam, tapi dia masih kasihankan lelaki itu. Baran Adam memang tak boleh dijangka, apa sahaja boleh berlaku jika lelaki itu sedang marah.

"Tahu... Pandailah abang settle. Anis jangan layan dia." Harris bertegas. Adam memang sengaja nak cari fasal nampaknya!
Anis diam selanjutnya, takut pula hendak bersuara lebih-lebih. Karang Harris fikir dia ingin menyebelahi bekas tunangnya itu.

.
. .

Setelah dua hari, Harris dan Anis check out dari hotel. Tak boleh berlama-lama kerana Harris perlu masuk ke pejabat pula untuk meneruskan tugas seperti hari biasa. Tengah hari itu Harris membawa Anis ke rumah yang telah dibeli beberapa bulan sebelum perkahwinan mereka. Rumah banglo yang agak besar, dan sudah siap serba-serbi itu bakal menjadi tempat tinggal mereka berdua.

"Welcome to our house." ucap Harris sewaktu pintu hadapan rumah dibuka dan mempersilakan Anis masuk. Luggage yang dibawa bersama ditarik ke dalam.

"Our house?"

"Yes, Puan Anis."

"Bila masa abang siapkan semua ni? Anis tak tahu pun..." Hiasan dalaman rumah itu benar-benar menarik minat Anis. Tak kurang hebat citarasa lelaki itu. Mahu saja dia menjelajah ke seluruh isi rumah.

"Sebelum wedding. Surprise?? You like it?" Harris meminta pandangan.

"Suka. Cantik."

"Interior semua abang upah orang yang hiaskan. Glad if you like it."

"Tapi tak besar sangat ke? Kita berdua je pun." Anis berjalan-jalan lagi di sekitar ruang tamu rumah itu.

"Siapa cakap kita berdua je?" Harris berpeluk tubuh, suka dia melihat reaksi Anis yang tertanya-tanya.
"Our family. Abang nak anak ramai so yeah...." kata-kata Harris mengundang perasaan segan Anis.

"A-aa.. Emm... Bilik kita yang mana satu?" Anis pantas mengubah topik. Seram pula bercerita hal anak!

"Bilik kita??"

"Dah tu abang nak tidur sorang? Anis okay je..."

"Eh eh, tak. Abang tanya je la. Come." Tangan Anis diraih menuju ke ruang atas yang menempatkan tiga buah bilik tidur. Bilik tidur utama berada di paling hadapan tangga. Anis menuruti langkah Harris. Kalau la ibunya tahu mereka tidur asing-asing nanti habislah dia kena marah!

.
. .

Malam itu mereka dinner di rumah setelah seharian membeli barang dapur dan memindahkan barang-barang Anis dari rumah lama.

"Pandainya isteri abang masak. Kenyang!" puji Harris sewaktu membantu Anis mengemas meja makan. Anis senyum bila dipuji begitu, rasa dihargai. Nasib baik dia telah banyak belajar dari Datin Suria, tidaklah kekok kalau disuruh memasak di rumah sendiri.

"Abang naik la atas dulu, biar Anis yang kemas dapur ni." Dia masih lincah mencuci pinggan di sinki.

"Ok, abang naik dulu."

.

Harris menutup pintu bilik dibelakangnya apabila terlihat telefon bimbit Anis di meja berhampiran katil.

Dia terpanggil untuk membuka telefon milik Anis itu untuk mendapatkan contact number Adam. Perhitungan face-to-face perlu dibuat, dah la dia makan penumbuk lelaki itu kali terakhir mereka jumpa! Iphone Anis berjaya di 'unlock' memandangkan gadis itu tidak menggunakan sebarang kata laluan. Bukan dia bermaksud untuk menceroboh hal peribadi Anis, tapi dia terpaksa dan ingin tahu! Call log diperiksa, tiada pula nama Adam di situ. Dibuka pula ruang mesej, juga tidak dijumpai. Ah, mungkin Anis sudah delete. Pencarian senyap-senyap itu berakhir setelah dia gagal menemui sebarang maklumat. Telefon dikembalikan di tempat asal. Harris sedikit lega, sekurang-kurangnya dia tahu Anis tidak berhubung dengan Adam tanpa pengetahuannya. Mungkin.

Matanya tertancap pula pada timbunan barang-barang peribadi milik isterinya itu yang diletakkan di suatu sudut. Kelihatan beberapa buah kotak bersama beg berisi pakaian yang diangkut dari rumah lama Anis, belum selesai dikemas. Harris beralih pula ke situ sambil terjenguk-jenguk ke arah pintu. Bimbang kehadiran Anis tidak disedari.

Setelah yakin Anis belum naik, Harris meninjau ke arah sebuah kotak bersaiz sederhana berwarna merah dengan corak hati kecil-kecil. Ingin benar dia tahu isi kotak itu.
Setelah dibuka, terdapat sebuah album gambar, sebiji kotak baldu berwarna merah hati, dan beberapa keping sampul surat didalamnya. 'Barang dari Adam kot.'

Album gambar dibawa keluar. Harris membelek halaman yang berisi gambar-gambar Anis seorang diri. Setelah beberapa halaman, terpapar pula gambar Anis dan Adam, sewaktu majlis pertunangan mereka. Perasaan cemburu menjentik hati Harris. Wajah Anis nampak ceria. Alangkah indah kalau dia seceria itu di majlis perkahwinan mereka tempoh hari. Ini tidak, senyum terpaksa sahaja!

Sambil itu, dia Harris sempat membaca sekeping kad dari banyak-banyak sampul surat yang turut di dalam kotak itu. Tiada apa yang menarik, cuma ayat ucapan berbunga-bunga yang ditulis oleh Adam kepada Anis. Ah, perempuan memang sentimental bab-bab begitu. Harris tidak sedar bahawa Anis sudah pun sampai di muka pintu bilik.

"Abang! Apa abang buat ni?!" Anis terlebih dahulu merampas sampul surat di tangan Harris. Marah betul dia apabila barang peribadinya diusik. Harris terkejut dengan tingkah Anis.
"Boleh tak jangan usik barang peribadi Anis macam ni. Anis tak suka la!" Laju sahaja Anis mengangkat kotak tadi keluar bilik. Sebal rasanya bila Harris sesuka hati menyelongkar barang-barang dia.

"Anis, maaf. Abang cuma..." Harris tak sempat bersuara.

"Tepi.."

Sebuah bilik kosong di hujung tangga dimasuki Anis, kotak di tangan dihempas di situ. Pintu bilik dikunci dari dalam. Entah angin apa, tiba-tiba dia emosi begitu. Kotak itu terlalu peribadi baginya. Segala kenangan sewaktu bergelar tunangan Adam disimpan di dalam itu. Ingin dibuang, dia rasa sayang. Agak lama kotak itu dia simpan, dia sendiri sudah lupa apa isi di dalam sehinggalah Harris membukanya sebentar tadi.

Anis terduduk sambil mendengus kecil. Harris dari tadi mengetuk pintu bilik dari luar.

"Anis. Buka pintu ni. I'm sorry. Salah abang sebab usik barang Anis tanpa izin. Bukak pintu ni sayang!" Harris masih setia berdiri di luar bilik. Aih, tersilap langkah merajuk pula bininya tu.

Anis diam, album gambar dari kotak kini di dalam tangannya. Diselak semula helaian yang tersimpan seribu satu memori itu. Dia sebak lagi. Bertunang dengan orang lain, tetapi berkahwin dengan orang lain. Sekelip mata dirasakan nasib hidupnya berubah. Sudahlah diputuskan dengan cara menyakitkan, terpaksa pula menjalani hidup dengan orang yang tak dicintai. Anis menangis sendiri.

.
.

Harris terkejut agak lewat pagi itu. Ketika bangun untuk mengerjakan solat subuh, isterinya sudah tiada di sisi. Semalam dia ada melihat wanita itu tidur di sebelahnya, itu pun setelah waktu 2 pagi. 'Tentu dia masih marah tentang hal semalam.'

Hari itu Harris akan mula bekerja. Dia perasan Anis telah menyiapkan pakaian kerjanya pagi itu. Walaupun kelibat si isteri masih belum kelihatan, Harris senang hati sedikit. Wanita itu masih ambil berat tentangnya.

Harris turun ke bawah dan menapak ke dapur setelah yakin isterinya ada di situ. Sampai di dapur, dia lihat Anis sedang mengacau air di dalam teko. Terasa dirinya di perhatikan, Anis hanya diam membisu. Dia sedar kehadiran Harris di situ. Harris merapati Anis yang membelakanginya.

"Morning, sayang." Harris berlagak tenang. Dalam hatinya takut juga kalau isterinya tengah moody. Bahu Anis dirangkul lembut.

"Abang duduklah, Anis dah masak breakfast." Anis pantas menghidangkan sepiring mihun goreng yang telah disediakan awal pagi tadi. Marah, marah juga. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap harus dilaksana. Nanti-nanti dia boleh sambung mogok!

"Thanks, sayang." Harris menghirup habis teh o yang dibancuh Anis. Sepanjang mereka sarapan, Anis hanya membisu. Harris pula buntu, kalau keadaan ini berterusan nanti dia tak dapat fokus pada kerja pula!

Anis mengiringi Harris ke pintu hadapan tanpa kata. Mahu tak mahu, kena juga dia melayan lelaki ini. Sebelum melangkah keluar, Harris berpaling ke arah Anis.

"Sayang, about last night... Im ..."

"Abang pergilah kerja, nanti lewat." Anis memotong kata-kata Harris. Tak ada mood rasanya hendak dia berbincang soal semalam. Harris mengangguk akur, mungkin Anis perlukan masa. Tangannya ringan mengusap pipi Anis, dalam hatinya tak henti-henti mengucap maaf untuk si isteri. Anis mencapai tangan Harris itu dan dibawa untuk dicium.

"Take care."

"Anis pun. Apa-apa call abang."

Belum pun kereta Harris melepasi pintu pagar rumah mereka, Anis sudah terlebih dahulu masuk ke dalam. Debaran di dada masih belum hilang, suatu perkara yang dia paling tak gemar kalau berhadapan dengan Harris.

.
.

Anis sengaja sampai di butiknya agak lewat hari itu. Hari Isnin, dia masih berasa malas-malas. Nasib baik dia punya staf-staf yang boleh diharapkan, tak perlu dia tergopoh-gapah untuk masuk kerja.

"Hai pengantin baru! Apa khabar?" Sapa Nadhirah dari luar pejabat Anis. Saja dia mahu mengusik Anis.
"Kenapa ni, masam je. Tak puas cuti lagi ke pengantin baru kita ni?" tanya Nadhirah lagi, bukannya dia tak perasan muka Anis yang tak ceria itu.

"Yelah, kalau boleh aku nak cuti kahwin sebulan!" Anis memberi alasan untuk menutup masalah yang sedang melandanya. Dia bermain-main dengan jemarinya yang masih merah. Betul kata Nadhirah, dia masih 'pengantin baru', tapi awal-awal dah start 'perang'.

"Amboi... Pergilah honeymoon, apa susah."

"Banyak kerja lah..." Sejujurnya, Anis masih belum berfikirkan hal bulan madu. Kahwin pun bukan sepenuh hati, honeymoon? Entah lah.

"Kerja mana pernah habis Puan Anis oi.."

"Emm...Dirah. Aku tanya something boleh?" Anis berhati-hati membuka bicara. Silap bercerita, panjang pula bebelan Nadhirah nanti.

"Apa?" Nadhirah setia mendengar.

"Kau rasa Harris boleh ke terima aku? Dan masa silam aku?"

"Masa silam, you mean masa kau dengan mamat tak guna tu? Emm, i mean Adam." menyampah pula kena sebut nama lelaki itu. Anti juga Nadhirah dengan lelaki bernama Adam itu. Anis hampir tergelak melihat dia tayang muka menyampah.

"I think its not a problem. Dia dah kahwin pun dengan kau. Aku rasa dia boleh terima kau sepenuh hati. Sekarang ni terpulang pada kau je." agak tersirat ayat Nadhirah. Anis terdiam sebentar.
"You will forget him someday, Anis. Harris will make you happy."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience