9

Romance Completed 31338

Pagi itu Harris dan Anis meluangkan masa di sebuah expo dan sebelah tengah hari pula ke mall untuk menonton wayang. Mereka berjalan beriringan ibarat teman istimewa. Anis tidak menafikan, Harris seorang yang gentleman dan pandai mengambil hatinya. Dan dia selesa bersama lelaki itu. Namun, ada sebahagian kecil hatinya ingin berjaga-jaga. Susah kalau dia jatuh hati dengan Harris. Dia takut tersilap langkah lagi.

"Thanks sudi keluar dengan saya hari ni. Saya pun jarang dapat keluar jalan-jalan macam ni." luah Harris sewaktu mereka sedang lunch di sebuah restoran di dalam mall itu.

"Hmm...perli saya ke?"

"Eh, no la. Saya ikhlas." Memang pecah rekod la Harris keluar berdua dengan perempuan. Dah la tadi ramai mata-mata memandang mereka dari tadi.

"Sorry sebab sebelum ni saya tak berkesempatan terima ajakan awak. Anyway, thanks jugak belanja makan hari ni. Dengan barang ni lagi." ucap Anis. Dia semakin tidak kekok untuk membalas senyuman lelaki di hadapannya ini. Kerana Harris sememangnya kaya dengan senyuman, menambahkan lagi manis wajah maskulinnya itu.

"My pleasure. Hmm... Anis. Boleh tanya something?" Harris memberanikan diri mengatur langkah seterusnya. Selagi dia tidak bertanya, selagi itu hatinya tidak keruan!

"Anything."

"Emm... Awak tak ada teman istimewa ke? I mean, awak tak kisah ke keluar dengan saya?" memang Harris semahunya ingin mengelak daripada menyukai mana-mana orang yang sudah berpunya. Itu bukan caranya.

Anis terdiam sejenak. Tidak sangka kali ini soalan dari Harris agak serius. Riak wajah Harris seakan innocent dan ingin tahu, rasanya tidak salah kalau dia berterus terang.

"Tak ada. Kalau tak, tak adalah saya keluar dengan Harris macam ni." balas Anis.

"Ya jugak kan. Hehe." dalam hati Harris sukanya bukan kepalang. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia melompat di situ.

"How bout you? Takkan tak ada orang special? Macam tak percaya je." Anis memulangkan soalan. Teringin juga dia tahu tentang lelaki itu. Lagipun Harris jarang bercerita, sebaliknya Harris lebih suka bertanya tentang dirinya.

"Saya? Samalah macam awak. You got to believe me."

"Biar betul? Orang yang ada rupa, kerja bagus macam awak ni tak ada someone special? Atau awak ni memilih?" tebak Anis, saja ingin mengenakan lelaki itu. Harris gelak kecil.

"Betul. Is that a compliment, Miss Anis?"

"Well, yeah."

"Thanks. Tapi macam ni lah saya. Agaknya saya ni membosankan. Orang cakap im workaholic. Sampai tak ada masa nak bercinta. I guess betul la kot. You know, paling kelakar bila ada orang mengata yang saya ni tak suka perempuan. Dalam erti kata lain... "

"Gay? Oh my goodness. But, memang awak tak pernah keluar dengan mana-mana perempuan ke?" Anis bertanya, sungguh dia tak percaya. Orang di hadapannya ini bukanlah biasa-biasa kalau nak diikutkan.

"Ada. But most of them, saya dipaksa. My mom suka aturkan blind date." Harris menjongket bahu.

"Oh.. So, ramai yang dah kena reject la ni? Thats why awak kena label macam tu?" duga Anis.

"Nahh... Perasaan mana boleh paksa kan?"

"Betul. I pun workaholic, kalau awak nak tahu. Tapi nak buat macam mana. Dah itu kerja hari-hari kan?" sokong Anis.

"Yup. Thats why mama saya bising-bising tanya bila nak kahwin. Honestly, saya pun tak sure bila." Harris semakin rancak bercerita.

"Ya Allah, sama lah kita." seketika mereka saling gelak mendengar kisah masing-masing.

.

Sebelum mereka pulang, Anis meminta diri ke toilet. Harris pula hanya menunggu di sebuah bangku berdekatan kawasan tandas itu. Sejurus sahaja Anis keluar dari toilet, dia bergegas berjalan mendapatkan Harris. Namun, langkahnya terbantut setelah bertentang mata dengan seseorang. 'Adam.' Kebetulan lelaki itu juga memandang ke arahnya.
Anis cepat-cepat melarikan pandangan dan meneruskan langkah. Pantas dia menyelinap di sebalik orang ramai untuk mengelak daripada bertembung dengan Adam.
Adam pula laju mengekori Anis dari belakang. Dia tidak boleh lepaskan peluang itu.
Harris bangun dari duduk setelah melihat kelibat Anis dari jauh menuju ke arahnya.

"Done?" tanya Harris. Anis kelihatan ingin cepat.

"Dah. Jom balik?" ajak Anis. Dia tidak ingin lama-lama di situ. Belum sempat mereka berjalan jauh, nama Anis dipanggil dari arah belakang. Anis tidak berpaling. Dia sudah mengecam suara itu. Harris pula yang berpaling ke arah suara itu.
Pandangan Harris dan Adam berlaga. Wajah Adam kelihatan tegang. Harris pula berlagak biasa. Tahulah dia kenapa Anis rushing mahu pulang.
Anis masih tidak memandang, dia buntu. Tanpa sebarang amaran, tangannya pantas meraih jari Harris di tepi sambil berpaling. Harris tersentak namun dibiarkan Anis memegang erat tangannya. Anis mengumpul kekuatan, dia tidak ingin kelihatan lemah di hadapan Adam. Dia terpaksa!

"Adam." Anis memandang Adam dengan riak selamba. Adam menahan sebal di hati melihat dua orang di hadapannya itu. 'Sejak bila Harris berhubungan dengan Anis?' Pegangan tangan Anis dan Harris dia buat-buat tak nampak.

"Boleh cakap sekejap?" tanya Adam. Anis masih diam.

"Kalau awak nak cakap dengan Adam, just go on." bisik Harris kepada Anis. Gadis itu hanya mengeleng perlahan.

"Saya tak nak. Saya nak balik." bisik Anis kembali. Tangannya beralih pula kepada lengan sasa Harris. Adam makin sakit hati melihat kemesraan Anis dan Harris. Wajah Harris dipandang dengan rasa meluat.

"Sorry, kita orang kena cepat. Jom sayang." Anis bersuara, lengan Harris ditarik pergi dari situ. 'Apa kau buat ni Anis?' Harris hanya mengikut, dia sedia maklum akan Adam yang dah mencuka dari tadi.

"Wait, Anis! Please." Adam memanggil lagi. Tapi kali ini Harris pula bersuara.

"Bro, kita orang ada hal. Lain kali ya?" sindir Harris. Tangannya mencapai jemari Anis dan membawa gadis itu pergi dari situ. Adam mendengus keras. 'Kurang ajar punya Harris!'
Adam melihat pasangan itu beredar dengan perasaan tidak puas hati. Anis memang sengaja ingin sakitkan hati dia. Takkan semudah itu mereka boleh rapat? Adam mengepal penumbuk, cuba untuk bertenang. 'Takpa Anis, next time kita jumpa lagi.'

.

Suasana dalam kereta sunyi. Anis membisu sejak tadi. Harris pula lebih memilih untuk diam, dia tahu Anis sedang dalam keadaan tidak baik. Hebat juga lakonan mereka di depan Adam tadi. Dia dapat rasa getaran hebat sewaktu Anis memegang tangannya tadi. Dia dapat rasa kegelisahan gadis itu. Namun, dia tidak pasti apa berlaku di antara Anis dan Adam. Kenapa Anis begitu setiap kali bertemu Adam.

"Sorry." suara Anis memecah kesunyian setelah mereka sampai di hadapan rumah Datuk Ismail.

"It's okay. Saya faham. Anis okay ke tak ni?" pujuk Harris.

"Okay. Maaf susahkan awak." Anis tertunduk memandang jari-jemarinya. Alangkah malunya dia sewaktu jari itu dengan selambanya memegang tangan Harris tadi. Tentu lelaki itu ingat dia perempuan gatal.

"Takda apa lah. Jangan fikir sangat. Anything awak nak cerita, saya sedia dengar. Sorry jugak, kalau saya tak bawa awak pergi situ maybe..."

"Bukan salah Harris. Kebetulan aje tu." Anis memotong. Pasti Harris keliru dan tidak tahu apa yang terjadi antara dia dan Adam. Mahu sahaja dia bercerita, namun waktu tidak mengizinkan. 'Lain kali lah'

"Anyway thanks for today. Untuk barang-barang ni. Buat susah awak je." ucap Anis. Banyak juga barang yang dia sempat beli bersama Harris tadi. Katanya, buah tangan untuk Datuk Ismail dan Datin Suria juga ada.

"No problem. Kejap, saya bukakan pintu." Harris keluar untuk membukakan pintu kereta untuk Anis. Anis hanya memandang dengan senyuman. 'Baik betul Harris ni, beruntung siapa yang dapat dia.'

"Saya masuk dulu. See you later."

"Okay. Apa-apa jangan segan untuk call saya." pesan Harris. Anis hanya mengangguk.

"Bye."

.
.

"Babe, serius lah?!!" Nadhirah separuh menjerit di hujung talian. Teruja dia bila mendapat tahu Anis keluar dengan Harris siang tadi.

"Iye, Dirah. Jangan kuat sangat la!"

"Oh my God. So macam mana? Best tak?" tanya Nadhirah penuh minat.

"Ok la. Harris okay je. Dia baik sangat, kadang-kadang aku rasa macam malu. Entah lah, susah nak cakap. Aku pun tak faham apa aku rasa, Dirah." luah Anis.

"Hmm... Kenapa? Apa kau rasa?"

"Aku rasa selesa bila dengan Harris...tapi. Aku tak tahu. Aku..."

"Anis.. Kau kena buang rasa ragu dalam diri kau tu. Lupakan apa yang dah jadi. Jangan terlalu takut, sampai nak nafikan perasaan sendiri."

"Kalau perasaan aku ni salah?" dia cuba merahsiakan pertemuan mereka dan Adam siang tadi. Kalau Nadhirah tahu, lagi dia kena bebel.

"Mana kau tahu salah? Kau belum cuba kan? Tapi terserah. Kau tahu apa yang kau patut buat. Sebagai kawan, aku cuma mampu nasihat." kata-kata Nadhirah membuat Anis berfikir lagi.

Sejujurnya, perasaan yang dirasakan sewaktu bersama Harris memang tak dapat dia gambarkan. Anis takut kalau-kalau dia yang terlampau berharap sedangkan Harris hanya melayannya ibarat seorang teman biasa. Takkanlah Harris sukakan dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience