Harris memandu keretanya menuju pulang ke hotel setelah selesai mesyuarat. Sepanjang perjalanan, dia tidak henti teringatkan isterinya. Lagu yang bergema di radio pula seakan-akan mengerti akan perasaannya ketika ini. Bait lirik lagu Berdiri Seorang Perindu nyanyian Ibnor Riza diamati sedalam-dalamnya.
Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji
Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia
Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan
Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu
Seteruk mana pun hatinya terluka, masih ada sayang dan rindu pada sang isteri. Mana mungkin dia membenci satu-satunya wanita yang telah berjaya menambat hatinya itu. Namun bila diingatkan tentang kata-kata yang dilemparkan kepadanya, kesabarannya tercabar. Dia jadi sedar akan letaknya dia di sisi Anis. Usahanya untuk mencari cinta gadis itu ibarat sia-sia. Belum ada tanda-tanda cintanya berbalas, malah jurang antara mereka semakin jelas.
Kereta dihentikan di tepi jalan yang berdekatan pantai. Salah satu tempat kegemarannya selama di Terengganu. Tenang bila berada di situ, terasa masalah yang membelenggu hilang serta merta. Telefon bimbit dibawa keluar, sekeping gambar panorama pantai diambil. Harris tersedar akan sekeping mesej dari Anis. Lebih kurang sejam yang lalu. Lama dia berkira-kira sebelum membukanya.
'Salam abang... Anis nak pergi rumah mama hari ni. - Anis'
Harris sedikit teruja. Namun dia tidak pula membalas.
.
.
Anis memandu sendiri ke rumah mertuanya. Selesai ke rumah ibunya pagi tadi, dia berhajat untuk ke rumah Hajah Mariam pula. Sudah lama tidak menjenguk orang tua Harris yang sudah dianggap sebagai ibu bapa sendiri itu. Tak dapat lepaskan rindu dekat anaknya,dekat parents nya pun jadi lah.
Telefon bimbitnya dikerling beberapa saat, masih tiada balasan dari Harris. Fokusnya teralih semula kepada pemanduan. Kecewa. Radio kereta dikuatkan ketika lagu kegemarannya berkumandang. Kena pula lirik lagu itu dengan situasi yang dihadapinya. Sensitif benar dia kebelakangan ini, lebih-lebih lagi bila terkenangkan suami yang tiada di sisi.
There goes my heart beating
'Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now
There goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason
There goes my hand shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
I need you now
If I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe
Dadanya sesak lagi. Makin dilayan perasaannya, makin dia ingin menangis. 'Sabar, Anis.'
.
.
"Assalamualaikum mama." Anis memberi salam sewaktu bertentangan mata dengan Hajah Mariam di muka pintu. Tangan orang tua itu disalam, masing-masing berlaga pipi.
"Waalaikumusalam. Lama tak jumpa menantu mama ni. Nampak susut aje, sihat ke ni?" Hajah Mariam menegur. Jelas juga nampak tubuh Anis yang agak kurus.
"Sihat je mama. Biasalah sibuk. Nampak sangat ke mama?" Anis berdalih, padahal dia kurang selera akhir-akhir ini. 'Rindukan anak mama la ni.'
"Takdelah, mama je yang perasan. Mari, masuk. Mama baru nak masak untuk makan tengah hari ni. Boleh kita makan sama-sama." Hajah mempelawa Anis masuk. Tak sabar mahu bersembang dengan menantunya itu.
"Bolehlah Anis tolong mama sekali."
.
.
"Jah, saya ke masjid dulu. Anis, tengok-tengokkan mama tu. Jangan bagi makan banyak sangat, nanti hmm." Haji Zainal sempat mengusik Anis dan Hajah Mariam yang sedang di hadapan tv menjamah kerepek yang dibawa Anis. Hajah Mariam hanya menjeling manja. Haji Zainal pula mengenyit mata.
"Yelah ayah." Anis tergelak kecil. Melihat kemesraan ibu bapa mertuanya itu, dia senang hati. Alangkah bagusnya kalau dia dan Harris dapat mesra begitu hingga ke tua.
"Ada saja ayah kamu nak mengusik mama."
"Usik-mengusik, membawa bahagia mama. Sweet lah mama dengan ayah." puji Anis.
"Ayah memang macam tu. Rasanya Harris tak macam tu kan?" tanya Hajah Mariam.
"Haah. Abang Harris dia memang serious macam tu ke ma?" Anis terkenangkan sikap suaminya. Jarang suaminya itu mengusik nakal.
"Harris memang jenis serious. Lain dengan kakak dia. Kalau dia tengah buat kerja, lagilah. Dan dia suka memendam. Kalau dia luah, bererti dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap. Macam masa mula-mula dia bagitahu mama ayah yang dia nak kahwin dengan Anis." Hajah Mariam bercerita panjang lebar.
"Apa dia cakap, ma?" Anis ralit mendengar. Mahu sahaja dia bertanya banyak perkara mengenai Harris. Banyak sisi lelaki itu yang dia tidak tahu.
"Dia serius. Dia cakap dia sukakan Anis. Dia betul-betul terpikat dengan Anis. Paling mama ayah tak sangka, dia berhasrat nak jadikan Anis isteri. Sebab sebelum ni dia memang susah kalau nak bercakap pasal perempuan. Semua yang mama rekemen, semua dia tak berkenan. Tapi bila dia dah pilih sendiri, kamilah orang paling gembira." Hajah tersenyum sambil bercerita.
Anis tersenyum kelat. Mata yang berair cuba dielak daripada dilihat Hajah Mariam. Dia tersentuh. Dalam ramai-ramai perempuan yang jauh lebih baik, lebih sesuai, Harris memilih dia. Dia sendiri mengakui akan keperibadian suaminya itu. Seorang yang penyabar, matang, dan pandai mengambil hati. Memang patut Harris jadi kegilaan ramai wanita. Semuanya ada pada lelaki itu.
"Anis pun tak sangka, ma."
"Suka bila mama tengok dia bahagia. Mama nampak kesungguhan dia, selalu dia minta mama ayah doakan supaya urusan dia dipermudahkan. Anis macam mana? Harris layan Anis okay?"
"Okay. Abang Harris baik sangat dengan Anis. Kadang-kadang Anis rasa macam Anis ni tak layak untuk dia." jawab Anis jujur.
"Alhamdulillah. Allah dah tetapkan jodoh Anis dengan Harris. Mama yakin Anis terbaik untuk dia. Mama harap Anis boleh jaga Harris. Satu-satunya anak lelaki mama tu." Anis ditarik ke dalam rangkulan.
"Inshaallah. Mama doakan kami.." Anis membalas pelukan. 'Maaf, sebab dah lukakan hati anak mama.' Kalau sahaja Hajah Mariam tahu akan layanannya terhadap Harris selama ini, pasti dia kecewa. Banyak perkara yang telah dirahsiakan dari mertuanya.
"Inshaallah. Mama selalu doakan."
Anis mengesat air mata yang baru ingin jatuh. Malu pula dia. Dia harus kuat. Hajah Mariam sudah memberi amanah besar.
"Kenapa nangis sayang. Aloo.." Hajah Mariam memujuk. Anis tersengih menahan malu.
"Maaf. Anis emo sikit. Anis rindu Abang Harris." terluah juga apa yang terbuku di hati. Malu diletak tepi dahulu.
"Alahai...kesian dia. Hai Harris, sibuk betul kerja sampai seminggu jauh dengan bini. Kesian menantu mama ni." Anis gelak kecil. Nasib mertuanya itu mengerti.
"Anis tidur sini jelah malam ni. Tidur di bilik Harris. Mana tahu terubat sikit rindu tu." cadang Hajah Mariam. Anis mengangguk setuju. Sekurang-kurangnya tidaklah dia keseorangan di rumah seperti malam-malam yang lalu.
Anis menguak pintu bilik Harris yang berada di tingkat atas rumah itu. Malam ini dia ingin tidur di bilik itu.
Bilik itu sudah lama ditinggalkan, namun masih ada barang-barang Harris dari apartmen lamanya yang sengaja ditinggalkan di situ. Anis berjalan-jalan sekitar bilik yang agak besar itu memandangkan dia belum mengantuk. Dia teruja melihat gambar sewaktu pernikahan mereka yang tergantung kemas di dinding. Dia atas almari pula terletak bingkai gambar-gambar Harris sewaktu kecil, dan gambar zaman belajar.
Anis mencapai salah satu daripadanya sambil mengambil tempat di atas katil. Lama ditenung gambar graduasi Harris ketika di universiti itu. Rindunya kepada Harris menebal. Rindu ingin menatap wajah itu. Rindu ingin mendengar suara Harris. Rindu segala-galanya tentang Harris. Bingkai gambar di tangan dibawa dekat ke dada. "Abang, Anis minta maaf...."
Share this novel