8

Romance Completed 31338

Malam hujung minggu berkunjung lagi. Selesai solat Isyak, Harris bermalas-malasan di atas katil sambil menonton televisyen. Tiada satu pun cerita yang menarik baginya. Suasana bosan menguasai diri. Mahu mengajak Faiz keluar lepak, katanya dia ada date dengan Nadhirah. Tinggallah dia sendirian di rumah. Bukan dia tak biasa, cuma kali ini tiada kerja untuk dia selesaikan seperti hari-hari minggu yang lain. Alangkah bagus kalau dia pun boleh keluar date dengan buah hati waktu-waktu begitu. Aih, Anis. 'Rindunya dia dengan gadis itu.'
Tiba-tiba dia teringatkan nasihat Haji Zainal tempoh hari. 'Mulakan langkah ea?' Telefon bimbit di sisi dicapai setelah berkira-kira di dalam hati. Tak salah mencuba lagi.
. Anis sedang si ruang tamu bersama Datin Suria sewaktu telefonnya berdering minta diangkat.
"Harris..?" Anis meminta diri sebelum panggilan dari Harris dijawab.

"Hello, assalamualaikum Anis."

"Waalaikumusalam. Harris."

"Sorry ganggu Anis. Buat apa tu?"

"Tak ganggu pun. Saya baru lepas makan. Kenapa Harris call?"

"Err.. Macam ni. Saya ingat nak ajak awak keluar esok. Itu pun kalau awak free lah. Kalau tak, its okay." ajak Harris untuk kesekian kali, kalau ditolak juga memang dia akan hampa.

"Oh.. Esok saya free je. Tapi saya ada kat rumah my parents ni." Anis baru sahaja ingin bercerita tentang lelaki itu kepada ibunya. Tapi, Harris pula terlebih dahulu call.

"So, saya kena minta izin dengan your parents? Boleh je." 'Haih, berani pula si Harris ni!'

"No, no its okay. Err..macam ni. Nanti saya contact awak balik untuk decide boleh?" pinta Anis. Dia tak mahu kecewakan lelaki itu, tapi dia juga perlu masa untuk berfikir. Belum pernah dia keluar berdua dengan lelaki lain selain Adam sebelum ini. Kalau ibunya tahu, habislah dia kena soal siasat!

"Okay. Boleh. Saya tunggu." Harris menunggu dengan segunung harapan.
.

"Siapa tu?" Datin Suria bertanya, Anis kelihatan seperti mahu berkata sesuatu. Anis melabuhkan punggung di sebelah Datin Suria.

"Ibu.... Anis tanya boleh?" Lengan ibunya dipaut perlahan. Tahulah, Datin Suria. Mesti ada sesuatu yang ingin Anis ceritakan.

"Iya.. Penting aje bunyinya?"

"Ada sorang lelaki ni, dia kawan Anis. Dia ajak Anis keluar, tapi Anis tak sampai hati nak tolak. Sebelum ni pun dia selalu ajak. Ibu rasa Anis patut ikut ke?" Memang kebiasaan Anis suka berceritakan hal peribadi kepada ibunya. Baginya, Datin Suria adalah salah seorang yang paling dia percayai.

"Itu aje? Ibu ingatkan apa. Ibu tak kisah, kalau Anis nak keluar pun apa salahnya. Anis tak ada buat apa jugak kan. Anyway, boleh ibu ayah kenal dengan kawan Anis tu sekali." saran Datin Suria. Jangan-jangan kawan yang dimaksudkan Anis itu seorang yang istimewa.

"Hah? Ibu nak kenal?" Anis malu sendiri. Boleh ke kalau dia kenalkan Harris dengan orang tuanya? Macam kekok aje.

"Yelah. Tak boleh ke? Atau dia tu ...." Datin Suria sudah meneka-neka. Anis cepat-cepat memintas.

"Eh, boleh. Boleh je, kawan kan? Ehehe" Anis berdalih. Aduh, harap-harap ibunya tak menganggap yang bukan-bukan. Next, kena call Harris. Aduh, dia tak biasa betul. Nervous pulak dah.
. Harris pula hampir terlelap ketika telefon di tangan berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Pantas sahaja matanya cerah kembali. Beberapa saat selepas mesej dibaca, dia bersorak sendiri.

***

Datuk Ismail dan Datin Suria sedang minum-minum di luar rumah mereka pagi itu sebelum kelihatan seorang pemuda tiba memberi salam.

"Assalamualaikum!" laung Harris dari luar pagar banglo besar itu. Kalau tak silap, itulah alamat yang diberikan Anis semalam sewaktu dia mempelawa untuk menjemput gadis itu.

"Waalaikumusalam!" Serentak Datuk Ismail, Datin Suria dan Asrul, pemandu peribadi Datuk Ismail yang turut disitu menjawab.

"Masuk la! Asrul, tolong bukakan gate tu." arah Datuk Ismail. Dari jauh pemuda itu kelihatan seperti seseorang yang dikenali. Mungkin inikah teman Anis yang dimaksudkan.

"Ok, Datuk." Asrul lekas menuju ke arah pintu pagar.

Anis yang kebetulan baru siap muncul dari dalam rumah. Dia juga terdengar salam dari luar itu, awal Harris sampai.

"Kawan Anis dah sampai agaknya tu. Kan?" tanya Datin Suria. Sekilas Anis memandang ke arah yang ditunjukkan. Harris masuk ke halaman rumah dengan berpakaian shirt lengan panjang berwarna hitam dipadankan dengan jeans biru gelap. Di belakangnya pula terparkir sebuah kereta BMW berwarna hitam. Wow. Baru Anis perasan, lelaki itu memang kacak walaupun dari jauh. Saat lelaki itu senyum kepadanya, hatinya mula berentak laju.

"Datuk Ismail? Saujana Holding?" Harris menyapa setelah mendekati Datuk Ismail. Salam dihulur tanda hormat. Tak sangka dia berjumpa dengan salah seorang sahabat bapanya ini.

"Allah, lupa nama kamu. Anak Syed Zainal kan?" Datuk Ismail menyambut salam sambil cuba mengingati lagi nama Harris.
Anis dan Datin Suria berpandangan sesama sendiri. 'Ok. Macam mana ayah boleh kenal dengan Harris?'

"Saya Ilman Harris. Tak sangka jumpa kat sini kita." Betul-betul dia tak sangka bahawa Anis Inara ini rupa-rupanya anak Datuk Ismail.

"Harris, ya ya. Kamu la kawan Anis tu ya? Patut la dari jauh tadi saya macam pernah tengok. Anis, Harris ni la CEO Sri Segara Holding. Anak Syed Zainal, kawan ayah." Melopong sebentar Anis mendengar kata-kata Datuk Ismail. 'CEO? Ok. Tenang Anis. Harris, you got to explain this to me later.' Lelaki itu hanya senyum dari tadi.

"Oh. Ya, ayah ibu. Ni lah Harris kawan Anis tu. Anis tak tahu pula ayah dah kenal." jawab Anis. Datin Suria sudah senyum penuh makna ke arahnya.

"Oh, ini la dia bang. Eh Harris tak nak minum dulu ke? Duduk la dulu." jemput Datin Suria.

"Ha, Harris. Boleh duduk dulu." sambung Datuk Ismail.

"Eh, tak apa. Susah-susah pulak. Saya datang nak ajak Anis keluar. Boleh kan Datuk?" tanya Harris sopan. Anis membuat isyarat yang dia tidak mengerti, tapi dia pasti perempuan itu ada sesuatu yang ingin diberitahu. Gadis itu kelihatan menawan dengan blouse hitam bercorak bunga merah kecil serta solekan nipis, cukup untuk membuat hati lelakinya tertawan. 'Yes, matching!'

"Boleh, boleh. Saya ingatkan kawan Anis yang mana tadi."

"Err...ayah, ibu. Kita orang gerak dulu la, nanti gerak awal boleh balik awal." Anis pula bersuara. Sebenarnya banyak perkara dia tidak sabar mahu bertanya kepada Harris.

"Nak gerak dah? Ok la kalau macam tu. Karang lewat-lewat, jammed pula jalan tu."

"Ok ayah." Kedua tangan orang tuanya disalam sebelum mengatur langkah.

"Bawak kereta tu elok-elok Harris." pesan Datuk Ismail.

"Insyaallah, datuk."

"Panggil uncle saja, ok?"

"Ok, uncle. Pergi dulu." Anis mengiringi Harris menuju ke arah kereta.

"Awak tak bagitahu pun awak CEO?" Anis berbisik. Harris tersengih.

"Awak tak tanya? After you." pintu kereta bahagian depan dibuka untuk Anis.

"Thanks." Malu pula dibuatnya. 'Gentlemen betul Harris ni.'

"You're welcome." senang betul hati Harris pagi itu. Bersua juga dia dengan pujaan hatinya tu. Lagi senang, bila dia mengenali bapa gadis itu.
. "Ada apa-apa ke diorang tu bang?" tanya Datin Suria. Seronok pula melihat Anis dengan Harris.

"Entah lah. Saya tak tahu pulak dia berkawan dengan anak Syed Zainal tu. Tapi budak tu memang baik." puji Datuk Ismail. Dia memang mengagumi cara pengurusan Sri Segara Holding di bawah Harris yang dianggapnya sama hebat ketika zaman Syed Zainal menjadi CEO.

"Sepadan pulak saya tengok diorang berdua tu bang. Abang rasa?"

"Itulah. Kita doa yang terbaik aje lah."

"Elok juga bang. Harapnya, dapat la Anis ubat luka hati dia tu. Senang saya tengok kalau dia dah mula rapat dengan orang lain. Tak ada lah anak kita tu asyik teringat kisah lama." luah Datin Suria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience