17

Romance Completed 31338

"Sayang, pleaseeee... Abang minta maaf. I'm so sorry." Puas Harris mengungkapkan kata maaf, untuk kesekian kalinya. Masih dia belum berpuas hati dengan layanan dingin si isteri. Walaupun mereka tidak bertengkar, namun suasana rumahtangga yang langsung tidak ceria benar-benar menganggu fikirannya. Pagi itu sebelum kerja, dia masih menunggu reaksi dari Anis.

"Apa abang cakap ni? Abang dah lewat nanti nak pergi kerja." Anis seboleh-bolehnya ingin menolak namun Harris dari tadi memerangkapnya di antara dinding. Mukanya dah membahang, kedudukan Harris terlalu rapat dengannya.

"I'm not going out before you forgive me. Sayang, say something please." Pipi Anis diusap perlahan, suatu tabiatnya apabila inginkan respon dari gadis itu.

"What???" Anis buat-buat tak faham. Dalam hatinya ingin sahaja dia gelak melihat muka bersalah Harris waktu itu.

"I'm sorry.. Tak seronok lah bila sayang diam macam ni. I'm really sorry. Janji lain kali abang tak buat lagi." Tangan Anis dibawa dan dicium dengan penuh rasa kesal. Mahukah Anis memaafkan dia?
Lama Anis diam sambil memerhati perilaku Harris yang bagaikan orang bersalah.

"Fine...Anis maafkan abang." Anis mengalihkan pandangan dari renungan mata Harris. Memang dia selalu kalah dengan renungan itu.

"Sayang..." Harris menarik Anis ke dalam pelukan. Syukurnya! Mahu sahaja dicium isterinya itu, tapi silap haribulan lempang yang dia dapat.
"Thanks sayang."

"Dah la, pergi office cepat! Cakap ada meeting." Anis seakan menghalau Harris, atau lebih tepat, menghalau perasaan aneh yang dirasai. Dia senang melihat wajah gembira Harris pagi itu. 'Teruk sangatkah mogok aku sampai begitu sekali dia stress?'

"Yelah. Nak pergi la ni. Bye, love. Abang sayang Anis, tahu?" tanpa amaran satu ciuman hinggap di dahi Anis.
Anis tersipu sambil menepuk lengan Harris.

"Abang ni!" muka Anis merah padam. Suka betul Harris buat dia berdebar.

.
. .

Harris menyemak dua keping tiket kapal terbang yang telah dibeli. Tiket berstatus open ke Prague itu sudah lama ditempah khas untuk bulan madu bersama isteri tercinta. Ibu bapanya sudah bising bertanyakan bila mereka mahu meluangkan masa bersama.

"So, bila nak pergi tu?" Faiz bertanya.

"Belum discuss lagi dengan Anis. Aih, tak sabar betul..." memang dia lama nantikan waktu itu, bukan senang ingin membawa gadis pujaannya itu berjalan.

"Lerr.. Elok la pergi cepat sikit. Nak tunggu korang dua free memang tak la. Masing-masing gila kerja!"

"Nak buat macam mana. Dah ada family sendiri ni kerja kena lebih lagi la."

"Eh, aku gerak dulu lah. Ada hal sikit. Jumpa kat ofis nanti. Cau, bos!" Faiz meninggalkan Harris di cafe itu untuk naik ke pejabat.

Setelah menyimpan tiket ke dalam beg tangan yang dibawa, Harris segera angkat kaki dari situ. Dia teringin untuk mencari sesuatu untuk diberikan kepada Anis sempena perkahwinan mereka yang sudah mencecah satu bulan. Ya, sudah sebulan. Begitu cepat masa berlalu.
Dalam masa sebulan juga, masih belum ada banyak perubahan bagi hubungan mereka. Namun Harris masih memujuk hatinya untuk bersabar. Nak memikat hati isteri memang tak mudah, tapi dia tidak akan mengalah.

.
. .

Anis makan seorang diri di sebuah restoran berhampiran butik tengah hari itu setelah selesai bertemu dengan client. Dari jauh, ada seseorang menanti untuk memunculkan diri.

"Hai." Adam duduk berhadapan dengan Anis. Wajah gadis itu kaget.

"You nak apa" Anis sudah bersedia untuk lari dari situ tetapi dihalang Adam.

"Wait, Anis. I datang cara baik, we need to talk." Adam turut bangun.

"Talk about what?" Anis merenung lelaki dihadapannya, serius. Adam kelihatan lain, wajahnya sedikit cengkung. Rambutnya mulai panjang, jambang di muka dibiarkan melebat. Keliling matanya agak gelap ibarat tidak cukup tidur.

"Duduk dulu, please."

"Jangan buang masa i."

"Ok, i faham. We're still good, right?" Adam cuba berkompromi.

"You bernasib baik i tak buat report polis last time, Adam. Dah-dah la buat kerja bodoh." Anis membuang pandang. Kalau bukan sebab tindakan bodoh Adam juga, mungkin hidupnya tak seperti hari ini.

"Sebab you i jadi macam ni Anis." Adam cuba menyentuh tangan Anis.

"Then stop! Stop buat hidup i kacau bilau!" Anis menepis sentuhan Adam. Melampau betul si Adam. Dia masih tahu menjaga batas, lagipun dia isteri orang.

"Kenapa? You mean hidup you kacau bilau lepas kahwin? You menyesal kahwin dengan lelaki tu?" Adam sengaja bertanya begitu, dia mahu melihat reaksi Anis.

"Jangan libatkan Harris dalam hal ni." Anis memandang Adam tajam. Panas pula hatinya mendengar soalan itu.

"You bahagia ke dengan dia?" tanya Adam sinis.

"Bahagia atau tak, bukan urusan you."

"Kenapa you masih nak paksa diri you, Anis? You buat macam tu untuk lupakan i? Betul ke you kahwin dengan dia sebab cinta?" Adam terus mengasak Anis dengan pertanyaan, membuatkan gadis itu terdiam. Puas hatinya bila melihat Anis membisu. Mungkin tekaannya benar.

"Kenapa you buat i macam ni..."

"I made mistake, Anis. I'm sorry. Takkan you tak boleh bagi i peluang kedua? Kita boleh mula semula. Daripada you sengsara macam ni."

"You dah gila, Adam." Anis menggeleng, tubir matanya mulai bergenang. Soalan Adam yang tak terjawab menambah kusut fikirannya.

"Kenapa? Dia paksa you? Dia yang paksa you untuk kahwin dengan dia kan? Entah-entah laki you tu yang gila."

'Ppap!!!' Laju sahaja tangan Anis melekat di pipi Adam. Walaupun perasaannya terhadap Harris samar-samar, dia tak betah jika Adam berkata buruk tentang suaminya itu. Isteri mana yang tak marah jika suami diherdik sebegitu rupa.

"Jangan buruk-burukkan suami i. Jaga sikit mulut you tu!" marah Anis tak tertahan-tahan.

Adam menggosok pipi yang terasa perit. Pertama kali Anis naik tangan, sebab Harris. Marah benar gadis itu nampaknya. Adam senyum sinis. Nasib baik tidak ramai orang di situ.

"I nak tengok berapa lama hubungan you dengan Harris bertahan. Kalau betul you guys saling mencintai. You tak boleh tipu diri you sendiri, Anis. Ingat apa yang i cakap ni." Adam kemudian meninggalkan Anis terkulat-kulat sendiri.

Anis masih kaku di tempat duduk, dadanya berombak menahan marah. Telefon bimbit di sisi dikerling tatkala ia berbunyi.

.

Langkah Harris terbantut apabila terlihat dua figura yang amat dikenali di sebuah restoran yang berada di hadapannya. Jambangan bunga yang baru dibeli digenggam kemas. Harris terkilan. Walaupun sudah dilarang berkali-kali, masih sahaja gadis itu mahu berjumpa dengan Adam. Adakah mereka masih berhubungan di belakangnya?

Perasaan Harris berkecamuk. Cemburu, marah, bimbang semua menjadi satu. Baru sahaja ingin merasa bahagia, dia diuji lagi. Dia beristighfar dalam hati, menepis tanggapan negatif yang bertandang. Harris segera mengatur langkah pergi dari situ.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta, Harris menghantar pesanan kepada Anis.

'Anis dekat mana? Jom lunch. -Harris'
'Anis busy, jumpa client. - Anis'

Harris mendengus halus. Terasa 'mood' nya hilang tiba-tiba.
'Kenapa Anis tak terus terang dengan abang...'

.
. .

Sepanjang mereka makan malam, Harris dan Anis masing-masing tak bercakap. Biasanya lelaki itulah yang paling banyak tanya setelah mereka berdua pulang dari kerja. Perasaan akan sikap Harris yang agak diam, Anis cuba berbasa-basi.

"Abang nak minum? Kopi? Teh? Anis buatkan."

"No, It's ok." Harris menjawab pendek. Dia bergegas naik ke bilik sebelum Anis bertanya lanjut.

'Peliknya, aku ada buat salah ke?' getus hati Anis. Risau juga kalau-kalau suaminya itu ada masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience