Rumah Haji Syed Zainal dan Hajah Mariam riuh petang itu dengan kehadiran anak menantunya yang baru datang dari Ipoh. Satu-satunya nak perempuan mereka, Sharifah Haslinda bersama suami serta tiga orang anak baru sahaja sampai ke rumah awal petang tadi. Sejurus itu, muncul pula seorang lagi anak mereka, Syed Ilman Harris yang baru pulang dari kerja.
"Uncle Harris!!!" jerit Balqis, anak perempuan Sharifah Haslinda tatkala terlihat Harris muncul di ruang tamu tempat mereka bermain. Dua lagi adiknya, Armand dan Firzana juga menjerit keriangan melihat kedatangan bapa saudara mereka.
"Hey! Anak buah uncle semua ada lah!" sambut Harris ria sambil mendepakan tangan untuk memeluk ketiga-tiga anak kecil itu.
"Ha, dah sampai pun Harris tu ma!" kata Haslinda yang sedang menghidangkan makan bersama Hajah Mariam dan pembantu rumah mereka di dapur.
"Yeke, elok la. Naimah, tolong saya bawakan lauk tu. Saya ke depan sekejap." arah Hajah Mariam kepada pembantu rumah sebelum masuk ke ruang depan.
Harris, Haji Zainal serta suami Haslinda sedang berborak di ruang tamu ketika Hajah Mariam masuk menyertai mereka.
"Ris, baru balik?" sapa Hajah Mariam.
"Ye ma." Harris bersalam dengan Hajah Mariam.
"Banyak kerja ke kat ofis?"
"Adalah sikit, besok ada client penting so hari ini banyak preparation sikit."
"Elok la kamu balik awal sikit ke rumah tu. Boleh rehat untuk esok." ujar Haji Zainal.
"Kalau macam tu marilah makan abang, Harris, Azman, dah sedia tu makanan kat dapur. Nanti sejuk pulak. Mari Balqis, Armand, Firzana, mari makan jom." ajak Hajah Mariam.
"Ya nek!!" jawab ketiganya serentak.
.
.
.
Selesai makan
"Ha, Harris. Minggu depan anak mak cik Rozi si Amna tu nak kahwin. Harris nak ikut sekali ke? Kalau nak, Harris aje la yang drive kan kami pergi Kelantan tu. Asrul si driver tu kebetulan nak cuti juga minggu depan." ujar Hajah Mariam setelah mereka sekeluarga duduk di ruang tamu utama rumah itu.
"Boleh je ma. Anak mak cik Rozi yang pensyarah tu ke ma?" tanya Harris berminat. Minuman di tangan disisip perlahan.
"Yelah. Yang lecturer di USM tu. Dah nak kahwin dia. Melepas la Harris. Hari tu mama nak kenenkan Harris tak mau." balas Hajah Mariam sambil mencuit Haji Zainal.
"Tak ada jodoh, nak buat macam mana." Haji Zainal hanya menjungkit bahu.
"Dah memilih sangat anak bujang abang ni, mana nak cepat jodohnya!" perli Hajah Mariam sambil menjeling pula Harris di tepi.
"Tak ada lah, ma. Dia tu kot yang dah ada boyfriend masa tu. Takkan Harris nak go on lagi."
"Ala, boyfriend je. Bukan suami. Ye tak, ma?" giliran Haslinda menyampuk diiringi tawa kecil. Hajah Mariam hanya mengangguk.
"Hmm...bukan taste Harris la orang dah berpunya ni. Tak mau la kacau hubungan orang." balas Harris pula.
"Dah tu bila lagi adik akak ni nak kahwin. Dah 31 tau tahun ni, jangan buat-buat tak ingat pulak."
"Belum 40 kan, okey lagi la tu." Harris gelak kecil. Soalan yang sudah selalu sangat diajukan kepadanya itu dibalas dengan acuh tak acuh.
"Tak apa. Lelaki makin tua, makin tinggi saham yedok Ris?" abang iparnya Azman pula bersuara mempertahankannya.
"Betul la tu bang. Harris ok je. Hehe" masing-masing berbalas jeling.
"Amboi. Harris tak apa la, saham naik sebab single lagi. Abang tu jangan nak naik saham sama ya, tu dah tiga anak tu jangan buat-buat lupa ya." balas Haslinda sambil mencubit manja suami di sisi. Azman hanya menganduh kecil diiringi tawa dari kesemua yang ada di situ.
"Betul la tu. Lagi pun bukan ramai yang tak hendak Harris ni. Cuma belum jumpa yang sesuai." Haji Zainal menepuk perlahan bahu Harris.
"Kalau dah ada yang berkenan, cepat-cepatkan. Bawa jumpa mama, ayah. Dengan hati terbuka mama boleh tolong pinangkan. Ya kan bang?" sambung Hajah Mariam. Harris sudah garu kepala.
"Ye ke ma? Boleh la kalau macam tu. Nanti Harris kenalkan."
"Eh dah ada ke? Bila masa ni?"
"Sekarang belum la ma, nanti dah ada la." Harris gelak kecil.
"Oh...apalah Harris. Buat terkejut mama aje." lengan Harris ditampar kecil.
"Lama lagi la mama nak dapat menantu baru ni nampaknya." kata Haslinda.
Harris senyum sambil menggeleng kepala. Saban hari, persoalan itu sering bermain di fikirannya. Bukanlah dia terlalu memilih soal jodoh, tapi memang belum ada yang sangkut. Secara luarannya, memang dia sudah stabil. Dengan umur yang sudah sesuai untuk berumahtangga. Namun, bukan semudah itu.
Beberapa series blind date yang diaturkan oleh Hajah Mariam sebelum ini pun tidak membuahkan hasil. Baginya, lebih baik dia sendiri sahaja yang menentukan soal siapa yang bakal menjadi teman hidupnya. Dia ingin cinta itu datang sendiri, tanpa perlu dipaksa. Dia mahu rasa bagaimana mencintai dan dicintai. Bila? Biarlah waktu yang menentukan.
Share this novel