Setelah seminggu, Harris kembali dari urusan kerja. Beriya Anis menyambut kepulangan suaminya, namun hanya layanan hambar yang diterima. Harris pula bertekad untuk melancarkan perang dingin. Bukan senang hatinya untuk dipujuk. Dia sengaja ingin menguji isterinya, biar dia tahu lelaki pun boleh tahan kalau merajuk!
Petang Sabtu itu Harris dipaksa untuk menemani Anis shopping. Sahaja dia memberi alasan sebegitu. Kalau tidak, langsung tiada masa mereka untuk berdua-duaan.
Harris agak keberatan pada mulanya, namun dia tidak mahu mengecewakan Anis. Dia termakan jua pujukan Anis. Lagipun, dia rindukan gadis itu. Seminggu tidak bertentang mata, dia hampir gila. Dia yakin Anis juga begitu, kalau tidak masakan gadis itu beriya melayannya beberapa hari lepas. Ada perubahan dalam layanan Anis, tetapi masih awal untuk berharap lebih.
"Abang, jom teman Anis pilih baju." Anis menarik Harris masuk ke sebuah kedai pakaian. Harris hanya menurut, kali ini dia lebih banyak diam. Dibiarkan Anis meninjau baju-baju wanita yang pelbagai jenis di situ sambil bertanya pendapatnya. Sengaja dia jawab acuh tak acuh, mahu lihat sejauh mana Anis bersabar dengan sikapnya. Dah lah dari tadi tangannya tak lepas dari gengaman Anis. Bukan satu kebiasaan baginya. Tapi dia cukup gembira.
Sedang dia ralit menunggu Anis membuat bayaran di kaunter, matanya tertangkap susuk seseorang yang dikenali. Kalau dia tidak silap orang, itu Katrina.
Anis tercari-cari kelibat Harris, baru sahaja tadi lelaki itu di belakangnya. Sekarang dah lenyap. Disuruh tunggu sekejap sahaja sementara dia membayar barang yang dibeli, malah dia ditinggalkan sendirian. Tiba-tiba dia menemui Harris yang sedang bercakap dengan seseorang, perempuan. 'Siapa perempuan tu?'
"Abang." Anis mendekati dua orang yang sedang berbual mesra itu. Ah, tak boleh jadi!
"Siapa ni?" senyuman palsu dipamerkan. 'Control diri, Anis.'
"Anis. Ini kawan abang, Katrina. Katrina, Anis." Harris mengenalkan Katrina kepada Anis. Dia perasan akan riak Anis yang sedikit lain itu.
"Hai, im Katrina. You...?" perempuan berkulit putih dan berambut pendek itu menghulur tangan.
"Anis. Harris's wife." salam disambut, Anis menekankan perkataan 'wife'. Terasa bangga pula berstatus itu. Walaupun dia sedikit tercabar dengan gadis di hadapannya ini. Katrina ini boleh tahan juga cantiknya. Sedikit tinggi darinya, berwajah seakan cina, dan berlesung pipit. Bukan biasa-biasa.
"Oh. So this is your wife. She's beautiful, no wonder. Bertuah you, Anis. I'm happy for you guys." Katrina memuji.
"Thanks. You bila lagi?" Harris mencelah. Lama-lama mereka begitu, dia bimbang Anis naik darah. 'Jealous la tu!'
"Me? Well, tak tahu la. Still finding. You're lucky, Anis. Kalau i tak tahu Harris ni dah kahwin, mesti i mengorat dia balik." Katrina mengusik.
"Hehehe I'm sorry, Katrina but he's mine." Anis membalas dalam nada bergurau. Lengan Harris selamat dipaut, dalam hatinya sudah cemburu yang amat. Harris menahan tawa dari tadi.
"Okay la love birds, just kidding!" Katrina tergelak halus.
"Anyway, i've to go. Jumpa lagi next time, love birds. And congrats on your marriage." ucap Katrina sebelum meminta diri. Senang dia melihat pasangan itu.
"Thanks, Kat. See you." Harris membalas. Dia senyum herot melihat muka Anis yang sengaja dimaniskan ketika mereka saling berpelukan. Anis membuat isyarat mengangkat kening, dia hanya menjongket bahu.
"Bye, Kat." Anis dan Harris melambai akan kepergian Katrina.
"Dah bayar?" tanya Harris.
"Dah." Anis menayang beg kertas di tangan. Pantas Harris ingin menarik Anis keluar dari situ tetapi dihalang.
"Siapa tadi tu?" Anis bertanya agak serius, sumpah dia cemburu.
"Just a friend of mine." Harris menarik kembali tangan Anis. Banyak tanya pula, sah cemburu ni!
"Lain macam je mesra??" Anis belum berpuas hati. Langkahnya menuruti Harris yang tersengih dari tadi.
"Abang kenal dia melalui mama."
"Oh..." fahamlah Anis. Katrina antara gadis yang dikenenkan oleh mama sewaktu Harris bujang. Tapi boleh tahan juga Katrina, lebih cantik kalau dibandingkan dengannya. 'Ah, tak payah pusing Anis. Harris dah selamat jadi milik kau!'
"Jealous ke?" Harris menduga, sahaja dia mahu kepastian.
"Mestilah!" Anis menjeling penuh makna. 'Bini mana tak jealous laki mesra dengan perempuan lain?' Harris buat tak nampak muncung Anis yang sudah panjang sedepa. Lucu melihat Anis cemberut begitu. Ingatkan dah tak sayangkan laki.
Mereka singgah di food court. Tempat di mana mereka pernah datang sebelum kahwin. Sewaktu masing-masing belum rapat. Harris termenung teringatkan saat itu. Dia senyum sendiri. Bersungguh dia mahu mendekati Anis waktu itu. Sahabatnya juga menjadi penyokong setia. Sekarang, gadis itu sudah menjadi miliknya. Tapi hatinya bagaimana? Adakah hati gadis itu ada padanya? Atau dia sekadar terpaksa?
"Assalamualaikum, abang Harris..." satu suara asing menegurnya dari belakang.
.
.
.
"Maaf kalau kehadiran Anim menganggu abang Harris dan kak Anis. Kebetulan terserempak, Anim ingat nak jumpa terus." Farhanim membuka perbualan. Anis hanya diam di sisi Harris.
"It's okay. Anim apa khabar?" Harris bertanya.
"Anim okay. Sebenarnya Anim jumpa ni ada benda nak cakap dengan abang dan akak.... Pasal abang Adam." Farhanim bersuara takut-takut. Dia sedar akan sensitifnya hal itu, tapi dia tidak mahu menyimpan rasa bersalah itu lama-lama.
Anis tidak senang duduk. Dia risaukan Harris. Dia tahu lelaki itu masih marah akan kejadian lepas. Kepalanya hanya ditundukkan menanti bicara Farhanim.
"Ceritalah." Harris bersikap lebih tenang. Dia tahu Farhanim tidak bersalah. Malah dia terhutang budi dengan gadis itu.
"Anim datang nak mintak maaf sangat-sangat, bagi pihak abang Adam. Anim tahu, sebab dia kak Anis dalam bahaya. Sebagai wakil keluarga, Anim nak minta maaf atas kelakuan abang Adam yang melampau. Abang Adam...sejak dari peristiwa tu, dia dah tak siuman. Dia banyak mengamuk tanpa tujuan. Cakap mak pun dia tak dengar. Abang berhenti kerja, dia selalu marah-marah orang sekeliling dia..." Farhanim sebak. Anis mengenggam tangannya, memberi kekuatan. Dia sendiri kehilangan kata-kata.
"Kat mana dia sekarang?" Harris kesal, fikirnya Adam akan lebih rasional. Namun perasaan kasihan menjentik hatinya melihat Farhanim yang terpaksa menanggung malu.
"Anim dan mak tak ada pilihan lain. Kami terpaksa hantar abang ke pusat pemulihan. Anim harap abang Harris dan kak Anis dapat maafkan abang Adam atas segala perbuatan dia."
"Abang dah maafkan dia. Perkara yang lepas tu biarlah lepas. Bukan salah Anim pun." Harris berlapang dada. Sebolehnya dia mahu melupakan kejadian itu, terlalu perit jika diingat kembali.
"Maafkan abang Adam ye, kak Anis." Farhanim dan Anis saling berpelukan. Ada tangis dari keduanya.
.
.
.
Sejak pulang ke rumah, angin Harris masih belum baik. Sepanjang perjalanan dia tidak bersuara. Tetapi di dalam kepalanya bukan main bising. Macam-macam yang difikirkannya. Tentang Adam yang sudah tidak waras? Betapa lelaki itu sanggup melakukan perkara gila kerana isterinya.
Sesekali dia rasa bersalah, dia mungkin menjadi punca Adam begitu. Kalau dia tidak 'merampas' Anis dari Adam, mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Kalaulah dari awal dia tidak masuk campur urusan Anis dan Adam, pasti kesudahannya tidak begini. Harris buntu.
.
Berkali-kali Anis menukar posisi tidur, tetapi matanya tetap tidak mahu lelap. Hanya dengkuran Harris dari tadi menemaninya.
Badannya dihadapkan ke arah Harris. Dalam gelap, wajah lelaki itu masih jelas di matanya. Suatu perasaan halus seakan menjalar di dalam hatinya. Rasa yang sudah lama dia rasakan, cuma dia lebih kerap menafikannya. Rasa ingin mahu terus dekat di sisi Harris.
Dia teringin untuk tahu apa di fikiran Harris. Kebelakangan ini mereka kurang bercakap. Anis tidak betah begitu. Hatinya meronta-ronta mahukan perhatian Harris, tapi lelaki itu malah ingin menjauhinya. Harris banyak termenung, seakan memikirkan sesuatu yang berat. Anis bimbang juga, tingkah Harris tak dapat dijangka. Dia mengeluh, berharap masih ada harapan untuk mereka saling menyelamatkan rumah tangga yang baru dibina. Jangan difikir soal perpisahan ....
Perlahan-lahan, tangannya merayap ke atas wajah Harris.
Share this novel