27

Romance Completed 31338

Lingerie merah pemberian Nadhirah sudah siap dipakai beberapa minit yang lepas. Dah la jarang, seksi maut pulak tu!

"Fuh...memang cari mati!" Anis berbisik kepada diri sendiri. Dalam cermin besar di sinki toilet itu dia berpusing lagi.

Rambut panjangnya yang diikat dileraikan dan disikat perlahan. Setelah itu, losyen dengan haruman rose dan cedarwood jenama Enchanteur dipicit sedikit ke atas tapak tangan dan disapukan ke badan. Harap-harap Harris suka lah!

Malam ini dia sudah berjanji dengan diri sendiri. Mulai hari ini, dia ingin menjadi isteri dalam erti kata yang sebenar kepada Harris. Harris mempunyai hak keatasnya, dan tugasnya wajib melayan suami.

Keluar sahaja bilik air, matanya menangkap susuk Harris yang sedang duduk membelakanginya di sofa sambil menonton televisyen. Perlahan-lahan Anis berjalan menghampiri Harris.

Harris tersentak ketika kedua belah matanya ditutup dari belakang. Dari baunya yang harum Harris sudah tahu angkara siapa.

"Sayang. Terkejut abang. Sayang kan ni?" Harris tersengih bahagia sambil meraba tangan yang menekup matanya.

"Hehe.. Sorry lama dalam toilet." Anis merangkul leher Harris dari belakang, mengusir perasaan segan yang bertandang. Mana taknya, hampir sepuluh minit dia di dalam bilik air.

"It's okay. You're done? Let me see." Harris lekas bangun dari sofa untuk melihat Anis yang dari tadi di belakangnya.

"Segan la abang. Too revealing, don't you think?" Anis memeluk tubuh. Segan betul bila sebahagian besar dadanya terdedah walaupun yang melihat cuma suaminya sendiri.

"Hey, don't be. Abang suka. Cantik." Harris terpegun dari tadi. Memang Anis kelihatan cantik malam ini. Tangan Anis diambil dan diusap, untuk menenangkannya.

"Betul?"

"Yes sayang." Harris menarik Anis ke arah katil.
"Come, abang tahu Anis mesti letih dari siang tadi." Mereka melabuhkan punggung ke atas katil.

"Tak ada lah. Biasa la kerja." Jangan cakap Harris nak suruh dia tidur sahaja. Penat dia bersiap tau!

"Really?" Harris merenung wajah Anis. Senyuman dibibirnya tak mahu mati. Mahu melompat keluar jantungnya melihat baju tidur Anis. Sudahlah isterinya itu lemah lembut pula malam ni.

"Yee.. Kan Anis dah janji dengan abang." Anis pula memegang kedua belah pipi Harris.

"Abang tak kisah. Bila bila Anis --"

"Abang ingat tak permintaan abang masa malam pertama kita kahwin dulu?" Anis sudah memotong bicara Harris. Nanti tak jadi pula plan dia malam ini.

"Permintaan yang mana satu?" Harris benar-benar terlupa.

"Abang minta izin untuk panggil Anis dengan nama Ina? Ingat tak?"

"Oh.. That one. Abang saja je berbasa basi dengan Anis." Harris menggaru kepala yang tidak gatal. Tak sangka Anis ingat akan perkara itu.

"So now apa kata kalau abang start panggil Anis dengan panggilan 'Ina'. Eksklusif untuk abang sorang je." Anis berkata sambil mengenyitkan mata beberapa kali.

Harris gelak kecil, hatinya laju mengepam darah apabila melihat keletah Anis.

"Okay, Ina." tangan Anis digenggam dan dibawa untuk dicium. Anis tersipu malu. Mata mereka sudah bersatu.

"Ina nak abang tahu yang Ina sayang abang... Sebab ego Ina, Ina hampir kehilangan abang. Abang terlalu baik untuk Ina." luah Anis setulus hati. Dalam hatinya kini hanya lelaki itu seorang. Segala perasaan yang indah-indah, hanya dirasai apabila Harris di sisi.

"Dan Ina terlalu sempurna di mata abang."

"Abang..." Anis tersentuh. Harris sememangnya tidak pernah berhenti menghargai dan memuji.

"Abang anggap ni semua ujian rumah tangga kita. Selagi abang mampu, abang akan harunginya."

"Mesti Ina ni ujian terbesar abang kan?"

"Anugerah. Ina anugerah dari Allah untuk abang." Mereka saling berbalas senyuman.

"Ina bertuah, sebab dapat suami yang sesabar abang."

"Betul?" Anis mengangguk beberapa kali sambil bermain dengan jemari Harris.

"Bimbing Ina jadi isteri yang terbaik untuk abang?"

"Of course, sayang." Harris menarik Anis ke dalam pelukan. Anis membenamkan mukanya di dada Harris. Selesa sungguh berada di dalam pelukan lelaki itu. Wangi cologne dipakai Harris menjadi kegemarannya.

Anis meleraikan pegangan selepas beberapa saat. Tangannya masih dibelakang Harris. Matanya pula memandang jauh ke dalam mata Harris. Suatu perasaan yang sukar ditafsir, tetapi cukup jelas.

"I love you, Harris."

"I love you even more, Anis." suatu kucupan lembut singgah di pipi Anis.

Gadis itu senyum manja. Dibiarkan sahaja jari Harris mengelus lembut pipinya. Matanya dipejam ketika bibir mereka saling bertemu.

Anis mengeratkan pelukan di bahu si suami, ketika masing-masing sudah hanyut dalam asmara. Yang kedengaran hanyalah degupan jantung mereka berdua. Malam yang sungguh indah, menjadi saksi penyatuan cinta antara dua hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience