2

Romance Completed 31338

Pagi-pagi lagi Anis Inara sudah ke butiknya bagi melakukan persiapan yang perlu untuk sesi photoshoot yang akan diadakan tengah hari nanti. Sebelah malamnya pula, dia akan terlibat dengan sebuah fashion show yang bakal diadakan di KLCC. Memang awal pagi lagi dia sudah sibuk mempersiapkan baju-baju rekaannya yang akan diperagakan. Memang menjadi keutamaannya untuk fokus ketika bekerja. Anis sebolehnya ingin memberikan 100% komitmen terhadap minatnya yang satu itu. Walaupun masih baru lagi dia bergelar sebagai graduan dalam sarjana fesyen dan reka bentuk, laluan Anis adalah sedikit mudah memandangkan bapanya, Datuk Ismail telah banyak membantu dalam mengembangkan jenamanya sebelum ini. Namun, Anis tidak mengambil itu sebagai jalan mudah untuk berjaya. Hasilnya, jenama Anis Couture kini lebih stabil dan dikenali ramai.

"Anis!" panggil Nadhirah, teman baik yang juga rakan kerja Anis setelah pintu bilik ofis gadis itu dibuka dari luar.

"Dirah, diorang dah sampai ke?" Anis bangun dari tempat duduknya.

"Dah. Jom. Aku dah suruh diorang make up kan model dulu sementara kita briefing."

"Ok. Jom."

.
. .

Selesai photoshoot

Pekerja butik Anis seramai empat orang sedang mengemas dan bersiap untuk pulang agak awal petang itu memandangkan mereka perlu hadir ke event disebelah malamnya pula.

"Dah siap kemas semua, Lisa?" tanya Anis kepada salah seorang pekerjanya, Malissa.

"Dah siap Kak Anis, baju semua dah ada dalam kereta."

"Ok lah, jumpa malam ni ya. Jangan lambat tau." pesan Anis.

"Alright, kak. No problem!" Malissa dan tiga yang lain turut bersurai.

"Dirah, jom balik." panggil Anis ke arah Nadhirah.

"Jom. Baju kau dah ambik?" Nadhirah turut menjinjit beg kertas berisi baju untuk dipakai malam itu.

"Dah. Settle." Setelah itu, dua gadis itu sama-sama menuruni bangunan butik Anis Couture.
. .
. "Malam ni aku ambil kau ye. 7.40 sharp. Lambat tinggal!" Anis memesan sambil memandu memasuki kawasan rumah Nadhirah.

"Yelah. Ish tak sabar nampak?" usik Nadhirah. Anis terdiam sebentar seakan menyusun ayat.

"M-Mesti lah tak sabar. Event penting kan..." jawabnya perlahan. Selebihnya dia hanya berdiam diri. Mujurlah Nadhirah tidak bertanya lebih lanjut.

Anis memerhati Nadhirah masuk ke dalam rumah sebelum meneruskan perjalanannya pulang ke rumah. Sepanjang pemanduan, fikirannya menerawang jauh lagi. Betul ke dia dah sedia untuk malam ni?
***
"Dengar cerita Adam pun akan datang sama malam tu." Datin Suria memulakan bicara di telefon.

"K-kenapa pulak dia nak datang..."

"Adik perempuan dia, Farhanim kan dijemput ke fashion show tu. Tentu Adam akan datang sekali untuk teman." ujar Datin Suria lagi.

Anis hanya diam di hujung talian. Tidak pasti apa reaksinya. Mustahil dia perlu mengelak daripada menghadiri acara itu semata-mata untuk tidak mahu bertembung dengan Adam.

"Nis.... Ibu tahu Anis kuat. Anis pergi pun atas urusan kerja. Anis fokus kepada kerja saja, ya?" Datin Suria memujuk.

"Inshaallah, ibu." Anis bersuara mendatar. Entah kenapa, mendengar nama Adam membuatkan dia cukup terkesan.
***
Anis kembali ke alam realiti setelah beberapa saat. Dia sendiri kurang pasti adakah dia benar-benar bersedia untuk bertentang mata dengan Adam. Dia takut kalau dia masih tidak boleh lupa akan perkara lampau. Forgive but not forget.
***
"Don't you dare talk to me Adam!!" jerit Anis dari dalam kereta.

"Anis, listen. I boleh jelaskan!" Adam cuba memujuk.

"Jelas apa lagi?! Nak jelaskan yang you dah curang? You kena tangkap basah dengan perempuan tu you nak expect i nak dengar penjelasan apa lagi?!!"

"You tak boleh salahkan i sorang!!"

"Then what? Salah i??" Anis naik suara.

"Yes!! You tak pernah serious dalam hubungan kita!!" Adam menengking.

"Apa yang tak serious, Adam?! You jangan nak salahkan i la!"

"Susah sangat ke you nak ikut plan i?! You memang nak mengelak daripada kahwin dengan i kan??? You tak serious!!" dalih Adam.

"Sebab tu je?? Sebab tu je you buat i macam ni??!! You yang tak faham i!! Kalau betul you nak kahwin dengan i you akan tunggu! Atau you memang dah lama berhubungan dengan pompuan tu?" Anis tidak pernah semarah itu. Tidak pernah pergaduhan antara dia dan Adam menjadi seteruk itu.

"Kalau ya, kenapa? Dia lebih faham i dari you, Anis. You selfish! You pentingkan diri you. Kerja you. Orang lain mungkin boleh tunggu, but not me. You ingat i ni apa? Tunggul?!!" Tempik Adam, segala kemarahan yang tersimpan dihamburkan malam itu.

Anis kehilangan kata. Sebak di dada tak dapat dia tahan. Air matanya gugur jua di hadapan lelaki itu. Hubungan yang dibina selama ini rupa-rupanya membuat lelaki itu terseksa.

"Kita putus je la tunang. I macam tak ada makna pun dalam hidup you. Buat apa kita teruskan." Kata Adam lagi.

"Sampai hati you buat i macam ni..." rintih Anis.

Walaupun dia akui dia tidak sepenuhnya mencintai Adam, namun bagi orang lain, mereka bahagia. Anis tidak sanggup melukakan keluarganya memandangkan mereka sudah merancang untuk menyatukan dia dan Adam. Cuma dia perlukan waktu. Tapi tidak dia sangka dalam tempoh itu, Adam sudah ada penggantinya.

"You yang buat i jadi macam ni, Anis. Baru i sedar, selama ni i bodoh sebab tunggu you." Tutur Adam dalam tenang, namun kata-katanya cukup berbisa buat Anis.

"Kita dah bincang pasal ni. Kenapa you susah nak faham. I tak lari! I bukan ada lelaki lain pun!"

"Buat apa bincang kalau you memang takkan sedia. Dah la, macam i tak tahu alasan you. Maaf la, mungkin you boleh cari lelaki lain yang boleh tunggu you. I hantar you balik."

Anis menahan esak yang semakin kuat. Dia dihantar pulang ke rumah keluarganya oleh Adam. Dan itu adalah kali terakhir mereka bertemu.

Mungkin benar dia yang salah. Sewaktu dikenenkan oleh Farhanim, dia tidak begitu serius dengan Adam. Lelaki itu sangat baik, hampir setiap hari dia menerima hadiah yang dihantar ke butiknya. Lalu dia membuka hatinya, walaupun tidak sepenuhnya. Separuh jiwanya dia sayangkan Adam kerana lelaki itu tidak putus mengungkapkan cinta, separuh lagi keliru kerana ingin menjaga hati Farhanim yang juga sahabat baiknya. Sehinggakan mereka bertunang, Anis masih tidak yakin akan perasaannya. Namun, demi menjaga nama baik keluarga, risikan dari Adam diterima jua.
***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience