Sudah dua minggu lebih Harris mula rapat dengan Anis. Sering juga mereka berbalas mesej dan perkara yang dibualkan tidaklah penting mana. Walaupun masih di fasa awal persahabatan, Harris bagaikan orang angau bercinta. Dia tidak ingin menaruh harapan terlalu tinggi memandangkan Anis hanya menganggapnya sebagai seorang kawan. Pernah juga beberapa kali dia mengajak Anis keluar, tapi ajakannya lebih kerap ditolak atas alasan gadis itu sibuk. Tapi dia tidak akan putus asa. Baginya, selagi Anis belum dimiliki selagi itu dia ada peluang.
Anis pula, memang sengaja menyibukkan diri. Dia akui, Harris kelihatan ikhlas mahu berkawan tapi ada perkara yang lebih membuatkannya runsing. Dia berdebar setiap kali berbicara dengan lelaki itu. Tidak faham kenapa perasaannya harus begitu.
"Kak Anis! Ada orang delivery barang untuk akak." Malissa muncul di ruang kerja Anis dengan memegang dua buah kotak bersaiz sederhana.
"Barang? Barang apa tu? Meh tengok." Anis bangun dari meja menuju ke arah Malissa. Setahu dia, tiada pula dia order apa-apa barang.
"Tak sure la akak, tapi ada kad." Anis menyambut sekeping kad kecil dihulurkan Malissa yang dilekatkan bersama kotak itu.
"Cuba awak buka, saya baca kad ni jap." arah Anis kepada Malissa sementara dia membaca isi kad.
'Have a nice day :) - Harris'
"Wow, apa tu?" Nadhirah mendekati Anis dan Malissa sambil menjenguk ke arah sebuah kotak yang terbuka.
"Brownies la kak Dirah." jawab Malissa. Anis turut memandang ke arah isi kotak. Hairan pula kenapa tiba-tiba Harris menghantar brownies. Selama ni tak pernah pula dia menerima apa-apa dari lelaki itu. Aih, dah la brownies tu favourite dia!
"Wuu siapa bagi tu?" Nadhirah cuba menjenguk kad yang di tangan Anis. Anis hanya menghulurkan sambil menjongket bahu.
"Harris..."
"Biar betul? So sweet la! Korang ada apa-apa ke? Aku tak tahu pun?" sakat Nadhirah.
"Ish, mana ada. Entah la baik pulak dia hantarkan. Hm...tapi nampak sedap!" Baik betul si Harris, atau dia saja nak mengambil hati? Malu pula rasanya.
"Haah la. Ehem... Macam tau tau pulak ye dia kau suka brownies."
"Kebetulan kot? Entah? Err, Lisa ambik la satu kotak lagi satu akak share dengan kak Dirah. Korang bahagi-bahagi kan lah." kata Anis cuba mengalih topik, Nadhirah sudah sengih-sengih di tepi.
"Anis. Aku rasakan..." kata Nadhirah setelah kelibat Malissa menghilang.
"Rasa apa?" Anis jawab acuh tak acuh. Kalau dilayan pertanyaan Nadhirah, nanti dia sendiri terjerat. Nadhirah memang mahir bab-bab begitu.
"Rasa macam Harris tu suka kat kau la."
"Eh, apa kau mengarut ni? Kita orang bukan rapat pun. Kenapa pulak dia nak suka aku?" Anis cuba mengusir andaian Nadhirah itu. Dia belum sedia untuk terlibat lagi dengan soal hati. Tak mungkinlah orang seperti Harris tu boleh sukakan dia. Entah-entah taste Harris lebih tinggi.
"Tak semestinya korang kena rapat dulu baru ada perasaan suka tu. Lagi pun dia selalu ajak kau keluar kan? Effort tu, Anis." kata-kata Nadhirah sekali lagi membuat Anis keliru. Effort? Baginya setakat ajak keluar tu, tidaklah besar mana effort nya.
"Effort mendanya Dirah? Dia nak berkawan je la" Anis pantas menafikan.
"Yelah cik Anis. Jangan-jangan nanti akhirnya kau sangkut juga dengan dia. Haa, tak tahu!"
"Ish, merepek la. Dah la, kau nak tak brownies ni? Tak nak aku habiskan sorang."
"Ewah, mentang-mentang cik abang yang bagi. Nak makan sorang" usik Nadhirah lagi, Anis dah mencebik.
"Kau ni!! Cik abang apanya...." Anis memukul bahu Nadhirah. Merepek betul Nadhirah ni!
***
Anis berkira-kira, apakah perlu dia mengucapkan terima kasih kepada Harris. Malu pula bila dia yang harus memulakan perbualan. Tapi memang selama ini lelaki itu yang lebih banyak memulakan conversation. Walaupun dia selesa berhubungan dengan Harris, tetap ada jurang yang harus dia bina. Harris mengingatkan dia waktu bersama Adam. Sesekali dia memandang jam di dinding. Hampir menginjak ke jam 10. Takut mengganggu pula. 'Macam mana nak mulakan? Ah susahnya!'
Malam itu, Harris pulang ke rumah keluarganya setelah selesai dia menemani keduanya untuk membeli barang dapur. Teringin pula dia makan masakan Hajah Mariam malam itu.
"Sedap kopi, Harris?" tanya Haji Zainal ketika mereka sedang menikmati minuman di ruang tamu.
"Eh, sedap. Tapi ayah tak boleh la minum. Karang mama bising lagi." Seloroh Harris.
"Ha, ayah air suam sahaja. Nanti pekena kopi, naik lagi darah tinggi dia tu." pesan Hajah Mariam yang muncul dari dapur.
"Yelah. Orang dah tua. Itu tak boleh makan, ini tak boleh minum." kata Haji Zainal seakan-akan merajuk.
"Masa muda dah makan macam-macam, masa tua ni lah effect nya bang aji."
"Yelah. Ni pukul berapa kamu nak balik ni Harris. Esok ada kerja kan?"
"Baru 10 yah. Esok tak busy sangat. Takpa lah sekali-sekala lewat." Harris kan bos, kalau lewat pun rasanya tidak menjadi masalah besar.
"Tak apa ke kalau lewat? Tak banyak kerja ke kat ofis?" tanya Hajah Mariam pula.
"Lately lapang sikit, ma. Lagi pun...." perbualan mereka terhenti saat telefon bimbit Harris berdering minta diangkat.
"Jap ma." Skrin telefonnya ditatap dengan riak tidak percaya. Tertera nama 'Anis Inara' yang sedang memanggilnya. Senyum sudah melebar, Harris lekas bangun dari situ.
"Harris jawab call kejap, ma, ayah."
.
Hajah Mariam dan Haji Zainal sudah saling berbisik.
"Bang, senyum sampai telinga tu anak awak. Girlfriend call la tu!" teka Hajah Mariam.
"Biarlah dia, biasa lah orang muda-muda." Haji Zainal gelak nipis.
"Hello, Assalamualaikum Anis."
"Waalaikumusalam, Harris. Saya ganggu awak ke? Sorry la call lewat malam macam ni."
"Eh, tak ada lah menganggu. It's okay." Harris menunggu butir bicara lanjut dari gadis itu.
"Err... Saya nak tanya, awak ke yang hantar barang dekat butik saya tadi?"
"Oh, ya. Saya la tu. Saja nak hantar untuk awak, that one business kecil-kecilan kawan saya. How's it?"
"Thanks. Sedap sangat. Buat susah-susah awak je. Thanks ye." Harris dihujung talian sudah senyum meleret. Anis pula mengeluh lega, akhirnya keluar juga apa yang nak dikata.
"You're welcome. Tak susah pun. Kalau nak lagi boleh inform saya. Mesti sampai depan pintu punya." usik Harris. Anis gelak kecil, mengusir perasaan gentar yang bertandang di hati.
"Awak dah nak jadi businessman brownies pulak ke?"
"Kalau awak suka, apa salahnya?" 'Harris apa yang kau cakap ni, control yourself!'
"Ada-ada je lah awak ni." nasib baik Harris tak nampak dia tengah blushing sekarang ni. Lelaki ini memang pandai buat dia jadi tak keruan!
.
"Siapa call Harris? Bukan main senyum aje." tegur Hajah Mariam.
"Adalah, ma. Heheh" tak dapat disembunyikan rasa terujanya itu.
"Dengan mama ayah pun nak berahsia. Girlfriend la tu??"
"Tak ada lah girlfriend. Kawan aje." Kopi yang sudah suam dihirup.
"Kawan istimewa la tu, mamanya." Haji Zainal menyampuk. Hajah Mariam kelihatan masih tidak puas hati.
"Harris.... Memang suka dekat dia. Tapi susah la nak cakap." terluah jua isi hati anak lelaki mereka itu. Hajah Mariam dan Haji Zainal berpandangan sama sendiri.
"Siapa dia tu? Harris dah bagitahu dia yang Harris suka dia?" Hajah Mariam bertanya, tak sangka ada juga wanita yang berjaya mencuri hati anak terunanya tu.
"Anis nama dia. Pengurus butik. Harris jumpa masa pergi satu fashion show ni. Malu la ma nak bagitahu. Lagi pun dia anggap Harris ni kawan aje." Harris lancar bercerita. Bukan selalu topik sebegitu dibincang bersama mama dan ayahnya.
"Perempuan ni kalau kita tak mulakan langkah dulu, susah sikit Harris." nasihat Haji Zainal. Dia yakin Harris faham apa yang dikatakan. Dia sudah dewasa. Kalau dia mahu, dia mesti berusaha!
"Betul la tu. Harris berkenalan la dulu. Ambil hati dia pelan-pelan. Nanti boleh pula bawa mama jumpa dengan dia." Hajah Mariam senyum penuh makna.
"Inshaallah mama, ayah. Harris pun tengah fikir lagi. Sebab dia macam susah sikit." Harris akui.
"Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau Harris yakin, inshaallah dipermudahkan." Haji Zainal menasihati lagi. Harris mengangguk faham. Senang apabila orang tuanya memahami dalam hal-hal begitu.
Share this novel