Langkah Harris perlahan seketika, gerangan Anis yang sedang termenung membelakanginya dilihat dari jauh. Sesekali dia lihat Anis seperti mengesat matanya. Sedang menangiskah perempuan itu? Harris kembali melangkah mendekati Anis yang duduk di sebuah bangku.
Sedang Anis termenung, suatu suara garau menyapanya dari belakang.
"Tissue?" Harris menghulur sepaket tisu ke arah Anis. Anis mendongak melihat si empunya suara. Harris membalas dengan senyuman.
"Thanks." pelawaan Harris disambut jua. Dia pasti solekannya mungkin sudah sedikit messy akibat tangisan kecil tadi. Malu pula bila harus berhadapan dengan lelaki yang entah datang dari mana itu.
"May i sit?" tanya Harris perlahan. Peluang harus digunakan sebaik mungkin!
"Duduklah." Anis mengizinkan sahaja. Tidak pernah lagi dia bertemu dengan lelaki asing ini. Tapi nampak gayanya lelaki itu ada kena-mengena dengan Adam.
"Awak ok ke?" Harris memulakan bicara. Matanya tertumpu kepada wajah Anis yang terang-terang menandakan bahawa gadis itu baru lepas menangis. 'Lepas nangis pun masih cantik lagi.'
"Ok. A-awak, kawan Adam ke?" tanya Anis kembali. Jangan-jangan Adam yang suruh mamat ni datang pujuk dia.
"Takda lah kawan sangat. Jangan risau, dia tak tahu pun saya datang sini." Harris seakan dapat membaca fikiran Anis. Anis hanya mengangguk. Terasa janggal pula berdua-duaan dengan jejaka yang boleh tahan segak ini. Tiba-tiba hatinya berdebar. Ah, dia tak suka perasaan itu!
"By the way, i'm Harris. Ilman Harris." Harris memberanikan diri menghulur salam perkenalan. 'Tak kenal maka tak cinta.'
"I'm .... Anis Inara." Anis menyambut tangan Harris takut-takut. Dia sedar akan tangannya yang sejuk itu. 'Ah, kenapa nervous pulak!' Harris senyum untuk kesekian kalinya. 'Yes!'
"Cantik baju-baju you. Tadi i nampak kat atas stage." puji Harris ikhlas. Tidak pernah pula dia berani memuji perempuan sebegitu rupa. Malah ini mungkin kali pertama dia tertarik untuk mendekati seseorang dengan lebih rapat.
"Thanks." senyuman Harris dibalas kembali. Takkan lelaki ini nak menguratnya pula.
"Boleh tanya something?"
"Apa dia?"
"Awak ada masalah ke dengan Adam tadi? Sorry kalau saya ni menyibuk." Harris cuba merungkai persoalan yang bermain di mindanya sejak tadi.
"Hal peribadi. Saya malas lah nak fikir pasal tu." riak muka Anis berubah saat nama Adam disebut.
"Oh, ok. Sorry."
"It's okay. Thanks untuk tisu ni...." belum sempat Anis menghabiskan kata-katanya, kedengaran Nadhirah memanggil namanya.
"Anis! Buat apa kat luar? Ada orang nak jumpa kau kat dalam." kata Nadhirah. Sempat dia memandang Harris yang turut berada di situ.
"Eh, kawan Faiz kan? Tak masuk makan ke?" sambungnya.
"Ya, nak masuk jugak ni." jawab Harris sambil menggaru kepalanya yang tak gatal, terlupa pula dengan sahabatnya itu di dalam hall. Sedikit hampa dia rasakan sewaktu harus berpisah dengan Anis di situ.
"Anis, jom." ajak Nadhirah kepada Anis yang sudah siap-siap bangun.
"Jumpa lagi, Anis." ucap Harris sambil matanya tak lepas memandang Anis.
"You too." Anis mengangguk sebelum mengikut Nadhirah masuk ke dalam.
"Fuh!" Harris mengeluh kecil. Baru sahaja dia ingin berkenalan lebih rapat. Ah, sayangnya.
"Takpa, Harris. Step by step." dia mengomel seorang diri.
.
.
.
"Harris, kau pergi toilet ke buat toilet." usik Faiz setelah Harris tiba di meja.
"Dua-dua. Haha" Harris mengusik kembali.
"Amboi, ceria nampak."
"Ceria la, terjumpa jodoh." jawab Harris antara pasti atau tidak. Faiz gelak menganjing.
"Biar betul kau. Haa baru kau tahu..."
"Gurau je lah!" Harris cepat-cepat memberitahu. Nanti dia diejek pula oleh Faiz.
"Yelah tu. Lain macam kau ni. Baik kau bagitahu aku. Jarang-jarang kau cakap pasal jodoh ni." Faiz menemplak.
"Takda lah. Just kidding, man."
"Ye ke??? Perempuan mana yang kau jumpa ni? Pandai kau eh?" Faiz sengih sumbing. Bukannya baru sehari dua dia kenal dengan Harris. Mereka sama-sama sejak zaman belajar lagi. Dia arif sangat dengan perangai kawannya yang satu itu.
"Adalah. Nanti aku cerita." Harris mengalah. Macam remaja baru jatuh cinta pula dirasakan. Senyum masih tidak lekang dari wajahnya.
"Haa...bagus. Eh, makan dulu. Pergilah ambik makan, takkan kau nak tersengih je kat sini."
.
.
.
.
.
"Sedap jugak makan tadi, rugi pulak makan sikit." omel Faiz setelah mereka berdua dalam perjalanan pulang.
"Dah kau sibuk usya awek mana nak sempat nak makan banyak." balas Harris.
"Itu dah semestinya. Alah, kau pun tengah makan tadi dok tersengih sengih. Kau fikir apa?"
"Entah lah Faiz. Aku pun pelik gak." Harris membuka cerita.
"Memang pelik. Kau jumpa siapa tadi? Apa dia buat kat kau." tanya Faiz.
"Aku jumpa someone. Yang aku rasa, aku tertarik dengan dia." mata Harris masih fokus ke arah pemanduannya, namun fikiran kembali kepada insiden tadi.
"Fulamak.. Lain macam bro. Siapa dia tu? Model? Mana tahu kalau aku kenal." Faiz cuba mengorek rahsia. Lama Harris diam sebelum menjawab.
"Anis Inara. Kau kenal?"
"Eh, Anis Inara tu kan bos Anis Couture tu? Kawan Nadhirah lah. Serius la kau jumpa dia? Kau ada cakap dengan dia ke?" tanya Faiz bertubi-tubi. Memang tidak dinafikan, Anis Inara antara nama besar dalam dunia peragaan. Tak sangka pula Harris boleh tertarik dengan gadis itu.
"I guess so. Tadi aku ada jumpa dia. Saja la, aku approach dia." Harris terus terang.
"Biar betul kau ni. Berani kau eh?"
"Kenapa? Dia dah ada boyfriend ke?" tanya Harris berminat.
"Tak. Setahu aku dia single. Tapi dia memang lawa kan."
"Yup, lawa." Harris tersenyum sendiri lagi.
"Amboi, kau ni sengih-sengih karang terlajak rumah aku." perli Faiz. Memang dah kemaruk kawannya tu!
"Mana ada. Eh, jom lepak mamak lu. Aku pun lapar ni weh." pelawa Harris.
"Boleh la."
Share this novel