Malam itu Anis termenung lagi. Pandangannya hanya dilemparkan ke luar kereta. Nadhirah yang sedang memandu di sebelah turut membisu, namun dia tidak betah melihat Anis berdiam.
"Kau okay ke Anis?" Nadhirah akhirnya bersuara.
"Okay." Anis menjawab tanpa memandang.
"Kalau aku tahu Adam ada kat situ, dah lama aku tarik kau blah. Kenapa kau tak bagitahu aku?" kesal Nadhirah. Dia yakin Anis moody kerana terserempak dengan bekas tunangnya itu. Dia juga terkejut, tidak sangka Adam boleh ada di situ.
"Aku tak nak susahkan kau. Aku okey je."
"Okay apanya. Sebab dia kau moody macam ni. Siap boleh cakap macam tu lagi kat kau. Geram pulak aku."
"Tak tahu lah, Dirah. Tiba-tiba aku rasa menyampah. Dia ingat aku ni apa. Senang-senang je ajak get back." Anis mengetap bibir. Masih ada sisa-sisa geram dirasakan.
"Tak payah layan Anis. Lepas ni senang kau tak payah jumpa dia. Kalau aku jumpa, aku sendiri yang akan warning dia." tegas Nadhirah.
"Thanks Dirah. Sebab faham aku." Anis melempar senyum. Bersyukur Nadhirah sentiasa ada memberikan semangat untuknya. Banyak pahit manis yang telah mereka lalui bersama. Sejak Anis bersama Adam, sehinggalah mereka berpisah.
.
.
.
Datin Suria menelefon satu-satunya anak perempuannya setelah Anis sampai di rumah.
"Assalamalaikum, ibu."
"Waalaikumusalam. Anis dah sampai rumah ke?" kedengaran suara si ibu di corong talian.
"Dah ibu, dah siap mandi pun. Kenapa ibu nak call lewat malam ni? Ibu belum tidur ke?"
"Saja ibu call. Belum tidur lagi, ayah pun ada.... Anis okay ke? Macam mana majlis tadi?" Datin Suria saja bertanya.
"Anis okay. Majlis pun okay." Anis menjawab pendek.
"Anis jumpa Adam?" Datin Suria bertanya lambat-lambat. Anis pula sekadar membuang pandang, tahu pasti perkara itu akan dibangkitkan juga.
"Ada."
"Anis ada cakap dengan dia? Apa dia cakap?"
"Dia minta peluang kedua. Tapi Anis tak layan. Anis dah serik, ibu. Anis tak nak hal lama berulang." jawab Anis jujur.
"Apa pun keputusan Anis, ibu tak kisah. Ibu cuma tak nak Anis kecewa lagi. Anis dah dewasa, pilihlah jalan mana yang Anis rasa betul." pujuk Datin Suria. Anis dihimpit perasaan sebak.
"Maaf sebab kecewakan ibu dan ayah dulu." air mata yang hampir jatuh dikesat laju. Peristiwa lampau yang telah memberi kesan kepada kedua ibu bapanya masih tidak dapat dilupakan.
"Yang lepas tu biarlah, bukan salah Anis. Jodoh tu di tangan Tuhan. Ibu ayah sentiasa doakan yang baik-baik untuk Anis."
"Terima kasih, ibu. Anis janji takkan kecewakan ibu dengan ayah lagi."
.
.
.
.
*** Seminggu selepas kejadian***
Harris bermain-main dengan pen di jari. Susah pula dia hendak fokus terhadap kerja hari ini. Majalah di sebelah lagi tangannya ditatap lagi. Beberapa helai mukasurat majalah itu dihiasi dengan gambar Anis Inara. Gadis itu menjadi cover story majalah fesyen itu. Bibirnya tak henti menguntum senyum. Tidak sangka, kebetulan dia rajin pula membelek majalah yang ada di biliknya ofisnya itu.
"Ehem!" Faiz berdehem, ketukan di pintu tidak bersahut jadi dia membuka sahaja pintu bilik Harris.
"Eh, bila kau sampai?" tanya Harris, terkejut melihat Faiz sedia tercongok depan pintu biliknya. Majalah di tangan lekas ditutup. 'Karang kantoi!'
"Minggu lepas. Dah habis mengelamun ke?" Faiz berpeluk tubuh sambil menyandar di pintu.
"Mana ada aku mengelamun. Dah pukul berapa ni?" Harris buat-buat tengok jam di tangan.
"Dah masuk waktu lunch pun. Jom ah!" ajak Faiz.
"Jom, jom."
.
.
.
"Kau ada sembunyi something ni dari aku. Cerita je lah, Harris. Macam tak biasa." Faiz menyedut minuman yang berbaki. Keningnya terangkat-angkat memandang Harris. Harris gelak kecil.
"Tahu-tahu je kau ni."
"Mesti lah. Meeting pagi tadi muka ketat semacam, pastu tengah hari ni elok pulak senyum manjang." sakat Faiz.
"Oh ye ke? Biasalah, Isnin kan." Harris cuba mengelak.
"Banyak la kau punya biasa. Apa cerita?"
"Aku teringat..." jawab Harris perlahan sambil menjongket bahu. Faiz seakan dapat menebak.
"Teringat sapa?" dia bertanya untuk kepastian.
"You know..."
"Hmm....dah agak. Kemaruk dah kau ni."
"Aku teringat je, okay?"
"Macam ni lah, kau ada Instagram kan?" Faiz datang dengan satu idea. Nasib baik dia teringat bahawa dia ada follow Nadhirah dan kebetulan Nadhirah ada menge'tag' Anis di dalam post nya.
"Ada. Tapi aku tak buka sangat."
"Ha, buka sekarang." arah Faiz. Sibuk sangat dengan kerja sampai tak sempat buka Instagram si Harris ni.
"Sekarang??" Harris bertanya lagi.
"Sekarang lah, aku nak tolong kau ni." Harris mengeluarkan Iphone 7 dari dalam poket seluarnya.
Aplikasi Instagram di telefon bimbit dibuka.
"Ok, kau search nama Anis Inara." Harris hanya menurut, tidak pula dia terfikir untuk menggunakan cara itu. Maklumlah, dia memang kurang mengemaskini akaun media sosial dia yang satu itu. Setelah siap menaip, butang Search ditekan. Hasil carian teratas merupakan akaun bernama @anisinara, mempamerkan profil gambar seorang wanita yang amat dia kenali. Betul lah, itu Anis Inara yang berhasil mencuri perhatiannya tempoh hari.
"Takkan tengok je, follow la." celah Faiz. Slow betul kalau bab-bab tu si Harris ni!
"Eh, malu ah!" Padahal dia sedang menilik-nilik post di akaun gadis itu.
"Eleh, malu tapi mahu! Follow je la, pastu kalau tak malu lagi kau dm je dia. Benda simple pun takkan kena ajar bro."
"Aku tahu lah. Nanti lah aku fikir dulu." Harris dah tersenyum lebar. 'Lepas ni boleh stalk!' macam orang gila dah dia.
"Suka hati kau la, yang penting aku dah tolong. Itulah guna social media, Ris!"
"Thanks weh." mata Harris masih tertancap pada skrin iphone. Tersengih lagi.
"Ah, sudah. Tak jadi kerja kau ni! Dah jom balik ofis. Nanti-nanti la stalk tu." Faiz sudah mulai bangun, menggeleng kepalanya melihat Harris. Lawak betul Harris ni, macam orang gua baru jumpa Instagram.
Share this novel