Wajah suaminya yang penat dipandang, namun dia tidak berani menegur. Dah la hubungan mereka tidak baik mana. Dalam keadaan begitu, Anis lebih memilih untuk berdiam diri. Nak memujuk? Mana dia reti. Mahu dekat dengan Harris sahaja pun jantungnya dah tak duduk diam.
"Ambilkan abang air suam." Harris menghenyakkan punggung ke atas sofa bagi melepaskan lelah. Sempat dia menjeling ke arah Anis yang memerhatinya sejak dari dia pulang tadi. Seperti biasa, isterinya akan menyambut di muka pintu. Tapi kali ini, tidak banyak perbualan antara mereka.
"Ok, kejap." Anis lekas ke dapur melayani permintaan Harris.
"Nah." Anis menghulurkan cawan berisi air, dia turut mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
"Thanks." Harris minum sedikit.
"Abang nak Anis urutkan?" pelawa Anis. Kasihan pula melihat Harris keletihan begitu.
"Hmm..." Harris memejamkan mata, membiarkan bahunya diurut.
"Sayang busy tak minggu depan?" tumpuannya kembali kepada si isteri. Jemari yang tadi bermain-main di bahunya digenggam.
"Anis ada tiga event minggu depan. Kenapa abang tanya?"
"Minggu depan abang ada kursus kat Terengganu, seminggu. Anis nak teman abang?" tanya Harris penuh pengharapan. Sayang betul bila harus berenggang dengan gadis itu. Kalau di tempat kerja pun dia selalu teringatkan Anis, apalagi kalau berjauhan seminggu.
"Anis kena pergi event tu. Lagipun lama sangat seminggu tu.." dalam hatinya berdoa agar Harris tak terasa hati. Ini bukanlah kali pertama dia menolak ajakan lelaki itu.
"Takpe lah kalau macam tu. Abang pun takut nanti Anis bosan kalau kat sana. Abang naik dulu lah, nak mandi." Harris cuba menyembunyikan riak kecewanya. Sensitif lain macam hati dia petang itu. Walaupun dia sudah tahu, kemungkinan untuk Anis menolak ajakannya agak besar.
Tanpa sempat Anis berkata apa-apa lelaki itu sudah hilang dari pandangan. Anis mengeluh kecil, pasti lelaki itu terluka dengan penolakkannya. Walaupun Harris tidak pernah berterus terang, dari wajahnya pun Anis dapat meneka. Suaminya itu memang suka memendam rasa.
Telefon bimbit di dalam poket seluarnya bergetar. Anis melihat paparan di skrin, mesej whatsapp dari nombor yang tidak dikenali tetapi tidak pula asing baginya.
'Cakap terima kasih dekat suami you untuk penumbuk semalam.' - Adam
.
.
.
"Abang ada jumpa Adam ke semalam?" Telefon bimbit dipegang kemas, melihatkan gambar yang disertakan oleh Adam, dia jadi ingin tahu perkara sebenar.
"Kenapa Anis tanya?" Harris memandang Anis dengan riak selamba. Pasti dia sudah tahu akan kejadian semalam.
"Apa yang abang buat dekat dia?" Anis memerhati Harris yang sedang duduk di katil bersama laptop di riba. Dia perlukan penjelasan lelaki itu.
"Kenapa Anis nak tahu?" Komputer riba ditutup, Harris bangun dari katil ke arah beg kerjanya.
"Anis dah cakap Anis tak suka abang gaduh dengan dia. Buat apa abang pergi jumpa dia lagi?"
"Dia ada mengadu dekat Anis ke? And you still contacting him?" Harris memandang Anis serius. Ternyata tekaannya benar. Sahaja dia buat-buat tak tahu, fikirnya Anis akan menjauhi Adam.
"Anis tak contact dia. Dia yang message Anis. Apa lagi tak selesai antara abang dengan Adam sebenarnya?"
"Apa lagi yang tak selesai? Selagi dia ganggu Anis, selagi tu belum selesai." Harris cuba untuk tidak meninggikan suara.
"You should stop, bukan macam tu caranya! Boleh tak jangan cemburu buta? Anis dah tak ada apa-apa dengan dia."
"Really? Habis tu minggu lepas buat apa dia jumpa Anis, dekat restoran tu?" Harris bertegas. Riak Anis berubah ketika disoal begitu.
"So abang intai Anis?" Anis tak mahu kalah, lagi pun itu bukan salahnya.
"Abang ternampak."
"Anis dah tak ada apa-apa hubungan dengan Adam, tolonglah-" sukarnya meyakinkan suaminya itu.
"Then forget him!"
Anis diam membatu. Kali pertama dia mendengar suara itu meninggi. Pandangan Harris tepat ke wajahnya cuba dielak.
"Abang tahu Anis masih teringatkan dia, Anis masih simpan kenangan-kenangan lama Anis dengan dia. Abang mengaku abang cemburu. But, me? Im your husband, Anis Inara. Abang kat depan Anis sekarang. Kenapa Anis tak nampak?" usai meluahkan apa yang terbuku di hati, Harris berjalan keluar meninggalkan Anis sendirian.
Anis berasa terpukul. Pandangan kosong dihantar mengekori Harris yang keluar dari bilik. Ada kebenaran pada kata-kata suaminya tadi. Namun kesalahan bukanlah atas dirinya seratus peratus, dia tidak pernah membayangkan hidup bersama Harris sama sekali. Lelaki itu tidak boleh memaksanya.
Harris menghempaskan punggung di beranda luar rumah dengan keluhan berat. Mukanya diraup beberapa kali. Hanya kalimah istighfar yang meluncur dari bibirnya. Emosi yang tadinya tidak stabil cuba dikawal. Sesekali dia mengutuk diri sendiri kerana terlepas cakap. Dia cuba untuk bertenang. Sekarang bukan waktu terbaik untuk berbicara lanjut dengan Anis. Biarlah kemarahan dia reda dahulu.
Lancar pula mulut dia meluahkan rasa yang terbuku di hati sebentar tadi. Namun dia yakin, pasti gadis itu lagi marahkannya. Perempuan mana yang tak sedih bila dimarahi begitu.
Sudahnya, mereka berdua saling membisu malam itu. Masing-masing berperang dengan ego. Keadaan berterusan malah semakin teruk sehingga beberapa hari.
.
.
.
"Angkatlah... Angkatlah... Bodoh!" Adam menjerit seperti orang kurang waras. Sesekali dia membebel sendiri. Sudah seminggu dia begitu. Keadaannya yang semakin tidak terurus membimbangkan seisi keluarga termasuk adiknya, Farhanim. Saban hari dia masih berusaha menjejaki bekas tunangnya. Dia sanggup menukar-nukar nombor telefon semata-mata untuk menghubungi Anis.
"Kenapa susah sangat nak angkat!!!" Adam memekik lagi. Telefon bimbitnya dicampak ke lantai. Barang-barang di atas meja kerjanya disepahkan.
Farhanim yang sedang di dapur bersama ibunya tersentak.
"Ya Allah, kenapa lagi dengan angah tu Anim?" ibunya melurut dada. Pasti ada lagi barang yang jahanam dikerjakan anak lelakinya sorang itu.
"Mak, tunggu sini Anim pergi tengok." Farhanim meluru ke arah bilik kerja Adam yang terletak di bahagian tingkat atas rumah.
"Angah, kenapa ni ya Allah..." Farhanim masuk ke bilik yang bersepah itu. Telefon bimbit Adam yang sedikit retak skrinnya dikutip.
"Keluar dari bilik angah..." Adam tidak mempedulikan Farhanim si hadapannya.
"Apa lagi yang angah nak jahanamkan? Boleh tak bertenang sikit? Kesian kat mak tu! Jangan ikutkan emosi sangat."
"Jangan membebel la! Kusut ah!" Adam mencapai kembali telefon bimbitnya. Akalnya merancang sesuatu.
"Angah nak buat apa tu?"
"Diamlah!"
Share this novel