Anis tersenyum sambil merenung telefon bimbit di tangan. Mana taknya, Ilman Harris dah pandai meninggalkan komen di post Instagram dia. Baru dua minggu lepas lelaki itu mengikutinya dia media sosial itu, hari ini dah pandai puji dia di ruang komen. Anis lantas mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada Harris.
'Harris... Dah pandai komen kat IG saya ya?' - Anis
'Anis, saya puji ikhlas :)' -Harris
'Thanks. So nak upah ke ni?' -Anis
'Kalau awak nak kasi, saya no hal.' -Harris
'Alright, apa awak nak?' -Anis
'Hmm... How about lunch? Boleh?' -Harris
'Nak saya belanja lunch? Boleh je.' -Anis
'Alright. I'll pick you up.' - Harris
Sudah hampir beberapa minggu dia tidak bertemu lelaki itu. Dalam seminggu, ada juga lelaki itu bertanya khabar melalui mesej sekali dua. Kali ini dia teringin pula ingin belanja Harris makan. Bukan selalu. Baru sahaja Anis ingin menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan, bunyi masej masuk kedengaran. Wajah Anis berubah tatkala melihat nama si penghantar. Bukan Harris, tapi Adam.
.
"Nak apa?" Anis bertanya, wajah dipalingkan ke arah lain. Bertambah menyampah pula melihat muka itu lama-lama.
"Give me chance."
"What chance?" kali ini Anis memandang tepat ke arah lelaki di hadapannya ini.
"At least kita kawan? Benci sangat ke you kat i Anis?" Adam masih mencuba berlembut.
"I maafkan you tak bermaksud kita boleh jadi kawan. Tolonglah Adam, just leave me."
"I tak boleh! I rasa bersalah. Tolong, Anis. Jangan buat i macam ni."
"You memang patut rasa bersalah! Dah la, jangan buat i tambah benci kat you! I mintak cara baik Adam, just go live your life." Suara Anis naik satu nada.
Masing-masing masih bertekak, pekerja butik Anis hanya memandang dari dalam butik. Situasi makin tegang.
"I tak boleh lupakan you. Anis, i sanggup buat apa je untuk dapatkan you balik, you faham tak?!" Adam terus mendesak.
Memang dia dah separuh gila. Hidupnya tidak tenang selama ini. Melihat Anis dengan Harris, bertambah sakit hati dia rasakan.
"Jangan jadi gila la Adam! No way!" Anis hampir menjerit, dia rasa seperti mahu menangis di situ juga. Dia tidak betah berhadapan dengan Adam. Mujurlah ketika itu, telefon bimbitnya berdering.
.
.
Harris melihat pertengkaran antara Anis dan Adam dari dalam keretanya. Ikutkan hati, mahu saja dia keluar dan menarik Anis pergi dari situ. Tapi dia tidak ingin terikut dengan emosi, silap-silap Adam makan penumbuk. Nombor Anis didail pantas.
"Anis, saya kat dalam kereta ni. Jom."
"Kejap." Anis sedikit lega, Harris memang selalu jadi penyelamat dia!
"Baliklah Adam, jangan ganggu i lagi!" Anis pantas masuk ke dalam butik dan keluar semula dengan beg tangannya. Adam ditinggalkan terkulat-kulat sendiri.
"Anis!" Pandangannya dihalakan ke arah yang dituju Anis. 'Harris.' Kereta Harris memecut laju meninggalkan kawasan itu. Penumbuk dikepal tanda bengang.
.
.
"Jom keluar, kita ambik angin." Mereka sampai di sebuah taman di pinggir bandar. Harris sengaja membawa Anis ke situ. Mungkin gadis itu akan sedikit tenang. Sewaktu makan tengah hari tadi pun Anis hanya banyak diam. Siapa lagi puncanya kalau bukan si Adam.
Mereka mengambil tempat duduk berhadapan dengan sebuah tasik buatan yang besar di situ. Harris tidak menunggu lama sebelum memulakan bicara.
"Kalau awak nak nangis, nangis je. Let it all go." Dia tahu Anis sedang menahan perasaan sedari tadi. Beberapa saat kemudian, kedengaran suara esakan di sebelahnya.
"Sorry, saya tak boleh tahan..." Anis berkata di antara tangisan. Jatuh jua air matanya di hadapan lelaki ini.
"Hey, its okay. Saya ada." Harris menyeluk ke dalam poket bajunya, tissue dihulur ke arah Anis. Anis menyambut, air mata yang bersisa dilap.
"Awak mesti tak tahu apa yang berlaku kan?" dia perasan Harris seperti bingung dengan apa yang berlaku. Pasti lelaki itu tidak tahu-menahu tentang dia dan Adam.
"Saya tak tahu. Tapi kalau Anis tak nak cerita, saya faham."
"Harris.. Sebenarnya... Adam. Dia bekas tunang saya." Anis berterus terang jua. Harris kaget, namun tetap setia mendengar.
Anis menceritakan segala yang berlaku di antaranya dan Adam. Harris cuba menghadam butir bicara Anis. Ternyata antara mereka ada kisah silam yang dia tidak tahu. Dan gadis itu terlalu lama menyimpan luka di hati.
"Maaf sebab tak bagitahu awak."
"Takpe. Lagi pun saya tak nak masuk campur hal peribadi Anis. But ..." Anis mendengar dengan penuh perhatian.
"Saya nak Anis tahu.." serentak itu, hati Anis berdebar-debar. Harris memandang tepat ke dalam matanya. Jantungnya rasa nak tercabut!
"Saya sukakan Anis."
.
.
.
.
.
Malam itu Anis tak dapat tidur. Fikirannya asyik teringatkan kejadian siang tadi. Sewaktu Harris meluahkan perasaan terhadapnya. Tidak sangka bahawa perhatian dari Harris selama ini menandakan bahawa lelaki itu menyukainya. Dia bimbang, perasaannya bercampur baur. Dia tidak menolak, tidak juga menerima. Anis keliru! Apa yang harus dia lakukan agar Harris tidak tersinggung?
***
Anis masih diganggu dengan mesej-mesej dari Adam. Lelaki itu memang sudah keterlaluan. Gangguan hanya berhenti setelah Anis mengambil keputusan untuk block nombor Adam dari menelefon atau menghantar pesanan kepadanya. Fokusnya untuk bekerja hari itu benar-benar terjejas.
Harris? Sejak dari hari Anis meminta masa untuk berfikir , lelaki itu jarang menghubunginya. Sesekali Anis teringin mahu rapat dengan Harris seperti sebelum ini, tetapi dia berasa janggal.
Hari itu Anis pulang agak lewat kerana kerja-kerja yang menimbun di butik. Sepanjang perjalanan pulang, dia berasa tidak sedap hati. Seperti ada orang sedang mengekorinya. Namun, perasaan itu ditepis. Mungkin dia terlalu penat dek banyak berfikir.
Anis merebahkan tubuh di atas sofa setelah masuk ke rumah. Dia benar-benar letih. Hampir sahaja dia terlelap di situ sebelum bunyi hon kereta dari luar mengejutkannya. Makin lama, makin kuat disusuli dengan panggilan namanya.
"Anis!!!"
Anis bergegas ke sliding door dan mengintai di sebalik langsir di situ. Kelihatan Adam sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya.
"Anis! I tahu you ada kat dalam. Keluar Anis. I nak cakap dengan you sekejap aje, please!!" Adam menjerit di luar.
"What..." Anis menggeleng kepala tidak percaya. Bagaimana Adam tahu itu rumahnya. Jangan-jangan memang dia yang mengekori dari tadi!
"Anis! I takkan balik selagi you tak keluar! Anis!!" Adam menjerit lagi, tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang di kawasan itu. Apa pun yang jadi, dia tetap mahu berjumpa dengan gadis itu. Meskipun dia dianggap gila!
Anis di dalam rumah mula kegelisahan. Kalau tidak keluar, pasti Adam akan terus memekak di situ. Kalau dia keluar, dia tidak pasti apa lelaki itu akan lakukan terhadapnya.
Anis memberanikan diri membuka sedikit sliding door, menampakkan sebahagian kecil mukanya.
"Adam! Apa awak buat kat sini?!! Malu lah jiran jiran tengok! baliklah!"
"Anis, keluar please. Kita bincang dulu! Please." Adam merayu, namun Anis tetap tidak berganjak.
"Bincang apa lagi?! Baliklah Adam, jangan buat kecoh kat sini! atau i telefon polis?" Anis mengugut, tetapi Adam tetap di situ.
"Tak perlu telefon polis, Anis. Kita boleh discuss benda ni. Tolonglah."
Anis menarik kasar langsir. Dia benar-benar buntu. Adam semakin bising di luar rumah. Pagar besi rumahnya pula direntap-rentap Adam. Dan kini, hanya ada seorang yang terlintas di fikirannya. Yang mungkin mampu, menghentikan kegilaan Adam.
'Harris'
Share this novel