"Awak. Aku minta maaf." Menghampiri Adira dengan rasa bersalah. Memang betul kata, Azlan. Jangan sesekali berpaling dari isteri.
"Abang..kalau abang masih cintakan dia. Okay Adira ikhlaskan. Adira tak boleh halang cinta abang dengan dia. Tapi kalau abang nak madukan aku dengan dia, aku Evie Adira bin Hassan sedia bercerai dengan abang." Jelas Adira dengan diikuti tangisan.
Dari mata sahaja jelas, bahawa keduanya saling mencintai satu sama lain.
"Adira tak nak diduakan. Adira sanggup di-" Tubuh Adira yang menggeletar dipeluk Aryan dengan erat. Tak terkata Aryan bila isterinya berucap sedemikian.
Tubuh yang kurus dipeluk dalam pelukan hangat.
"Adira tak nak kehilangan.." suara tangisan Adira membuatkan kakinya tidak dapat menampung beratnya. Kehilangan ibunya rasanya seperti ditusuk dengan tombak.
"Adira tak nak kehilangan... Adira.."
"Adira mengucap Adira. Cukup." Menutup telinga sang isteri. Si Adira pula, memeluk tubuh suami dengan eratnya. Berusaha mengeluarkan dirinya daripada terjebak dalam kesedihan.
Ammar yang tidak mahu mengganggu keduanya pergi dari tempat keduanya sedang berpelukan. Ia berjalan sambil tangannya di dalam poket. Melihat ada tempat duduk, ia mengambil masa untuk duduk dan berehat.
Pelukan dari keduanya mengingatkan masa lalu Ammar. Ia menggenggam kedua tangannya.
Kenangan di kepalanya mulai bermain. Sejak dahulu lagi, Ammar memang kurang mendapatkan kasih sayang. Katanya dirinya diabaikan oleh keluarganya. Pada waktu itu, ia hanyalah seorang anak kecil lelaki yang periang.
Entah mengapa, saat ini ia masih tersenyum.
"Mak! Ayah! Esok ada sesi bergambar dengan ibu bapa di sekolah. Jadi, Ammar-"
"Maaflah ye nak, kami berdua tak boleh pergi. Kami berdua ada urusan dekat sekolah abang kamu." Tersenyum yang tadinya terukir indah di wajah, hilang dengan cepat.
"Oh..ye ke?" Tersenyum dan mengelus kepala Ammar. Ammar berjalan menuju ke biliknya sambil tertunduk kecewa. Abangnya yang melihat merasa kesian.
"Mak ayah, tak apalah. Dengan abang punya tu boleh ditangguh bahkan boleh bergambar bila-bila masa."
"Eeh, mana boleh tak nak. Kami berdua dah membuat keputusan untuk pergi ke sekolah kamu." Ammar mempunyai adik-beradik seramai 4 termasuk dirinya. Yang 2 orang itu hanya diam mendengar ucapan mereka.
Tapi semakin hari, kelakuan mereka semakin membuatkan Ammar semakin diabaikan.
"Mak! Lawa tak lukisan Amm-"
"Ammar. Mak lagi sibuk ni. Mak tak ada masa." Bergegas mengambil handbag berwarna biru miliknya.
"Abang! Dah siap ke?" Memanggil sang suami. Tapi di fikiran Ammar ia masih mempunyai adik-beradik. Jadi ia berfikir untuk menunjukkan lukisannya. Ia berlari menuju abang kakaknya.
"Abang abang! Tengok lukisan adik! Cantik tak?"
"Hmm cantik sangat." Hanya bercakap tapi matanya masih melihat telefon. Ammar tidak berputus asa. Ia kembali menunjukkan lukisannya kepada kakak perempuannya urutan kedua.
"Akak! Cantik tak?"
"Hehe. Ughh.." reaksi kakaknya sedikit membuatkan hatinya rasa kecewa. Namun, sebaliknya ia pendam. Ia tetap senyum.
"Lukisan kau...hodoh sangat." Korang pun tahu kan lukisan budak macam mana ketika dahulu.

Adik-beradiknya mentertawakan ucapan yang dilontarkan pada lukisan Ammar. Yang hujung sekali adalah Ammar. Ammar menarik semula lukisannya. Ammar berlalu pergi meninggalkan adik beradiknya.
Ia pergi menuju biliknya sendiri. Melihat lukisan dan jauh sangat termenung. Merasakan apa yang dikatakan oleh kakaknya, ia membuang lukisannya ke dalam tong sampah. Di tong sampah pula, banyak lukisan-lukisan yang dibuang.
Katanya tak cukup cantik. Dari pulang sekolah berusaha membuat lukisannya menjadi menarik. Ammar duduk di kerusinya. Bertopang dagu. Hanya memandang semua lukisan tentang keluarganya.
Di atas kertas lukisannya tiba-tiba basah. Mungkin sekarang musim hujan kot. Mungkin. Hmm.. kemungkinan besar juga itu hanya sementara.
Ammar hanya dapat melihat dari atas. Ia hanya memerhatikan keluarganya bergembira tanpa dirinya. Dahulu, sempat ia berfikir mungkin lebih baik kalau dirinya tidak ada di dalam keluarga tersebut. Lebih baik dirinya pergi.
"Aku juga ingin seperti abang dan kakak." Gumam hati si anak kecil.
"Ingin bergembira dengan ayah dan ibu." Menarik nafas lalu menghembuskannya. Ia masuk ke bilik kembali dan menutupnya dengan rapat. Ia duduk memandang jendela sehinggalah saat umurnya sekarang.
Kenangan di dalam ingatannya mulai menghilang. Ia perlahan membuka mata. Bunga-bunga dari pohon mulai berjatuhan dengan diiringi ribut. Burung berkicau sesuai dengan suasana hatinya sekarang.
Ia memegang dadanya. Namun, terasa kosong.
"Aku baru ingat kalau tak ada orang disini." Ketawa Ammar. Ia bangun dari tempat duduknya. Ia kembali untuk menjenguk adik sepupunya.
Namun, saat berjalan ia tidak sengaja terserempak dengan Ophelia. Wajahnya berubah.
"Ammar." Terhenti langkah apabila Ophelia memanggil namanya.
"Aryan dah kahwin ke?" Tanya Ophelia dengan penuh tanda tanya.
"Takkan tak nampak apa yang Aryan buat tadi. Buta? Mata masih dalam keadaan baik kan." Aduh..damagenya bukan main.
"Aku tanya elok, kau jawab macam tu pula dekat aku." Jawab Ophelia dengan muka tersenyumnya. Baru kali ini, Ammar terlihat serius. Matanya memandang Ophelia amat tajam. Setajam tajamnya pisau.
"Aku hairanlah, mengapa kau tak mati lagi eh?" Hanya dengan satu pandangan, Ophelia langsung menggaru kepalanya.
"Yelah, kan kau dekat sekolah nama kau selalu dipanggil. Dahulu pun tersebar berita bahawa kau ni anak-"
"Kau jaga mulut kau sikit sebelum pelempang makan kau." Belum habis apa yang hendak dikatakan, Ammar memotong.
"Alright. Aku tarik balik perkataan aku."
"Perempuan macam kau ni memang murah nak dijual. Kalau dijual di pasar memang harganya sangat kecil. Kecil daripada semut." Pandangannya yang anggun tiba-tiba berubah menjadi satu pandangan yang sepertinya mencerminkan sifatnya aslinya.
"Kau memang cari masalah.",
"Kau baru tahu ke sifat aku macam ni?" Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Melihat Ophelia tidak berkata, Ammar berlalu pergi.
"Adira!" Adira dan Aryan bergandingan tangan. Tangan Aryan lebih besar daripada Adira.
"Kau lagi."
"Eee sombongnya. Suka hati akulah. Sibuk." Ammar menghulurkan tangannya.
"Apa ni?" Tanya Adira. Senyuman terukir semula di wajahnya yang baru sahaja mengenang masa lalunya.
"Ohh.." Adira langsung mengerti. Ia juga ingin bergandingan tangan sama seperti Aryan dan Adira.
"Kau jangan nak sentuh isteri aku." Menepis tangan Ammar. Ammar menarik tangannya dan meniupnya untuk mengurangkan rasa sakit. Merah tangan akibat ditampar.
"Ee, aku tahulah dia isteri kau. Tapi aku nak juga."
"No you can't." Muka marahnya ditunjukkan.
"Ya ampun pak! Pak kenapa kau sombong kali?"
"Ya Allah aku tak boleh dengan mereka dua ni." Gumam hati Adira yang sakit kepala dengan keduanya. Keduanya mulai bergaduh. Aryan di belakang Adira manakala Ammar di hadapan Adira.
Adira menoleh ke kiri. Ia melihat Ophelia yang lagi berlipat tangan. Jeritan Ammar terdengar. Stress agaknya. Adira yang terkejut hanya memandang Ammar yang lagi menarik rambutnya.
Mendengar keduanya tak henti-henti bergaduh, Adira mempunyai idea cemerlang.
•
"Nahh! Inikan cantik." Aryan dan Ammar bergandingan tangan. Adira yang melihat hanya gembira. Tapi, dari reaksi Ammar dan Aryan sangatlah tertekan.
"Dah jom pergi ke ruang tamu!" Adira bagaikan nakhoda kepada keduanya. Saiz tangan keduanya sama-sama besar. Aryan sengaja menggenggam erat tangan Ammar.
"EH EH EH! SAKIT!" Melepaskan genggaman tangan dari Aryan. Adira yang melihat langsung memusingkan badannya.
"Asal ni?"
"Kau tengok suami kau ni! Tangan aku digenggamnya dengan erat. Sakit tau."
"Mana ada. Kau je yang terlalu drama." Melipat tangannya.
"Sudah! Adira tak nak dengar. Kalau Adira dengar korang berdua gaduh." Menarik nafas, "Abang kau tidur dekat sofa." Menunjuk ke arah suaminya, "Abang pula, pergi pulang."
Ancaman ini membuatkan mereka terpaksa menurut. Mana tidaknya, ini untuk kebaikan mereka berdua agar tidak terus bergaduh. Adira sakit kepala jika terpaksa mengurus dua ekor ni.
Ophelia yang dari tadi melihatnya hanya tercegat di tempatnya tanpa bergerak. Ia menghela nafas dan berlalu pergi.
[ Author ]
Okay kali ini author nak update banyak sebab nak samakan dengan bab di ...author takut bab nya melompat..haa..
Share this novel