Bab 16: Ammar Izan Dan Aryan Hadi

Romance Completed 9626

"Lantaklah mak cik nak kata apa. Dahlah mak cik saya nak pulang. Malaslah nak layan orang tua macam mak cik ni." Ia pergi meninggalkan mak cik Jenab. Mak cik Jenab yang tampaknya memang sakit hati dengannya.

"Baik kau lepaskan anak aku. Kalau tak-" langkah Ophelia terhenti.

"Kalau tak apa? Eww tacod.." ketawa sambil menutup mulutnya. Mak cik Jenab mengeluarkan telefonnya. Rakaman suara telah dipasang. Ophelia yang melihat pun terkejut dengan tingkah laku mak cik Jenab yang ternyata bijak orangnya.

"Kau lepaskan anak aku sebelum rakaman ni sampai dekat Aryan dengan keluarga dia sekali." Ophelia tidak terkata apabila mendengar ancaman mak cik Jenab. Namun, tanpa disedari ada seseorang lelaki muda di belakang mak cik Jenab. Ophelia dengan senang hati melanjutkan perjalanannya dengan memakai cermin mata.

"Mak cik jangan nak macam-macam eh. Kau hapus rakaman tu sekarang, sebelum peluru menembusi kepala mak cik." Ujar lelaki tersebut. Mak cik Jenab dengan tangan yang menggigil langsung menghapuskan. Ia tidak boleh berteriak. Mulutnya ditutup dengan rapat.

"Thank you." Menolak mak cik Jenab. Saat mak cik Jenab menoleh lelaki yang menutup mulutnya menghilang sekelip mata.

"Abang, abang yakin ke motor ni hidup dengan baik?" Tanya Adira kepada Aryan. Keduanya hanya melihat Ammar menarik motor yang telah rosak di tempat penyimpanan.

"Kita masih boleh membaikinya walaupun nyawanya hampis tidak boleh tertolong." Ujar Ammar yang memang pakar dalam membaiki kenderaan. Ammar hanya memandang Adira dan Aryan yang lagi menyilangkan tangan.

"Okay you know what. Daripada kau berdiri sebelah adik aku baik kau kesini tolong aku baiki ni. Kau jadi assistant aku ke.." Aryan menghela nafasnya. Nampak sangat dua orang ni belum akrab.

"Eh eleh kau jangan nak tarik nafas kau tu. Kalau kereta kau rosak ha mampus kau. Biar kau seorang seorang tolak kereta tu." Bebel Ammar. Uih pandai pula si Ammar ni membebel. Tapi kalau bab mengusik orang itu memang nombor satulah. Adira menggelengkan kepalanya.

"Bilalah korang berdua ni nak akrab. Pening kepala aku." Gumam hati Adira yang semakin pasrah.

"Kau tolonglah aku baiki ni. Jangan duduk tengok je." Ha, mulalah keduanya bergaduh.

"Eleh, cakaplah tak pandai buka." Jawab Aryan yang dari tadi tengok je si Ammar ni baiki motor.

"Lama-lama aku pukul juga kau pakai cermin motor ni nanti."

"Eh ehh! Korang berdua ni asyik nak bergaduh je. Alang-alang korang berdua buka je gelanggang gusti dekat sini. Dekat belakang rumah pun jadi. Kan dekat belakang besar ruangnya." Ha ambik korang kan dah kena marah. Adira dari tadi tengok je tingkah korang, last last kena marah.

Keduanya langsung terdiam. Mahu tak mahu baiki motor bersamalah. Adira yang hanya duduk memerhatikan keduanya tiba-tiba Adira teringat sesuatu. Kembali kepada masa lalu dimana sebelum Adira meninggalkan rumah ayahnya dan mengikuti suaminya, keduanya sempat bermain basikal.

"Abang, cubalah try main basikal kesayangan Adira ni." Di mata Aryan basikal tu kecil je. Kalau nak dibandingkan dengan tubuh Aryan, memang besarlah tubuh Aryan ni daripada basikal. Yelah, basikal yang berwarna merah jambu tu selalunya dibawa Adira untuk pergi ke sekolah. Terkadang digunakan membawa barang dari rumah untuk dijual.

"Basikal ni kecil badan aku ni besar, jadi tak muat aku nak naik."

"Eh muatlah. Cubalah dahulu." Rayu Adira.

"Anak Encik Hassan ni memang suka memaksa orang ke?" Tanya Aryan yang memang ketika tu mulutnya perghh menyakitkan hati!

"Kalau Adira tahu perangai abang macam ni, Adira dah lama tak ingin nak berkahwin dengan abang. Abang ingat Adira nak sangat ke kahwin dengan abang!" Kononnya nak berguraulah, tapi tak tahulah pula apa respon si Aryan ni.

"Kalau tak sudi habis siapa yang didepan aku sekarang ni? Hantu? Belacan?" Ambik kau Adira. Lagi nak bermacam dengan Aryan kan dah kena.

"Cubalah." Rayu Adira sekali lagi. Tak henti-henti Adira merayu. Dia ingat tubuh Aryan ni kecil macam dia ke? Sakit telinga Aryan asyik dengar bininya pujuk. Last sekali terpaksalah turut.

"Puas hati kau sekarang?" Tersenyum lebar Adira. Adira berdiri disisi Aryan yang dimana kaki kirinya berada di tanah dan kaki kanannya berada di pedal basikal.

"Hati-hati nanti jatuh." Aryan berusaha mengayuhnya namun berulang kali hampir terjatuh. Sebenarnya Aryan tak tahu kalau isterinya ni memang sengaja nak kenakan dia. Adira dengan jahat ketawa di dalam hati.

"Apahal aku naik basikal macam ni? Jatuh maruah aku dikerjakannya." Gumam hati Aryan yang malu dilihat oleh jiran Adira.

"Kau memang suka eh kerjakan aku." Tanya Aryan.

"Mana ada aku kerjakan engkau."

"Habis ni apa? Sudahlah badan orang besar memang tak ngamlah dengan basikal kecil kau ni." Tetap masih duduk di basikal. Dari tayar basikal sahaja dah nampak dah berapa berat si Aryan ni. Yelah, basikal kecil kan untuk kanak-kanak, bukannya untuk orang besar kan.

Kesian basikal merah jambu milik Adira ni, terpaksa menampung berat Aryan.

"Ha abang. Macam mana kalau Adira tolak abang kayuh?" Tergamam. Apalah nasib Aryan ni.

"Ni kalau aku masuk longkang, habis kotor baju aku." Gumam hati Aryan yang memang risau sejak naik basikal Adira. Adira berjalan ke arah belakang Aryan. Tangannya sedia untuk menolak.

"Ready eh." Belum apa-apa, Aryan langsung ditolak. Adira ingat jauh sangat Aryan meluncur. Tapi sekali tersangkut perghh, sakit mat muka tu tercium dengan tanah.

"Allah!" Adira bangun dan menghampiri Aryan. Nak tolong tapi niat tolong Adira ni lain. Dia ketawa dahulu.

"Puas sekarang?" Tak henti-henti Adira ketawa. Kembalinya kepada masa sekarang. Memori tersebut memang tak dapat dilupakan. Tepat pada masa itu, motor pun siap dibaiki. Punya lama motor dibaiki entah apa yang mereka berdua ni buat saat Adira melamun.

"Yosh! Dah siap." Bercekak pinggang. Seperti biasa Aryan menyilangkan tangannya.

"Kunci mana?" Tanya Ammar. Aryan langsung memberikan kunci kepada Ammar. Tanpa basa basi Ammar langsung menguji mana tahu masih rosak kan.

"Hidup pun. Adira? Adira nak naik ke? Kita berdua uji sama-sama." Adira yang mendengar permintaan Ammar hatinya teruja. Tapi, tidak dengan Aryan. Ia memandang Adira dengan penuh tajam.

"Hehe, tak apalah abang." Menggaru-garu kepalanya. Ammar yang dah tahu, pandang jelah si Aryan ni. Tapi kalau dipandang lama, fikiran Ammar malah menjadi lain.

Dengan senyuman jahat terukir di wajahnya.

"Asal kau pandang aku macam tu?"

"Ha.. disebabkan engkau tak nak Adira naik motor bersama aku, apa kata kau naik bersama denganku?" Tanya Ammar. Aryan yang mendengar agak geli. Mentang-mentang jalan raya sunyi tak ada orang terus nak diuji.

"Ajak gila aku nak naik dengan kau." Tegasnya, "Kau ujilah seorang diri." Jawabnya dengan serius.

"Okay. Kalau kau tak nak, aku nak bawa Adiralah." Usik Ammar yang memang sangat suka melihat orang tu naik darah. Entah apa motifnya memang sangat misteri. Ammar cuba menarik tangan Adira, namun dihalang.

Aryan berdiri di hadapan Ammar. Ammar buat-buat tidak tahu jelah. Nasib single kan. Kedua bulu kening Ammar terangkat.

"Kau memang sengaja nak kenakan aku en." Tanya Aryan dengan suara kecil. Mendengarnya Ammar berpura-pura seperti orang yang sedang berfikir.

2 minit kemudian, akhirnya Aryan membonceng motosikal yang telah dibaiki bersama dengan Ammar.

"Pakai elok-elok topi keledar tu." Ujar Adira dengan risau. Adira ni tahu perangai Ammar macam mana. Bawa motorsikal selalunya suka sangat pergi ke semak. Kalau tidak pun, guna laluan yang berlawanan arah. Memang mengundang pelbagai risikolah kalau naik bersama dengan Ammar.

"Siap sedia."

"Kau jangan nak bawa laju-laju, kang melambung aku nanti!"

"Alah tuan relax ler. Kalau dekat medan perang aku yang jadi pemandu tau." Tangan Aryan siap berpegang teguh pada bahagian belakang motorsikal.

"Memang patut kau gagal berkali-kali." Gumam hati Adira yang kesian akan suaminya. Baru je Aryan nak buka mulut motorsikal langsung berjalan.

"Eh eh eh!" Adira berlari untuk melihat. Memang betul apa yang dikatakan sebelumnya. Ammar membawa motorsikal sehingga ke sisi jalan. Melambung-lambung member dekat belakang.

"Ya Allah aku memang dah tahu niat dia ni macam ni." Gumam Aryan. Berkali-kali Aryan istighfar. Ammar pula dengan muka yang tidak bersalah enjoy dengan apa yang dibuatnya.

"Ampunilah hamba-Mu ini." Dipejamnya mata. Helmet yang dikenakan Ammar bergegar.

"Allahuakbar!" Senget helmet Ammar ditampar Aryan.

"Ya Allah! ABANG! BALIK KESINI!" Berhentilah motorsikal yang dibawa Ammar setelah makan pelempang dari Aryan Hadi.

"Kau jangan sampai aku lempar kau dengan motor ni sekali dekat semak-samun ni eh." Aryan turun dari motor dengan perasaan marah. Ammar yang tidak menurut hanya memandang ke arah lain jelah.

"Sor-"

"Kau bawa motor ni sekarang." Belum sempat nak ucap minta maaf dah disuruh bawa motorsikal ni balik.

"Alright!" Dengan gembira Ammar berkata.

"Kunci bagi dekat aku." Seketika Ammar hairan. Takkan nak bawa balik motorsikal ni tanpa kunci en?

"Eh! Macam mana nak hidup motorsikal ni kalau kunci ni bagi balik dekat engkau."

"Kau tolak motor ni sampai rumah. Jangan berhenti walaupun penat." Noh ambil kau. Kan dah kena hukuman.

"Uina!" Terpaksalah Ammar menurut. Adira yang melihat dari jauh hanya mampu ketawa. Telefon yang dipegang Adira berdering. Ia melihat satu pesan masuk. Ia membukanya tanpa ragu-ragu.

"Wey Adira, boleh awak datang dekat aku tak esok? Esok aku jemput. Kita bincang tentang pendakian kita minggu depan." Mesej dari Syafiqah. Ia membalasnya dengan emoji okay.

"Oh iya ya. Aku belum bagitahu Aryan kalau aku ada rancangan untuk pergi mendaki." Ujar Adira dengan suara kecilnya. Ia masuk untuk berteduh sambil menunggu Aryan dan Ammar sampai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience